Showing posts with label SELAMATKAN PALESTIN. Show all posts
Showing posts with label SELAMATKAN PALESTIN. Show all posts

Monday, August 11, 2014

2087) UTUSAN 11/8/2014 - Teruskan boikot Israel - PPIM



Teruskan boikot Israel

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Usaha memboikot barangan dan perkhidmatan berkaitan Israel perlu diteruskan oleh masyarakat Malaysia untuk memberi mesej jelas bahawa kekejaman terhadap rakyat Palestin perlu dihentikan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, isu Palestin bukan isu Islam semata-mata tetapi merupakan isu kemanusiaan yang memerlukan pembelaan masyarakat seluruh dunia.

"Alhamdulillah, kalau lihat dari segi sejarah, kempen boikot Israel yang dilaksanakan kali ini cukup berkesan dan menerima kerjasama yang amat menggalakkan.

"Bagi saya ini fasa permulaan, kita perlu terus memboikot agar gelombang dari seluruh dunia memberi tekanan terhadap peniaga-peniaga yang selama ini begitu angkuh menyokong Israel," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, Duta Palestin ke Malaysia, Dr. Anwar Hamadto Kassem Al-Agha berkata, kerajaan Palestin amat menghargai sokongan berterusan rakyat negara ini yang memboikot produk keluaran Israel secara besar-besaran.

Sementara itu, Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, masyarakat Malaysia perlu terus bersatu agar mesej boikot yang turut dilakukan di seluruh dunia difahami oleh rejim Israel.

"Kempen boikot Israel ini bukan lagi di Malaysia, malah ramai warga dunia tanpa mengira bangsa dan agama turut menyatakan sokongan kepada Palestin dan mahukan kezaliman Israel dihentikan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140811/dn_03/Teruskan-boikot-Israel---PPIM#ixzz3A3Mkm2qj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday, August 5, 2014

2076) SINAR HARIAN 3/8/2014- Guna kuasa pengguna boikot produk pro Israel - PPIM


Guna kuasa pengguna boikot produk pro Israel

PUTRAJAYA - Pengguna di Malaysia boleh memberi tekanan kepada ekonomi Israel dengan bertindak memboikot barangan yang dikaitkan dengan negara berkenaan secara besar-besaran.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata sudah tiba masanya pengguna beralih kepada produk alternatif atau tempatan memandangkan tindakan memboikot sukar dilakukan berikutan permintaa yang tinggi terhadap produk mereka di Malaysia.

"Ini adalah masa yang sesuai untuk menggunakan produk alternatif atau produk tempatan untuk memberi mesej protes yang tegas terhadap kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) tempatan baru-baru ini supaya memboikot barangan dan produk berhubung kait dengan Israel bagi mengurangkan kekejaman dan kerakusan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

Nadzim berkata pengguna di Malaysia boleh memulakan tindakan boikot itu tetapi ia mesti mendapat sokongan yang kuat daripada orang ramai demi memastikan misi untuk melemahkan ekonomi Israel dapat dilakukan.    

"Pengguna tempatan harus mencontohi rakyat di negara Korea dan Jepun apabila mereka mengutamakan produk dan barangan tempatan dari semua aspek antaranya dari segi penggunaan bahasa kebangsaan, kenderaan dan pelbagai perkara lain," katanya.

Sehubungan itu, pengguna tempatan khususnya generasi muda tanpa mengira agama dan bangsa harus mempunyai kesedaran betapa pentingnya tindakan boikot itu sebagai isyarat protes terhadap Israel agar menghentikan kekejaman mereka ke atas rakyat Palestin, katanya.

Bekas Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Muhammad Shaani Abdullah berkata usaha untuk memboikot barangan yang dikaitkan dengan Israel adalah seumpama berjihad (berjuang) di medan peperangan tetapi bezanya ia tidak membabitkan senjata.

"Tindakan boikot oleh pengguna ini mampu memberi impak maksimum dalam memberi tekanan kepada Israel dengan cara melemahkan ekonomi mereka.

"Bagaimanapun, ia merupakan cabaran untuk dilaksanakan di Malaysia kerana produk-produk berkaitan Israel ini sangat popular dan digemari oleh pengguna tempatan khususnya generasi muda," katanya.

Tindakan boikot itu hanya akan berjaya sepenuhnya sekiranya ia mendapat sambutan yang baik daripada pengguna di seluruh negara, katanya. - Bernama

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL