KUALA LUMPUR: Tindakan Ketua Pengarah Insolvensi menghadapkan Suradi Daruis ke mahkamah adalah satu langkah betul dalam menjalankan kuasanya menurut Akta Kebankrapan 1967.
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) dalam satu kenyataan berkata, Mahkamah Tinggi Shah Alam kelmarin melalui Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz mengatakan perintah dibuat oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 27 September lalu Suradi, 43, didapati bersalah dan dipenjara 30 hari kerana kegagalan membayar ansuran RM50 sebulan perintah sah.
“Suradi sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara 30 hari bermula 27 September atas kesalahan menghina mahkamah dan tindakan Ketua Pengarah Insolvensi menghadapkan dia kepada satu proses komital adalah tindakan betul dalam menjalankan kuasa menurut Akta Kebankrapan 1967. “Namun, dalam meneliti fakta kes ini secara khas, mahkamah mengurangkan tempoh penjara ke atas Suradi dari 30 hari ke 25 hari,” katanya.
Menurutnya, mahkamah ketika memberikan keputusan juga mengingatkan Suradi mematuhi perintah dan menjelaskan ansuran bulanan RM50. Harian Metro semalam melaporkan Suradi lega masih diterima bekerja sebagai penyelia stor selepas cuti Deepavali ini walaupun berstatus bekas banduan.
Menurutnya, pada masa ini, dia hanya menumpukan kepada keluarga dan ingin melupakan kenangan pahit dipenjara selama 25 hari di Penjara Kajang dan dibebaskan Jumaat lalu, lima hari dari tempoh penahanan sebenar yang sepatutnya berakhir Rabu ini.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan turut dilaporkan berkata pihaknya akan merujuk kes Suradi kepada Baitulmal bagi meringankan beban ditanggung.
Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/TindakanKetuaPengarahInsolvensibetul/Article/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2011
(359)
-
▼
November
(25)
- PERBINCANGAN:Inside Information on "Pharmaceutical...
- ADUAN PILIHAN : KETIDAK PUASAN HATI TERHADAP TINDA...
- MEDIA 24 NOVEMBER 2011 : ISU PENGGUNA TERANIAYA DI...
- BERITA PPIM : PENGGUNA DIPERGUNA! DIBANKRAPKAN KER...
- KENYATAAN DAN SIDANG MEDIA BERKAITAN ADAKAH TERDAP...
- Info : Warkah Papa
- PENDAPAT PILIHAN : Kempen Kesedaran Skim Cepat Kay...
- BERITA PPIM : PENGGUNA MULA BERANI MENENTANG SYARI...
- AGAMA : Cara Nabi jaga kesihatan diri
- VIDEO:BERITA PPIM 16 NOVEMBER 2011
- KENYATAAN MEDIA : BUKU BERTEMU RUAS
- ARTIKEL KESIHATAN : MENGANTUK LEPAS MAKAN
- EMEL PILIHAN : Jew prays like Muhammad
- KESIHATAN : About Cancer
- Agama : Bagaimana Cara Nabi jaga kesihatan diri
- BANDARAYA BESAR KUTU TERSASAR
- EMEL PILIHAN : Cadangan & Pendapat Anda
- EMEL PILIHAN-BBC NEWS: Supermarket Chicken is actu...
- BARU TERSEDAR SEKEJAP SAHAJA DAN KINI BERSABUNG NY...
- BERITA DI MEDIA : SURADI KEMALANGAN
- EMEL PILIHAN : Cure with LEMON
- BERITA : Suradi kemalangan pula
- EMEL PILIHAN : Pringles Lovers - Hair perm chemica...
- ADUAN PILIHAN-red square symbol which shown on cho...
- BERITA PPIM : Tindakan Ketua Pengarah Insolvensi b...
-
▼
November
(25)
5 comments:
..mungkin betul tindakan nya..TAPI mungkin bagi sesetengah kes perlu di kaji dan diteliti dengan lebih terperinci..selidik mengapa sst perkara tu berlaku?...
kesalahan yang sama tak semestinya hukuman yang sama...perlu lihat background kes tu jugak...
yap,, betul jugak, dlam kes ini bukanlah disengajakan tdk membayarnya, tetapi ia disebabkan sesuatu yg tdk dpt dielak,malahan ada usaha yg dilakukan utk membayarnya....
ada sesetengah perkara perlu ada budi bicaranya selagi mana ia tdk bercanggah dgn hukum hakam agama....Membayar hutang mmg wajib, namun ia masih boleh bermusyawarah,...
tindakan ketua pengarah memang betul. Saya sokong. BETUL-BETUL BODOH DAN ZALIM.
sesungguhnya orang yang mencerca seseorang itu sebagai bodoh dan zalim, sebenarnya adalah sebenar-benar zalim dalam masa yang sama memperlihatkan kebodohan diri sendiri di khalayak ramai.
Post a Comment