Saturday, April 6, 2024

NAK RAYA, PEMINJAM ALONG MENINGKAT 30 PERATUS - PPIM - HARIAN METRO - 05/04/2024

 

Kuala Lumpur: Naik 30 peratus berbanding biasa. Itu perubahan ketara yang berlaku membabitkan peminjam ceti haram atau along menjelang Aidilfitri, kurang seminggu lagi.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, ia situasi membimbangkan kerana pada situasi ekonomi yang tidak menentu, keadaan itu menjadi mimpi ngeri kepada pengguna di negara ini.

Katanya, rekod PPIM mendapati, jumlah itu meningkat berbanding sebelum musim perayaan dan ia disebabkan keperluan yang mendesak untuk berbelanja.

"Saya tidak nafikan naik sebanyak 30 peratus berbanding biasa, semuanya disebabkan faktor ekonomi.

"Dari segi harga barang pun lebih mahal tahun ini jika nak dibandingkan dengan tahun lalu, tetapi mereka yang menjual barang juga mengambil kesempatan untuk meletakkan harga mahal," katanya kepada Harian Metro.

Nadzim berkata, keadaan itu diburukkan lagi apabila bukan pinjaman dibuat untuk berhari raya, tetapi mereka yang terpaksa memenuhi keperluan harian juga turut terjerat.

"Masalah ini sudah lama, cuma sekarang ini keadaan semakin tertekan seperti masalah duit, masalah kerja dan banyak lagi.

Menurutnya lagi, golongan ini tidak mempunyai sumber utama untuk 'meminjam' wang demi kelangsungan hidup.

Katanya, selepas 25 tahun, PPIM tetap komited untuk membantu pengguna berdepan isu along, biarpun ada ketikanya cabaran dihadapi pihaknya tidak masuk akal.

"Biasanya kita berdepan isu kadar faedah yang sangat tinggi hinggakan peminjam tidak mampu untuk bayar.

"Ia isu lama yang masih lagi tidak selesai dan PPIM akan terus berjuang selagi boleh, "katanya.

Artikel oleh: Harian Metro

NAK RAYA, PEMINJAM ALONG MENINGKAT 30 PERATUS - PPIM

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1077582/nak-raya-peminjam-along-meningkat-30-peratus-ppim

Thursday, April 4, 2024

SIJIL HALAL PERLU DIKEMASKINIKAN...TOQQI KETUA AKTIVIS PPIM - TVPPIM - 03/04/2024

 

Sumber: TVPPIM

SIJIL HALAL PERLU DIKEMASKINIKAN...TOQQI KETUA AKTIVIS PPIM

https://www.youtube.com/watch?v=kHQky5qx8zE

SIJIL HALAL DITARIK BALIK, APA YANG PERLU LAKUKAN? - AATV NEWS - 03/04/2024

 


3 April 2024 :

• Sijil Halal ditarik balik, Apa yang perlu lakukan?

• PPIM turut persoalkan pemberian semula sijil halal syarikat tersebut yang dikeluarkan dalam tempoh singkat.

#PPIM #toqqi_ppim #nadzimjohan #sijil #HALAL #PALSU #alagapas #JAKIM #ambiltindakan #SPRM #PDRM #pdrmmalaysia #aatvmedia #aatvnews #informasiurban #BeritaTular #BeritaTrending #trendingnewsmalaysia #BeritaViral #MalaysiaMadani

Sumber: AATV News

SIJIL HALAL DITARIK BALIK, APA YANG PERLU LAKUKAN?

https://www.youtube.com/watch?v=6NTvJ6bNgVU

JAKIM ASKED TO EXPLAIN HALAL CERTIFICATION PROCESS AFTER 'EXPRESS SERVICE' FOR ALAGAPPA - NEW STRAITS TIMES - 03/04/2024

KUALA LUMPUR: The Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM) wants an explanation from the Islamic Development Department (Jakim) on how companies are given halal certification.

PPIM chief activist Datuk Nadzim Johan said Alagappa Flour Mills Sdn Bhd received its halal certification again very soon after it was revoked.

"We have received complaints from some disappointed people.

"They asked why the company received express service.

"This doesn't inspire trust. The halal certification process is respected all over the world."

Nadzim urged Jakim director Datuk Hakimah Mohd Yusoff to look into the matter.

He questioned whether Jakim was still part of the Halal Certification Advisory Committee.

It was reported that the halal certification for Alagappa was revoked due to the company's non-compliance with the Halal Certification Procedure Manual (Domestic) 2020.

Jakim's Halal Management Division said products manufactured before March 12 were not affected by the decision.

It said the lack of halal certification did not mean a product was haram.

It underscored the importance of adhering to halal certification procedures to ensure compliance with halal standards and regulations.

In a clarification posted on Facebook, Alagappa said the issue did not involve the use of contaminated raw materials or hygiene.

The company said the halal certification was revoked due to non-critical technical errors and constraints in meeting compliance deadlines due to workforce limitations.

Article by: New Straits Times

JAKIM ASKED TO EXPLAIN HALAL CERTIFICATION PROCESS AFTER 'EXPRESS SERVICE' FOR ALAGAPPA

https://www.nst.com.my/news/nation/2024/04/1033981/jakim-asked-explain-halal-certification-process-after-express-service

AKTIVITI | MAJLIS IFTAR KESUMA PERKESO 2024 - PPIM - 02/04/2024

2 April 2024 -- Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri Majlis Iftar KESUMA PERKESO 2024 yang telah berlangsung di Hotel Garnd Hyatt, Kuala Lumpur.

Majlis dirasmikan oleh Menteri Sumber Manusia, YB Encik Steven Sim Chee Keong.

Turut hadir Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, Pengerusi Lembaga PERKESO, Datuk Seri Subahan Kamal, dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Seramai 13 individu menerima faedah PERKESO, meliputi empat penerima Faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), lima penerima Faedah Hilang Upaya Kekal (HUK), dua penerima Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS) dan dua penerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM).

Selain itu, 40 ibu tunggal dan 92 kanak-kanak termasuk anak yatim, menerima sumbangan berbentuk hamper dan duit raya sebagai persiapan untuk menyambut Aidilfitri.

PPIM GESA KERAJAAN KAJI SEMULA PROSES PENSIJILAN HALAL - KOSMO - 03/04/2024

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam (PPIM) menggesa kerajaan melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) supaya mengkaji semula prosedur perolehan sijil halal.

Menurut Presiden PPIM, Datuk Nadzim Johan, perkara itu penting memandangkan terdapat aduan daripada pengguna yang tidak berpuas hati dengan proses pensijilan halal yang hanya diperoleh dalam beberapa minggu sahaja.

“Badan pensijilan perlu mempunyai integriti yang kuat untuk memastikan penguatkuasaan terhadap prosedur perolehan sijil halal tersebut dapat dikuatkuasakan.

“Jadi, kita perlu dapatkan penjelasan apakah tindakan yang telah dilakukan terhadap stok barangan tersebut sama ada halal ataupun tidak sepanjang dua minggu tersebut,”katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nadzim juga berharap agar pihak kerajaan dapat menguatkuasakan akta halal dengan segera.

“Kita juga mengharapkan supaya akta halal tersebut dikuatkuasakan dengan segera.

“Difahamkan akta tersebut sudah siap tinggal untuk dibentang dan diluluskan sahaja di Parlimen. Terserah kepada kerajaan sama ada mahu meluluskan ataupun tidak akta tersebut,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Artikel oleh: Kosmo

PPIM GESA KERAJAAN KAJI SEMULA PROSES PENSIJILAN HALAL

https://www.kosmo.com.my/2024/04/03/ppim-gesa-kerajaan-kaji-semula-proses-pensijilan-halal/

SIJIL HALAL DITARIK BALIK, PENGGUNA PERLU BOIKOT - SIDANG MEDIA PPIM - 03/04/2024

3 April 2024, Rabu - Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menggesa satu mekanisma diwujudkan bagi membolehkan peniaga dan pemain industri makanan membatalkan kontrak mereka dengan kilang Alagappas kerana gagal memenuhi syarat kontrak iaitu menyediakan produk yang halal untuk kegunaan dapur dan restoran.

Justeru, PPIM telah mengadakan satu sidang media menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memeriksa semua premis makanan yang mempunyai sijil halal untuk memastikan tidak ada produk yang diragui status halal digunakan dalam penyediaan makanan halal.

PPIM juga ingin menyeru kepada semua umat Islam yang bekerja dalam industri penyediaan makanan untuk menjadi mata dan telinga JAKIM dan melaporkan segera jika ada premis halal menggunakan produk yang tidak halal dan diragui.

Monday, April 1, 2024

PROGRAM BUBUR LAMBUK BERSAMA PPIM, UMUM KOLABORASI DENGAN ASTRO - ASTRO AWANI - 31/03/2024

 

#AWANInews

Courts (Malaysia) menyemarakkan lagi semangat Ramadan dengan acara gotong-royong memasak dan mengedarkan bubur lambuk untuk orang ramai, dengan kerjasama Astro dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Sumber: Astro Awani

PROGRAM BUBUR LAMBUK BERSAMA PPIM, UMUM KOLABORASI DENGAN ASTRO

https://www.youtube.com/watch?v=OOjx4NAwYOE

COURTS TERUSKAN PROGRAM BUBUR LAMBUK BERSAMA PPIM, UMUM KOLABORASI EKSKLUSIF DENGAN ASTRO - ASTRO AWANI - 01/04/2024

 

KUALA LUMPUR: COURTS (Malaysia) menyemarakkan lagi semangat Ramadan dengan acara gotong-royong memasak dan mengedarkan bubur lambuk untuk orang ramai, dengan kerjasama Astro dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Dengan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, COURTS turut mengumumkan kolaborasi eksklusif bersama Astro yang menawarkan langganan percuma untuk tiga bulan atau rebat sehingga RM300 bagi setiap langganan baharu Pek Astro di COURTS.

Mengangkat prinsip “Contribute to Society,” kerjasama itu turut meneruskan amalan menyantuni warga Akademi Tahfiz Al-Hidayah di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Selain bubur lambuk dan beberapa sumbangan lain istimewa buat anak-anak Akademi Tahfiz Al-Hidayah, COURTS turut menyumbangkan produk bernilai lebih RM3,000 untuk menggantikan peralatan yang rosak di akademi tersebut.

Kata Pengarah Operasi COURTS (Malaysia), Anurag Srivastava, aktiviti seperti ini dapat membina hubungan yang lebih rapat dengan pelanggan untuk COURTS lebih memahami keperluan dan kehendak mereka.

“Saya fikir dengan PPIM dan ASTRO, kami berkongsi banyak sinergi terutamanya komitmen untuk menyumbang semula kepada masyarakat. Itu menjadi tanggungjawab kami di samping menjalankan perniagaan.

“Jadi, kami hadir bersama untuk menuju matlamat itu dengan sentimen yang sama dan saya berharap kerjasama dan komitmen ini dapat dilanjutkan untuk impak yang lebih besar.”

Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong pula berbesar hati dengan penerimaan COURTS untuk memudahcarakan capaian produk ASTRO kepada khalayak dengan tawaran pakej istimewa yang diumumkan.

“Sudah pasti kami amat berbangga dengan kerjasama pihak COURTS untuk menyediakan servis kami di 47 cawangannya di seluruh negara, sesuai dengan perayaan Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi, di mana orang ramai dapat menikmati pelbagai saluran dan kandungan yang ada di Astro.

“Ini juga melambangkan aktiviti-aktiviti yang kami perkenalkan kepada pelanggan bukan sahaja servis kami di Astro tetapi juga servis bersama-sama dengan COURTS.”

Aktiviti agihan bubur lambuk dan sumbangan kepada sekolah tahfiz ini merupakan kerjasama COURTS dengan PPIM yang bermula sejak beberapa tahun lepas.

Melihat kepada usaha yang boleh dikembangkan untuk tahun-tahun mendatang, Presiden PPIM Datuk Nadzim Johan mahu sesuatu yang lebih berimpak dapat diusahakan untuk tidak hanya membantu dalam bentuk material, tetapi juga menyumbang kepada pembinaan kualiti sosial masyarakat.

“Kita harap usaha ini dapat diteruskan tetapi ke tahap yang lebih mendalam. Contohnya, mungkin mewujudkan seperti latihan dalam pekerjaan, memberi pendedahan kepada anak-anak tahfiz misalnya, tentang dunia pekerjaan.

“Jadi, dengan COURTS, kita harap kita dapat bina jiwa.”

Enam belas cawangan COURTS di seluruh negara terlibat dalam usaha ini melibatkan 1,500 pek bubur lambuk yang diagihkan kepada orang ramai termasuk petugas barisan hadapan di balai polis, balai bomba, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (ATM).

Dapatkan langganan percuma untuk tiga bulan atau rebat sehingga RM300 bagi setiap langganan baharu Pek Astro di COURTS.

Artikel oleh: Astro Awani

COURTS TERUSKAN PROGRAM BUBUR LAMBUK BERSAMA PPIM, UMUM KOLABORASI EKSKLUSIF DENGAN ASTRO

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/courts-teruskan-program-bubur-lambuk-bersama-ppim-umum-kolaborasi-eksklusif-dengan-astro-464613?fbclid=IwAR0CsjoCm84hl7FmWdpA8mbhSvLkPoyMJ8JuFSFrsoxFVRAVARwsMpYcn2A_aem_AZ6oe91JaACeExkC8TX9i_TWrr2ZHoc0Ar4iIeKL2YOrRUvP9ky5XWboM2m6lJwDpaE87yt9Rf8VnvQ_NOvWahpd

COURTS, PPIM, ASTRO AGIH 1,500 PEK BUBUR LAMBUK - SINAR HARIAN - 31/03/2024

 

KUALA LUMPUR - Courts Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Astro mengambil kesempatan memasak bubur lambuk sempena Ramadan secara gotong-royong untuk diedarkan kepada orang ramai pada Sabtu.

Sebanyak 1,500 pek bubur lambuk diedarkan serentak di 16 cawangan Courts seluruh negara sempena program tersebut. Ketua Pegawai Operasi Courts Malaysia, Anuraj Srivastava berkata, program diadakan itu merupakan komitmen bersama rakan kolaborasi untuk menyumbang kepada komuniti.

Anuraj (belakang, enam dari kanan) bersama tetamu kehormat bergambar bersama anak-anak Akademi Tahfiz Al-Hidayah yang diraikan pada Sabtu.

"Program tahunan ini akan diteruskan pada masa akan datang selari hasrat kami untuk menyumbang kepada masyarakat dan mengukuhkan peranan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

"Bentuk sinergi ini merupakan pelan jangka masa panjang ke arah masa depan lebih baik untuk negara," katanya pada Program Bubur Lambuk di Courts Setapak pada Sabtu.

Turut hadir Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dan Ketua Pegawai Jualan & Pemasaran Astro, Tai Kam Leong.

Tepat jam 4 petang, proses pengedaran bubur lambuk telah diagihkan kepada anak-anak tahfiz Akademi Tahfiz Al-Hidayah selain petugas barisan hadapan di balai polis, balai bomba, Jabatan Pengangkutan Jalan, Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta masyarakat sekitar.

Berpegang kepada prinsip menyumbang kepada masyarakat, Courts turut menyantuni anak-anak tahfiz dari Akademi Tahfiz Al-Hidayah dengan memberi sumbangan produk bernilai lebih RM3, 000 bagi menggantikan peralatan yang rosak.

Program turut diceriakan dengan penampilan khas Upin Ipin bagi meraikan anak-anak tahfiz Akademi Tahfiz Al-Hidayah.

Dalam pada itu, Anuraj berkata, pelbagai program menarik diatur bagi menambah kegembiraan menyambut Aidilfitri.

"Court sentiasa ingin membina hubungan lebih rapat dengan para pelanggan melalui pelbagai aktiviti agar dapat lebih memahami keperluan pembeli bersesuaian dengan kehendak mereka.

"Bagi menambah kegembiraan sempena Aidilfitri, Courts mengumumkan kolaborasi eksklusif dengan Astro yang menawarkan tiga bulan langganan pakej secara percuma untuk pelanggan baharu Astro di Courts," katanya.

Artikel oleh: Sinar Harian

COURTS, PPIM, ASTRO AGIH 1,500 PEK BUBUR LAMBUK

https://www.sinarharian.com.my/article/657436/edisi/selangor-kl/courts-ppim-astro-agih-1500-pek-bubur-lambuk

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL