Wednesday, November 14, 2018

4710) FORUM KERJASAMA EKONOMI – MASJID AR-RAHAH – 10/11/18

Forum Kerjasama Ekonomi bertemakan “Zakat Rahsia Perniagaan Berjaya” yang diadakan di Masjid Ar-Rahah, Bangsar South City Kuala Lumpur.
Forum ini dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, YB Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.
Forum Kerjasama Ekonomi anjuran oleh Pusat Pungutan Zakat dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia serta disokong oleh Kementerian Pembangunan Usahawan (MED).
“Ke Arah Pengukuhan Ekonomi Ummah Melalui Komuniti PPIM”


















































Monday, November 12, 2018

4708) FORUM PERDANA EHWAL ISLAM – INSTITUT LATIHAN DBKL CHERAS – 8/11/18

 Diskusi tentang “Cahaya Hati” bersama-sama Moderator, Ustaz Zakaria Othman dan Panel Undangan, Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Seri Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dalam Forum Perdana Ehwal Islam di Institut Latihan DBKL, Cheras.







Wednesday, November 7, 2018

4707) AKTIVIS PPIM DIUGUT BUNUH – MALAYSIA GAZETTE – 7/11/18


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini membuat laporan polis selepas aktivis wanitanya, Dr Mazlina Abu Bakar diugut bunuh dipercayai selepas mempersoalkan projek terbengkalai SiberTel di Bangi.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan mendakwa, ugutan itu dibuat oleh individu tidak dikenali yang meninggalkan nota berdarah beserta pisau di hadapan kediaman aktivis wanitanya, Dr Mazlina Abu Bakar, Ahad lepas

Artikel Oleh : Malaysia Gazette
AKTIVIS PPIM DIUGUT BUNUH

4706) AKTIVIS PPIM TERIMA UGUTAN – BERITA HARIAN – 7/11/18



AMPANG: “Jangan menghalang dan masuk campur urusan S*******jika tak nak hidup susah”. Itu ugutan yang diterima seorang Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dr Mazlina Abu Bakar.
Amaran itu ditulis di atas sehelai kertas dan dilekatkan bersama sebilah pisau selain tulisan berwarna merah yang bertulis “Warning” ditemui di pintu rumah wanita berkenaan di Bukit Antarabangsa, dekat sini, malam Ahad lalu.
Dr Mazlina berkata, amaran berkenaan mempunyai kaitan dengan kes yang cuba diselesaikan PPIM di bawah kendaliannya yang mana ramai mangsa yang muflis akibat terpedaya dengan sebuah syarikat.
“Kes ini dipercayai membabitkan satu isu perumahan di Selangor. Selepas PRU saya berhenti sekejap mengendali kes ini, sebelum kembali agresif sejak beberapa minggu lalu.
“Saya memang terkejut apabila melihat kertas amaran itu di pintu rumah sebaik pulang dari rumah ibu. Laporan polis dibuat pada malam itu juga,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Dr Mazlina berkata, dia akan terus mengendalikan kes berkenaan walaupun sudah menerima ugutan dan mengakui itu baru kali pertama menerima amaran sedemikian.
“Bukan nak kata serik, tapi saya cuma bimbangkan keselamatan anak saya selain memikirkan situasi suami sebagai seorang penjawat awam,” katanya.
Menurutnya, satu sidang media akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, esok, untuk menceritakan lebih lanjut berhubung kejadian itu, selepas mendapat nasihat dari Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.

Artikel oleh : Berita Harian
AKTIVIS PPIM TERIMA UGUTAN

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL