Showing posts with label RASUAH BUSTERS. Show all posts
Showing posts with label RASUAH BUSTERS. Show all posts

Thursday, October 6, 2022

RAKYAT MALAYSIA BAKAL TERIMA NASIB SEPERTI ROHINGYA 5 TAHUN LAGI - TOQQI PPIM - SAMUDERA.MY - 05/10/2022

 

KUALA LUMPUR, 05 September 2022 – Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan memaklumkan, jika masalah kegiatan rasuah tidak dihapuskan sebaik mungkin dalam tempoh lima tahun lagi maka, rakyat Malaysia akan menerima nasib sama seperti etnik Rohingya.

“Kalau kita sayangkan keluarga, agama dan negara, kita kena buat sesuatu dengan menyambut baik peranan dan inisiatif Rasuah Busters. Keadaan sekarang ini sangat mencabar dan jika tidak diendah, mudah sahaja Malaysia dikuasai (orang luar).

Kita juga kena berdoa agar diberi petunjuk, hidayah dan dipelihara bagi berhadapan dengan cabaran yang luar biasa ini.

Beliau menegaskan, tanggungjawab dalam menangani isu ini perlu dilakukan secara agresif demi menjamin masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang.

“Negara kita diancam dengan penjajahan kaedah baharu menerusi pelbagai konspirasi luar negara, bermaksud akan dijajah dan mempengaruhi generasi akan datang,”

“Mungkin orang tidak perasan tetapi ini adalah agenda besar untuk memesongkan pegangan kita, jadi kita perlu ajar anak-anak kita dengan ajaran agama dan aqidah yang terbaik,” ujarnya yang berpandangan bahawa umat Islam di negara ini perlu melengkapkan diri dengan ilmu agama agar sentiasa bersedia menghadapi masa depan yang semakin mencabar.


Artikel oleh: Samudera.my

RAKYAT MALAYSIA BAKAL TERIMA NASIB SEPERTI ROHINGYA 5 TAHUN LAGI - TOQQI PPIM

https://www.samudera.my/rakyat-malaysia-bakal-terima-nasib-seperti-rohingya-5-tahun-lagi-toqqi-ppim/

'MUNGKIN AKAN JADI SEPERTI ETNIK ROHINGYA' - SINAR HARIAN - 06/10/2022

 

Artikel oleh: Sinar Harian

'MUNGKIN AKAN JADI SEPERTI ETNIK ROHINGYA'

Saturday, December 11, 2021

6092) MESEJ ANTIRASUAH BERGEMA DI SELANGOR - SINAR HARIAN - 11/12/2021

 

HARI kedua Konvoi #RasuahBusters terus menggegarkan Selangor apabila puluhan kenderaan yang menyertai jelajah memulakan perjalanan dari bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor di Shah Alam pada Jumaat.

Para peserta konvoi dilepaskan oleh Exco Hal Ehwal Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Negeri Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Antara jentera yang menyertai hari kedua konvoi ialah kenderaan Rasuah Busters, lori Allianz Explorer yang lengkap dengan TV LED, motosikal berkuasa tinggi, trak khas dan tidak ketinggalan kereta rakan media Sinar Harian, radio Era dan radio Sinar.

Dalam pada itu, Mohd Zawawi yang memuji penganjuran jelajah itu berkata, kesungguhan pasukan Rasuah Busters yang disokong oleh lebih 400 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) adalah sangat luar biasa dalam melawan rasuah.

Katanya, program-program Rasuah Busters adalah tepat pada masanya kerana nilai amalan rasuah di negara ini seakan-akan sudah dinormakan oleh masyarakat sehingga menjadikan perbuatan keji itu dianggap perkara biasa tanpa rasa segan silu.

Katanya, ruang dan kesempatan yang ada di depan mata digunakan untuk mendapatkan rasuah, sekali gus menyalah guna kuasa yang ada.

“Istilah orang lain boleh buat, kenapa aku perlu malu untuk buat menjadi satu pegangan dalam masyarakat.

“Maka gerakan massa seperti apa yang dilakukan oleh pasukan Rasuah Busters bersama rakan gabungan bukan sahaja berani dan luar biasa malah tepat pada waktunya untuk menyedarkan masyarakat di peringkat akar umbi,” katanya sebelum melepaskan peserta Konvoi #RasuahBusters di pekarangan Pejabat SUK Selangor pada Jumaat.

Bual bicara yang bertajuk ‘Angkara Rasuah Bisnes Tidak Berkat’ itu menampilkan dua panel iaitu Ketua Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan Pengarah Global CX Sdn Bhd, Amirul Ikman Norden.

Sebaik dilepaskan, peserta konvoi yang turut diiringi pasukan Polis Selangor kemudian menuju ke Malakat Mall di Cyberjaya.

Selain mendekati pengunjung di kompleks beli-belah itu, pasukan Rasuah Busters turut menganjurkan program bual bicara khas iaitu Kompas On The Go di Malakat Mall.

Bual bicara yang bertajuk ‘Angkara Rasuah Bisnes Tidak Berkat’ itu menampilkan dua panel iaitu Ketua Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan Pengarah Global CX Sdn Bhd, Amirul Ikman Norden.

Sebaik selesai program di Malakat Mall, peserta konvoi kemudian menuju ke satu lagi destinasi terkenal di Selangor iaitu Kompleks Sate Kajang Haji Samuri.

Program singgah santun di Kompleks Sate Kajang Haji Samuri itu membolehkan peserta Konvoi #RasuahBusters mendekati segenap lapisan masyarakat di Kajang untuk menyebarkan mesej antirasuah.


Artikel oleh: Sinar Harian

MESEJ ANTIRASUAH BERGEMA DI SELANGOR

https://www.sinarharian.com.my/article/177246/KHAS/Sinar-Rasuah-Buster/Mesej-antirasuah-bergema-di-Selangor

6091) 'KENAPA HARAPKAN JANJI MANUSIA JUKA BOLEH HARAPKAN ALLAH' - SINAR HARIAN - 10/12/2021

 

SHAH ALAM - Pengarah Global CX Sdn Bhd, Amirul Ikman Norden berpandangan bahawa masyarakat sepatutnya memperbanyakkan doa dan melakukan amalan baik yang disarankan oleh ALLAH SWT jika mereka mahu rezeki untuk perniagaan mereka mengalir.

Ujar Amirul Ikman, lebih baik masyarakat ‘rasuah’ ALLAH SWT dengan bacaan doa, selawat dan lakukan amalan mulia di sisiNya berbanding menerima rasuah daripada orang lain.

“Daripada nak rasuah orang, lebih baik ‘rasuah’ ALLAH SWT. Maksudnya bersedekah banyak-banyak, baca bacaan yang disarankan untuk baca, maka rezeki mengalirlah.

“Kenapa mengharapkan janji manusia jika boleh harapkan pada ALLAH SWT?

“Ia ringkas sahaja bagi saya,” katanya ketika menjadi panelis untuk program Kompas On The Go: Angkara Rasuah Bisnes Tidak Berkat yang disiarkan di platform Sinar Harian pada Jumaat.

Program berkenaan turut menampilkan Ketua Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sebagai panelis serta Norden Mohamed selaku moderator.

Mengulas lanjut, Amirul Ikman berkata, ekosistem antara rakan niaga dan pekerja-pekerja juga perlu dijaga supaya aktiviti rasuah itu tidak akan berlaku dalam persekitaran kerja.

Menurutnya, dugaan untuk melakukan rasuah itu amat mencabar, tetapi seseorang itu perlu berpegang pada pendirian yang kukuh untuk menjauhi rasuah dan perlu sentiasa percaya kepada rezeki ALLAH SWT.

“Bagi saya, kalau rezeki itu rezeki kita maka dapatlah... insya- ALLAH. Percaya sahaja.

“Jangan layan sangat (godaan) sebab lagi kita layan, lagi seronok (lakukan rasuah),” ujarnya.

Artikel oleh: Sinar Harian

'KENAPA HARAPKAN JANJI MANUSIA JUKA BOLEH HARAPKAN ALLAH'


6090) 'PEMIKIRAN SUMBER PENDAPATAN DATANG DARI MAJIKAN ADALAH SALAH' - SINAR HARIAN - 10/12/2021

 

SHAH ALAM - “Keyakinan pekerja bahawa sumber pendapatan datang daripada majikan adalah satu pemikiran yang salah,” Ketua Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Ujar beliau, pegangan akidah masyarakat perlu diperkukuhkan supaya mereka percaya bahawa rezeki datang daripada ALLAH SWT.

“Betul kalau tak makan memang masalah, tetapi kita kena sedarkan diri kita semua rezeki itu daripada ALLAH. Itu kena percaya barulah kita kuat. Kalau tidak, kita jadi takut.

“Akidah itu sangat penting kerana orang pada hari ini tidak kisah sangat akidah. Ini sangat bahaya,” katanya.

Program 'Kompas On The Go: Angkara Rasuah Bisnes Tidak Berkat' menampilkan Nadzim (tengah) dan Amirul Ikman (kanan), sementara Norden (kiri) bertindak selaku moderator.
Program 'Kompas On The Go: Angkara Rasuah Bisnes Tidak Berkat' menampilkan Nadzim (tengah) dan Amirul Ikman (kanan), sementara Norden (kiri) bertindak selaku moderator.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis untuk program 'Kompas On The Go: Angkara Rasuah Bisnes Tidak Berkat' yang disiarkan secara langsung di platform Sinar Harian pada Jumaat.

Program berkenaan menampilkan Pengarah Global CX Sdn Bhd, Amirul Ikman Norden, manakala Norden Mohamed bertindak selaku moderator.

Mengulas lanjut, Nadzim berkata, masyarakat digalakkan supaya berbalik kepada kempen mengukuhkan akidah supaya kuat untuk melawan godaan rasuah.

“Sebab hendak melawan rasuah ini, kita kena kuat dan percaya. Kalau makan barang tidak baik, maka kita dapat barang yang tidak baik. Kalau kita banyak duit sekalipun, tetapi duit itu tidak berkat, maka ia tidak bererti.

“Kalau duit sikit, tetapi berkat, ia lebih daripada mencukupi,” ujar beliau.


Artikel oleh: Sinar Harian

'PEMIKIRAN SUMBER PENDAPATAN DATANG DARI MAJIKAN ADALAH SALAH'

https://www.sinarharian.com.my/article/177198/KHAS/Sinar-Rasuah-Buster/Pemikiran-sumber-pendapatan-datang-dari-majikan-adalah-salah

Wednesday, December 8, 2021

6076) MENARA KUALA LUMPUR, MALAKAT MALL BERI SOKONGAN - SINAR HARIAN - 08/12/2021

 

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Program bual bicara Kompas On The Go dan Kafe Rasuah Busters edisi khas akan bersiaran secara langsung di dua lokasi terkemuka di Lembah Klang.

Edisi khas Kafe Rasuah Busters akan bersiaran secara langsung di Menara Kuala Lumpur pada jam 8 malam, Khamis (9 Disember) manakala Kompas On The Go akan diadakan di Malakat Mall, Cyberjaya pada jam 3 petang, Jumaat (10 Disember).

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (Menara KL), Ainol Shaharina Sahar berkata, pihaknya sangat berbesar hati untuk menyediakan tapak lokasi bagi program Kafe Rasuah Busters yang semakin mendapat tempat dalam masyarakat.

Kata beliau, menjadi satu kebanggaan buat Menara Kuala Lumpur untuk menjadi penaja bersama program yang disiarkan secara langsung di semua rangkaian media sosial Rasuah Busters dan Sinar Harian pada malam Khamis.

Menurutnya, kerjasama yang diberikan itu adalah sokongan penuh pihak pengurusan dalam menjayakan misi pasukan Rasuah Busters dalam menyampaikan mesej antirasuah kepada seluruh masyarakat.

"Kami di pihak Menara Kuala Lumpur amat berbesar hati serta menyokong penuh atas usaha pihak Rasuah Busters dalam menganjurkan program yang dilihat sangat penting ini.

Edisi khas Kafe Rasuah Busters akan bersiaran secara langsung di Menara Kuala Lumpur pada jam 8 malam Khamis ini.
Edisi khas Kafe Rasuah Busters akan bersiaran secara langsung di Menara Kuala Lumpur pada jam 8 malam Khamis ini.

"Ia menjadi inisiatif kita bersama dalam menyelamatkan masa depan negara daripada terus dibelenggu masalah rasuah yang semakin berleluasa serta dapat memberikan lebih kesedaran tentang bahaya rasuah demi keamanan Malaysia.

"Untuk itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Rasuah Busters kerana sudi memilih Menara Kuala Lumpur sebagai salah satu lokasi siaran langsung bagi Kafe Rasuah Busters sempena Konvoi #RasuahBusters," katanya pada Selasa.

Kafe Rasuah Busters akan bersama bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff membicarakan tajuk 'Dari Tabung Haji Ke Gerai Pok Nik.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan Malakat Eco Group, Adzharudin Mohd Noor berkata, pihaknya sangat bersetuju dengan perjuangan Rasuah Busters memerangi rasuah dan menyampaikan mesej antirasuah agar perbuatan terkutuk ini lenyap dari bumi bertuah Malaysia.

Ajaran Islam

Katanya, jutaan terima kasih kepada Sinar Harian kerana sudi untuk menggunakan Malakat Mall sebagai platform untuk menyebarkan kebenaran dan mengajak orang ramai membenci perbuatan keji itu.

Jelas beliau, Malakat Mall sendiri adalah sebuah pusat membeli belah berteraskan Islam, malah berusaha untuk mengaplikasikan sunnah dari semua sudut, baik dalam perniagaan mahupun dipersekitaran luar.

"Sudah tentu kami akan membuka ruang kepada siapa sahaja yang berminat untuk menggunakan ruang kami bagi menyebarkan kesedaran tentang bahaya dan dosa rasuah.

"Kami di Malakat Mall akan menyokong apa jua usaha untuk membenteras apa jua salah laku yang merosakkan anak bangsa kita, apatah lagi kesalahan rasuah yang semakin menebal dalam kalangan masyarakat," tegasnya.

Tambah beliau, seluruh umat Islam seharusnya kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dengan mengikuti perintah Allah serta menjalani kehidupan Rasulullah dan para sahabat.

Menurutnya, ajaran Islam telah memberi peringatan tentang bahaya rasuah seperti mana dari petikan surah Al-Baqarah ayat 188 yang bermaksud: "Dan janganlah kamu makan harta orang lain antara kamu dengan jalan yang batil, dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu memberi rasuah kepada hakim-hakim supaya kamu dapat mengambil sebahagian daripada harta orang dengan cara berbuat dosa padahal kamu mengetahui salahnya.”

Menurut Adzharudin, 'Angkara Rasuah, Bisnes Tak Berkat' adalah satu perkara yang penting untuk diperbahaskan dan wajar dikongsi bersama masyarakat.

Jelas beliau lagi, sebagai orang Islam, seharusnya kita berniaga bukan kerana mencari keuntungan sebaliknya adalah untuk mencari keberkatan.

"Bila kita dapat keberkatan daripada perniagaan, keuntungan itu secara automatik akan datang dari arah yang kita tidak jangkakan.

"Untuk itu, Malakat Mall bersedia untuk dijadikan platform kepada agensi-agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) demi untuk membanteras rasuah.

"Mari bersama kita hapuskan budaya rasuah yang semakin menyesakkan kehidupan kita semua," katanya.

Dalam pada itu, pemangku Ketua Unit Rasuah Busters, Asmaliza Mansor berkata, Malakat Mall, Cyberjaya bersetuju menaja lokasi program Kompas On The Go yang akan bersiaran secara langsung pada Jumaat ini.

Katanya, bual bicara yang bermula pada jam 3 petang itu akan membincangkan tajuk penting iaitu 'Angkara Rasuah, Bisnes Tak Berkat'.

Menurut Asmaliza, program berkenaan menampilkan Ketua Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan Pengarah Global CX Sdn Bhd, Amirul Ikman Norden sebagai panel serta Norden Mohamed selaku moderator.

"Diharap program yang mendapat kerjasama daripada pihak Malakat Mall ini akan memberi manfaat besar kepada masyarakat terutama meningkatkan kesedaran tentang bahaya rasuah.

"Jangan lupa saksikan Kafe Rasuah Busters dan Kompas On The Go secara langsung di platform media sosial Rasuah Busters dan Sinar Harian," katanya.

Artikel oleh: Sinar Harian

MENARA KUALA LUMPUR, MALAKAT MALL BERI SOKONGAN

https://www.sinarharian.com.my/article/176642/KHAS/Sinar-Rasuah-Buster/Menara-Kuala-Lumpur-Malakat-Mall-beri-sokongan

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL