Showing posts with label RUU PERUBATAN. Show all posts
Showing posts with label RUU PERUBATAN. Show all posts

Wednesday, October 23, 2024

PART 3 AKTA 342 : ‘DILULUSKAN’ TAPI RAMAI RAKYAT YANG TIDAK SETUJU?? - TV. PPIM - 22/10/2024

 

Part 3 Akta 342 : ‘DILULUSKAN’ tapi ramai rakyat yang tidak setuju??

Pada 14 Oktober lalu, Dewan Rakyat telah meluluskan pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang bertujuan untuk meningkatkan kesiapsiagaan negara dalam menangani ancaman penyakit berjangkit.

Isu ini amat menarik perhatian kepada PPIM kerana didapati ramai pengguna yang mengambil cakna terhadap perkara ini.

Nak tahu lebih lanjut, ikuti perkembangan isu Akta 342 yang dibawa oleh Toqqi di semua platform PPIM sekarang.

Sumber: TV. PPIM

PART 3 AKTA 342 : ‘DILULUSKAN’ TAPI RAMAI RAKYAT YANG TIDAK SETUJU??

https://www.youtube.com/watch?v=FIs6jZBuLxY

Tuesday, October 22, 2024

PMX DAN PKR U-TURN AKTA 342 - IPK TV - 20/10/2024

 

Mana pergi 199 Ahli Parlimen semasa pindaan akta 342 diluluskan? Hanya 23 undian sahaja bagi meluluskan akta yang amat penting. Itulah persoalan yang diutarakan oleh Dato Nadzim Johan (Toqqi) Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM semasa sidang media di pejabat PPIM petang semalam.

Sebelum itu Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

Sementara itu Dr Kenny membangkitkan kenyataan YAB Perdana Menteri pada Disember 2021 iaitu akan meminta semua Ahli Parlimen dari PKR menentang pindaan akta 342 itu yang juga ditentang oleh sebahagian besar warga Malaysia.

Mereka amat bimbang dengan pindaan akta 342 yang memberi kuasa mutlak kepada penguatkuasa untuk menentukan tindakan yang dikenakan ke atas seseorang seperti pengasingan atau kuarantin.

Selain itu mereka juga meragui berkenaan dengan mekanisme yang akan digunapakai seterusnya memungkinkan penyalahgunaan kuasa oleh penguatkuasa.

Sumber: IPK TV

PMX DAN PKR U-TURN AKTA 342

https://www.youtube.com/watch?v=zZPnN0KVnjE

Monday, October 14, 2024

PPIM TOLAK PINDAAN RUU KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT - SINAR HARIAN - 12/10/2024

 

SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menolak pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, penolakan itu berasaskan kebimbangan terhadap hak asasi dan potensi penyalahgunaan kuasa oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Antara pindaan utama dilihat sangat tidak relevan ialah berkaitan kuasa pegawai.

“Seksyen 14A memperuntukkan klausa itu memberi kuasa kepada pegawai menggunakan kekerasan bagi memastikan perintahnya dipatuhi walaupun hanya dengan syak sahaja," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Pada 15 Julai lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membentangkan Rang Undang-Undang Perubatan (Pindaan) 2024 untuk meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Rang undang-undang yang mengandungi 14 Fasal itu antaranya bagi memastikan setiap pengamal perubatan yang mempunyai sebab untuk percaya atau mengesyaki wujudnya apa-apa penyakit berjangkit, memberikan notis dalam apa sahaja cara, sepertimana ditentukan ketua pengarah.

Pindaan juga bertujuan memasukkan seksyen baharu 14A ke dalam Akta 342 untuk membolehkan seseorang pegawai diberi kuasa memerintahkan mana-mana orang yang dijangkiti sesuatu penyakit berjangkit menjalani pengasingan atau pengawasan.

Mengulas lanjut, Nadzim berkata, pihaknya mendapati seksyen baharu iaitu 15A pula memberi kuasa kepada pegawai untuk memerintahkan individu yang dijangkiti atau disyaki dijangkiti serta kontak rapat untuk menggunakan peranti pengesanan.

“Perkara ini jelas melanggar hak asasi seseorang. PPIM melihat ia meningkatkan kuasa dan autoriti serta memberi kuasa penuh kepada Ketua Pengarah Kesihatan.

“Selain itu, denda maksimum untuk individu yang melanggar undang-undang ini meningkat daripada RM1,000 kepada RM5,000.

“PPIM berpendapat perubahan pada kompaun dan penalti itu tinggi membebankan rakyat,” ujarnya.

Tambah Nadzim lagi, RUU itu akan membuka risiko penyalahgunaan kuasa yang luas kepada Ketua Pengarah KKM dan jenayah rasuah.

Artikel oleh: Sinar Harian

PPIM TOLAK PINDAAN RUU KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT

https://www.sinarharian.com.my/article/690577/berita/nasional/ppim-tolak-pindaan-ruu-kawalan-penyakit-berjangkit

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL