Showing posts with label PAKEJ IBADAT KORBAN. Show all posts
Showing posts with label PAKEJ IBADAT KORBAN. Show all posts

Thursday, June 25, 2020

6052) AWAS PAKEJ KORBAN YANG MERAGUKAN - PPIM - ASTRO AWANI - 25/06/2020


Persatuan Pengguna Islam Malaysia ppim mahu pihak berwajib seperti Jabatan Agama Islam negeri-negeri memantau atau mengenakan prosedur tertentu bagi mereka yang menawarkan pakej korban kepada orang ramai. 

Menurut Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan, pihaknya menerima aduan kebimbangan orang ramai yang mahu pihak berwajib meneliti individu atau syarikat yang menawarkan pakej korban terutamanya membabitkan ibadah korban di luar negara yang meragukan.


Artikel oleh: Astro Awani

AWAS PAKEJ KORBAN YANG MERAGUKAN - PPIM

6051) AWAS DENGAN IKLAN TAWARAN IBADAT KORBAN - PPIM - ASTRO AWANI - 24/06/2020


KUALA LUMPUR : Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak berkuasa agama mewujudkan garis panduan penganjuran pakej ibadat korban termasuk di luar negara bagi mengelakkan penipuan.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata cadangan itu berikutan pihaknya menerima aduan kebimbangan orang ramai terhadap penganjur yang menawarkan pakej korban meragukan.


"PPIM telah menerima aduan mengenai kebimbangan terhadap tawaran yang diiklankan sesetengah pihak ketika ini. Saya rasa kita perlu dapatkan garis panduan daripada pihak berwajib.

"Kita tak kata semua macam itu tetapi apa jaminan wang yang diberikan (kepada penganjur) itu akan digunakan untuk ibadat korban terutamanya yang di luar negara," katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini, pada Rabu.


Jelas Nadzim, kebimbangan itu berasas memandangkan trend penipuan membabitkan agama termasuk penganjuran pakej haji dan umrah juga kerap berlaku.

“(Sesetengah pihak) Seolah-olah tiada pantang-larang. Pakej umrah dan haji pun mereka sanggup tipu inikan pula hal ibadat lain termasuk korban," katanya.

Nadzim juga menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan tawaran yang diiklankan supaya tidak tertipu dengan mereka yang mengambil kesempatan lebih-lebih lagi menjelang Aidiladha tidak lama lagi.

“Saya minta orang ramai supaya berurusan dengan mereka yang benar-benar bertanggungjawab dan jujur, atau mereka yang sudah dikenali untuk melakukan ibadat korban," katanya.



Artikel oleh: Astro Awani

AWAS DENGAN IKLAN TAWARAN IBADAT KORBAN - PPIM

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/awas-dengan-iklan-tawaran-ibadat-korban-ppim-248562

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL