Friday, April 3, 2015

2541) HARIAN METRO - 02/04/2015 - Najib Turun Padang Tinjau Harga Barang



Petaling Jaya: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan tinjauan harga barangan di pasar raya Giant Kota Damansara di sini, pada hari pertama pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) semalam.

Berbaju kemeja putih, Najib tiba di premis berkenaan pada jam 4.45 petang dan mengujakan orang ramai yang terkejut dengan kehadiran Perdana Menteri.

Najib kemudian mengambil bakul pasar raya dan singgah di bahagian produk penjagaan diri serta membelek harga produk di bahagian berkenaan sebelum mengambil ubat gigi.

Beliau turut ke bahagian menjual minuman, makanan dan sayur-sayuran dan membuat pembelian antaranya milo, roti dan nanas.

Ketika berada di pasar raya besar itu, Najib yang diiringi Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan, Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Datuk N Marimuthu dan Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang SM Mohamed Idris turut berbual dengan pekerja di situ.

Najib juga beramah mesra dan bergambar dengan pengunjung pasar raya itu.

Selepas 20 minit meninjau barang-barang, Najib ke kaunter membuat pembayaran dan melihat resit pembayarannya.

Perdana Menteri turut memuat naik resit pembelian dalam akaun twitternya.

“Mudah baca dan jelas dalam resit me ngenai perbezaan barangan berkadar standard dan sifar GST. Bagus,” katanya. - BERNAMA


No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...