Showing posts with label ZALIM. Show all posts
Showing posts with label ZALIM. Show all posts

Wednesday, November 2, 2011

BERITA : Suradi kemalangan pula


Sudah jatuh ditimpa tangga..

Pagi ini kami mendapat maklumat bahawa saudara Suradi Darius yang dipenjara kerana kegagalan membayar RM 150 baki bayaran kepada Jabatan Insolvensi Malaysia (Atau dalam bahasa korporatnya MdI) telah ditimpa kemalangan kemungkinan langgar lari dalam perjalanannya pulang dari tempat kerja lebih kurang jam 8.30 malam semalam.

Mengikut laporan aktivis kami yang telah melawatnya, kedaannya masih koma dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Klang. Keadaan beliau agak parah kerana kecederaan di kepala, luka di dalam perut dan dada.

Ahli keluarganya melahirkan perasaan yang amat sedih kerana pelbagai dugaan sejak kebelakangan ini. Kami juga sempat berinteraksi secara langsung bersama isteri beliau, Puan Rosnah melalui slot Klinik Pengguna di Radio 24 tengahari tadi.

Marilah kita bersama berdoa semoga keluarga ini terus sabar, tabah dan redha dengan ujian ini dan semoga Suradi sedar dari koma dan sembuh.



Saturday, October 29, 2011

EMEL PILIHAN : Isu Hak Orang Muflis/ Bankrap



Saya  rasa terpanggil untuk memberikan sedikit komen pasal isu Hak orang muflis setelah saya melihat kes yang dipaparkan oleh pihak Dato' Dr. dalam buletin TV3 baru-baru ini. Saya amat menyokong penuh perjuangan dan daya usaha PPIM membangkitkan isu ini yang seterusnya pihak kerajaan misti mengkaji dan membuat penilaian semula Akta Kebankrapan yang nampaknya tidak ADIL  yang mana fenomena  rakyat Malaysia  terpaksa menjadikan lumrah berhutang sebagai perkara wajib untuk menjalani kehidupan harian ...........seawal usia muda lagi peringkat pelajar  kerajaan BN sudah memaksa rakyatnya berhutang ...sehinggalah ke usia pencen ataupuN tidak berupaya bekerja lagi......manakala pihak pemberi hutang mendapat habuan riba yang amat besar????Di antara aspek dirasakan tidak adil seperti:-

1) Pihak pemberi hutang selalunya dianggap betul dan adil seperti kes penipuan kad kredit....selalunya pemilik kad kredit dipersalahkan hingga bankrap

2) Pihak Jab Insolvensi selalunya bertindak mengikut kehendak pemberi hutang hinggalah sampai memenjarakan si bankrap yang telah tidak berupaya lagi

3) Jumlah nilai hutang RM30,000 layak di bankrapkan tidak patut.... jumlah kiraan  itu tidak jelas kerana pihak pemberikan hutang akan memasukkan jumlah semua riba, denda dan lain-lain caj. Jika RM30k itu jumlah baki pokok (principle) sahaja ada logiknya....dan di kira pada status  NPL 3 bulan shj.

4) Pihak Jab. Insolvensi mestilah memberikan pendidikan/kesedaran kepada si bankrap mengenai  masalah hutang dan kaedah menyelesaikannya. Jangan anggap si bankrap tidak ada jalan & harapan untuk membaikpulih semula aliran kewangannya

5) Pihak pemberi hutang mengaut keuntongan besar berbanding jumlah hutang oleh  pelanggan  bankrap?? Jadi jumlah baki  hutang (dari denda, faedah dan caj-caj lain) itu boleh diserap setelah segala harta peminjam dilelong cukuplah jika jumlah pokok(principle) ditutup....kenapa harus terus dibankrapkan???

6) Rakyat Malaysia tidak ambil berat pasal bankrap dan akta bankrap yang lemah telah menjadikan pihak pemberi hutang, lawyer dan pelelong mengambil kesempatan menindas peminjam hingga bankrap. Mereka terlibat mengaut keuntongan

7) Sejarah bank di Malaysia telah menunjukkan bahawa agensi pemberi hutang gulong tikar akibat pecah amanah pihak pengurusannya bukannya dari si bankrap...

8) Pihak pemberi hutang mesti memikul tanggong jawab bersama bila peminjam gagal bayar hutang......jngn nak bankrapkan shj

9) Ratusan ribu graduan muda menanggong hutang belajar ditambah hutang sara hidup (kereta,rumah, peribadi, pelaburan d.l.l) jika sikap Kerajaan tidak peduli masalah mengurus hutang dijadikan agenda negara takut nanti mereka yang terlibat membenci kerajaan

10) Semua NGO mesti ada kesedaran untuk membantu ratusan ribu si bankrap dengan memberikan peluang kedua....

11) Jab Insolvensi mesti mengambilkira kpd si bankrap  dengan mengkaji/ menilai selama mana tempoh bankrap dikenakan.....takkan dah usia hingga 60 thn ke atas masih dibankrapkan lagi.

12) Si bankrap telah tidak dpt peluang lesen berniaga dan berbagai jenis sekatan dikenakan...jadi pihak kerajaan mesti adil hukuman bankrap itu mesti ada nilainya berbanding dengan masa yang dikenakan....mungkin bankrap dengan nilai principle RM30k bankrap 4 tahun shj  ( RM7,500 pertahun nilaian hukumannya..)

13) Semua peminjam tidak mahu dibankrapkan....Malaysia negara Islam  janganlah hingga isu kebankrapan ini gagal ditangani kerana semakin hari semakin meningkat bilangannya....
Saya rasa terlalu banyak  aspek boleh dipertikaikan untuk si bankrap dan saya harap PPIM teruslah berjuang menegakkan keadilan isu kebankrapan ini.

Sekian terima kasih.

Monday, October 24, 2011

MEDIA 24/10/11 :Susulan Isu Suradi

Sumber Akhbar : Harian Metro Isnin, 24 Oktober 2011 m/s31A
 Sumber Akhbar : Berita Harian, Isnin 24 Oktober 2011 m/s 23

Thursday, October 20, 2011

BERITA PPIM- Lanjutan isu kezaliman Insolvensi






KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan mengkaji semula Akta Kebankrapan 1967 kerana ia kini kelihatan seolah-olah mempertahankan orang yang memberi hutang, manakala mereka yang diisytihar muflis terus hidup dalam keadaan muflis. Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Maamor Osman berkata akta itu juga mengakibatkan mereka yang diisytihar muflis gagal menjalani hidup seperti biasa kerana perlu mematuhi peraturan tertentu, termasuk tidak membenarkan mereka bekerja dan sebagainya. Sehubungan itu, beliau meminta Jabatan Insolvensi Malaysia agar lebih bertimbang rasa dan adil terhadap mereka yang diisytiharkan muflis. Maamor juga berkata kerajaan perlu menilai semula fungsi Jabatan Insolvensi. "Jabatan Insolvensi perlu mengadakan program rehabilitasi bagi memastikan mereka yang muflis ini boleh dikeluarkan daripada keadaan itu agar dapat bersama semula dengan masyarakat sebagai seorang yang produktif," katanya kepada pemberita Khamis. Beliau berkata PPIM juga akan membuat bancian melalui blognya bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berkaitan jabatan berkenaan.
-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=621392

Tuesday, October 18, 2011

BERITA PPIM : JABATAN INSOLVENSI LEBIH ZALIM DARIPADA AH LONG?




Ah long ke tepi, sekarang tempatnya diambil oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM). Dengan berlakunya ‘regim’ baru untuk memenjarakan mereka yang muflis ( contohnya, yang tidak mampu membayar kerana papa kedana atau gagal/lupa mengisytiharkan pemilikan motosikal berumur lebih 40 tahun yang dah jadi besi buruk pun) rasanya nasib ratusan ribu muflis (terutama para siswazah dan kakitangan kerajaan yang diisytiharkan muflis) bakal ramai-ramai beratur ke penjara.

Penjara juga perlu dibesarkan dan ditambah dan pihak penjara pula kena menganjurkan program-program (yang gagal dilaksanakan oleh JIM untuk membantu memulihkan para muflis berdikari) pemulihan bagi membantu para muflis untuk balik ke pangkuan masyarakat!

Kezaliman terbaru JIM memenjarakan para muflis yang daif  ini, rasanya boleh meletakkan Malaysia ke barisan Negara-negara yang dikira zalim dan menafikan usaha-usaha bersungguh YAB Perdana Menteri selama ini.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL