Showing posts with label TEPUNG ADA PELUNTUR. Show all posts
Showing posts with label TEPUNG ADA PELUNTUR. Show all posts

Tuesday, January 17, 2017

3358) USAH BERLEBIHAN - HARIAN METRO - 17/1/2017


Penggunaan bahan peluntur Benzoyl Peroxide (BP) dalam tepung adalah selamat jika ia mengikut had dibenarkan iaitu 50 miligram bagi setiap kilogram bagi mengeluarkan  warna kuning dalam bahan makanan itu.
Pensyarah Teknologi Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Roselina Karim berkata,tujuan penggunannya adalah untuk menghasilkan produk yang memberi tarikan kepada pengguna semata-mata dan tidak akan mengubah kualiti tepung sekiranya BP tidak digunakan dalam penghasilannya.
Katanya, terdapat dua bahan kimia yang digunakan dalam penghasilan tepung iaitu BP dan 'improver' untuk meningkatkan lagi kualitinya.
" tidak menjadi isu sekiranya penggunaan mengikut akta makanan dan had yang dibenarkan  juga dirujuk melalui Codex Alimentariuscom-Mission (CAC) iaitu badan antara bangsa yang ditubuhkan di bawah program bersama standard pemakanan pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) dan pertubuhan makanan dan pertanian sedunia (FAO).

Monday, January 16, 2017

3356) AMBIL SAMPEL TEPUNG - HARIAN METRO - 16/1/2017


Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengambil sampel tepung yang didakwa mengandungi bahan peluntur atau Benzoyl Peroxide untuk dilakukan uji kaji di makmal bagi membuktikan bahan terbabit benar-benar wujud seperti yang didedahkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
 Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, uji kaji sampel itu akan dilakukan dalam masa terdekat dan pengeluar tepung berkenaan berdepan dengan tindakan undang-undang sekiranya didapati menyalahi undang-undang selain penjualan produk mereka ditarik di pasaran.
 “Itu salah dari segi undang-undang, jika mereka menggunakan bahan kimia yang tidak dibenarkan untuk mengubah warna tepung, Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Makanan, Kementerian Kesihatan boleh melakukan pemeriksaan.
 “Jika ia dibuktikan memang ada bahan kimia tidak dibenarkan digunakan dalam tepung ini, kita akan mengambil tindakan undang-undang termasuk menarik balik penjualan tepung di pasaran dan menghentikan penjualannya,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Pesta Ponggal MIC, di sini, semalam.
 PPIM mendedahkan terdapat beberapa jenama tepung yang didakwa mengandungi bahan peluntur di mana ia boleh menyebabkan kanser seperti yang tersebar di laman sosial semalam.
 Mengulas mengenai penjualan pil gugur secara dalam talian, Dr Subramaniam berkata, perkara itu sukar dikesan sekiranya pembeli mendapatkan pil dari luar negara dan dibeli dalam kuantiti kecil.
 Katanya, kementerian dengan kerjasama pihak berkuasa lain bagaimanapun boleh memantau dan mengesan individu yang menjual pil berkenaan sekiranya transaksi di dalam negara.

3355) KAJI TEPUNG GANDUM ADA PELUNTUR - KOSMO - 16/1/2017



Kuala Lumpur - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengambil sampel tepung gandum yang didakwa mengandungi bahan peluntur untuk dianalisisdi makmal secepat mungkin.
Menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata,pihaknya akan menarik semula penjualan tepung tersebut sekiranya didapati mengandungi bahan peluntur yang melebihi kuantiti yang dibenarkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM.
" Ia merupakan satu kesalahan undang-undang kalau kita menggunakan bahan kimia yang tidak dibenarkan untuk mengubah warna tepung.
" Sekiranya dibuktikan ada bahan kimia lebih daripada yang ditetapkan,kita akan ambik tindakan termasuk tarik balik penjualan,menghentikan operasi dan ambil tindakan dari segi perundangan,"katanya kepada pemberita selepas menghadiri Pesta Ponggal di Ibu Pejabat MIC di sini semalam.
Beliau berkata demikian bagi menggulas mengenai senarai tepung gandum yang dikeluarkan  Persatuan Pengguna Islam Malaysia yang didakwa mengandungi bahan peluntur dan boleh mengundang pelbagai penyakit seperti Kanser.
Dalam pada itu, ditanya mengenai penjualan pil Misoprostol atau Cytotec secara dalam talian yang didakwa boleh menggugurkan kandungan, Subramaniam berkata, is sukar dikesan dan diambil tindakan kerana melibatkan pembelian yang dilakukan di luar negara.
Penjualan pil tersebut secara terbuka viral di laman Facebook kerana mudah didapati menerusi pembelian dalam talian.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL