Thursday, October 20, 2011

BERITA PPIM- Lanjutan isu kezaliman Insolvensi






KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan mengkaji semula Akta Kebankrapan 1967 kerana ia kini kelihatan seolah-olah mempertahankan orang yang memberi hutang, manakala mereka yang diisytihar muflis terus hidup dalam keadaan muflis. Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Maamor Osman berkata akta itu juga mengakibatkan mereka yang diisytihar muflis gagal menjalani hidup seperti biasa kerana perlu mematuhi peraturan tertentu, termasuk tidak membenarkan mereka bekerja dan sebagainya. Sehubungan itu, beliau meminta Jabatan Insolvensi Malaysia agar lebih bertimbang rasa dan adil terhadap mereka yang diisytiharkan muflis. Maamor juga berkata kerajaan perlu menilai semula fungsi Jabatan Insolvensi. "Jabatan Insolvensi perlu mengadakan program rehabilitasi bagi memastikan mereka yang muflis ini boleh dikeluarkan daripada keadaan itu agar dapat bersama semula dengan masyarakat sebagai seorang yang produktif," katanya kepada pemberita Khamis. Beliau berkata PPIM juga akan membuat bancian melalui blognya bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berkaitan jabatan berkenaan.
-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=621392

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...