Wednesday, November 23, 2011

KENYATAAN DAN SIDANG MEDIA BERKAITAN ADAKAH TERDAPAT PENYELEWENGAN DIANTARA PEMAJU DENGAN PIHAK BANK? APAKAH PENDAPAT ANDA TENTANG ISU INI?

Pengadu-Zameri menjadi mangsa dibankrapkan pada 29/9/1999, penghakiman sebutan di hadapan Majistret Puan Hazizah Bte Kassim di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kerana tidak membayar bayaran bulanan kereta Proton Saga 1.5I(M) yang tidak pernah pengadu miliki langsung. Laporan polis yang kedua kali telah dibuat oleh pengadu pada 01/09/20104 jam lebih kurang 14.55pm di balai Puchong yang melaporkan pada 03/01/1997  jam lebih kurang 15.30pm pengadu telah didatangi dua orang suspek iaitu pernah menjadi kawan yang bernama Johari dan kawannya Mat Desa Bin Mat Sidek bagi menguruskan pembelian kereta secondhand jenis Nissan Langley aeroback dan pada hari yang sama juga di rumah pengadu disuruh menandatangi hire purchase agreement.

Selepas hari tersebut pengadu tidak pernah dapat apa-apa dokumen dan maklumat berkenaan perihal tersebut sehingga pada 27/10/2003 pengadu telah menerima surat bayaran tertunggak 48bulan dari Arab Malaysian Finance Berhad jumlah RM29,136.

Terima surat Re-possess kereta dari finance kereta pada 04/03/1997 bayaran tertunggak berjumlah RM1,214.00

Akaun pengadu telah dibekukan pada 19/10/2000.



Tindakan Pengadu: 


1. Telah buat semakan di bahagian Trafik  balai polis Petaling Jaya dan JPJ Petaling Jaya dapati kenderaan-kereta telah disaman di Petaling Jaya dan Kuantan malah telah disenarai hitam oleh JPJ. Nama pemandu telah dikenal pasti juga.

2. Telah pergi ke Fraud Amfinance Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur untuk aduan dan tulis surat pada 29/09/2004. Nama pegawai bertugas Maszalan Minhad/Mohd Asyaary bahagian Fraud Team

3. Telah buat aduan di Bank Negara dan tulis surat pada 29/09/2004

4. Telah pergi ke Jabatan Insonvenci Shah Alam.

Tindakan PPIM:
Akan berhubung dengan pihak berkuasa bagi menyelesaikan masaalah ini.

Report disediakan oleh Norlina Nordin.
Aktivis bertugas Norlina Nordin dan Abdul Latif Bakar.



No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL