Tuesday, October 18, 2011

BERITA PPIM : JABATAN INSOLVENSI LEBIH ZALIM DARIPADA AH LONG?




Ah long ke tepi, sekarang tempatnya diambil oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM). Dengan berlakunya ‘regim’ baru untuk memenjarakan mereka yang muflis ( contohnya, yang tidak mampu membayar kerana papa kedana atau gagal/lupa mengisytiharkan pemilikan motosikal berumur lebih 40 tahun yang dah jadi besi buruk pun) rasanya nasib ratusan ribu muflis (terutama para siswazah dan kakitangan kerajaan yang diisytiharkan muflis) bakal ramai-ramai beratur ke penjara.

Penjara juga perlu dibesarkan dan ditambah dan pihak penjara pula kena menganjurkan program-program (yang gagal dilaksanakan oleh JIM untuk membantu memulihkan para muflis berdikari) pemulihan bagi membantu para muflis untuk balik ke pangkuan masyarakat!

Kezaliman terbaru JIM memenjarakan para muflis yang daif  ini, rasanya boleh meletakkan Malaysia ke barisan Negara-negara yang dikira zalim dan menafikan usaha-usaha bersungguh YAB Perdana Menteri selama ini.

21 comments:

JIMKL said...

kalau tak bayar hutang ini lah akibatnya. sikap tak ambil tahu dan tak nak ambil tahu dalam diri mengakibatkan individu tak ambil pusing bila berhutang. bila telah berhutang tolonglah ambil tahu apa akan berlaku kalau takbayar huatng. aklibatnmya boleh bankrap. yang bankrap kan seseorang tu bukan JIM, tapi pihak bank atau pihak yang mereka berhutang.

So to u all out there, kalau berhutang tolonglah bayar. nanti karang kat akhirat kene kira lagi susah..

p/s ada org hutang beli nasi lemak tak bayar bayar lagi dgn aku... kira halal lahhhh

adzra bakes said...

Saya rasa isu ini perlu mendapat penjelasan dari Jabatan yang terbabit. Bagaimana pihak PPIM sanggup menyamakan sebuah Jabatan kerajaan dengan Ah Long? Adakah ada si bankrap yang rumahnya di simbah cat atau ahli keluarga si bankrap yang di culik semata-mata kerana gagal membayar ansuran bulanan?

Terbukti banyak kes yang tidak mampu bayar ansuran bulanan, si bankrap datang ke Jabatan yang berkenaan untuk pengurangan ansuran bulanan.

Harap maaf. Ini adalah pendapat saya sahaja. Perlu mendengar dua belah pihak dan menyemak fail sebelum mengeluarkan kenyataan Jabatan berkenaan Ah Long.

JIMKL said...

PPIM ni suka sangat kasi komen yang berat sebelah dan ckp tak semacam org Islam langsung. Pandai pandai sajer ckp Jabatan Kerajaan ni macam Ah Long.

Peruntukan undang-undang adalah jelas dan nyata. Ignorance of the law is not an excuse or defence which an accused can use as a reason for an action not to be taken on he himself.

Saya percaya pihak terbabit telah pun mengambil kira segala pertimbangan yang sewajarnya sebelum memulakan tindakan perundangan terhadap beliau.

Tindakan mahkamah biasanya adalah jalan terakhir yang diambil.

So janganlah terus melatah.

Fikir fikir kanlah.

kalau macam nie, tentu akan banyak kes orang bersalah, terus minta bantuan PM atau org politik.

Lepas nie ramailah org pinjam then tak nak bayar. Alasan, OKU lah.. miskin laaa.. takder kerja laaa komitmen tinggi laaa... dan mcm mcm laaa lah lagi.

So tepuk dada, kalau dah pinjam bayar laaa untuk mengelakkan anda bankrap.

Kalau anda bankrap, datanglah ke JIM. Jumpa pegawai, citer masalah anda dan minta bantuan...

:o)

Mahmood Adam said...

leksss ppim. jangan emo. pegi ke jabatan insolvensi yg kendalikan kes si bankrap tu & dapat info,.baru hentam. ni dengar cerita sebelah pihak je. tak "persatuan pengguna ISLAM" la ini macam!

Melayu Islam said...

Takpelah, biarlah Persatuan Islam ni defend, sekurangnya dia org mmg dah jalankan tugas membantu. Klu tersilap, kita abaikanlah. Lagi pun jangan salahkan satu pihak ajer. kita kena faham, Bank ni pengamal riba... kadang2 tu hutang pokok sikit ajer. tapi sebab bunga riba tu yang jadinya. kita tak tahu masalah org, klu kita tengok dia pakai mercedez, rumah banglo ttp tak nak bayar gak hutang lainler. setakat gaji dua ribu lebih.... hihihihi klu duduk kawasan bandar mmg berat. Lagi pun isteri dia cuma mintak bebaskan suaminya, sebab takde tempat bergantung. bukannya dia nak nafikan kebankrapan suaminya tu. bila sistem tu tak betul mcm tulah jadinya, Inilah kesannya. Misalannya, kalau kes penagihan dadah, kita tak boleh salahkan penagih itu ajer, pengedar pun salah . Pegawai polis yg makan rasuah pun salah , membiarkannya. Jadi pokok pangkal, kembalilah kehidupan ni kepada Islam sepenuhnya, Insya-Allah selamat semuanya.

hang kasturi said...

u all kne fhm negara ini ada undang2. No one is above the law.Memohon kpd mahkamah utk memenjarakn owg bkn mudah. Mahkamah perlu ambil kira semua keterangan n bukti. Kalo rs diri dianiaya boleh rayu ke peringkat lebih tinggi. Moral of the story kalo dpt notis srh byr jgn wt xphm j. Dtg n bincang masalah. Diorg bknnya zalim n ah long. Mostlynya islam n melayu kita!

miss said...

masalah sekarangkan..mangsa nie dalam keadaan tertekan. Bayangkanla masa depan anak-anak dia macam mana..bagi saya pihak PPIM dah menjalankan tanggungjawabnya sebagai umat ISLAM..so tak salahkan pihak PPIM nie nak membantu.

tp kan..pikirla..PPIM nie kuarkan isu-isu panas nie dia mesti la ada bukti yang kukuh kalu tak kan berani dia nk cete2 semua nie kt depan wartawan......

hana said...

herm.....saya tak rasa ppim berat sebelah, takkan ppim berani buat begini tanpa usul periksa?bukankah nanti ppim juga akan dihadapkan ke mahkamah jika ini tidak benar?. cuba anda baca kenyataan dari isteri beliau ini di BH " suaminya kemalangan pada 1997 dihempap besi satu tan menyebabkan sebelah kaki remuk dan tidak bekerja selama setahun sekali gus memaksa menjual kereta Proton Saga miliknya kepada kenalan adiknya yang gagal membayar ansuran bulanan kenderaan itu.
Sehubungan itu katanya, bank terbabit menarik dan melelong kereta itu selain suaminya diisytiharkan muflis kerana gagal membayar ansuran kereta itu dan beliau (pemilik) serta Suradi (penjamin) diperintah membayar RM30,000 dan RM34,000 kepada pihak bank". “Suami saya meminjam dengan banyak pihak, termasuk along, untuk membayar tunggakan itu dan RM4,000 bagi bayaran sehingga Mei 2011 selain membayar RM2,050 baginya yang tidak bekerja, namun dia tetap dipenjarakan bermula 27 September lalu kerana menghina pihak mahkamah,” katanya. PERSOALAN SAYA, APAKAH MEREKA INI SENGAJA TIDAK MAHU MEMBAYARNYA???????? BUKANKAH SUDAH DIJELASKAN SBB APA MEREKA BLUM DAPAT MEMBAYARNYA? sambungan lagi,
"Rosnah berkata, beliau mengambil upah RM300 sebulan dengan mengasuh anak jirannya bagi menampung pendapatan suaminya RM1,200 sebulan bagi membiayai keperluan anak mereka yang berumur antara 12 dan 17 tahun". PERSOALAN SAYA LAGI, ADAKAH TIADA USAHA YG MEREKA INI LAKUKAN UNTUK MEMBAYAR HUTANG TERSEBUT? SUDAH DIJELASKN JUGA BUKAN???
CUBA KITA FIKIRKAN SEJENAK, APA MANFAAT YG DIPEROLEHI OLEH PIHAK PENJARA JIKA MEREKA DGN MUDAHNYA MEMENJARAKAN ORG YG SEBEGINI?BUKANKAH INI JUGA AKAN MENAMBAHKAN BEBAN DAN KERJA MEREKA? BAGAIMANA KES2 JENAYAH YG LEBIH BESAR, TDK DMASUKKN KE PENJARA, HANYA BAYAR, KEMUDIAN BEBAS, LEPAS TU BUAT JENAYAH LAGI, KEMUDIAN BAYAR DAN BEBAS, TIADA KESUDAHANNYA.... BAGI MEREKA YG MUFLIS INI, JKA SUDAH DI PENJARA BAGAIMANA MEREKA INI INGIN PERTAHANKAN DIRI MEREKA? BAGAIMANA UNTUK MEREKA HADAPI DUNIA KERJAYA? BAGAIMANA UTK MEREKA MEMBAYAR HUTANGNYA? KITA TAK LALUI APA YG MEREKA INI ALAMI, MGKN SBB ITU KITA DGN MUDAHNYA MENGATAKN ITU DAN INI,
-ini adlh pndpt dari saya,dan saya rasa sedih jka hal ini masih dianggap biasa oleh sesetengah org, sama-samalah kita tepuk dada, tanya iman, rasailah jua kesusahan org lain, spt cubit paha kiri sendiri, paha kanan jge terasa,- "YA ALLAH, TUNJUKKANLAH KAMI JALAN KEBENARAN YG ENGKAU REDHOI"

ad-dhuha said...

dah penjarakan org yang x byr hutang rm 100 sebulan ni, apa yg korang dapat ya?

dapat balik ke duit2 tu?dia keluar nnt dia dpt ke byr hutang2 dia?

Its all about HUMANITY...akta ke peraturan ciptaan manusia.Allah lagi Maha Berkuasa.

banyak lagi org yg patut dipenjara yg masih bebas bersenang lenang, patutnya kena ada org turun padang tgk latar belakang org yg kurang berkemampuan mcm ni, baru ambil tindakan.

nak kira kat akhirat...yg berhutang tu mmg lah kena hukum..yg X amanah yg suka2 penjarakan org, yang menindas org yang kurang senang ni kena hukum x kat akhirat bang?

Buat keluarga ini,teruskan berdoa...Allah mendengar doa orang yang teraniaya..

Lailahaillaantasubhanakainnikuntuminazzalimin....

mY said...

salam... mengenai issue ini.. pendapat saya PPIM mmg dgr 1 side story.. tidak buat kajian dahulu.. .. MdI hanya mentadbir kes-kes kebankrapan.. yang bankrapkan owg adalan mahkamah dari pemohonan peguam bank..insolvensi hanye make sure yg bankrap mesti byr hutang wpun hanye RM 100 sebulan.. yela da hutang kena la bayar.. dalam islam pon suwoh bayar hutang juga.. dari dia bayar ratus2 kt bank.. tp kt insolvensi cuma RM100 jer sebulan.. dan after bankrap interest akan brenti stat dari tarikh bankrap..lagi pun saya rase dlm kes nie.. sibankrap tue da bersetuju utk bayar Rm 100 sebulan.. sebelum nak tangkap tue mesti da bagi notis tunggakan bnyk kali.. xkan la mahkamah boley bagi order tuk tangkap mcm tue jer.. klu mcm nie.. lenkali jgn simply sign agreement n jadik penjamin.. paham dulu risiko baru sign.. pokok pangkalnya dari diri sendir.. dan saya rase Insolvensi dah menjalankan tanggugjwbnya..

JIMKL said...

dalam hal nie rasanya kalau tak boleh bayar, atau ada masalah nak bayar senang ajer... dtg ke pejabat insolvensi dan berbincang dgn pegawai.

ini kalau dapat surat tak nak datang. ambik tak port ajer..
ingat takder apa-apa. semua nak ambik mudah.

bila kene penjara baru lah nak bising sana sini minta tolong.
yang sedihnya, bukan org lain.. org melayu dan org islam.

bankrap ni tak semua tak beri kerjasama. tapi majoritinya bermasalah.

tukar alamat tak bagi tahu pada pegawai. walhal dah bgi tau ada peruntukan undang-undang kene bagi tau pegawai bila bertukar alamat surat menyurat kene bagi tahu agar surat sampai. kalau tak bagi tau boleh kene tindakan mahkamah.

lagi satu, kalau nak pergi luar negara.. esok lusa nak pergi baru nak apply minta kebenaran.
walhal dah diberitahu, nak pergi luar negara mesti mohon at least 2 minggu.

so kenapa ini semua terjadi.. mudah jer.. kerana sikap tak apa.. nanti boleh kol sana sini minta tolong, minta cepat kan kebenaran untuk gi oversea...

fulamak... bankrap go oversea tuhhhh..

p/s
pakcik ni pun dah lamo tak poie obersea.. nak poie obersea kek penang tu pun tak jugak dapek dapek nak poie...

JIMKL said...

petikan dari ad-dhuha:
nak kira kat akhirat...yg berhutang tu mmg lah kena hukum..yg X amanah yg suka2 penjarakan org, yang menindas org yang kurang senang ni kena hukum x kat akhirat bang?

wah... senang senang jari jer taip bagit au yang penjarakan org nie suka menindas dan nak kena hukum kat akhirat..

cewah cewah... mano ekau blaja nie?
yang jatuh hukum tuh menjalankan arahan dan tugas yang diamanahkan.
kalau tak jalankan tugas dan amanah kang kene tuduh makan rasuah plak kat public.

org org mcm ad-dhuha nilah yang bnyk menyusahkan org. nak beri simpati tak bertempat.

kalau liohat dario kronologi kes nie... seperti yang di tulis oleh cik hana, bankrap ni tak mampu nak bayar ansuran kereta kerana kemalangan jalan raya.
kereta dijual pada kenalan adiknya.
yang kemudiannya gagal melunaskan bayran bulanan.

persoalan di sini kenapa dah jual pada org lain, tapi masih dia yang kene tindakan. Sepatutnya kawan adiknya yang telah membeli kereta tu lah yang kene tindakan.

Dari itu kita dah tau, kereta bukan dijual dgn cara yang betul. just sambung bayar ajer. adakah itu cara yang betul dalam menjual kereta??? Sapa yang ada akal dan fikiran dapat berfikir itu bukan lah cara penjualan kereta yang betul kerana, tak tukar hak milik n senang kata, tak ada perjanjian jual beli yang sah.

so kalau tak betul dari awal, siapa kan yang patut dipersalahkan bila hal hal macam ini berlaku.

kalaulah si bankrap ni buat penjualan kereta proton tuh dgn cara yang betul kepada kenalan adiknya, tentu beliau tidak berada didalam situasi sekarang.

bila dah jadi begini, bila kene tindakan minta tolong sana sini.
tak salah minta tolong kat orang tapi janganlah salahkan JIM kerana kesilapan diri. Jgnlah tuduh plak org itu zalim, org ini suka aniaya org, org kat atas suka aniaya org dan org kat bawah tuh tak bertimbang rasa...

bak kata Nabil... pak .. pak..pak..lu pikirlah sendiri wahai cik ad-dhuha...

JIMKL said...

oh ya pada cik hana..

memang lah ppim tuh berat sebelah bila menulis hal ini.

Dgn tajuk ""BERITA PPIM : JABATAN INSOLVENSI LEBIH ZALIM DARIPADA AH LONG?""

sungguh sensasi berita nie.
aku baca title tuh dan catitannya gelak sampai terguling guling. nasib baik guling atas carpet kat office aku kalau guling kat atas jalan suure kene langgar lari nya.

ops enter frame plak.

gini cik hana,

pakcik cakap PPIM ni tulis berita berat sebelah dan tiada bukti kukuh kerana:

1) Ada ke PPIM ni datang ke JIM, berjumpa dan bertanya dengan pegawai yang kendalaikan kes ini?

jawapannya : tiada ( 1 markah)

2) adakah PPIM ni arif tentang hal ehwal kebankrapan individu yang bankrap dan kene penjara ni?

jawapannya : tidak juga ( 1 markah)

3) Adakah PPIM ni arif dan tahu akan selok-belok undang-undang kebankrapan iaitu Akta Kebankrapan 1967 dan Kaedah-Kaedah Kebankrapan 1969?

jawapannya : tentulah tidak juga ( 1 markah)

so berdasarkan 3 fakta ini wahai ci hana yang manis (org nama hana ni yang aku kenal semuanya cute-cute) saya berpendapat PPIM memang lah berat sebelah bila menulis artikel kat atas.

kalau ko tanya kat si Jai (lakonan Adi Putra dalam KL Gangster) for sure di pun akan cakap.."memeylah"

p/s
pakcik tak tgk "kl gangster" tu doh.. den nengok "bini-biniku gangster" jor...
lagi best ngeh ngeh...

probro said...

Undang-undang diadakan untuk membantu manusia menjalani kehidupan sempurna dan teratur dan bukannya sebagai jerangkap samar yang dipasang untuk membinasakan manusia.

biasanya kertas penghukuman setiap kes telah disiapkan oleh JIM, pendaftar kanan hanya tandatangan sahaja.

Mereka terpaksa menjual motosikal yang digunakan untuk mencari kehidupan untuk membayar tunggakan tetapi masih kurang RM 150.00.

Walaupun yang kurang hanya RM 150, Suradi dihantar juga ke penjara. Saudara mara telah mencari peguam untuk merayu tetapi rayuan ditolak di atas sebab teknikal.

Kini, Pendakwa (Norina) meminta mahkamah untuk menambah hukuman ke 6 bulan. Keghairahan menggila ini tidak terfikir kepada kita manusia biasa.

Sekarang ini, si isteri tidak bekerja dan terpaksa menyara 3 orang anak yang sedang mengambil SPM, PMR dan UPSR. Bayangkanlah jika ini terjadi kepada kita?

Mari kita renung keadaan ini. Adakah ini patut dan berperikemanusiaan?

Patutkah si isteri sekarang pergi mencuri untuk membayar baki RM 150 untuk dibayar kepada JIM.

Jika hukuman bagi 6 bulan diperolehi untuk terus menghukum si bankrap, maka si isteri terpaksa membayar dengan mencuri atau merompak untuk ansuran selama 6 bulan akan datang atau menjual salah seorang daripada anak-anak bagi mengelakkan tindakan sinis JIM ini ataupun perlukah si suami apabila keluar penjara pergi merompak untuk membayar ansuran bulanan sedangkan makanan di rumah pun tiada untuk diberi kepada anak-anak?

Nampak gayanya Ah Long yang dulunya seperti iblis akan jadi lebih baik daripada JIM sekarang ini.

Tak perlulah usaha penjenamaan semula JIM kepada MDI (Malaysia Department of Insolvensi….bahasanya Inggeris la pulak, Koperatnya!

Memang dasar kumpulan manusia zalim yang lupakan diri).

Apapun yang paling jelas adalah kegagalan Jabatan Insolvensi Malaysia dalam tanggungjawab mereka membantu para muflis pulang ke pangkuan masyarakat tapi berjaya menzalimi mereka dengan menghantar mereka yang papa dan tak mampu/gagal membayar ke penjara.

Diberitakan, Norina begitu teruja apabila berjaya dalam kes-kes memenjarakan orang-orang miskin dan muflis ini.

Diberitakan juga ada pegawai JIM yang ditugaskan untuk mensabitkan para muflis ini menangis melihat hukuman yang dijatuhkan sementara pengarahnya bersorak keseronokan. Apa punya manusia…..

cuba kita renungi kisah ini dalam link di bawah ini .

http://proactiveconsumer.blogspot.com/2011/10/jabatan-insolvensi-maha-zalim.html

probro said...

bagi mereka yang kerja makan gaji bulan... tiada apa yang nak dirisaukan... setiap bulan cucuk jer kat atm terus keluar duit.

tapi bagi mereka yang mengabdikan diri dalam muamalat perniagaan, pelbagai halangan dan cabaran berlaku untuk berjaya. namun mereka tetap meneruskan kerjaya demi mendapatkn sesuap nasi untuk anak-anak dan keluarga.

Ramai usahawan terpaksa berhutang bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan.

Apa yang berjaya dalam perniagaan dan ada yang gagal. gagal kerana pelbagai sebab. Ada yang diakibatkan oleh masalah pengurusan dan ada yang akibat persaingan dan ada yang gagal sebab masalah kesihatan.

Siapa yang tidak ingin berjaya? Semua org nak berjaya. Tapi kita kena sedar, bukan semua harapan kita menjadi kenyataan.

Sebagai manusia kita kena faham bahawa setiap masalah tidak sama penyebabnya. Kalau gagal disebabkan engkar dan enggan atau malas, memanglah patut agaknya. Namun kalau gagal akibat masalah kesihatan atau ditipu maka kita kena fikir semula sebelum menuding jari.

JIM bukannya menuding jari saja, tapi menghukum dan menindas tanpa mempertimbangkan kenapa seseorg itu gagal membyr hutangnya. Adakah ia sengaja atau tidak mampu?

Hidup kena ada undang undang sebagai kawalan tetapi jangan sampai kita menggunakan undang-undang untuk menzalimi org yg tidak berdaya? Tiada berupaya? Tidak mampu?

Kalau pokok tidak mendatangkan hasil kita boleh tebang dan tanam semula. Tapi ini manusia. Gagal bayar masuk penjara, tak mampu bayar masuk lokap, Kalau tak mau bayar lain lah.... Ini kes zalim, kawan-kawan nak tolong bayar pun tak boleh.... JAIL TETAP JAIL.

Nampak sangat kezalimannya. Tunggulah nanti apabila anak menantu kita yang pula yang kena..... Apa kita rasa?

PERKATAAN TOLONG TIDAK UJUD DALAM JIM. YANG ADA HANYA PENJARA.....

Anonymous said...

Pagi hari ini saya dengar Ketua Pengarah Jabatan Perihal orang bankrup di Radio 24. Amatlah sedih apabila Dato Karim kata semua orang bankrup tiada hak langsung mengenai kehidupan harian mereka kerana di bawah undang-undang, Dato Karim sebagai Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi diberi kuasa penuh untuk membuat keputusan mengenai kehidupan harian mereka. saya ingatkan Allah SWT yang Maha Berkuasa tetapi rupanya Ketua Pengarah Insolvensi juga mempunyai kuasa seumpamanya di dunia ini. Allah SWT telah berfirman "Janganlah kamu berlaku ketindasan ke atas sesama kamu"
Adakah Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi itu sebagai seorang Islam yang menjadi Ketua Jabatan boleh mengaku pada dirinya bahawa jabatan telah berlaku/bertindak adil 100% mengikut hukum Allah SWT pertamanya dan hukum dunia keduanya ataupun mengikut hukum dunia dahulu sebelum hukum Allah SWT. Baliklah kepangkal jalan jikalau terasa sesat,ikutlah Al-Quran serta Sunnah. Saya ingat ramai rakyat boleh mencari kesalahan kesilapan setiap jabatan kerajaan so janganlah angkuh sangat kata jabatan tu perfect!

Tok Malaya said...

Saya adalah seorang persara kerajaan yang pencen. Saya terkejut apabila terbaca disurat
khabar dan melihat di TV mengenai kes Surandi.

Pada pendapat saya, pegawai kerajaan adalah seorang pemegang amanah rakyat yang diberikan tugas untuk mentadbir Negara. Kita sebagai umat Islam kena ingatkan diri kita bahawa pertama kita adalah seorang Islam yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah di Dunia kita adalah pegawai kerajaan.
Untuk Dato Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi, Ingatlah bahawa hakim di mahkamah pun mempunyai “discretionary power” apabila dibenarkan oleh undang-undang yang dikendalikan. Adakah dalam kes Suradi itu, Dato Karim mengikut undang-undang sahaja di dalam kuasanya tanpa menggunakan kuasa discretionary ketua Pengarah tetapi bukan pada mereka yang berkedudukan .

Saya difahamkan serta terkejut apabila saya diberitahu bahawa SAR yang menghukum Surandi adalah gred lebih rendah daripada gred pendakwa raya yang memfailkan kes tersebut.

Dalam etika begini,

adakah dibenarkan dan adakah Ketua Pengarah Insolvensi tahu mengenai perkara ini?

Saya mohon pendapat.Terima kasih.

JIMKL said...

Probro....

bila baca komen kome nie rasonya ekau nie nak cakap yang menyebabkan org tuh bankrap adalah JIM.

Para pembaca yang budiman sekalian, yang menyebabkan seseorng tuh bankrap kerana tindakan dari para pemiutang. Bank, atau individu atau syarikat. atas sebab satu nie ajer.. TAK BAYAR HUTANG...


JIM nie cuma mentadbir urus hal-ehwal semasa seseorang yang telah bankrap. Bila seseorang tuh dah bankrap segala urusan beliau adalah di bawah bidang kuasa JIM.

So memanglah Datuk Karim nie sebagai ketua jabatan mempunyai kuasa penuh ke atas seseorng yang telah bankrap.

So En.Tok Siber ni kenapa nak "take things out of context" sampai nak melalut hingga ke akhirat. Dalam hal ini bukannya Datuk Karim tuh nak membongkak menyatakan dirinya lebih berkuasa dari Allah.

Ini lah masalah orang melayu (ekau melayu kan tok siber) yang suka sangatlah melalut tak tentu pasal. Cubalah bercakap tuh dgn kematangan fikiran. Cuba bukak buku undang undang Akta Kebankrapan 1969 tuh dan pahamkan Kuasa dan tanggungjawab ketua pengarah JIM itu sendiri. ada ke citer yang kuasanya lebih besar dari Allah Yg Maha Esa. So kalau nak ckp atau berkhutbah ckp dgn terang .. jgn main ckp jer semata mata nak menghentam org ataunnak tunjuk pandai.

kalau ekau meluangkan masa membaca atau kalau malas sgt nak membaca akta tuh, ekau poi jumpo mano mano lawyer yg ekau konal dan tanyokan boto tak yang Ketua Pengarah Insolvensi ni mempunyai kuasa yang menyeluruh terhadap bankrap.. ekau mintaklah dio toghangkan kek ekau. kalau tak paham jugak.. tak pek den nak nolong doh...

JIMKL said...

wahai tok malaya...

hai ini sorang lagi melayu yang bengap.
baguslah ekau dah pencen, kalu tak tentu ajer akan menyusahkan jabatan yang kome bekerja tuh.

pasal guna discretionary powerlah JIM ini dipandang rendah oleh mereka yang bankrap.
sampai ada yang bercakap, alahhhh... JIM ini tak perlu takut. Undang undang kebankrapan nie tak ada apa.. apa..
Samapi ada jugak lawyer yang advice client mereka , tak perlu risau kalau dapat surat dari JIM tak perlu takut n tak perlu hadir.

ini bukan perkara bohong tapi sesuatu yang berlaku dalam rutin harian JIM.

Terlampaau sagat berlembut dgn bankrap ini lah jadinya. So lama-lama kalau berlembut org naik tocang. So bila dah naik tocang sesuatu kene lah diambil utk dijadikan iktibar oleh mereka yang bankrap diluar sana.

Yang aku pelik sgt nie, apalah yang nak jadi isu jika pegawai mahkamah nie lebih rendah dari pangkatnya dari pegawai yang mendakwa.

tak ada pun peruntukan dalam makhkamah di malaysia nie yang memperuntukan bahawa kalau nak dakwa seseorang dimahkamah, pendakwa tuh mesti lah lebih rendah pangkatnya dari pegawai mahkamah yang menjatuhkan hukum tuh..

kalau camtuh laaa bnyk sungguhlah kes kes yang akan tertunggak di mahkamah tuh. lain kali tgk lah dulu atau baca dahulu Kaedah Kaedah Mahkamah Tinggi 1980. Kalau tak faham bertanya lah pada org yang tau. Jgnlah main suarakan ajer pendapat kome tuh. bukan apa ramai kat luar nie yang buta tentang undang undang...

by the way, discretionary power ni memang lah bawah mahkamah, tapi kalau dah salah dari segi proseding macamna nak pertimbangkan.

So jgnlah salahkan mahkamah bila tak gunakan discretionary power.
Salahkan lawyer yang bawak kes nie. Nampak sgtlah tak sangat pasal prosedur kebankrapan sampai salah dan tak tau cara nak membuat rayuan.

to those out there, make sure bila pakai lawyer nie jgn main ambik je sebarangan lawyer. nanti dpt yang hijau susah plak.

JIMKL said...

pro bro...

bila masa plak kengkawan nak tolong bayarkan tak boleh bayar.
mana punya undang undang yg kome pakai dan tgk tuh??

setakat ni susah betul aku nak dgr kawan tolong bayarkan hutang. fuh kalau adalah meh kenalkan kat aku. leh jugak mintak dier tolong bayarkan hutang kereta aku dgn hutang rumah kat bank.

kalau nak berhujah tuh agak agak lah bro.. jgn main hentam keromo jer. nanti bikin org konfius. jangan jadi org buta ajar org pekak membaca.

bila dah jenuh ckp dgn baik dan banyak peringatan dah diberi tapi masih tak ambik kira, maka kalau anak kita rotan, kalau polis sure kene saman. kalau dgn JIM.. apalagi PENJARA laaaa. takkannak denda. pasal tak ada peruntukan dalam akta untuk mendenda org bankrap nie. yerlah dah bankrap.. mana ada duit.

disebabkan maysarakat kita ni tak suka dgr arahan pasal tuh lah selalu sgt kemalngan maut kat malaysia nie. yerlah kerajaan surah pandu dgn cermat, pandu dgn selamat, jgn terburu buru, jangan memotong di kawasan double line, jgn itu jgn ini sampai penat kita mendgr tapi masih ramai yang tak nak dgr. Sudahnya tiap kali perayaan pasti kita mendengar kes kes kemalangan ngeri.. Nauzubillah

So mcmana masyarakat kita nie nak dgr arahan dari JIM.. sedangkan arahan yang berkaitan dgn nyawa sendiri pun ramai yang tak nak ikut.

Satu ajer nak ckp, kalau sakit dan tak mampu nak membayar ansuran bulanan yang telah dijanjikan kepad JIM, datanglah berjumpa. Bawak ajer surat doktor. barulah kita boleh cerita.
Ini kalau ckp sakit jer tanpa surat doctor camner.. la nie nak cuti sakit pun kena ada MC.
Kalau tak mampu .. bagi tau la kenapa.
kalau badan sihat tapi tak nak bayar kerana tak bekerja kan ker pelik.. caman dier hidup n mkn bila tak bekerja dan tak ada duit.

Pokok pangkalnya, bila seseorng itu bankrap dan ada masalah nak mabayar ansuran bulanan datang lah jumpa pegawai yang ditugaskan.

p/s
nak minta PPIM laaa bayarkan hutang aku..

JIMKL said...

Tapi dalam kes ini aku rasa Datuk Karim kena berlaku adil.
Bilis pun kene hukuman, jerung pun kene hukuman jugak.

Jangan hanya pasal org nie tak ada kenal sesapa tak ada conection dgn sesapa pasal tuh tindakan diteruskan.

Lebih adil dan saksama jika Datuk Karim pun menggunakan pendekatan yang sama terhadap semua bankrap.
Mana-mana Datuk atau Tan Sri yang bankrap dan engkar pada arahan KPI harus juga dikenakan tindakan tanpa perlu melihat conection dgn sapa.

Bukan apa, takut takut nanti Datuk Karim kat akhirat tak dapat nak menjawab plak nanti.

p/s
selamat hari deepavali kepada mereka yang beragama Hindu

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL