Showing posts with label MAJLIS PEMBUKAAN. Show all posts
Showing posts with label MAJLIS PEMBUKAAN. Show all posts

Saturday, March 14, 2020

5798) MAJLIS PRA PEMBUKAAN MALAKAT MALL, CYBERJAYA - MALAKAT TRIBUNE - 14/03/2020


Pembukaan Malakat Mall di Cyberjaya pada 13 mac 2020. Malakat Mall merupakan pasar raya pertama berkonsepkan pusat perniagaan Islam yang diasaskan oleh Mohd. Fadzil Hashim, Pengasas Tadika Brainy Bunch.


Artikel oleh: Malakat Tribune

MAJLIS PRA PEMBUKAAN MALAKAT MALL, CYBERJAYA

5796) AKTIVITI | MAJLIS PEMBUKAAN MALAKAT MALL CYBERJAYA - PPIM - 14/03/2020

Sekitar Majlis Pembukaan Malakat Mall Cyberjaya yang telah berlangsung, semalam.


Friday, March 13, 2020

5794) “INI ‘MALL’ PERJUANGAN, INI ‘MALL’ ANDA’ - MALAKAT TRIBUNE - 13/03/2020


RAUDHAH CITY – Pusat Beli Belah Malakat Mall di sini bukan sekadar pusat beli belah biasa tetapi satu perjuangan dalam mengubah ekonomi umat Islam di ngara ini.

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, ia menjadi pusat menghimpunkan pelbagai produk usahawan Muslim dan bumiputera dibawah satu bumbung.

Tambah beliau, Malakat Mall bukan sekadar payung tetapi sebuah wadah atau kapal induk bagi melahirkan usahawan tetapi memberi manfaat kepada pekerjanya dalam meningkatkan ekonomi mereka.

“Kita bukan nak lahirkan usahawan-usahawan kapitalis. Kita nak bersama membantu usahawan Muslim bukan sahaja mendapat manfaat tetapi pekerjanya juga memperoleh gaji lebih tinggi jika majikannya memiliki keuntungan.

“Sudah tentu pulangan modal yang dimiliki usahawan terbabit dipulangkan kepada pekerja iaitu pengguna itu sendiri.

“Kalau pengguna dapat untung, pekerja dapat untung, koperasi dapat untung sudah tentu umat Islam selamat dan terhindar daripada sistem riba,” katanya dalam sidang akhbar selepas praperasmian Malakat Mall di Raudhah City, Cyberjaya hari ini.

Turut hadir Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan; Timbalan Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar; Naib Pengerusi Pembela, Masridzi Sat dan Ketua Prasarana Kempen BMF Pembela, Mohd. Nor Izzat Johari.

Dalam pada itu Mohd. Fadzil berkata, Malakat Mall menjadi tempat untuk menarik dan mendidik umat Islam beralih berbelanja dari pusat beli belah lain ke sini.

Beliau menambah, pihaknya menyasarkan seramai 1,000 keluarga berbelanja di sini dengan sasaran RM20,000 setahun bagi satu keluarga.

“Jika 15,000 keluarga berbelanja di sini mampu memperoleh RM300 juta dalam tempoh 10 tahun untuk satu pusat beli belah. Kita sasarkan 100 Malakat Mall dalam tempoh kurang atau 10 tahun dan mampu mencapai RM30 bilion,” ujarnya. – MT

Artikel oleh: Malakat Tribune

“INI ‘MALL’ PERJUANGAN, INI ‘MALL’ ANDA’ - MALAKAT TRIBUNE

https://www.malakattribunenews.com/berita/berita-semasa/5872/

5792) PENANTIAN 60 TAHUN TOKKI BERAKHIR - MALAKAT TRIBUNE - 13/03/2020


RAUDHAH CITY – Pembukaan pusat beli belah BMF pertama di Malaysia, Malakat Mall merupakan peluang terbaik kepada seluruh umat Islam khususnya bagi menzahirkan sokongan 100 peratus kepada pembangunan ekonomi ummah.

Ketua Aktiviti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, ini kerana pusat beli belah itu memerlukan sokongan semua pihak bagi mengembalikan maruah ekonomi umat Islam yang sudah ketinggalan sangat jauh berbanding bangsa lain.

“Kita sudah cukup terhina dan terbakar sebelum ini, maka kita perlu lakukan sesuatu untuk mengubah imej kita. Saya sebenarnya tercari-cari orang yang boleh buat sebegini sudah cukup lama dan apabila berjumpa dengan coach (Mohd. Fadzil Hashim) saya beritahu pada dia yang saya sudah mencari orang seperti ini selama 60 tahun.

“Iaitu orang yang boleh buat kerja dan mempunyai kesungguhan, dan dia mempunyai disiplin untuk membawa perubahan ini. Kita di PPIM hanya membawa kesedaran tetapi untuk merealisasikannya kita memerlukan orang seperti ini,” katanya ketika berucap sempena majlis prapembukaan Malakat Mall di Cyberjaya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Nadzim yang juga lebih dikenali sebagai Tokki turut menggesa supaya umat Islam mencontohi sisi positif kaum Yahudi yang sentiasa memberikan sokongan kepada bangsanya sendiri terutamanya dari sudut ekonomi.

“Kita kena belajar dengan orang yahudi yang sentiasa hendak menolong bangsa mereka sendiri. Bangsa kita bukan sahaja tidak menolong tetapi sabotaj lagi.

“Memang hina sungguh, jadi bagaimana kita hendak mendapat keberkatan, jadi dengan ada orang-orang yang hebat ini di samping pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bersama-sama, kita akan membawa satu perubahan terhadap ekonomi umat Islam,” ujarnya.-MT

Artikel oleh: Malakat Tribune

PENANTIAN 60 TAHUN TOKKI BERAKHIR

https://www.malakattribunenews.com/berita/berita-semasa/5861/

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL