Showing posts with label MENARA 5G. Show all posts
Showing posts with label MENARA 5G. Show all posts

Friday, August 5, 2022

MENARA 5G PERLU JAUH DARI PENEMPATAN JIKA MUDARAT KESIHATAN - PPIM - MEDIA VARIASI - 04/08/2022

 

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan pembinaan menara teknologi generasi kelima (5G) jauh dari penempatan dan tidak lebih daripada 28 gigahertz jika benar radiasinya boleh memudaratkan.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan @Toqqi berkata, ia sesuai dibina di lebuh raya dan tepi jalan berbanding di tempatkan di atas bumbung bangunan seperti masjid dan sebagainya.

Beliau berkata, masih ada kebimbangan dalam kalangan pengguna kesannya boleh menyebabkan kanser kerana dikatakan kelajuan 5G boleh capai 100 gigahertz namun belum ada kajian khusus di Malaysia.

“Kami bukan menentang teknologi, kami memang galakkan jaringan internet yang lebih laju perlu ada kajian oleh universiti atau kementerian terbabit agar boleh menepis persepsi umum kata ia tidak selamat.

“Doktor Aziz pernah beritahu jika kelajuannya lebih 60 gigahertz, ia spektrum yang bahaya boleh mendedahkan kepada kanser.

“Kami terima banyak pertanyaan tetapi tiada jawapan kerana tiada data sahih di negara ini, yang ada cuma kajian dari luar negara.

“PPIM ada mengemukakan soalan ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) namun mereka tidak beri maklum balas,” katanya pada sidang media di Villa Puteri di sini hari ini.

Turut hadir wakil PPIM, Puan Zaharah Sulaiman dan Zolkifli Hasan.

Menerusi laporan media terdahulu, pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Universiti Teknologi Malaysia Prof Dr Tharek Abdul Rahman berkata teknologi 5G menggunakan frekuensi radio yang tidak menghasilkan sinaran berbahaya seperti dihasilkan sinar X.

Katanya, orang ramai perlu faham bahawa radiasi ada dua jenis iaitu jenis mengion dan tidak mengion, yang boleh menyebabkan kanser adalah jenis mengion seperti sinar X dan radio aktif.

Sinaran tak mengion dihasilkan 5G hanya akan menyebabkan kesan pemanasan yang tidak cukup untuk memberi kesan jangka panjang kepada tisu-tisu badan.

Menjelas lanjut, Tharek berkata frekuensi radio yang dihasilkan teknologi 5G juga mempunyai tenaga 1,000 kali lebih rendah berbanding tenaga daripada matahari.

Tenaga daripada matahari adalah dalam kategori selamat kerana ia radiasi tidak mengion, 5G pula 1,000 kali lebih rendah menunjukkan ia radiasi selamat.

Berdasarkan laporan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia), lebih 25,000 artikel penyelidikan di seluruh dunia yang diterbitkan dalam tempoh 30 tahun menunjukkan pendedahan kepada frekuensi radio berskala rendah atau sinaran tak mengion tidak memberi impak negatif kepada kesihatan manusia.

Perkhidmatan 5G di Malaysia menawarkan kelajuan internet sehingga melebihi 1,000 megabit per saat (Mbps) kepada pengguna berbanding 35 Mbps bagi 4G.

Teknologi 5G ini memiliki kemampuan kelajuan internet pada kadar 10 hingga 100 kali ganda berbanding 4G serta berupaya menghubungkan lebih 1 juta peranti bagi setiap 1 kilometer persegi.

Parlimen Ketereh dipilih sebagai lokasi pertama kawasan luar bandar di negara ini yang akan menikmati perkhidmatan internet 5G berkelajuan tinggi ini.


Artikel oleh: Media Variasi

MENARA 5G PERLU JAUH DARI PENEMPATAN JIKA MUDARAT KESIHATAN - PPIM

https://mediavariasi.com/2022/08/menara-5g-perlu-jauh-dari-penempatan-jika-mudarat-kesihatan-ppim/

5G ADAKAH SELAMAT DI GUNAKAN?- PPIM - ARYAN CHANNEL - 04/08/2022

 


PERTANYAAN RAKYAT: 5G, ADAKAH SELAMAT DlGUNAKAN? - TOQQI PPIM, ZUL HASSAN, PUAN ZAHARAH - IZUL IZWAN - 04/08/2022

 


PPIM GESA KERAJAAN HENTIKAN PEMASANGAN, PENGOPERASIAN MENARA SEL 5G - BERANAMA TV - 04/08/2022

 

#BuletinBernama : Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan menghentikan pemasangan dan pengoperasi menara sel 5G sehingga kajian dilakukan oleh badan kerajaan yang berkenaan.

Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, kajian itu bagi memastikan tiada kesan negatif terhadap rakyat akibat pembinaan menara berkenaan.


Sumber: Bernama TV

PPIM GESA KERAJAAN HENTIKAN PEMASANGAN, PENGOPERASIAN MENARA SEL 5G

https://www.youtube.com/watch?v=xB2Mm83OtaY

Thursday, August 4, 2022

TVPPIM | KAJI BAIK BURUK 5G...TOQQI PPIM - TVPPIM - 04/08/2022

 


MENARA 5G ADAKAH SELAMAT DIGUNAKAN ATAU GELOMBANG PENCETUS BARAH??? - SIDANG MEDIA PPIM - 04/08/2022

Tanpa kita sedar dunia tidak lagi bersempadan, dengan pelbagai kemajuan teknologi yang memudahkan rutin harian kita, daripada segi komunikasi, kerja, kesihatan, hiburan dan sebagainya.

Namun, terdapat beberapa kajian saintifik menyatakan bahawa penggunaan menara 5G boleh menjadi pencetus dan pemangkin barah.

Sehubungan itu, satu sidang media telah diadakan bagi mendesak kerajaan menjalankan kajian untuk memastikan tiada efek negatif terhadap rakyat.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL