Showing posts with label najib razak. Show all posts
Showing posts with label najib razak. Show all posts

Wednesday, October 28, 2015

2913) KUTIPAN GST LEBIH EFISYEN DARI SST JIKA PENIAGA TIDAK AMBIL KESEMPATAN



Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) menjadi punca utama peniaga menaikkan harga jualan sesuka hati.

Jika GST tidak dilaksanakan Malaysia akan mengalami defisit belanjawan yang ketara, kerana sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang tidak efisien serta kutipan cukai yang lemah. SST hanya mengutip RM 18Billion manakala GST pula mengutip RM 39Billion.

Ia jelas kerana Malaysia bergantung sepenuhnya kepada hasil minyak dan komoditi yang mengalami penurunan harga mendadak lebih 50 peratus daripada paras US$100 setong pada 2014.


“GST masih agak baru dan semua orang masih belajar mengenainya, tetapi kami melihat interaksi positif dengan Jabatan Kastam, kerana mereka menjadi lebih toleran dengan perniagaan yang cuba untuk berbuat demikian,” kata Pengarah GST Deloitte Malaysia, Senthuran Elalingam.

Beliau menjangkakan peniagaan mungkin mengambil masa enam bulan lagi untuk menyelaras sepenuhnya kepada GST dengan pengecualian kepada farmaseutikal, pembangunan hartanah dan industri insurans, termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dengan perniagaan masih menghadapi beberapa komplikasi.

Senthuran juga positif terhadap pengumuman Perdana Menteri, bahawa kerajaan tidak akan mengenakan GST ke atas beberapa barangan keperluan, termasuk ubat-ubatan dan makanan, dengan menyatakan hasratnya ialah untuk meminimumkan kesan ke atas isi rumah berpendapatan sederhana dan rendah.

“Saya menjangka lebih banyak pihak boleh meminta barang berkadar sifar, tetapi kerajaan perlu bersikap memilih dan menumpukan kepada siapa yang mereka mahu mendapat manfaat dan memberikan bantuan,” kata beliau.

Turut bersetuju dengan pandangan itu ialah Presiden Persatuan PKS Malaysia, Michael Kang yang menyokong pelepasan GST ke atas pengimportan semula barang yang dieksport secara sementara, bagi tujuan promosi, penyelidikan atau pameran.

“Kami berharap kerajaan akan menggalakkan lebih banyak transaksi perniagaan bagi merangsang ekonomi dan membantu PKS menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan menarik lebih banyak pelancong asing ke negara ini,” katanya.

Bagaimanapun, Kang berkata, langkah untuk menaikkan lingkungan pendapatan boleh cukai daripada 25 peratus kepada 26 peratus, bagi mereka yang mempunyai pendapatan antara RM600,000 dan RM1 juta, serta mereka yang berpendapatan melebihi RM1 juta kepada 28 peratus daripada 25 peratus, boleh menjejaskan tabiat perbelanjaan mereka.

“Oleh kerana GST berdasarkan penggunaan, ini mungkin mengurangkan aliran tunai ke dalam pasaran, kerana mereka akan berhati-hati dalam perbelanjaan, sekali gus mengurangkan kutipan GST dan hasil kerajaan,” kata Kang.

Di samping itu, beliau juga berharap kerajaan akan terus menyediakan bantuan perkakasan dan perisian untuk PKS, melanjutkan lagi tempoh pembelajaran dan penyerahan pemfailan GST.

sumber: THE RAKYAT POST

Friday, October 23, 2015

2901) PM BENTANG 36 INTIPATI PENTING #Bajet2016


36 intipati penting telah dibentang oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dalam ucaptamanya semasa Pembentangan Belanjawan 2016 (BAJET 2016) di Parlimen, siang tadi.

Berikut adalah rumusan penting mengenai pembentangan Bajet 2016.

Intipati Rumusan Pembentangan Bajet 2016 Malaysia
  1. Bajet 2016 memperuntukkan RM 167.2 Billion dan Bajet 2016 kali ini bertemakan “Mensejahtera Kehidupan Rakyat” bertunjangkan 5 keutamaan utama.
  2. Pengguna pra-bayar telco warga Malaysia akan dapat kembali rebat bersamaan dengan amaun GST yang dibayar, dikredit terus mulai 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2016.
  3. Kelajuan intenet luar bandar akan ditambah kelajuan 5 kali ganda daripada 5 Mbps kepada 20 Mbps
  4. Projek LRT3 dari Bandar Utama, Damansara-Johan Setia, Klang dengan anggaran kos pembinaan RM10b mula dibina 2016, siap pada 2020.
  5. RM 200 juta menaiktarafkan jalan di kawasan FELDA. Manakala RM1.4b bagi membina serta naik taraf jalan luar bandar sepanjang 700km di seluruh negara
  6. Pengecualian duti setem sebanyak 20% ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk pembelian rumah
  7. Projek Bus Rapid Transit KL-Klang pada kos melebihi RM1.5b dan Bus Rapid Transit Kota Kinabalu pada kos hampir RM1b akan dilaksanakan.
  8. Kerajaan akan bina tambahan lagi 30 Sekolah Rendah, 27 Sekolah Menengah, 4 MRSM dan 5 SBP
  9. Bantuan Persekolahan RM100 akan diberikan kepada Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah.
  10. Bantuan Persekolahan RM100 akan dibayar pada Januari 2016 namun dikhususkan kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 dan kebawah.
  11. Program Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada pelajar IPT sebanyak RM250 diteruskan pada Bajet 2016.
  12. Bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) hanya boleh ditebus di Kedai Buku yang diiktiraf Sahaja dan tidak boleh ditebus dikedai yang tidak berdaftar.
  13. Lebuhraya pertama iaitu Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak akan bebas daripada bayaran tol.
  14. Program e-Rezeki dan e-Usahawan akan diperluaskan ke seluruh negara untuk meningkatkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan.
  15. Program Rumah Mampu Milik diperluaskan seperti PR1MA, Rumah Mesra Rakyat, Prorgam Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), Program Rumah Pertama dan Program Perumahan Rakyat.
  16. Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama bagi individu yang belum memiliki rumah. Melalui skim ini, kerajaan akan membantu individu yang belum pernah memiliki rumah untuk mendapatkan bantuan deposit perumahan.
  17. Gaji kakitangan awam naik kepada 1 Gred mulai tahun 2016
  18. Gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam dinaikkan kepada RM1200 sebulan
  19. Kadar pencen minimum bagi golongan pesara kerajaan dinaikkan kepada RM950 sebulan
  20. Melantik tetap pegawai lantikan Contract of Service yang berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun
  21. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 diteruskan dan kadar bayaran dinaikkan
  22. BR1M 2016 Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3k ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1000.
  23. BR1M 2016 Kategori baru diperkenalkan bagi penerima dalam senarai e-Kasih yg berpendapatan bulanan bawah RM1k akan terima BR1M sbyk RM1050.
  24. BR1M Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3k ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1000
  25. BR1M Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4k, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800
  26. BR1M Bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2k sebulan, bantuan ditingkatkan daripada RM350 kepada RM400
  27. BR1M Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak RM1000 akan diteruskan.
  28. Had Pelepasan Cukai: Had pelepasan cukai bagi setiap anak berumur bawah 18 tahun mulai taksiran 2016, digandakan daripada RM1000 kepada RM2000. Anak-anak yang menyara ibubapa, walaupun tidak tinggal bersama, diberi pelepasan cukai terkumpul sebanyak RM1,500 masing2 untuk ibu & bapa.Dengan syarat, ibu dan bapa masing-masing berumur 60 tahun ke atas tidak berpendapatan melebihi RM2000 sebulan.
  29. Had pelepasan cukai Individu: Pelepasan cukai bagi pembayar individu yang pasangannya tidak mempunyai pendapatan, dinaikkan daripada RM3000 kepada RM4000.
  30. Had pelepasan cukai dinaikkan daripada RM6k kepada RM8k bagi setiap anak 18 tahun ke atas yang sedang lanjutkan pengajian bagi tahun taksiran 2016.
  31. Had pelepasan cukai sedia ada ibubapa dengan anak OKU RM6k. Jika anak lanjutkan pelajaran, jumlah boleh dituntut RM14k. Bagi ibubapa kepada anak-anak OKU yangg lanjutkan pengajian, had pelepasan cukai dinaikkn daripada RM6k kepada RM8k mulai tahun taksiran 2016.
  32. Berkuatkuasa 1 Julai 2016, penyelerasan gaji minimum negara dinaikkan daripada RM900 kepada RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia.
  33. Gaji minimum Sabah, Sarawak dan WP Labuan dinaikkan RM920 sebulan daripada RM800 bagi semua sektor kecuali perkhdmatn domestik/pembantu rumah.
  34. Majikan yang gagal mematuhi peraturan gaji minimum di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia boleh dikenakan tindakan undang-undang. Gaji minimum RM920 (Sabah, Sarawak dan Labuan) manakala RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia berkuatkuasa mulai 1 Julai 2016.
  35. Bayaran khas bonus RM500 bagi kakitangan atau penjawat awam akan dibayar pada Januari 2016.
  36. Pesara Kerajaan akan menerima bayaran bantuan khas atau bonus sebanyak RM250 dan dibayar pada Januari 2016.
Sumber: MELVISTER

Monday, September 7, 2015

PIJAK GAMBAR PEMIMPIN: #PPIM GESA TINDAKAN PALING KERAS! #BersihRally



Kebiadapan beberapa peserta perhimpunan haram Bersih 4.0 yang memijak gambar pemimpin pada minggu lalu terus mendapat kecaman daripada pelbagai pihak.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pihak berkuasa sehubungan itu digesa supaya tidak memberi muka terhadap mereka yang didakwa melakukan perbuatan kurang ajar tersebut dan perlu dikenakan tindakan tegas.

“Jangan beri muka kepada orang yang biadab. Buat apa kita nak bagi peluang kepada mereka yang tak hormat pemimpin dan negara? Apakah selama ini Malaysia tidak aman sehingga rakyat tidak dapat makan, minum atau bekerja? “Pihak berkuasa perlu ambil tindakan paling tegas terhadap mereka yang terlibat supaya dapat dijadikan pengajaran kepada pihak lain,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baca artikel berkaitanKENAKAN TINDAKAN KE ATAS PENGANJUR PERHIMPUNAN HARAM
Dalam pada itu, Presiden Gerakan Re­formasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar menegaskan, PDRM perlu bertindak serius dan menyeluruh dalam menangani kes berkenaan yang disifatkan sengaja ‘cari pasal’ untuk jejaskan perpaduan kaum dan agama.

Jelas beliau, jika mereka yang terlibat tidak dikenakan tindakan tegas, keadaan itu dikhuatiri boleh mencetuskan polemik agama antara kaum, sekali gus meruntuhkan institusi kenegaraan.

“Jangan lepaskan mereka yang berani pijak gambar-gambar pemimpin. Cari sampai ke lubang cacing dan kenakan tindakan tegas supaya mereka tidak berani ulang kesalahan sama,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Wilayah Persekutuan, Faizan Mohd. Nor berkata, memijak gambar pemimpin bukan isu yang boleh dianggap sebagai tindakan provokasi biasa.

Sebaliknya tegas beliau, isu tersebut boleh mengakibatkan kesan yang memudaratkan jika tidak ditangani segera dan tegas kerana Perdana Menteri dan Presiden Pas adalah pemimpin beragama Islam serta berbangsa Melayu dan orang yang memijak gambar mereka pula orang Cina.

“Perbuatan itu bukan sahaja mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang Melayu, tetapi juga boleh dilihat sebagai penghinaan kepada agama Islam,” ujarnya.

Sumber: UTUSAN ONLINE

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL