Friday, April 17, 2015

2571) Aktivis PPIM Berjaya Mendamaikan Pasangan Suami Isteri Bermasalah

Sessi perbincangan yang berjaya mendamaikan pasangan terbabit disaksikan kaum keluarga mereka.
SEBAGAIMANA disebut dalam Al Quran bahawa Allah SWT menjadikan setiap manusia itu berpasang-pasangan. Tetapi bila, di mana dan siapa pasangan yang akan kita temui hanya Allah yang mengetahui.

Sebelum ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan dari seorang wanita yang mengadu mengenai permasalahan yang dihadapi dengan suaminya.

Bertindak dari aduan tersebut, Ketua Aktivis PPIM, Dato Paduka Nadzim Johan telah mengambil inisiatif segera bagi mendamaikan pasangan terbabit untuk mengelakkan berlakunya penceraian.

Ustaz Halim dari PPIM, (baju hitam) menjalankan sessi kaunseling kepada pasangan terbabit
Ini kerana ketika wanita terbabit mengadu, beliau bertekad untuk menuntut fasakh kerana tidak tahan dengan sikap suaminya yang panas baran. 

Namun hasil usaha dan kaunseling bersama aktivis PPIM, wanita terbabit membatalkan hasrat beliau setelah suaminya berjanji untuk berubah dan tidak mengulangi tabiat buruknya.

Sebelum mendamaikan pasangan terbabit dengan disaksikan sendiri oleh ahli keluarga mereka, Ustaz Halim yang berpengalaman dalam menguruskan pasangan bermasalah turut menyampaikan tazkirah mengenai kehidupan berumah tangga yang diamalkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Pasangan terbabit berjaya didamaikan selepas sejam sessi perbincangan dijalankan.

Selain didatangi mangsa ah long, penipuan gores menang, dan mangsa penipuan sindiket tertentu, kemelut rumah tangga antara permasalahan yang turut diadukan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Inilah realiti kehidupan, realiti dan permasalahan yang berlaku dalam masyarakat kita. - PPIM

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...