Showing posts with label PARALLEL PATHWAY. Show all posts
Showing posts with label PARALLEL PATHWAY. Show all posts

Wednesday, June 26, 2024

PPIM DAKWA KKM KETEPIKAN PAKAR DALAM PINDAAN AKTA PERUBATAN - UTUSAN MALAYSIA - 26/06/2024

 

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bimbang dengan tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang didakwa menyisihkan pendapat pakar perubatan yang menentang isu Program Latihan Ijazah Kepakaran atau Parallel Pathway terhadap cadangan pindaan Akta Perubatan 1971.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan turut mendakwa KKM telah menjadikan pesakit sebagai alasan untuk mengetepikan perbincangan membabitkan cadangan kerajaan untuk meminda Akta Perubatan.

Menurutnya, perkara itu tidak boleh diterima dan KKM telah menimbulkan kebimbangan serius terhadap program Parallel Pathway dan kesannya terhadap keselamatan pesakit dalam pro­ses membuat keputusan.

“Penglibatan KKM dan pakar perubatan merupakan peluang agar semua perspektif diambil kira semasa membuat keputusan yang akan memberi kesan secara langsung kepada sistem penjagaan kesihatan di Malaysia.

“Cadangan pindaan kepada Akta Perubatan 1971 adalah amat penting bagi semua pihak termasuk pengkritik Lanjutan Kepakaran untuk diberi platform menyatakan pandangan dan kebimbangan mereka,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.
PPIM turut menggesa KKM mempertimbangkan semula pe­ngecualian pihak berkepenti­ngan tertentu dan memastikan semua suara didengari dalam proses membuat keputusan.

“Keselamatan pesakit harus sentiasa menjadi keutamaan dalam sistem penjagaan kesihatan, dan penting bagi semua pihak yang berkepentingan be­kerjasama untuk memastikan bahawa cadangan pindaan kepada Akta Perubatan akan memberi manfaat kepada pesakit dan meningkatkan penyam­paian penjagaan kesihatan di Malaysia,” jelasnya.

Terdahulu, media melaporkan KKM akan mencadangkan kepada Jemaah Menteri untuk menyegerakan pindaan Akta 50 mengenai program Parallel Pathway bagi membolehkan pelatih yang menyelesaikan program itu mendaftar sebagai pakar di bawah akta berkenaan.

Dalam pada itu, bekas Pengarah Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, Prof Dr. Dayang Anita Abdul Aziz berkata, pakar perubatan yang sudah mendaftar dalam National Specialist Register (NSR) sepatutnya tidak perlu mengambil kelayakan tambahan seperti program Parallel Parapathway.

Katanya, pakar bedah pediatrik yang telah berdaftar dalam NSR tidak perlu mengambil kelayakan tambahan dari luar negara, namun mereka boleh mengambil peperiksaan European Board secara persendirian tanpa melibatkan KKM.

“Namun, jika KKM mahu menjalankan peperiksaan luar negara untuk kelayakan ter­tentu, ia boleh dilakukan tetapi hanya terbuka kepada pakar yang telah berdaftar dalam NSR sahaja.

“Ini kerana melaksanakan program seperti ini tidak mudah kerana memerlukan komitmen sepenuh masa serta klinikal di KKM yang sangat tinggi dan pakar sepatutnya menjadi pelatih, bukannya menjalankan program,” katanya.

Artikel oleh: Utusan Malaysia

PPIM DAKWA KKM KETEPIKAN PAKAR DALAM PINDAAN AKTA PERUBATAN

https://www.utusan.com.my/berita/2024/06/ppim-dakwa-kkm-ketepikan-pakar-dalam-pindaan-akta-perubatan/

PARALLEL PATHWAY CEMAR REPUTASI DOKTOR PAKAR - BERITA PERTIWI - 25/06/2024

 

#TvPertiwi 

Pakar perubatan menggesa pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50) dihentikan bagi mengelak pengiktirafan mudah doktor pakar luar negara. PPP dibimbangi gugat kualiti calon. 

Sumber: Berita Pertiwi (YouTube)

PARALLEL PATHWAY CEMAR REPUTASI DOKTOR PAKAR

https://www.youtube.com/watch?v=Rdp5Y7bJYHw

KKM DIGESA JANGAN MENGETEPIKAN PEMEGANG TARUH - KOSMO - 25/06/2024

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) digesa supaya mengambil kira pandangan pihak berkepentingan terlebih dahulu sebelum cadangan pindaan Akta Perubatan 1971 dilaksanakan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, KKM didakwa mengetepikan pihak berkepentingan daripada berbincang bersama bagi meminda Akta Perubatan.

Katanya, sesi penglibatan antara pemegang taruh dan KKM sangat penting supaya suara semua pihak dapat didengari dalam membuat sebarang keputusan yang memberi kesan secara langsung kepada sistem penjagaan kesihatan di Malaysia.

“Para pemegang taruh seharusnya diberi peluang bagi menyuarakan pendapat mereka termasuk cadangan dan kritikan sebelum pindaan Akta Perubatan 1971 ini diteruskan.

“Oleh itu, PPIM menggesa KKM supaya jangan mengetepikan suara pihak kepentingan tertentu dan memastikan semua suara dapat didengari,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kumpulan Professor Kesihatan dan Perubatan (KPK&K), Prof. Dr. Noor Hassim Ismail berkata, akta itu tidak perlu digubal kerana tidak ada keperluan bagi mengubah akta tersebut.

Katanya, KKM perlu mematuhi undang-undang bagi membolehkan pelatih di bawah program Parallel Pathway didaftarkan dengan Daftar Kelayakan Negara (MQR) dan Daftar Pakar Negara (NSR)

“Jika benar program Parallel Pathway ini tidak mematuhi undang-undang, maka kesemua latihan kepakaran mesti diberhentikan kerana ianya tidak mematuhi Akta 50 (Akta perubatan 2012).

“KKM seharusnya menjelaskan bagaimana hendak menyelesaikan dilema pelatih-pelatih yang telah tamat latihan dan juga yang masih dalam latihan di mana masalah ini berpunca daripada mereka sendiri,” katanya.

Baru-baru ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, draf cadangan pindaan Akta Perubatan 1971 telah siap dan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi tujuan semakan.

Cadangan tersebut dibuat bagi menyelesaikan kemelut pendaftaran doktor perubatan yang mendapat kelayakan kepakaran melalui Parallel Pathway serta memperkemas dan proses pengiktirafan dan pendaftaran sebagai pakar perubatan.

Artikel oleh: Kosmo

KKM DIGESA JANGAN MENGETEPIKAN PEMEGANG TARUH

https://www.kosmo.com.my/2024/06/25/kkm-digesa-jangan-mengetepikan-pemegang-taruh/

Tuesday, June 25, 2024

ISU PARALLEL PATHWAY, PPIM BUAT LAPORAN POLIS - SIDANG MEDIA PPIM - 25/06/2024

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan membuat laporan polis dan aduan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang enggan melibatkan pakar perubatan dan pemegang taruh dalam perbincangan mengenai Parallel Pathway.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan @ Toqqi berkata tindakan itu merupakan langkah terbaik untuk meminta campur tangan semua pihak menilai semula cadangan KKM dalam isu tersebut.

"Tidak masuk akal untuk mewujudkan arahan berbeza antara universiti tempatan dan antarabangsa untuk kelayakan pendaftaran sebagai doktor pakar, negara sudah ada undang-undang sedia ada, sepatutnya diguna pakai untuk semua dan tidak ada pilih kasih," tegasnya.

Nadzim berkata beliau sangsi dengan kedegilan Menteri Kesihatan yang seolah-seolah menurut sahaja kehendak universiti luar negara yang mahu menembusi dan menentukan bagaimana pakar perubatan negara diberikan kelayakan.

"Jika universiti luar mahu diiktiraf, mohon sepertimana Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, UiTM dan semua universiti tempatan mohon di MQR dan MQA, tidak boleh ada jalan pintas," katanya.

Sehubungan itu, satu sidang media telah diadakan di Pejabat PPIM, Kondominium Villa Puteri Kuala Lumpur.

Turut serta, Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan@toqqi, Ketua Kumpulan Prof Kesihatan & Perubatan Prof Dr Noorhassim Ismail, Bekas Professor Paediatric Surgery UKM Dr Dayang Anita Abd Aziz, , Muhammad Shahrin Satheer Panel Peguam PPIM dan Dr Amir Shahmi Panel Doktor PPIM.

Thursday, June 13, 2024

PARALLEL PATHWAY: PPIM GESA KKM PERTIMBANG KETEPI PIHAK BERKEPENTINGAN - SINAR HARIAN - 12/06/2024

 

SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempertimbangkan semula pengecualian pihak berkepentingan tertentu dan memastikan semua suara didengari dalam proses membuat keputusan isu Program Latihan Ijazah Kepakaran atau Parallel Pathway.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, keselamatan pesakit harus sentiasa menjadi keutamaan dalam mana-mana sistem penjagaan kesihatan dan penting bagi semua pihak berkepentingan bekerjasama untuk memastikan cadangan pindaan kepada Akta Perubatan akhirnya akan memberi manfaat kepada pesakit serta meningkatkan penyampaian penjagaan kesihatan di Malaysia.

Kami minta KKM untuk menangani isu ini dengan segera dan memasukkan semua pihak berkepentingan dalam perbincangan akan datang mengenai cadangan pindaan kepada Akta Perubatan.

"Kami kekal komited untuk memperjuangkan keselamatan pesakit dan kesejahteraan semua individu yang bergantung kepada sistem penjagaan kesihatan di Malaysia. Justeru satu laporan polis akan dibuat mengenai perkara ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Jumaat lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan draf cadangan pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50) sudah siap dan telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk tujuan semakan.

Menurutnya, cadangan itu dibuat bertujuan menyelesaikan kemelut pendaftaran doktor perubatan yang mendapatkan kelayakan kepakaran melalui Parallel Pathway serta memperkemas proses pengiktirafan dan pendaftaran sebagai pakar perubatan.

Tambah Nadzim, pihaknya melahirkan kebimbangan terhadap tindakan KKM menyisihkan pendapat pakar perubatan menentang laluan selari Parallel Pathway dan pihak berkepentingan lain terhadap cadangan pindaan Akta Perubatan 1971.

Beliau berkata, walaupun kebimbangan KKM terhadap keselamatan pesakit dijadikan alasan, pihak berkepentingan tersebut telah diketepikan daripada perkara penting iaitu perbincangan berhubung cadangan kerajaan untuk meminda Akta Perubatan.

"Perkara ini tidak boleh diterima dan KKM telah menimbulkan kebimbangan serius tentang program Parallel Pathway dan kesannya terhadap keselamatan pesakit diabaikan dalam proses membuat keputusan.

"Sesi penglibatan pihak berkepentingan dengan KKM ini merupakan peluang penting untuk semua suara didengari dan penting untuk semua perspektif diambil kira semasa membuat keputusan yang akan memberi kesan secara langsung kepada sistem penjagaan kesihatan di Malaysia.

"Cadangan pindaan kepada Akta Perubatan 1971 adalah amat penting dan mustahak bagi semua pihak berkepentingan berkaitan termasuk pengkritik laluan selari yang diberi platform untuk menyatakan pandangan dan kebimbangan mereka," katanya.

Artikel oleh: Sinar Harian

PARALLEL PATHWAY: PPIM GESA KKM PERTIMBANG KETEPI PIHAK BERKEPENTINGAN

https://www.sinarharian.com.my/article/669728/berita/nasional/parallel-pathway-ppim-gesa-kkm-pertimbang-ketepi-pihak-berkepentingan

Wednesday, June 12, 2024

KKM KETEPIKAN PEMEGANG TARUH ISU PARALLEL PATHWAY - KENYATAAN MEDIA PPIM - 12/06/2024

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) amat bimbang dengan tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menyisihkan pendapat pakar perubatan yang menentang laluan selari (Parallel Pathway - PP) dan pihak berkepentingan lain terhadap cadangan pindaan Akta Perubatan 1971.

Walaupun kebimbangan KKM terhadap keselamatan pesakit dijadikan alasan, pihak berkepentingan ini telah diketepikan daripada perkara penting iaitu perbincangan berhubung cadangan kerajaan untuk meminda Akta Perubatan.

Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan@toqqi berkata perkara itu tidak boleh diterima dan  KKM telah menimbulkan kebimbangan serius tentang program PP dan kesannya terhadap keselamatan pesakit diabaikan dalam proses membuat keputusan. 

Sesi penglibatan pihak berkepentingan dengan KKM ini merupakan peluang penting untuk semua suara didengari, dan adalah penting untuk semua perspektif diambil kira semasa membuat keputusan yang akan memberi kesan secara langsung kepada sistem penjagaan kesihatan di Malaysia.

"Cadangan pindaan kepada Akta Perubatan 1971 adalah amat penting, dan adalah mustahak bagi semua pihak berkepentingan yang berkaitan, termasuk pengkritik laluan selari, diberi platform untuk menyatakan pandangan dan kebimbangan mereka," katanya.

PPIM menggesa KKM untuk mempertimbangkan semula pengecualian pihak berkepentingan tertentu dan memastikan semua suara didengari dalam proses membuat keputusan.

Keselamatan pesakit harus sentiasa menjadi keutamaan dalam mana-mana sistem penjagaan kesihatan, dan adalah penting bagi semua pihak yang berkepentingan bekerjasama untuk memastikan bahawa cadangan pindaan kepada Akta Perubatan akhirnya akan memberi manfaat kepada pesakit dan meningkatkan penyampaian penjagaan kesihatan di Malaysia.

Kami menyeru KKM untuk menangani isu ini dengan segera dan memasukkan semua pihak berkepentingan dalam perbincangan akan datang mengenai cadangan pindaan kepada Akta Perubatan.

PPIM kekal komited untuk memperjuangkan keselamatan pesakit dan kesejahteraan semua individu yang bergantung kepada sistem penjagaan kesihatan di Malaysia.

Justeru satu laporan polis akan dibuat mengenai perkara ini.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL