Monday, April 1, 2024

AKTIVITI | PROGRAM BUBUR LAMBUK BERSAMA AKADEMI TAHFIZ AL-HIDAYAH - PPIM - 30/03/2024

30 Mac 2024 - Program bubur lambuk oleh Courts Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam (PPIM) dan Astro untuk diedarkan kepada orang ramai sempena bulan Ramadan di Courts Setapak.

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi Courts, En Anuraj Srivastava, Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi dan Ketua Pegawai Jualan & Pemasaran Astro, Tai Kam Leong.

Program turut menyantuni anak-anak tahfiz dari Akademi Tahfiz Al-Hidayah.

Wednesday, March 27, 2024

NEGERI LAPOR POLIS LELAKI HINA SULTAN SELANGOR, PERSENDA ISLAM - SELANGORKINI - 27/0/2024

 

SHAH ALAM, 27 MAC: Kerajaan Negeri membuat laporan polis terhadap individu yang didakwa menghina Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan institusi diraja dalam media sosial.

EXCO perumahan berkata laporan terhadap N Ganesparan, 42, juga dibuat berikutan mempersenda Islam dengan mendakwa Nabi Muhammad SAW sebagai penipu selain tidak perlu bersolat.

Borhan Aman Shah menegaskan individu berkenaan turut menyebut perkataan kesat dan memalukan terhadap Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, raja-raja, mufti.

“Menerusi video diterima malam tadi, (kenyataan disebut) boleh menimbulkan keguasaran awam dan membangkitkan sensitiviti yang berisiko mengakibatkan pergolakan dan perpecahan kaum.

EXCO Perumahan Borhan Aman Shah bercakap kepada media selepas membuat laporan polis terhadap seorang individu yang menghina DYMM Sultan Selangor Sultan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada 27 Mac 2024. Turut sama Ketua Aktivitis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan (kiri). Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“(Berikutan itu) Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Dato’ Menteri Besar bersetuju untuk membuat laporan polis ini,” katanya ditemui di ibu pejabat polis Shah Alam hari ini.

Turut serta EXCO Belia dan Sukan Najwan Halimi serta dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Persatuan Anak Melayu Selangor dan Wilayah.

Borhan menegaskan pihaknya akan mendesak polis untuk menyiasat termasuk bekerjasama dengan Interpol supaya lelaki yang menetap di luar negara sejak 2017 itu dibawa ke muka pengadilan.

“Tanggungjawab kita untuk membuat laporan agar perkara ini tidak dipermainkan. Tindakan undang-undang perlu dibuat supaya martabat institusi diraja dan agama Islam sentiasa dijaga,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya membuka 21 kertas siasatan terhadap Ganesparan berikutan kenyataan didakwa menghina Sultan Selangor dan agama Islam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki tersebut kini dipercayai berada di Hamburg, Jerman selepas kali terakhir keluar pada 2 November 2017.

Dalam video lebih dua minit itu, lelaki tersebut mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman dan keagamaan selain mendakwa isu 3R (agama, kaum dan raja) hanya untuk orang bukan Islam.

Artikel oleh: SelangorKini

NEGERI LAPOR POLIS LELAKI HINA SULTAN SELANGOR, PERSENDA ISLAM

https://selangorkini.my/2024/03/negeri-lapor-polis-lelaki-hina-sultan-selangor-persenda-islam/

AKTIVITI | LAPOR POLIS ISU INDIVIDU HINA ISLAM, SULTAN - PPIM - 27/03/2024

Tular video memaparkan seorang individu yang menghina agama Islam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sehubungan itu, EXCO Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor, YB Tuan Borhan Aman Shah hari ini bertindak membuat laporan polis berkenaan individu tersebut.

Turut serta EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan YB Najwan Halimi, Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi serta beberapa NGO.


PPIM MAHU JAKIM PERJELAS PENARIKAN SEMULA STATUS HALAL REMPAH ALAGAPPA'S - MALAYSIA GAZETTE - 26/03/2024

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menuntut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberi penjelasan lanjut berhubung tindakannya menarik balik status halal syarikat pengeluar rempah Alagappa’s minggu lalu.

Ini kerana, tindakan tersebut telah mencetuskan keresahan kepada pengguna khususnya pengguna Islam di Malaysia.

Ketua Aktivis PPM, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya amat bimbang kesan status halal kepada restoran dan pengusaha industri makanan di Malaysia.

Jakim mendakwa status halal ditarik balik berikutan syarikat itu didapati melanggar piawaian yang ditetapkan.

“Pengguna selama ini mempercayai produk Alagappa’s sebagai produk halal kini terpaksa mempertimbangkan semula pilihan mereka. Sijil pengesahan halal produk adalah penting dalam kehidupan sehari-hari umat Islam, dan pembatalan status halal oleh syarikat pengeluar rempah ini adalah satu pukulan besar terhadap kepercayaan pengguna,” katanya.

Nadzim berkata, restoran-restoran yang menggunakan produk-produk tiada sijil halal daripada Alagappa’s turut terkesan.

“Mereka (Jakim) kini perlu memastikan semula status halal mereka melalui pemeriksaan yang teliti oleh Jakim bagi memastikan kepatuhan terhadap piawaian halal yang ditetapkan.

“Apakah langkah yang akan diambil oleh Jakim selepas ini adalah penting bagi mengembalikan keyakinan pengguna Muslim terhadap status halal produk di pasaran.

“Kami berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dengan segera dan telus demi menjamin keselamatan serta kepercayaan umat Islam terhadap produk-produk halal di Malaysia,” katanya. – MalaysiaGazette

Artikel oleh: Malaysia Gazette

PPIM MAHU JAKIM PERJELAS PENARIKAN SEMULA STATUS HALAL REMPAH ALAGAPPA'S

https://malaysiagazette.com/2024/03/26/ppim-mahu-jakim-perjelas-penarikan-semula-status-halal-rempah-alagappas/

UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA 'BIASED' ?? - AATV NEWS - 27/03/2024

 

• Undang-undang di Malaysia 'Biased' ??

- Harimau makan Kancil, Marhein kena sedar diri, insaf.

- Kita (marhein) duduk dalam keadaan amat tertekan dan ditekan, rakyat mesti bersama untuk suarakan demi melindungi diri.

Sumber: AATV News

UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA 'BIASED' ??

https://www.youtube.com/watch?v=5stxCDlik88

PPIM GESA PADU PERLU DIKAJI SEMULA, KATA DATO NADZIM JOHAN - AATV NEWS - 25/03/2024

 

25 March 2024 :

• PPIM gesa PADU perlu dikaji semula, kata Ketua Aktivis Dato Nadzim Johan.

• Ramai mencurigai PADU

(1) Jaminan yang diragui

(2) Sistem PADU yang mudah dibolosi

#PPIM #toqqi_ppim #toqqi #nadzimjohan #PADU #kajisemula #gesa #kementerianekonomi #aatvmedia #aatvnews #informasiurban #BeritaTular #BeritaTrending #trendingnewsmalaysia #BeritaViral #MalaysiaMadani

Sumber: AATV News

PPIM GESA PADU PERLU DIKAJI SEMULA, KATA DATO NADZIM JOHAN

https://www.youtube.com/watch?v=Ng-VgpVXkLc&t=9s

'FORMULA HARGA SEPINGGAN NASI 40 SEN TAK MASUK AKAL' - BERITA HARIAN - 24/03/2024

 

Artikel oleh: Berita Harian

'FORMULA HARGA SEPINGGAN NASI 40 SEN TAK MASUK AKAL'

Tuesday, March 26, 2024

STATUS HALAL ALAGAPPAS: KESAN KEPADA PENGGUNA ISLAM - KENYATAAN MEDIA PPIM - 26/03/2025

Kuala Lumpur: Keputusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengumumkan pihaknya telah menarik balik status halal syarikat pengeluar rempah Alagappas minggu lalu telah mencetuskan keresahan kepada pengguna khususnya pengguna Islam di Malaysia.

Status halal itu dilaporkan ditarik balik berikutan syarikat itu didapati melanggar piawaian yang ditetapkan.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) amat bimbang tentang kesan status halal kepada restoran dan pengusaha industri makanan di Malaysia.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata pembatalan status halal ini telah menimbulkan kebimbangan dan tekanan kepada pengguna Muslim di seluruh negara.

"Pengguna yang selama ini mempercayai produk Alagappas sebagai produk halal kini terpaksa mempertimbangkan semula pilihan mereka.

"Sijil pengesahan halal produk adalah penting dalam kehidupan sehari-hari umat Islam, dan pembatalan status halal oleh syarikat pengeluar rempah ini adalah satu pukulan besar terhadap kepercayaan pengguna," katanya.

Nadzim berkata, restoran-restoran yang menggunakan produk-produk tiada sijil halal daripada Alagappas turut terkesan.

Mereka kini perlu memastikan semula status halal mereka melalui pemeriksaan yang teliti oleh JAKIM bagi memastikan kepatuhan terhadap piawaian halal yang ditetapkan.

Dalam menghadapi situasi ini, Nadzim menegaskan JAKIM perlu memberi penjelasan lanjut mengenai tindakan selanjutnya yang akan diambil oleh pihak mereka.

"Apakah langkah yang akan diambil oleh JAKIM selepas ini adalah penting bagi mengembalikan keyakinan pengguna Muslim terhadap status halal produk di pasaran.

"Kami berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dengan segera dan transparan demi menjamin keselamatan serta kepercayaan umat Islam terhadap produk-produk halal di Malaysia," katanya.

PPIM BANTU PELANCONG WARGA CHINA DIANIAYA PIHAK BERKUASA - KENYATAAN MEDIA PPIM - 25/03/2024

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berjaya membantu seorang warganegara China untuk mendapatkan keadilan setelah dituduh mencuri dan menghina pihak berkuasa.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi berkata pada pertengahan tahun lalu, warga China yang dikenali sebagai Laila tiba di Malaysia untuk bercuti.

"Ketika berada di sebuah Pusat Membeli Belah yang terkemuka di Bukit Bintang, dia dihampiri oleh seorang lelaki berpakaian awam yang menuntut paspotnya tanpa sebab munasabah.

"Pelancong itu tidak memahami Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia, lalu meminta bantuan pengawal keselamatan berhampiran," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nadzim berkata ketika menggunakan telefon bimbit pengawal keselamatan tersebut, Laila dituduh mencuri peralatan tersebut daripada pengawal keselamatan yang meminjamkannya.

"Dalam usaha Laila menjelaskan dengan penguasaan bahasa yang terhad, dia dituduh pula memaki hamun pihak berkuasa," katanya.

Laila kemudian ditahan atas tuduhan mencuri dan menghina pegawai penguatkuasa, serta diminta untuk membayar jaminan sebanyak RM7000.

"Aktivis PPIM berjaya membuktikan kepada mahkamah tuduhan itu tidak berasas berdasarkan bukti rakaman video," katanya.

Nadzim menegaskan insiden ini adalah satu contoh jelas bagaimana pihak berkuasa menyalah gunakan kuasa dan membazir masa mahkamah.

"Tindakan ini adalah bentuk penganiayaan yang tidak boleh diterima, buang masa, bazir duit dan masa mahkamah," katanya.

Nadzim menyeru pihak berkuasa bertindak sewajarnya mengikut peraturan undang-undang dan memberi amaran bahawa tindakan mereka sentiasa dipantau oleh masyarakat.

"Walaupun warga China ini akhirnya dibebaskan daripada tuduhan yang tidak berasas, kes ini tetap menimbulkan persoalan tentang perlunya pihak berkuasa bertindak dengan penuh pertimbangan sebelum membuat sebarang keputusan yang melibatkan hak asasi individu" katanya.

"Penyelidikan lanjut perlu dijalankan untuk menentukan sama ada tindakan yang diambil terhadap pelancong warga China ini adalah berdasarkan kepada prosedur undang-undang yang sewajarnya.

"PPIM akan terus memantau perkembangan kes ini dan memastikan keadilan dilakukan bagi semua individu tanpa mengira bangsa atau agama.

"Kita semua berharap agar insiden seperti ini tidak akan berulang dan pengajaran untuk memastikan kesalahan serupa tidak berlaku pada masa akan datang," katanya.

PPIM menganggap kes ini sebagai satu pengalaman yang memberi peringatan tentang pentingnya memastikan keadilan dan hak asasi individu sentiasa diutamakan dalam setiap tindakan pihak berkuasa.

Semoga setiap individu dilindungi dengan sewajarnya dan keadilan menjadi landasan utama dalam sistem kehakiman negara.

HUKUMAN LEBIH BERAT KEPADA INDIVIDU HINA, PERMAINKAN KESUCIAN ISLAM - SINAR HARIAN - 25/03/2024

 

CYBERJAYA - Pengamal undang-undang beragama Islam digesa untuk berusaha mencadangkan bentuk hukuman lebih berat terhadap individu yang didapati menghina dan mempermainkan kesucian agama itu.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perkid), Masridzi Sat berkata, perkara tersebut antara 13 perkara dalam Resolusi Mukazarah Pejuang-Pejuang Agama, Bangsa dan Tanah Air (ABATA) dalam mempertahankan kesucian serta kedaulatan Islam.

"Selain itu, kami bertekad dan berazam untuk terus berjuang mempertahankan kesucian serta kedaulatan Islam daripada sebarang ancaman atau penindasan termasuk penghinaan yang melibatkan kepentingan agama selain umat Islam sejagat khususnya di negara ini.

"Setelah berbincang bagi memahami ancaman, penghinaan kepada kesucian kalimah ALLAH SWT serta lain-lain, kami menggesa suatu tindakan yang bersepadu mesti dilaksanakan oleh semua lapisan umat Islam di negara ini tanpa mengira perbezaan fahaman politik," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika majlis Muzakarah NGO Islam dan Pejuang ABATA dalam mempertahankan kesucian serta kedaulatan Islam di Malakat Mall di sini pada Ahad.

Majlis Muzakarah NGO Islam dan Pejuang ABATA dalam mempertahankan kesucian serta kedaulatan Islam di Malakat Mall di sini pada Ahad.

Turut hadir Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan Pengasas Malakat Mall, Fadzil Hashim.

Tambah Masridzi, pihaknya bersetuju sebahagian kekayaan golongan minoriti bukan Islam merupakan hasil pembelian dan sokongan umat Islam.

Ujar beliau, pihaknya akan mengubah hal tersebut dengan memboikot segala produk, rangkaian kedai yang dimiliki oleh golongan terbabik baik di luar mahupun dalam negara.

"Dalam pada itu, kami ingin menyeru kepada pemimpin beragama Islam agar bertindak tegas dan jangan sesekali berkompromi golongan anti Islam itu kerana ia bercanggah dengan sumpah Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Negara untuk menjaga Islam setiap masa dalam titah baginda baru-baru ini.

"Bukan itu sahaja, orang ramai juga tidak seharusnya mengulangi kesilapan dengan memberi kekuatan ekonomi kepada gerakan golongan berkenaan menerusi pembelian di kedai-kedai rangkaian mereka kerana ia merupakan suatu pengkhianatan serta membawa mudarat yang besar kepada kepentingan Islam," katanya.

Jelas Masridzi, pihaknya turut mengajak semua usahawan Islam agar mempertingkatkan usaha penyatuan serta perkhidmatan dengan memberi segala kemudahan khususnya kepada pengguna umat Islam agar dapat membeli barangan halal toiyyiban demi pengukuhan ekonomi.

Suasana majlis Muzakarah NGO Islam dan Pejuang ABATA dalam mempertahankan kesucian serta kedaulatan Islam di Malakat Mall di sini pada Ahad.

Tegas beliau, pihak agamawan, alim ulama dan institusi agama diminta agar terus komited melaksanakan tanggungjawab amar maruf nahi mungkar dengan menyokong sebarang usaha untuk mengangkat produk barangan Islam sekali gus membela golongan asnaf yang menjadi tanggungjawab semua.

"Kami menyarankan agar Malakat Mall atau mana-mana syarikat yang berkemampuan mewujudkan secretariat gabungan Beli Barangan Muslim Dahulu (BMF), BMF Nusantara dan BMF Global dengan menjadikan NGO, agamawan dan rangkaian usahawan Islam sebagai rakan strategik bagi menjayakan gagasan ini.

"Kami minta kepada seluruh umat khususnya para alim ulamak agar sentiasa memohon bantuan Maha Esa melalui solat hajat dan doa agar hasrat mengembalikan kesucian serta kedaulatan Islam dikabulkan ALLAH," katanya.

Artikel oleh: Sinar Harian

HUKUMAN LEBIH BERAT KEPADA INDIVIDU HINA, PERMAINKAN KESUCIAN ISLAM

https://www.sinarharian.com.my/article/656447/berita/nasional/hukuman-lebih-berat-kepada-individu-hina-permainkan-kesucian-islam

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL