Monday, August 22, 2016

3013) CETI PERAS PEMINJAM GUNA SIJIL KELAHIRAN – HARIAN METRO – 21/8/16

Yana dan Linda membuat aduan kepada Yusuf di PPIM semala
Yana dan Linda membuat aduan kepada Yusuf di PPIM semalam

Kuala Lumpur: Ugut bunuh sudah, bermalam di rumah peminjam pun sudah, namun siapa sangka ceti haram boleh bertindak memaksa peminjam mencagarkan anak sendiri untuk mendapatkan wang mereka.

Dalam dua kes terbaru minggu ini, ceti berkenaan memaksa dua mangsa berasingan menyerahkan sijil kelahiran anak mereka sebagai cagaran sebelum meluluskan pinjaman tidak sampai RM3,000.

Mangsa pertama yang mahu dikenali sebagai Yana, 26, berkata, dia meminjam RM1,500 daripada ceti haram awal bulan lalu selepas menghadapi masalah dalam perniagaan.

Katanya, dia ditawarkan bayaran harian RM90 selama 20 hari dan bersetuju dengan terma berkenaan kerana begitu terdesak untuk mendapatkan duit.

“Selang enam hari, datang dua lelaki meminta bayaran berserta sijil kelahiran dua anak saya berusia tujuh dan sepuluh tahun sebagai cagaran.

“Bukan itu saja, yang paling menakutkan ialah mereka juga mengugut untuk mengambil anak saya sekiranya bayaran tidak dibuat dalam masa ditetapkan menyebabkan saya dan suami melaporkan perkara itu kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),” katanya yang turut membuat laporan di Balai Polis Ampang.

Seorang lagi mangsa, Linda, 28, berkata, dia juga berdepan situasi cemas apabila dipaksa seorang along untuk menyerahkan sijil kelahiran anaknya berusia dua tahun kerana gagal melunaskan pinjaman juga berjumlah RM1,500.

Katanya, dia bimbang kerana along berkenaan menggunakan dokumen terbabit sebagai cagaran dan meletakkan nyawa anaknya dalam bahaya.

Mereka berdua tampil meminta bantuan Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM Yusuf Azmi semalam kerana bimbangkan keselamatan keluarga khususnya anak-anak kerana sijil kelahiran berada di tangan pihak ketiga.

“Kami rasa tidak selamat, apatah lagi beberapa kes culik berlaku kebelakangan ini membabitkan kehilangan nyawa. Harap sangat PPIM dapat membantu.
“Sekarang nak duduk di rumah pun rasa tidak selamat, apatah lagi jika keluar bekerja. Rasa seperti sentiasa diekori,” kata Linda.

Sementara itu Yusuf berkata, tindakan syarikat Pemberi Pinjam Wang (PPW) yang melampaui batas dengan melakukan beberapa tindakan ugutan dan mengenakan syarat kepada peminjam untuk menyerahkan sijil kelahiran anak kepada pihak mereka amat dikesali.

Katanya, syarikat PPW ini berdaftar serta mendapat lesen daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan tempatan (KPKT) untuk beroperasi namun menjalankan operasi mereka secara tidak sah dan tidak mengikut garis panduan disediakan.

“PPIM menerima beberapa aduan yang sama daripada mangsa dan siasatan awal mendapati, ia adalah daripada along yang sama.

“Senarionya mudah, pinjam, gagal bayar kemudian terpaksa menanggung hutang kerana kadar faedah tinggi menyebabkan mangsa terus menanggung hutang yang semakin bertambah.

“Apabila gagal melunaskan kadar faedah yang tinggi, mangsa diugut bunuh serta diancam keselamatan keluarganya dengan ugutan bahawa anaknya akan diambil oleh along,” katanya.

Justeru katanya, PPIM dan gabungan pertubuhan bukan kerajaan di dalam Gerakan Banteras Aktiviti Haram (GBAH) akan membawa isu berkenaan kepada menteri bertanggungjawab Tan Sri Noh Omar bagi mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa ceti haram.

Orang ramai yang mempunyai masalah berkaitan along boleh menghubungi hotline PPIM di 019-9130000 (24 jam).

http://ift.tt/2bb1FwS



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...