Wednesday, August 3, 2016

2963) KHAIRUL IDHAM TERIMA PLAT PATRIOT 89 – BERITA HARIAN ONLINE – 3/8/16

  
















KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (tengah) menyerahkan plat kenderaan PATRIOT 89 keoada pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi (kanan) semasa menyampaikan tajaaan melalui Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) hari ini. Turut hadir bapa Khairul, Pawi Omar (kiri).


KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Yayasan Patriot Negara Malaysia hari ini menghadiahkan plat kenderaan PATRIOT89 kepada pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi sebagai tanda penghargaan atas jasanya mengharumkan nama negara.

Khairul Idham yang digelar Super KIP bagaimanapun diberi pilihan, sama ada menggunakan PATRIOT89 pada kenderaan miliknya ataupun menjual kepada orang ramai. Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata plat yang diletakkan tanda harga bidaan antara RM30,000 hingga RM50,000 itu juga boleh digunakan pelumba berkenaan untuk membiayai kos pegawai pengiring. 

“Saya juga berharap syarikat swasta atau badan korporat lain tampil memberi penajaan tanpa mengira ganjaran berbentuk wang atau sumbangan lain.

Ini bagi memastikan kebajikannya terjaga, sekali gus terus menjulang nama Malaysia ke peringkat lebih tinggi,” katanya pada sidang media, hari ini. Sementara itu, Pengarah Kreatif Yayasan Patriot Negara Malaysia, Yann Razal mengucapkan tahniah kepada Khairul Idham berikutan kejayaannya bergelar juara Moto3 sebanyak dua kali, iaitu pada saingan Grand Prix (GP) Argentina dan Jerman. 

Katanya, kejayaan yang dicapai pelumba muda itu membanggakan negara selain dapat dijadikan inspirasi kepada golongan muda dan mampu memupuk semangat patriotik serta perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia




Sumber : http://ift.tt/2aigayl



No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...