Showing posts with label PENGGUNA MENUNTUT HAK MEREKA!. Show all posts
Showing posts with label PENGGUNA MENUNTUT HAK MEREKA!. Show all posts
Thursday, July 13, 2017
3891) Mangsa akui terpedaya syarikat pajak kereta - Sinar Tv - 12/7/2017
3890) PPIM nafi ceroboh premis syarikat pajak kereta - Sinar Tv - 13/7/2017
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menafikan pihaknya menceroboh premis simpanan kereta syarikat pajakan kenderaan di Jalan Sungai Sekamat, Kajang, kelmarin.
3887) Police investigate incident of men breaking into Kajang warehouse, driving off 40 cars - New Straits Times - 13/7/2017

KUALA LUMPUR: Police are investigating an incident where a group of individuals was said to have broken into a car warehouse in Kajang on Monday.
The group, accompanied by the Muslim Consumers Association of Malaysia (PPIM), had taken out 40 cars from the warehouse.
The warehouse belongs to a car lease and rental company, which the group claims to have cheated several individuals who had leased their cars to the company.
They lodged 23 reports against the company and went to the warehouse to reclaim their cars.
A quarrel ensued at the warehouse between the group and the company's workers.
A video of the incident made been making its round on social media.
PPIM's Special Action Unit Director Yusuf Azmi, via his Facebook account, claimed that police who were present at the scene did not do anything to ease the tension between two parties.
He also said that police should have taken action against the company said to have cheated more than 500 people.
Selangor deputy police chief Datuk Ab Rashid Ab Wahad, in his reaction to Yusuf's Facebook post, said that police will thoroughly investigate the matter fairly without taking sides.
He said as the investigation is on-going, police are seeking cooperation from members of the public to avoid from speculating on the incident.
3885) Vehicle leasing scam agreements are illegal and void: PPIM - The Sun - 12/7/2017

KUALA LUMPUR: The agreement entered by victims with a company offering an alleged vehicle leasing scam is considered illegal and void in the first place, according to Islamic Consumer Association of Malaysia (PPIM).
PPIM legal bureau chairman Datuk Hishamuddin Hashim said this was because the vehicles purchased by the buyers were subject tor the hire-purchase agreement with the bank that they took loans from.
Under the agreement, which is governed by the Hire Purchase Act 1967, the bank received the right of the vehicles' ownership while the buyer became the hirer.
"The buyers cannot sell their vehicles to any third party under the hire purchase agreement. Maybe they leased it to the company as they were deceived and did not have the information.
"The agreement (between victims and the company) could be on leasing or sales-purchase, but it was void in the first place and non-existent," he told a press conference at PPIM office here today.
The purported fraud came to light when several of PPIM activists and victims on Monday demanded the release of vehicles kept at the company's storehouse in Kajang.
The group had allegedly barged into the premises where the whole incident was aired live on PPIM Facebook page.
The manager of the company had then lodged a police report, while the police investigations revealed that the group did not produce any court order to trespass the storehouse.
Police had opened investigations under Section 427 of the Penal Code for causing mischief and under Section 447 for criminal trespass.
With a void agreement, Hishamuddin said the company had in fact conducted an offence under the Penal Code for keeping the property of others by force.
"Therefore, under what capacity can the company keep the vehicles? It is not the owner or hirer. The police should then be investigating this," he said.
He added whether PPIM had received a court order before going into the storehouse was not the prime issue as the company needs to provide proof that it had ownership over the premises.
He claimed that the land where the storehouse was built was not owned by the company, but instead taken by force from a private party.
Meanwhile, PPIM chairman Datuk Nadzim Johan said individuals who had entered into an agreement with the company were also at fault in this case as there was no provision in law allowing for such leasing.
He said those individuals would face a hard time if they decided to bring the matter to court.
3884) Polis jamin siasat menyeluruh isu syarikat pajak kereta - Utusan Online - 12/7/2017

KUALA LUMPUR 12 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan akan menjalankan siasatan menyeluruh tanpa melindungi atau menyebelahi mana-mana pihak yang terlibat berhubung isu pencerobohan gudang menyimpan kenderaan di Jalan Cheras, Kajang, kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, terdapat status dimuat naik seorang pengguna Facebook yang menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan yang akan menyiasat kejadian tersebut mengikut Seksyen 447/427 Kanun keseksaan kerana menceroboh dan melakukan khianat.
Menurutnya, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang lelaki yang bekerja sebagai Eksekutif di syarikat berkenaan tentang kejadian stor syarikatnya diceroboh sekumpulan individu bagi mengambil kenderaan yang diletakkan dalam stor tersebut.
“Kertas siasatan telah dibuka dan sementara siasatan dijalankan kita minta kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini.
“Polis akan menjalankan siasatan secara terperinci, telus dan adil berlandaskan peruntukan undang–undang tanpa menyebelahi mana-mana pihak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Semalam, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membantu kira-kira 60 pemilik mendapatkan kenderaan masing-masing, namun berdasarkan aduan masih terdapat kira-kira 1,440 buah kereta dalam simpanan syarikat berkenaan.
Operasi yang disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook itu berjalan selama lebih 24 jam selepas semua 60 buah kereta berjaya dikeluarkan. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/polis-jamin-siasat-menyeluruh-isu-syarikat-pajak-kereta-1.502176#ixzz4mh1fFA7D
© Utusan Melayu (M) Bhd
© Utusan Melayu (M) Bhd
3883) PPIM Sangkal Dakwaan Dituduh Ada Hubungan Gengster 36 Dan 77 - My Suara.Net - 13/7/2017
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mengaitkan pertubuhan itu dengan kumpulan gangster melayu yang didalangi kumpulan 36 dan 77.
Merujuk kepada video yang tular baru-baru ini melibatkan syarikat pajakan kenderaan di Sungai Sikamat, Kajang pelbagai tohmahan disuarakan netizen mengatakan PPIM didalangi gengster melayu yang bersama-sama dalam usaha mengeluarkan kenderaan dari gudang kenderaan AGR.
Ketua Unit Tindakan Khas PPIM, Yusof Azmi menegaskan bahawa PPIM tidak pernah mengupah atau membayar mana-mana individu atau kumpulan malah, ke semua individu yang hadir merupakan mangsa dan orang awam yang tinggal di kawasan berhampiran.
Yusof juga menambah komen-komen yang ditulis oleh netizen yang menggelarkan diri sebagai ahli kumpulan 36 dan 77 yang ingin menyertai PPIM atas kapasiti seorang sukarelawan yang berminat untuk menyertai pertubuhan itu.
“Saya berasa hairan, ada juga individu yang tidak bertanggung jawab menuduh kami mengupah gangster yang terdiri dari kaum melayu, sedangkan orang kampung dan pihak polis yang bersama-sama membantu kami sehingga selesai.
“Ini merupakan tohmahan liar yang sengaja di reka-reka untuk menjejaskan usaha murni kami (PPIM) bagi membela mereka yang teraniaya.
“Bertembung gangster melayu dan gengster kaum lain itu fitnah tetapi, pertembungan pejuang Persatuan Pengguna Islam Malaysia dengan gangster itu benar,” katanya ketika ditemui.
Beliau juga turut menasihatkan masyarakat untuk berhati-hati mempercayai maklumat yang tidak benar dan seeloknya bertemu PPIM untuk mendapatkan maklumat yang telus dan sahih.
https://www.mysuara.net/ppim-sangkal-dakwaan-dituduh-ada-hubungan-gengster-36-dan-77/
3882) PDRM : Salah jika ambil tindakan sendiri - China Press - 13/7/2017
3881) TIDAK SOKONG SIAPA-SIAPA, MANA SALAH AMBIK TINDAKAN - SIN CHEW DAILY - 13/7/2017
3880) 'KAMI MOHON BINCANG CARA ELOK' - HARIAN METRO - 13/7/2017

Kuala Lumpur: “Belum pernah orang menceroboh bawa kamera dan buat liputan. Rekod semua perbualan dan rujuk kepada peguam.
“Saya ke sana untuk menemani pengadu mendapatkan semula kereta mereka yang di simpan di syarikat itu.Itu saja saya mampu buat untuk membela mangsa kerana kita tiada kuasa,” kata Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusuf Azmi.
Pada sidang media pertama selepas isu dakwaan penipuan syarikat pajakan kereta kelmarin, aktivis berkenaan yakin tindakannya betul selain merujuk kepada pihak berwajib dan peguam terlebih dulu.
Katanya, dia membuat laporan sebelum dan selepas ke premis penyimpanan kereta itu isnin lalu tanpa sebarang tujuan melakukan provokasi.
“Kita tak bawa apa-apa senjata, alat pemotong pun pinjam kedai sebelah.Kita mohon berbincang secara elok, tidak dilayan jadi kita ke sana untuk menemani pengadu ambil semula kereta,” katanya.
3879) PERJANJIAN SEWA BELI TAK SAH: PPIM - SINAR HARIAN - 13/7/2017

Kuala Lumpur- Perjanjian sewa beli kenderaan antara 500 pengadu yang melibatkan 1,500 kereta dengan sebuah syarikat pajakan kenderaan yang tular baru-baru ini, tidak sah.
Pengerusi biro Undang-Undang Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, situasi ini berlaku kerana kenderaan tersebut adalah di bawah akta sewa beli.
Beliau berkata, dalam akta sewa dan beli, pihak yang berkontrak adalah pemilik iaitu pihak bank dan pembeli kereta yang dipanggil secara penyewa.
“Ini bermaksud bila ada perjanjian akta sewa beli ini, pembeli tidak boleh menjual kepada pihak ketiga. Sekiranya mereka jual,sama diperdaya sehingga wujudnya pejanjian sewa beli atau pajakan ia adalah tidak sah,” katanya pada siding media,semalam.
Isnin lalu, Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi bersama 23 mangsa menyerbu syarikat kereta terbabit untuk menuntut wang, yang didakwa ditipu pemilik syarikat menyebabkan berlaku kekecohan dan tular di social media.Pada hari sama juga, polis menerima laporan daripada syarikat terbabit bahawa stor kenderaan berkenaan di Sungai Sekamat, Kajang telah diceroboh pemilik kenderaan yang dipajak bagi mengambil kenderaan yang berada dalam stor.
Hishamuddin turut mempertikaikan tindakan syarikat terbabit yang mempunyai hak keatas kenderaan-kenderaan milik pengadu.
Beliau berkata, atas kapasiti apakah syarikat itu menyimpan kereta-kereta tersebut kerana syarikat tersebut bukan pemilik atau penyewa.
“Sepatutnya pihak polis menyiasat syarikat tersebut kerana mereka telah menyimpan barang (kereta) secara curang dibawah Kanun Keseksaan,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berpendapat, isu pencerobohan stor oleh PPIM seperti didakwa pemilik syarikat itu tidak timbul kerana serbuan dilakukan bagi membantu pengadu mendapatkan hak mereka.
“Bagi saya, isu ceroboh ini tidak timbul kerana tujuan kita hanyalah bantu pengadu tanpa niat lain, tapi saya tidak nafikan hak polis untuk menjalankan siasatan,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Datuk Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan menerima laporan polis daripada seorang lelaki yang bekerja sebagai eksekutif (pengadu) mengenai kejadian stor syarikatnya di jalan Cheras, Kajang diceroboh oleh sekumpulan individu bagi mengambil kenderaan dalam stor tersebut.
“Polis telah buka satu kertas siasatan dan beri jaminan satu siasatan menyeluruh mengikut undang-undang sedia ada akan dijalankan tanpa melindungi atau menyebelahi sesiapun yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau juga menasihatkan semua pihak agar tidak bertindak sendirian dan membelakangkan undang-undang. Sementara siasatan dijalankan, katanya, polis meminta kerja sama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini.
“Polis akan jalankan siasatan terperinci, telus dan adil berlandaskan peruntukan undang-undang tanpa menyebelahi mana mana pihak,” katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(477)
-
▼
November
(35)
- AKTIVITI | PERKUMPAAN PPIM BERSAMA PENGARAH JPS WP...
- AKTIVITI | MESYUARAT MINGGUAN PPIM - 25/11/2026
- AKTIVITI | PERKONGSIAN SEJARAH PROF. DR. AZMI ARIF...
- AKTIVITI | GRAND MUFTI GATHERING BERSAMA SHEIKH AB...
- SATU KLIK BOLEH MENGUNDANG PADAH — WASPADA ANCAMAN...
- AKTIVITI | THE 28TH MALAYSIA FRANCHISE AWARD 2026 ...
- AKTIVITI | PERTEMUAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA PE...
- AKTIVITI | PPIM DAN PERMODALAN KEDAH BERHAD TEROKA...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA BAHAGIAN PEMAKA...
- AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT KETUA AKTIVIS PPIM KE ...
- AKTIVITI | INTERNATIONAL CONFERENCE: SUSTAINABILIT...
- AKTIVITI | LAWATAN PPIM KE MUZIUM POLIS - PPIM - 1...
- AKTIVITI | PROGRAM WACANA ILMU: DARI TANAH MELAYU...
- AKTIVITI | PERHIMPUNAN AGUNG PARTI PEJUANG TANAH A...
- MHI: STATUS HALAL PENYEMBELIHAN AYAM - 12/11/2026
- AKTIVITI | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PRESMA KE-22 - ...
- AKTIVITI | MESYUARAT PENGUKUHAN PROGRAM SOCIAL SYN...
- JIMAT 10 PERATUS, BERSEDIA HADAPI KRISIS - UTUSAN ...
- KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE MPAJ - MAJLIS PERBANDARAN...
- AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT LHDN KE PPIM - PPIM - ...
- PENDIDIKAN BUKAN BEBANAN KEWANGAN: PPIM BANTAH TEG...
- PPIM GESA IBU BAPA TANGGUH TANDATANGAN SURAT AKU J...
- PPIM BIMBANG KEMUNGKINAN UiTM KAMPUS TAWAU DITUTUP...
- PPIM BANTAH SPEKULASI CADANGAN PENUTUPAN UiTM KAMP...
- PETROL BERCAMPUR AIR: SUKAR BUKTI PUNCA! - HARIAN ...
- TAUKE KILANG AYAM KARAN DITAHAN - HARIAN METRO - 0...
- 40,000 AYAM DIRAGUI STATUS HALAL SETIAP HARI - UTU...
- PEKERJA TIDAK BACA 'BISMILLAH' - HARIAN METRO - 02...
- 40,000 AYAM DIRAGUI STATUS HALAL SETIAP HARI - UTU...
- AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT GABUNGAN PERSATUAN TOM...
- PPIM BANTAH CADANGAN PENUTUPAN UiTM KAMPUS TAWAU:P...
- PENGGUNA ISLAM PERLU SEMAK STATUS SEMBELIHAN AYAM,...
- PENGGUNA ISLAM PERLU SEMAK STATUS SEMBELIHAN AYAM,...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA PENGARAH SEKSYE...
- PETROL BERCAMPUR AIR: PENGGUNA 'GIGIT JARI' - HARI...
-
▼
November
(35)