Showing posts with label PETUGAS BARISAN HADAPAN. Show all posts
Showing posts with label PETUGAS BARISAN HADAPAN. Show all posts

Thursday, June 24, 2021

5747) SUMBANGAN 250 KOTAK INFAQ REZEKI KEPADA PARA PETUGAS BARISAN HADAPAN PKPD DI PPR DESA REJANG - PPIM - 24/06/2021

 Alhamdulillah,segala syukur ke hadratNya! Hari ini PPIM dengan jayanya menyalurkan bantuan sumbangan berupa 250 kotak Infaq Rezeki kepada para petugas barisan hadapan yang bertugas di kawasan PKPD di PPR Desa Rejang. Semoga sumbangan ini dapat menjadi asbab kebaikan kepada semua.

Teruskan menyumbang di kempen Infaq Rezeki, kerana masih ramai yang menanti sumbangan anda!
Mulakan sumbangan anda ke kempen Infaq Rezeki melalui cara berikut:
Klik link di bawah untuk menyumbang,
https://sumbangan.com/infaqrezeki
Untuk maklumat lanjut:
Whatsapp: https://PerjuanganPPIM.wasap.my
Hotline:013-2262 444

#perjuanganbersama#hakpengguna#PPIM#tabungperjuanganPPIM#kitajagakita#bantuanmakanan#infaqrezeki.

Thursday, February 11, 2021

5389) PPIM SERAH SUMBANGAN PETUGAS BARISAN HADAPAN - WACANA - 10/02/2021

 


KUALA LUMPUR, 10 Feb: Ketika mana negara berdepan pandemik COVID-19, banyak pihak yang terkesan dari segi ekonomi mahupun kesihatan.

Pada tempoh sukar ini, kita dapat melihat perpaduan rakyat Malaysia berbilang kaum yang tidak putus memberi sokongan dan membantu mereka yang memerlukan mahupun petugas barisan hadapan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan turut menyampaikan bantuan kepada petugas barisan hadapan.

“Kami amat menghargai tugas dan komitmen mereka dalam memastikan keselamatan dan kemakmuran negara,” katanya kepada Wacana.my hari ini.

Justeru, beliau berharap ramai lagi individu dan badan korporat akan tampil memberi sokongan kepada barisan hadapan negara.

“Saya turut mendoakan petugas barisan hadapan ini terus diberikan kekuatan, kesihatan serta kesabaran dalam menjalankan tugas, hanya Allah dapat membalas jasa mereka,” katanya.

PPIM menyerahkan bekalan makanan untuk petugas di beberapa sekatan jalan raya sekitar ibu negara.

Antaranya  di Jalan Kuching, Bangsar, Pantai Dalam, Jalan Duta, Selayang dan di Ibu Pejabat Pokis Daerah Dang Wangi.

Program ini hasil kerjasama antara Asnaf Business Centre,  Gardenia dan PPIM.


Artikel oleh: Wacana

PPIM SERAH SUMBANGAN PETUGAS BARISAN HADAPAN


5388) BANTUAN KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN LONJAKKAN SEMANGAT KESUKARELAWAN - HARIAN METRO - 10/02/2021

 


Kuala Lumpur: Program sumbangan kepada petugas barisan hadapan dijalankan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) mampu melonjak semangat kesukarelawanan di negara ini.

Ini kerana, sukarelawan dapat melihat sendiri bagaimana cabaran petugas barisan depan dalam memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, dengan adanya sumbangan daripada NGO, sukarelawan dapat berkongsi rasa dan bebanan tugas pelbagai agensi kerajaan bagi memastikan penularan wabak Covid-19 dapat dikawal.

Katanya, menerusi cara itu mereka dapat mempelajari secara khusus apa yang dilihat di lapangan dan ia boleh digunapakai dalam program akan datang.

"Kita tidak mahu bercakap kosong mengenai peranan petugas barisan depan. Masing-masing ada peranan perlu dimainkan.

"Jadi dengan turun padang menyantuni mereka, sukarelawan akan tahu betapa teori saja tidak cukup untuk kita bentuk masyarakat prihatin di negara ini," katanya selepas menyerahkan sumbangan di beberapa Sekatan Jalan Raya (SJR) di ibu negara, hari ini.

Antara lokasi itu termasuk Jalan Kuching, Bangsar, Pantai Dalam, Jalan Tuanku Abdul Halim, Selayang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Nadzim berkata, ia hasil sumbangan individu dan beberapa syarikat korporat dan akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha menyantuni petugas barisan depan serta melatih sukarelawan dengan disiplin kerja yang tinggi.

Menurutnya, sepanjang PKP ini adalah tempoh sesuai untuk kita tingkatkan disiplin diri, baik kerja NGO mahu pun hidup seharian kerana ia adalah norma baharu yang perlu disesuaikan pada masa ini.


Artikel oleh: Harian Metro

BANTUAN KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN LONJAKKAN SEMANGAT KESUKARELAWAN

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/02/673386/bantuan-kepada-petugas-barisan-hadapan-lonjakkan-semangat-kesukarelawanan

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL