Friday, April 24, 2015

2586) SINAR HARIAN - 22/04/15 - Isu Klon: Semak Status Kenderaan Sebelum Beli

Datuk Nadzim Johan

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menasihatkan pengguna agar menyemak status kenderaan sebelum membelinya bagi mengelak daripada memiliki kenderaan klon.
Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata pengguna bukan sahaja berdepan dengan hukuman dari pihak berkuasa, malah terdedah kepada bahaya kerana tiada perlindungan insurans kemalangan yang disediakan.

"Ada segelintir pengguna sanggup mengambil risiko kerana mereka tidak faham kesan kepada diri sendiri serta orang ramai," katanya dalam kenyataan hari ini.
Baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama Jabatan Pengangkutan jalan (JPJ) membongkar kegiatan sindiket kenderaan klon susulan rampasan sebanyak 153 kenderaan berkenaan bernilai lebih RM13 juta di Terengganu.

Dalam operasi bersepadu itu, seramai 10 individu ditahan yang mana tiga daripada mereka merupakan orang tengah bagi sindiket itu. - Bernama

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...