Showing posts with label IPK TV. Show all posts
Showing posts with label IPK TV. Show all posts

Tuesday, November 25, 2025

SIAPA BAGI KEBENARAN PEMBINAAN TOL DI GENTING - IPK TV - 24/11/2025

Kuala Lumpur, 24.11.25, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Toqqi, menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pembinaan struktur tol yang didakwa sedang dibina di jalan menuju ke Genting Highlands.

Menurut beliau, PPIM menerima banyak adu4n daripada penduduk setempat dan para pemandu yang keliru serta mempersoalkan kewujudan struktur berkenaan.

“Toqqi berkata, pasukan PPIM turut melakukan semakan, namun menimbulkan persoalan besar apabila tidak dapat dipastikan sumber kelulusan pembinaan tersebut. Beliau mempersoalkan bagaimana autoriti sebegitu boleh ‘terlepas’ ke tangan individu tertentu.

Katanya, isu ini menyentuh hak rakyat dan memerlukan penjelasan segera.

“Kita minta pihak berkaitan tampil menjawab bagaimana mereka memperoleh autoriti untuk membina struktur yang seolah-olah tol ini. Pembinaan tersebut melibatkan aspek pengangkutan, keselamatan dan kepentingan orang ramai,” tegasnya.

Sehubungan itu, PPIM menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh bagi memastikan tiada penyalahgunaan kuasa atau pelanggaran peraturan dalam projek berkenaan.

#Genting #SCJ

Sumber: IPK TV

SIAPA BAGI KEBENARAN PEMBINAAN TOL DI GENTING

https://www.tiktok.com/@ipk.tv5/video/7576249305267227911?is_from_webapp=1&sender_device=pc


Tuesday, October 22, 2024

PMX DAN PKR U-TURN AKTA 342 - IPK TV - 20/10/2024

 

Mana pergi 199 Ahli Parlimen semasa pindaan akta 342 diluluskan? Hanya 23 undian sahaja bagi meluluskan akta yang amat penting. Itulah persoalan yang diutarakan oleh Dato Nadzim Johan (Toqqi) Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM semasa sidang media di pejabat PPIM petang semalam.

Sebelum itu Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

Sementara itu Dr Kenny membangkitkan kenyataan YAB Perdana Menteri pada Disember 2021 iaitu akan meminta semua Ahli Parlimen dari PKR menentang pindaan akta 342 itu yang juga ditentang oleh sebahagian besar warga Malaysia.

Mereka amat bimbang dengan pindaan akta 342 yang memberi kuasa mutlak kepada penguatkuasa untuk menentukan tindakan yang dikenakan ke atas seseorang seperti pengasingan atau kuarantin.

Selain itu mereka juga meragui berkenaan dengan mekanisme yang akan digunapakai seterusnya memungkinkan penyalahgunaan kuasa oleh penguatkuasa.

Sumber: IPK TV

PMX DAN PKR U-TURN AKTA 342

https://www.youtube.com/watch?v=zZPnN0KVnjE

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL