Wednesday, November 2, 2011

BERITA : Suradi kemalangan pula


Sudah jatuh ditimpa tangga..

Pagi ini kami mendapat maklumat bahawa saudara Suradi Darius yang dipenjara kerana kegagalan membayar RM 150 baki bayaran kepada Jabatan Insolvensi Malaysia (Atau dalam bahasa korporatnya MdI) telah ditimpa kemalangan kemungkinan langgar lari dalam perjalanannya pulang dari tempat kerja lebih kurang jam 8.30 malam semalam.

Mengikut laporan aktivis kami yang telah melawatnya, kedaannya masih koma dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Klang. Keadaan beliau agak parah kerana kecederaan di kepala, luka di dalam perut dan dada.

Ahli keluarganya melahirkan perasaan yang amat sedih kerana pelbagai dugaan sejak kebelakangan ini. Kami juga sempat berinteraksi secara langsung bersama isteri beliau, Puan Rosnah melalui slot Klinik Pengguna di Radio 24 tengahari tadi.

Marilah kita bersama berdoa semoga keluarga ini terus sabar, tabah dan redha dengan ujian ini dan semoga Suradi sedar dari koma dan sembuh.



11 comments:

probro said...

Apalah malangnya saudara ku Suradi. Bagaikan jatuh ditimpa tangga. Di saat-saat menjelangnya Aidil Adha, kecelakaan lain pula menimpa beliau. Baru sahaja diuji dengan dugaan kemiskinan dan penindasan, kini beliau terlantar koma.

Agaknya tuhan bukan sahaja sedang memerhatikan ketabahan beliau, malah sedang memerhatikan kita. Adakah kita hanya bersikap simpati dan kesian tak putus-putus atau kita memiliki perasaan empati terhadap beliau dan keluarganya dengan tampil bersama menolong dan memberi bantuan.

Nak diharapkan pertolongan daripada JIM lebih baik harap pada Jin. Entah-entah dalam koma ini pun JIM masih hantar surat tuntutan saman agar membayar tunggakan hutang beliau.

Maklum sajalah pengarahnya hati macam jin jugak. "Kita tidak silap, kita ikut undang-undang" Tuih..... kalau ikut undang-undang yang dia sendiri berkuasa mentadbir dan mempengaruhinya ... maka itu bukan undang-undang keadilan namanya..... Itu undang-undang nafsu setan.

Apalah salahnya kalau ikut perasaan belas kasihan dan pertimbangan kemanusiaan dari ikut keegoan dan kebongkakan.

Rakan-rakan dalam JIM juga ada yang tidak puashati berboskan orang macam dia, tapi apakan daya, bos bukan berhati manusia.

Saya nak cabar JIM terus panggil polis tangkap Suradi dalam hospital kerana saya pasti Suradi tidak akan mampu menanggung tunggakan hutangnya selepas ini.

Daripada kita tolong Suradi ikut telunjuk bongkak JIM, lebih baik derma kita bagi untuk persekolahan dan sara hidup anak-anak dan isteri Suradi yang tiada ketahuan nasib mereka selepas ini lantaran hilang terus sumber pencarian nafkah. Kalau JIM nak ugut juga Suradi lepas ini maka marilah kita piket depan pejabat JIM.

Pesan saya pada JIM jangan bongkaklah hanya kerana nama JIM telah diubah dalam bahasa canggih "Insolvensi". Lebih baik kekalkan nama dalam bahasa Melayu seperti dahulu. Nampak sangat kegelojohannya dengan melacurkan bahasa sendiri. kalau identiti sendiripun boleh dulupakan, jangan harap dapat menjadi pembela rakyat dan negara.

Taubatlah.

ad-dhuha said...

Tiada kata yg dapat diucap apabila mendapat tahu tentang berita ini....Semoga kita merenung dengan dugaan Tuhan ke atas saudara suradi kita...ambil iktibar daripada kisah beliau..kasihan isteri dan anak-anaknya..berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul.

Mungkin kerana tekanan dan memikirkan terlalu banyak perkara membuatkan saudara kita ini hilang fokus ketika menunggang motorsikal...bekerja sehingga lewat petang untuk menanggung keluarga dan membayar hutang...Subhanallah..tabah sungguh mereka ini menghadapi dugaanNya

Di mana JIM?dah datang melawat?

Kalau dah koma mcm ni, nak tuntut bayaran lagi ke bulan ini dan bulan bulan seterusnya...dengan kos perubatan pula selepas ini..sanggupkah JIM nak tuntut bayaran-bayaran tersebut?atau lagi nak denda sbb lewat bayar?

Saudara Suradi adalah 'anak buah' JIM, sepatutnya, pihak JIM ambil tahu dan ambil kisah tentang beliau. Apa SOP ke prosuder JIM dalam menangani kes seperti ini.Ini baru saudara Suradi, belum lagi mangsa2 lain yg telah dimufliskan oleh JIM yang sakit atau sebagainya...korang JIM ke JIN?

Banyak lagi org x byr hutang, banyak lagi orang yg sombong bongkak, banyak lagi orang yang hidup mewah atas kesengsaraan orang lain terus terusan bersenang lenang...Suradi dan keluarga baru nak mulakan hidup baru, di duga lagi..

Sebagai saudara sesama Islam, saya hanya mampu berdoa untuk saudara-saudaraku ini.Semoga tuhan mendengar doa kita di bulan mulia zulhijjah ini.

Kepada saudara-saudara kita yang ada saudara mara yang sedang menunaikan haji di Mekah, minta tolong doakan Suradi sembuh dan sedar dari koma.Semoga anaknya akan membesar dan menjadi insan mulia dan berguna untuk agama bangsa dan negara..Kita x tahu kuasa Allah, mungkin salah seorang anak Suradi bakal menjadi Ketua Pengarah Insolvensi pula dan mengubah segala kezaliman, kekejaman dan pendindasan yang sedia ada.

miss said...

semoga saudari suhardi selamat. Ini semua dugaan dari Allah kerana Allah amat menyanyangi umatnya. Saya percaya semua ini ketentuan Allah dan dengan kuasaNya insyAllah ada ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah...

harap keluarganya bersabar...

azlyana said...

Kenapa Allah aturkan semua kesedihan, dan ujian ini Untuk kta belajar apa ertinya SABAR, dan apa ertinya MEMOHON pertolongan daripada Allah,

Apa pun yg Allah aturkan pada kita, Maka Laluinya dengn tabah dan sabar....
Jika kita fikir ujian Allah ini berat, maka fikirkan lah manusia di luar sana yg berlipat kali ganda ujiannya..

Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, dan Allah datangkan hujan. Kita menangis mencari matahari, tapi sebenarnya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Moga keluarga suardi akan dikurniakan Allah ketabahan dan kesabaran..

bumiku said...

Saya berasa amat simpati terhadap keluarga Suradi,diatas bencana yang menimpa keluarga beliau ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.Semoga dengan kuasa Allah Suradi cepat sedar dari koma.Aminnnn........

Puteri Ariana said...
This comment has been removed by the author.
Puteri Ariana said...
This comment has been removed by the author.
Puteri Ariana said...

Semoga En.Suradi cepat sembuh dan boleh bekerja lagi untuk menyara keluarga..Untuk keluarga beliau..semoga tabah dalam menjalani cobaan dari allah ini dan dipermudah rezeki kemudian hari..Amin..

hana said...

Inilah sebuah kehidupan, ada masa kita gembira, ada masa kita bersedih, namun setiap ujian yg menimpa ini pasti ada hikmah di sebaliknya. Allah maha mengetahui bahawa saudara sekeluarga mampu menghadapi dugaan ini. Namun apa yg menyedihkan adalah tindakan yg di ambil oleh jabatan insolvensi sebelum ini, hanya kerana RM150...

shazz said...

Ya Allah kau bantulah keluarga ini dalam menempuh dugaan yang menimpanya. Semoga cepat sedar dan dapat keluar dari wad dalam keadaan segera..

Mahmood Adam said...

doakan sekali supaya komentar² di atas tu pun tak ditimpa bala sebab memcerca jabatan dengan bahasa yang bukan-bukan. ingatlah, kadangkala sesuatu tragedi itu berlaku bukan disebabkan oleh "ujian", tapi disebabkan "bala". muhasabah la diri. persatuan pengguna ISLAM pun diharap mengeluarkan artikel yang lebih matang dan bukan ibarat budak sekolah yang ingin membela rakan sebaya yang cakap membuta tuli tanpa mengkaji dan berbincang.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL