Saturday, April 22, 2017

3646) Sindiket guna taktik tawar pekerjaan - Utusan Malaysia - 22/04/2017

MENJADI mangsa sindiket penipuan pelaburan forex memanglah amat ‘menyakitkan’. Namun, lagi perit menanggung perasaan bersalah terhadap ahli keluarga, jiran dan sahabat yang ditarik untuk turut serta dalam pelaburan tersebut.
Itulah dialami seorang gadis berusia 23 tahun yang ingin dikenali sebagai Suhaizah.
Dia pada mulanya tidak menyedari taktik penipuan sindiket tersebut yang menawarkan peluang pekerjaan secara dalam talian dan menyasarkan graduan baharu sebagai mangsa.
 “Saya tidak ingat sama ada saya pernah menghantar surat permohonan pekerjaan di syarikat itu, namun saya ada buat permohonan di beberapa syarikat yang mengiklankan jawatan kosong di sebuah laman pencarian pekerjaan.
“Seorang kakitangan yang mengaku dari sebuah syarikat perbankan terkenal menghubungi saya bagi memaklumkan tentang panggilan mengikuti sesi temuramah di lokasi pejabat yang terletak di Menara Alliance Arena Brickfields.
“Tanpa sedikit pun keraguan, saya melalui sesi temuramah yang turut diikuti oleh beberapa individu lain,” katanya.
Selepas berjaya terpilih menyandang jawatan di bahagian pentadbiran, Suhaizah bersama lebih 20 kakitangan baharu menjalani kursus tentang tugas yang akan dijalankan.
“Selepas tamat kursus, pihak syarikat mula menawarkan satu pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan dan mengkehendaki saya mencari pelabur lain.
“Setelah berbincang dengan ahli keluarga, akhirnya mereka bersetuju menyertai pelaburan itu. Dengan menggunakan simpanan dalam Tabung Haji, ibu saya telah mengeluarkan duit berjumlah RM17,000. Saya kemudian diminta memasukkan wang tersebut ke sebuah akaun syarikat berlokasi di Hong Kong.
“Ibu saudara saya kemudian turut serta melabur sebanyak RM27,000, diikuti jiran sebanyak RM90,000. Sahabat saya melabur sebanyak RM60,000 dan beberapa ahli keluarga lain. Jika dihitung jumlah pelaburan kira-kira RM277,800,” katanya.
Sebulan kemudian, Suhaizah menerima panggilan daripada seorang kakitangan yang dikenali sebagai Rachel yang memintanya menambah lagi wang pelaburan sebanyak RM150,000 pada tarikh ditetapkan bagi mengelak wang pelaburan sebelumnya ‘lebur’ begitu sahaja.
“Saya tidak dapat memenuhi permintaannya memandangkan sudah tidak mempunyai wang. Bagaimanapun, belum sampai tarikh ditetapkan membayar wang pelaburan, syarikat itu tiba-tiba menghentikan operasi dan meminta saya bekerja dari rumah.
“Ketika mereka mula berkemas dan mengosongkan premis, saya mengesyaki sesuatu tidak kena. Mereka bukan sahaja kelam kabut mengemaskan fail, malah berdolak dalik apabila diajukan pelbagai soalan,” katanya.
Menyedari dirinya ditipu, Suhaizah kemudian membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
“PPIM mengatur strategi menahan beberapa individu yang terlibat dengan meminta saya menghubungi salah seorang daripadanya dan memaklumkan mahu menyerahkan wang yang diminta sebelum ini.
“Ketika dua kakitangan tersebut termasuk Rachel hadir pada tempat dijanjikan, ahli PPIM menahan dan membawa mereka ke balai polis,” katanya.
Hasil siasatan awal mendapati dua individu itu merupakan sebahagian daripada suspek yang aktif melakukan pelbagai kes penipuan sebelum ini.
20170422 - Sindiket guna taktik tawar pekerjaan
UTUSAN MALAYSIA 22.4.2017 1
UTUSAN MALAYSIA 22.4.2017

Friday, April 21, 2017

3644) Pendaki Solo Negara Terima Sumbangan RM3000 - Malaysia Aktif - 20/4/2017

KUALA LUMPUR, 20 April (Malaysiaaktif) – Misi mendaki enam puncak Himalaya oleh Pendaki Solo Negara, Mohd Noor Mat Amin, hari ini menerima sumbangan bernilai RM3,000 daripada SK Combination Sdn Bhd. Menurutnya Mohd Noor, setakat ini cabaran bagi menakluki enam banjaran Himalaya yang berketinggian 5,000 meter dari aras laut secara terus-menerus belum pernah dilakukan oleh mana-mana pendaki. “Peluang ini akan digunakan sebaik mungkin dalam misi 28 hari bagi mengharumkan nama negara dan seterusnya diiktiraf dalam The Malaysia Book Of Records,” katanya pada sidang media, di sini hari ini. Mohd Noor merupakan anggota media dan juru gambar pertama di dunia yang telah berjaya memproses filem warna secara manual di Everest Base Camp, selain berjaya melakukan 111 pendakian solo di Gunung Kinabalu pada tahun 2009 hingga 2010. Dalam misi kali ini, Mohd Noor menjelaskan “Kekangan kewangan menjadi halangan kerana kos perbelanjaan mencecah RM50,000 seorang dan kos keseluruhan perbelanjaan termasuk kru yang teribat mencecah belanja sebanyak RM120,000”.
WhatsApp Image 2017-04-20 at 7.51.06 PM
Sumbangan tajaan disampaikan kepada pendaki negara
Sumbangan misi pendakian yang bermula pada 23 April hingga 20 Mei ini, telah diserahkan oleh Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Mohd Noor turut menyatakan rasa terima kasihnya atas sokongan yang diberikan oleh pihak YPNM dan PPIM terhadap sumbangan yang diterimanya bagi menampung perbelanjaan untuk misi pendakian. Turut disumbangkan, bekalan produk makanan seperti serunding halia dan bawang putih.

3643) TUBUH BADAN KHAS KENDALI KES AH LONG - SINAR HARIAN - 21/4/2017

                  sinar harian 21.04.2017
 Kuala Lumpur -  Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan satu badan khas ditubuhkan bagi mengendalikan kes berkaitan ah long di negara ini. Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, badan khas itu dapat menjadi platform untuk mengendalikan kes berkaitan ah long melibatkan pengumpulan rekod maklumat, aduan dan sebagainya bagi memudahkan tindakan diambil ke tas pihak berkenaan. " Peminjam ah long kebiasaannya menerima pelbagai ugutan sekiranya mereka gagal melunaskan bayaran mengikut tempoh ditetapkan. " Jadi, dengan kewujudan badan khas ini, ia dapat membantu mengendalikan kes berkaitan ah long supaya mereka tidak bermaharajalela di negara ini," katanya pada sidang media di sini, semalam. Mengulas lanjut, Nadzim berkata, berdasarkan rekod diperoleh daripada sebuah unit di PPIM mendapati, seramai 8,717 ah long masih bergiat aktif mencari mangsa untuk mengaut keuntungan dengan cara mudah. Menurutnya, pihaknya juga telah mengumpulkan data dan nombor telefon ah long terbabit untuk diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman serta Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bagi tindakan selanjutnya. " Kita akan aturkan pertemuan untuk penyerahan nombor telefon ini untuk tindakan selanjutnya, dan saya yakin pihak polis sangat bekerjasama membantu menangani perkara ini," katanya.

3642) [VIDEO] Banjir Kuang: Pemaju jangan lepas tangan - Utusan Online - 21/4/2017


KUALA LUMPUR 21 April - Pihak pemaju yang sedang membangunkan projek perumahan berhampiran Kampung Sungai Serai, Kuang digesa mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan kejadian banjir kilat daripada berulang.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nazim Johan berkata, sebagai pihak yang bertanggung jawab terhadap pembangunan kawasan di sekitar kampung itu, pihak pemaju seharusnya mengambil kira kepentingan dan kebajikan penduduk sekitar kawasan yang sedang dimajukan itu.
"Isu ini di bawa ke hadapan kerana sebelum ini kawasan ini tidak pernah banjir, dan menurut laporan yang kita ada, disebabkan oleh kerja-kerja pemaju yang tidak bertanggung jawab kepada penduduk," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Penduduk Kampung Sungai Serai hari ini.
Dua kejadian banjir lumpur yang berlaku pada 16 dan 18 April lalu, mengakibatkan kerosakan pada 39 buah rumah penduduk, dan memaksa 52 keluarga dipindahkan.
Nazim berkata, sehingga kini, masih ada anak-anak yang tidak bersekolah kerana peralatan persekolahan mereka hilang dihanyutkan banjir.
"Isu kita, perkara ini tidak seharusnya terjadi. kalau ini boleh terjadi di sini, di tempat lain pun boleh berlaku juga," tambah Nazim.
Nazir Masjid Kampung SUngai Serai, Shuhairi Abd. Shukor, 59, berkata, penduduk kampung itu tidak menolak pembangunan, namun merayu supaya pihak pemaju bertanggungjawab dengan apa yang mereka lakukan.
"Susulan banjir tempoh hari, kami ada menghubungi pihak pemaju itu bagi menuntut ganti rugi, namun permintaan kami tidak diendahkan," katanya.
Beliau menambah, kampung itu tidak pernah dilanda banjir selama 54 tahun sehingga pihak pemaju mula menebang pokok di kawasan tanah tinggi berhampiran kampung itu. - UTUSAN ONLINE

[VIDEO] Banjir Kuang Pemaju jangan lepas tangan

3641) MOHD. NOOR BAKAL TAWAN ENAM PUNCAK BANJARAN HIMALAYA - KOSMO - 21/4/2017

                kosmo 21.4.2017
Kuala Lumpur - Pendaki solo negara, Mohd. Noor Mat Amin bakal mencipta lagi sejarah dalam profil pendakiannya apabila bakal menawan enam puncak Banjaran Himalaya bermula pada 23 April dan bakal berakhir pada 20 Mei depan. Puncak-puncak tersebut ialah Gokyo RI yang berketinggian 5,357 meter (m) dari aras laut, Chola-La Pass (5,420m), Pokalde (5,806m), Kongma La Pass (5,500m), Khalapattar (5,550m) dan Kem Induk Everest (5,364m). Mohd. Noor berkata, selepas berjaya mencatat rekod mendaki tangga Menara Kuala Lumpur tanpa henti selama 24 jam pada Disember tahun lalu, beliau sangat teruja untuk melaksanakan misi terbaharunya yang dinamakan sebagai Himalaya 2017: Breaking Malaysia Records. Misi tersebut merupakan kali ketujuh baginya mencipta rekod Malaysia Book of Records sebagai pendaki pertama negara yang menawan enam puncak di Banjaran Himalaya selama 28 hari. Ditanya tentang persiapan dan cabaran getir yang bakal dihadapinya, beliau yang juga jurufoto Kumpulan Utusan berkata, cuaca sejuk yang bakal menguji ketahanan fizikal dan mentalnya. " Sebenarnya, saya kini sudah berada dalam peringkat terakhir menyesuaikan diri dengan keadaan sejuk di sana dan kemungkinan berdepan dengan kekurangan oksigen ketika berada di puncak," katanya pada sidang akhbar semperna majlis penyerahan sumbangan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagi melaksanakan misinya di Kondominium Villa Puteri di sini semalam. Mewakili PPIM, Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim  Johan menyampaikan wang tunai berjumlah RM5,000 serta bekalan makanan sepanjang misi berkenaan. Mohd. Noor yang kini berusia 50 tahun berkata, beliau juga melakukan latihan kecergasan mendaki untuk meningkatkan staminanya. Antaranya mendaki lereng curam di Langtang Valley, Kathmandu, Nepal selama lima hari pada Februari lalu bagi menyiapkan diri dengan permukaan di Banjaran Himalaya nanti. " Selain itu, saya juga menjalani latihan mendaki tangga di sebuah bangunan setinggi 10 tingkat selama 30 kali tanpa henti dengan kekerapan sebanyak lima hari dalam seminggu serta mendaki gunung di sekitar semenanjung Malaysia. " Saya mahu menyediakan mental dan latihan sebegini supaya tenang dan tidak mudah panik terutamanya apabila berhadapan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dan suhu serendah negatif 10 darjah Celcius," katanya.

3640) PERLU RM100,000 LAGI JAYAKAN MISI TAWAN 6 PUNCAK - HARIAN METRO - 21/4/2017

                harian metro 21.4.2017.jpg 2
Kuala Lumpur: Pendaki solo, Mohd Noor Mat Amin memerlukan sekurang-kurangnya RM100,000 lagi untuk menjayakan Misi Menawan 6 Puncak Banjaran Himalaya.
Bermula Ahad ini, jurugambar berusia 50 tahun itu akan memulakan cabaran 28 hari menawan puncak di tengah Banjaran Himalaya dan mencipta nama di dalam The Malaysia Book Of Records sebagai rakyat Malaysia pertama yang berjaya melakukannya.
Katanya, setakat ini dia menggunakan dana sendiri dan memerlukan sumbangan daripada syarikat korporat untuk merealisasikan hasratnya.
“Ini misi ketujuh saya dan jika berjaya, saya rakyat Malaysia pertama berjaya melakukannya di Banjaran Himalaya,” katanya selepas menerima sumbangan daripada Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM), semalam.
Sebelum ini, Mohd Noor pernah mencipta nama melakukan pendakian solo Gunung Kinabalu sempena kemerdekaan negara ke-50 dan pendakian Menara Kuala Lumpur 20 kali dalam tempoh 24 jam.
Dia akan menakluk Puncak Gokyo RI (5,357 meter), Puncak Chola-La Pass (5,420 meter), Puncak Pokalde (5,806 meter), Puncak Kongma La Pass (5,500 meter), Puncak Khalapattar (5,550 meter) dan Everest Base Camp setinggi 5,364 meter.
  Katanya, segala persiapan sudahpun dilakukan dan dia bersedia sepenuhnya untuk menjayakan misi itu termasuk mengadakan latihan fizikal sejak beberapa bulan lalu.

3639) Sidang Media Pemaju Kaya, Penduduk Sengsara - PPIM -21042017


21 April 2017 - Sidang Media Pemaju Kaya, Penduduk Sengsara - PPIM - Pemaju yang tidak menitik berat keselamatan penduduk. Itu ibarat yang sesuai untuk pemaju perumahan terhadap penduduk Kampung Sungai Serai, Selangor.
Didalam sidang media berkenaan isu banjir yang dialami oleh penduduk Sungai Serai, penduduk kampung merasakan kampung mereka tidak selamat untuk didiami lagi ekoran 2 insiden bajir teruk yang terjadi baru-baru ini. Mereka khuatir banjir teruk bakal berulang lagi.
Pada 16 April 2017 jam 5 petang, buat kali pertama penduduk kampung dilanda banjir lumpur yang teruk mengakibatkan 16 rumah terjejas. Kejadian kedua terjadi pada 18 April jam 10 pagi. Banjir kali kedua adalah banjir yang paling teruk kerana hampir 39 buah rumah ditenggelami banjir. Penduduk Kampung terpaksa meminta bantuan pasukan Bomba Dan Penyelamat Malaysia untuk membantu dalam menyelamatkan dan memindahkan penduduk kerana jambatan kampung telah runtuh. 52 keluarga mangsa banjir kini ditempatkan di Dewan Jawatan Kuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (DJKKK) Sungai Kerai. Sehingga kini, kebanyakan pelajar-pelajar tidak dapat menghadiri sesi persekolahan kerana peralatan sekolah hanyut dibawa arus banjir yang deras.
Haji Suhairi Najir mengatakan bahawa selama beliau menetap di kampung tersebut, tidak pernah berlakunya banjir seperti ini walaupun hujan lebat melanda. Perkara ini terjadi apabila pemaju syarikat Gamuda Lands menjalankan projek penebangan pokok di tanah tinggi berhampiran menyebabkan air lumpur melimpahi kawasan kampung.
“Kami meminta ganti rugi dari pihak berkenaan” kata Haji Suhairi yang mewakili penduduk kampung. Anggaran jumlah kerosakan adalah RM 2 juta. Selain itu, pihak kampung ingin membawa perkara ini ke mahkamah untuk tindakan lanjut.
Beliau juga telah menghubungi pihak Gamuda Lands berkenaan isu ini namun mereka tidak mengendahkan rungutan penduduk berkenaan. Malah pihak Gamuda Lands tidak membantu dalam isu ini seperti memberi makanan kepada mangsa.
“Sepatutnya sebarang pembangunan perlu ada penilaian kajian impak terlebih dahulu” kata Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan (Toqqi). Ini adalah bertujuan untuk mengkaji kesan projek kepada persekitaran terutamanya dikawasan yang berpenduduk. Selain itu, Toqqi meminta Meteri Besar Selangor, Y.A.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali untuk melihat perkara ini dengan serius kerana ini perkara ini mampu memudaratkan kesihata dan keselamatan penduduk.
WhatsApp Image 2017-04-21 at 3.53.12 PM (1) WhatsApp Image 2017-04-21 at 3.53.12 PM WhatsApp Image 2017-04-21 at 3.53.13 PM (1) WhatsApp Image 2017-04-21 at 3.53.13 PM WhatsApp Image 2017-04-21 at 3.53.14 PM (1) WhatsApp Image 2017-04-21 at 3.53.14 PM

3638) SYOR WUJUD JAWATANKUASA BANTERAS ALONG - HARIAN METRO - 21/4/2017

                   harian metro 21.4.2017
Satu jawatankuasa khas peringkat nasional perlu diwujudkan bagi menangani kegiatan along secara menyeluruh. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, dengan adanya jawatankuasa, ia dapat mengatasi kelemahan sedia ada, sekali gus menjadi jalan keluar kepada isu sejak sekian lama itu. Katanya, sebelum ini tiada satu undang-undang jelas mengenai ceti haram menyebabkan kegiatan itu semakin berkembang seolah-olah  tidak dapat dikawal. " Cadangan dan syor penyelesaian ini sudah kita kemukakan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini untuk tindakan Kementerian Dalam Negeri," katanya.

Thursday, April 20, 2017

3637)Sidang Media : Sumbangan Penajaan Expedisi Himalaya 2017 - YPNM - 20/4/2017


20 April 2017 - Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) dan Datin Shamsuria Abdullah harini menyerahkan wang sejumlah RM3000 kepada seorang pendaki gunung untuk memecahkan rekord Malaysia dengan mendaki Gunung Himalaya memalui 6 puncak.
Mohd Noor Mat Amin adalah seorang pendaki solo yang telah mendaki Gunung Kinabalu lebih puluhan kali dan kini beliau memasang hasrat untuk memecah rekod Malaysia dengan mendaki gunung Himalaya melalui 6 puncak setinggi 5,000 meter dari atas paras laut. Beliau adalah orang yang pertama mendaki Gunung Kinabalu secara berterusan selama 58 jam dan beliau juga salah seorang jurugambar dan wartawan yang membuat liputan berkenaan pendakian Gunung Everest buat kali pertama.
Menurut beliau, tiada lagi rekod Malaysia menunjukkan pendakian sebegini. Memandangkan kos untuk misi ini hampir RM120 ribu membuat pendakian ini sukar. Oleh itu, beliau berharap agar ada sumbangan dari pihak luar untuk menjayakan misinya kali ini.
Selain dari sumbangan RM3000 itu, sayrikat SK Combination Sdn. Bhd. Milik Datin Shamsuria memberi bekalan makan untuk ekspedisi memecah rekod Malaysia ini. Pendakian akan dimulakan pada 23 April 2017 dan dijangkan tamat pada 20 Mei 2017.
IMG_3365IMG_3391 IMG_3413 IMG_3420

3636) Sidang Media: Ahlong Musuh Negara - PPIM - 20/04/2017

20 April 2017 - Sidang Media Ahlong Musuh Negara - Setelah 1 dekad menangani Ahlong serta membantu mangsa Ahlong. Kami merasakan bahawa setiap organisasi dan pengguna harus bersatu bagi membanteras gejala Ahlong.

PPIM telah menerima ribuan aduan daripada pengadu yang terdiri dari berbilang kaum mahupun agama. Merujuk kepada statistik aduan yang diterima PPIM, dalam tahun 2016 sahaja kami telah menerima lebih daripada 7000 aduan. Antara golongan peminjam adalah terdiri daripada anggota keselamatan, ibu tunggal, usahawan, peniaga kecil dan banyak lagi.

Berdasarkan aduan yang diterima, 80% peminjam Ahlong adalah terdiri daripada bangsa Melayu dan 65% darinya terdiri daripada kaum lelaki. Antara kes terbesar yang telah diselesaikan oleh PPIM adalah bernilai RM12 juta dan kontrak Ikat Mati selama 75 tahun. PPIM telah menyelesaikan ribuan kes yang melibatkan nilai Jutaan ringgit.

Persoalannya, sampai bilakah perkara ini mahu dibiarkan? Antara kekejaman Ahlong yang sering diberitakan adalah seperti mengurung mangsa di dalam sangkar, merantai peminjam, memukul, menyimbah cat, menculik dan banyak lagi. Terdapat juga Ahlong yang menyimpan kad ATM peminjam serta merampas surat beranak & passport. Akan tetapi, Ahlong masih lagi bermaharaja lela sehingga kini.

PPIM berharap agar semua agensi kerajaan yang terlibat secara langsung atau tidak serta organisasi2 lain dapat dapat mewujudkan 1 jawatan kuasa tindakan khas bagi menagani masalah ini yang diketuai oleh pihak kerajaan.
IMG_3210IMG_3217 IMG_3299 IMG_3308

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL