Wednesday, October 5, 2011

FORUM GERAKAN KUASA PENGGUNA BAGI MENCARI PENYELESAIAN PERMASALAHAN PENGGUNA SEPERTI RUMAH TERBENGKALAI, KERENAH TELCO DAN PENINDASAN BANK, LOGO HALAL DAN KEGAGALAN FUNGSI BAITULMAL ANJURAN PPIM SEMPENA HALFEST 2011 DI PWTC, KL


1.     Anda mempunyai masalah kepenggunaan?
2.     Anda mempunyai masalah dengan bank?
3.     Anda menghadapi masalah dengan caj dan perkhidmatan Maxis, Celcom atau DIGI?
4.     Anda mempunyai masalah rumah terbengkalai TETAPI sewa rumah tetap perlu dibayar dan pinjaman perumahan juga telah dipotong setiap bulan dan pemaju telah gulung tikar?
5.     Anda buntu dengan masalah kewangan dan tidak tahu di mana boleh dapatkan bantuan?
6.     Anda terbeban dengan caj Astro?
7.     Anda mempunyai masalah dengan perkhidmatan Petronas?
8.     Anda mempunyai masalah perniagaan?
9.     Apakah anda setuju  dengan  penggunaan vaksin?

Di manakah anda hendak mengadu?
Di mana anda hendak mencari penyelesaiannya?
Bagaimana dan apa yang boleh dilakukan bagi menyelesaikan masalah-masalah ini?


Buat pertama kalinya Pesta Halal terbesar akan dianjurkan pada 12 hingga 16 Oktober 2011 di mana lebih 700 booth telah ditempah bagi mempamerkan produk halal keluaran tempatan. Pesta halal yang juga dikenali sebagai Halfest ini dianjurkan oleh penganjur berprestij MIHAS.

Adalah dijangka lebih 70,000 pelawat akan hadir ke Halfest yang dianjurkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi tempoh 5 hari. Sempena pesta ini yang akan menumpukan kepada produk halal tempatan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM ) telah diminta untuk menganjurkan satu FORUM pengguna bagi mengutarakan masalah pengguna untuk dibincangkan secara terbuka tanpa tapisan dan sempadan.

Antara masalah yang menghantui para pengguna sejak bertahun-tahun dan akan dibentang  adalah:-

a.     Masalah perumahan terbengkalai : Rumah tak siap tak tahu di mana puncanya; ansuran pinjaman dan SEWA tetap perlu dibayar, peminjam didesak tindakan mahkamah;
b.     Perkhidmatan Telcos yang perlu dipertingkatkan: sistem bil yang meragukan terutama dengan berbagai perkhidmatan ‘’short code” dan caj tersembunyi ;
c.      Perkhidmatan Bank yang menjelekkan; “Sediakan Payung Sebelum Hujan, Simpan Payung Bila Diperlukan’’;
d.     Pensijilan Halal membuka pasaran Islam dan memberi keuntungan berganda kepada pengusaha bukan Islam; pengusaha Islam dan sijil halal sekadar di pinggiran?
e.     Baitulmal TIDAK membantu atau TIDAK memperkasakan masyarakat Islam?

Bagi tujuan ini, adalah dijangka tokoh dan individu yang tersohor akan menjadi moderator dan wakil-wakil pihak berkaitan seperti wakil bank-bank, JAKIM akan menjadi panel untuk menjawab terus segala persoalan secara terbuka. Matlamat forum adalah akhirnya untuk mewujudkan jawatankuasa khas di antara pengguna dan pemberi perkhidmatan bagi menyelesaikan masalah yang telah tersimpul secara berkesan.

Forum juga akan menjemput pemerhati khas dari pihak berkuasa seperti Bank Negara Malaysia, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) dll.

Forum akan dijalankan di Bilik Kelantan, PWTC dan jadualnya adalah seperti berikut :
         
Kepada yang berminat, sila muat turun borang jawapan kehadiran atau hubungi sekretariat di nombor 0193591000/0199130000.

Layari juga laman web HALFEST di http://halfest.com.my/


 Tempat adalah terhad. Daftar segera!!!

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL