Friday, July 6, 2018

4535) WACANA SINAR KE 63, SEBULAN SELEPAS TIADA GST – SINAR HARIAN – 6/7/18







Kerajaan perlu memberi penekanan terhadap pendidikan kepenggunaan kepada orang ramai dalam usaha memperkasakan pengguna agar menjadi lebih bijak dalam melindungi hak-hak mereka.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kuasa pengguna memainkan peranan utama bagi memastikan mereka tidak terpengaruh dengan manipulasi harga dimainkan di pasaran
Katanya, pengguna banyak tertipu ketika berurusan dengan peniaga atau penyedia perkhidmatan dalam kehidupan seharian.
“Dengan memperkasakan pendidikan kepenggunaan, katakan jika pengguna bijak, apa yang hendak dilakukan peniaga pun tiada kesannya. Contohnya macam di Jepun, tidak perlu kawal harga pun. Kerajaan kena wujudkan kaedah bagaimana pengguna boleh dididik supaya pengguna pandai melindungi diri mereka. Hari ini, pengguna bukan lagi pengguna, sebaliknya dipergunakan.
Jadi kita perlu lihat dari satu sudut yang baharu. Pengguna kena bijak dan produktif. Pengguna pun berdosa juga dalam banyak isu walaupun banyak kena tipu sebab dia pun tidak melindungi dirinya. Tak kan hendak harapkan orang saja, mana hendak jadi.
Selepas sebulan GST sifar, aduan pasal harga tidak banyak diterima. Ia merupakan manifestasi kejahilan pengguna. Tidak sedar enam peratus banyak mana turun.
Kita melalui beberapa pengalaman, contohnya, musim raya antara benda yang mesti ada adalah cili dan kacang panjang. Kalau tak ada ini, tak jadi raya sebab mereka hendak buat lodeh dan soto yang mesti ada dua benda ini. Kacang panjang biasanya katakan berharga RM2 bila naik jadi RM3, orang beli juga. Bila naik RM10 pun orang tetap beli.
Kelemahan pengguna ini susah hendak diajar dan kita sebenarnya menghadapi masalah bagaimana hendak mendidik pengguna menjadi bijak.
Mereka hanya duduk di takuk itu sahaja, sedangkan negara hendak maju ke depan. Kalau kita tengok negara maju seperti Eropah, barang naik tidak usah beli. Namun, kita ini harga naik beli juga. Jadi buat apa peniaga hendak turunkan harga? Tiada sebab kerana ini bukan barang kawalan. Pengguna kurang bijak.
Pengguna pun perlu dipersalahkan kerana ada tanah berekar, tetapi cili pun kena beli, sedangkan boleh ditanam di pasu. Ini perlu diubah supaya kita boleh jadi lebih produktif dan tidak risau sangat apabila harga naik. Kita risau sebab pendapatan tak naik, jadi inilah cara untuk mendidik kita.
Dalam masa sama, kerajaan kena ada ‘listening pool’ sendiri dan dengar aduan serta maklum balas diterima daripada rakyat.
Selain itu, pemberian subsidi juga perlu disasarkan kepada golongan tertentu. Tidak rasional ia diberikan kepada semua orang. Kenapa yang tidak minta (subsidi) pun dapat juga, seolah-olah dipaksa terima.
Kenapa tidak diberi pada mereka yang meminta dan benar-benar memerlukan? Kita hidup dengan perbuatan yang tidak masuk akal.
Kita harap subsidi ini disasarkan sebab tidak mahu orang ambil kesempatan. Keraiaan perlu lihat semula perkara ini dan ubahlah sistemnya,” katanya.

Artikel Oleh : Sinar Harian
WACANA SINAR KE 63, SEBULAN SELEPAS TIADA GST



Thursday, July 5, 2018

4534) TARIF ELEKTRIK NAIK, SEBABKAN HARGA BARANG NAIK, RAKYAT TERBEBAN – UTUSAN MALAYSIA – 3/7/18


KUALA LUMPUR 3 Julai – Kenaikan bersih tarif elektrik seperti yang diumumkan kerajaan dilihat akan menyebabkan harga barang meningkat sekali gus membebankan rakyat.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, keputusan kerajaan berhubung kenaikan itu dilihat tidak sesuai dilaksanakan sekarang memandangkan rakyat ketika ini sedang menghadapi masalah kenaikan harga barang walaupun kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) disifarkan pada 1 Jun lalu.
“Sepatutnya kerajaan perlu mengambil langkah untuk menurunkan harga barang terlebih dahulu selepas kadar GST disifarkan supaya tekanan ekonomi yang dihadapi rakyat dapat dikurangkan.
“Kita berharap kerajaan akan mengkaji semula mekanisme yang sesuai untuk menyerap kenaikan bersih tarif elektrik ini dengan melakukan perbincangan bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB),” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis pelancaran gerai lemang sukarelawan PPIM di Ukay Boulevard, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Artikel Oleh : Utusan Malaysia
TARIF ELEKTRIK NAIK, SEBABKAN HARGA BARANG NAIK, RAKYAT TERBEBAN

4533) MAJLIS HARI RAYA BERSAMA BSN – DEWAN PERDANA FELDA – 3/7/18






4532) PELANCARAN GERAI LEMANG SUKARELAWAN PPIM – SIDANG MEDIA – 3/7/18

Telah berlangsungnya pelancaran gerai lemang sukarelawan PPIM di gerai Lemang Rakyat, MRR 2, hadapan Ukay Boulevard, Jalan Hulu Kelang.
Jualan lemang yang bermula sejak awal Ramadhan dan akan berterusan sepanjang Syawal bertujuan memberi pengguna peluang menikmati juadah tradisional yang sinonim dengan perayaan di negara ini dengan harga lebih murah.
Insha Allah kualitinya juga dijamin. Pembeli lemang juga tidak perlu menunggu. Boleh buat pesanan melalui whatsapp. Turut dijual lemang dibungkus untuk siap di makan dengan rendang serendah rm6.











4531) KURSUS INDUKSI AKTIVIS DAN SUKARELAWAN – PPIM – 2/7/18

Kursus Induksi Aktivis dan Sukarelawan di bahagian Pejabat Ketua Aktivis.
Kursus ini diketuai oleh Pengarah Latihan dan Penyelidikan PPIM, Cikgu Izham Nayan, dihadiri oleh 22 orang Aktivis PPIM. @ Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)


Wednesday, June 27, 2018

4530) TAWAR HARGA GULA SERENDAH RM1.90 SEKILOGRAM – METRO – 27/6/18



Kuala Lumpur: Sebuah syarikat pengimport gula berpangkalan di Puchong, Selangor mendakwa mampu menawarkan harga gula serendah RM1.90 sekilogram berbanding harga pasaran RM2.95 sekilogram sekali gus membantu pengguna menangani kos sara hidup.
Pengarah Urusan Nurani Resources Sdn Bhd Datuk Ali Hasan berkata, ia dapat dilakukan sekiranya liberalisasi Permit Import (AP) dilaksanakan kerajaan sekali gus mengelak monopoli pihak tertentu sehingga mempengaruhi harga gula.
 Menurutnya, ketika ini syarikatnya tidak mempunyai AP walaupun layak dan terpaksa menyewa daripada orang lain bagi mengimport gula hingga terpaksa menaikkan harga bagi menampung kos.

“Kita mampu menawarkan harga gula RM1.90 sekilogram kerana syarikat saya mengimport gula dari Thailand pada harga RM1.50 sekilogram dan dibungkus semula sebelum dijual di negara ini.

“Harga ditetapkan kerajaan RM2.95 sekilogram, jadi pengguna jimat RM1,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini, semalam.
Hadir sama Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan dan Ketua Koodinator Majlis Jualan Jimat Harapan Rakyat Malaysia Datuk Dr Mohd Noor Ali Akbar.
Ali berkata, bagaimanapun pada masa sama syarikatnya terpaksa membayar RM1 juta bagi AP untuk mengimport 20,000 tan metrik gula setahun dan tidak dapat menjual gula pada harga rendah.

Artikel Oleh : Metro
TAWAR HARGA GULA SERENDAH RM1.90 SEKILOGRAM

4529) HARGA GULA LEBIH RENDAH JIKA SYARIKAT DIBERI AP – BERITA HARIAN – 27/6/18



KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat pengimport gula berpangkalan di Puchong, Selangor mendakwa harga produk itu dapat ditawarkan kepada pengguna pada harga serendah RM1.90 sekilogram berbanding RM2.95 sekilogram sekarang jika kerajaan meliberalisasikan urusan pengimportan.
Pengarah Urusan Nurani Resources Sdn Bhd, Datuk Ali Hasan, berkata ia dapat dilakukan sekiranya liberalisasi Permit Import (AP) dilaksanakan kerajaan sekali gus mengelak monopoli pihak tertentu sehingga mempengaruhi harga gula.
Menurutnya, ketika ini syarikatnya tidak mempunyai AP walaupun layak dan terpaksa menyewa daripada orang lain bagi mengimport gula sehingga terpaksa menaikkan harga bagi menampung kos.
“Kita mampu menawarkan harga gula RM1.90 sekilogram kerana syarikat saya mengimport dari Thailand pada harga RM1.50 sekilogram dan dibungkus semula sebelum dijual di negara ini.
“Harga ditetapkan kerajaan RM2.95 sekilogram, jadi pengguna jimat RM1,” katanya pada sidang media bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini, hari ini.
Hadir sama Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dan Ketua Koordinator Majlis Jualan Jimat Harapan Rakyat Malaysia, Datuk Dr Mohd Noor Ali Akbar.
Bagaimanapun, Ali berkata, syarikatnya kini terpaksa membayar RM1 juta bagi AP untuk mengimport 20,000 tan metrik gula setahun dan tidak dapat menjual gula pada harga rendah.
“Ini bermakna, kita kena bayar AP ini kepada orang yang tidak berniaga, dia dapat untung jutaan ringgit sebulan percuma, kerana sekeping surat (AP).
“Jadi saya minta AP yang digunakan sekarang diberi kepada kami dan kos AP bagi setiap gula yang diimport itu dapat dipulangkan kepada pengguna. Ini yang kita akan buat,” katanya.
Sementara itu, Nadzim mendesak kerajaan mengkaji semula pengeluaran AP secara telus hanya kepada syarikat pengimport gula bukan kepada individu yang menjual AP dan mengaut keuntungan ‘atas angin’.
Katanya, beliau yakin jika isu itu dapat diselesaikan, harga gula dapat diturunkan.
“Kita bertegas tidak mahu AP gula ini diberi kepada mereka yang tidak berniaga sehingga harga di pasaran naik.
“Kalau nak bagi sedikit atas pertimbangan politik itu kita tidak campur, tapi jika sampai pengguna terpaksa bayar harga tinggi, tidak patutlah,” katanya tetapi tidak mendedahkan individu atau syarikat yang memiliki AP.

Artikel Oleh : BERITA HARIAN
HARGA GULA LEBIH RENDAH JIKA SYARIKAT DIBERI AP

4528) SELAMAT PAGI MALAYSIA ” KEMPUNAN BAJU RAYA ” – RTM – 26/6/18

Temubual eksklusif bersama Ketua Aktivis PPIM, Toqqi bersama Pengasas Bianco Mimosa/IDASU, Dato’ Ida Suraya dan Selebriti, Raja Azura dalam segmen Kopi Panas, Selamat Pagi Malaysia @ TV1 membincangkan topik ‘Kempunan Baju Raya’.






4527) APPROVED PERMIT GULA (AP) MEMBEBANKAN RAKYAT – PPIM – 26/6/18

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berpendapat approved permit (AP) terhadap gula adalah membebankan rakyat dan punca barangan keperluan itu dijual dengan harga tinggi.
Jika kerajaan menghapuskan AP terhadap gula, peniaga boleh menjual gula dengan harga antara RM2.00 sehingga RM1.90. Sementara itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menetapkan harga pasaran gula ialah pada RM2.95.

4526) DON’T MAKE HASTY DECISION OVER LOCAL COOK PROPOSAL, SAY CONSUMER ASSOCIATIONS – MALAYMAIL – 24/6/18


KUALA LUMPUR, June 24 — Consumer associations have called on the government to conduct a thorough planning and research before deciding on the use of local cooks only for restaurants in the country.
Muslim Consumers Association of Malaysia (PPIM) chief activist Datuk Nadzim Johan said although the association welcomed the proposal by the Human Resource Ministry, both the ministry and stakeholders should have a roundtable discussion first over the matter.
 “Most restaurants nowadays hire foreign cooks. For example, ‘mamak’ restaurant owners prefer those from India, while the cooks at eateries serving east coast cuisine are mostly from Thailand.
“Same goes for the Chinese restaurants and others, they would hire cooks from Vietnam, China and other countries,” he said when contacted by Bernama here today.
Nadzim was commenting on a statement by Human Resource Minister M. Kulasegaran on June 22 who called restaurants serving Malaysian food to hire only locals as cooks from Jan 1.
He said the proposal would be able to reduce dependence of local restaurants on foreign labour, but the ministry should also consider the appropriate salary for local cooks and costs to be borne by the operators.
“Hygiene problem among foreign cooks has become an issue of late. The authorities have to address the issue in a stern manner because it involves public health. Another issue to be noted is that there are cooks who do not have valid documents such as passports, work permits and so on,” he said.
Consumer Association of Subang and Shah Alam (CASSA) president Datuk Dr Jacob George said the ministry should not make a hasty decision without holding negotiation with those involved in restaurant business.
“The dumping of foreign cooks is nothing new. Most restaurant operators do not have a choice but to hire foreign cooks due to (cheap) wages, cooking skills and so on,” he said, adding that quite a number of locals are not interested in the job. — Bernama

Artikel Oleh : MALAY MAIL
DON’T MAKE HASTY DECISION OVER LOCAL COOK PROPOSAL, SAY CONSUMER ASSOCIATIONS

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL