Showing posts with label JMB. Show all posts
Showing posts with label JMB. Show all posts

Saturday, April 9, 2022

PENDUDUK KESAL JMB DAKWA AZAN TERLALU KUAT DARI SURAU AVENHAM GARDEN - MALAYSIA GAZETTE - 07/04/2022

 

KUALA LUMPUR – Penduduk Avenham Garden, Eco Grandeur di Puncak Alam kesal tindak-tanduk Badan Pengurusan Bersama (JMB) taman perumahan itu yang didakwa tidak sensitif dengan penghuni muslim terutama pada bulan Ramadan sekarang.

Ia termasuklah aduan azan berkumandang terlalu kuat daripada surau di kawasan berkenaan.

Pengerusi Musolla Avenham Garden, Hafiz Roslan mendakwa rasa tidak puas hati penduduk Islam di situ bermula selepas ahli jawatankuasa JMB yang baharu dipilih didakwa memasang kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran surau berkenaan.

Badan pengurusan JMB itu juga didakwa mengunci stor surau hingga menyukarkan jemaah surau melakukan  aktiviti bulan Ramadan kerana stor itu diguna untuk menyimpan kerusi dan meja serta kelengkapan lain.

“Kami penduduk hidup dengan penghuni lain yang berbeza agama saling memahami antara satu sama lain bahkan tiada masalah pun dengan jiran-jiran kami yang lain.

”Cuma sekarang ini.. Pengerusi JMB yang membuat kecoh tentang isu azan yang mana beliau mendakwa 100 peratus aduan dibuat oleh penduduk bangsa-bangsa lain.

”Dia (Pengerusi JMB) kata, ada sejumlah 23 aduan yang diterima namun bila kita semak semula, kesemua aduan itu dia sendiri yang buat,”  katanya pada sidang media bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Kondominium Villa Puteri hari ini.

Isu ini dikemukakan oleh sekumpulan penduduk kepada PPIM untuk mendapatkan penyelesaian kekal walapun perkara itu telah mendapat campur tangan daripada pegawai daerah, penghulu mukim dan juga Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

Aveham mempunyai hampir 300 penghuni keluarga Islam.

Pada sidang yang sama, Hafiz mahu Pesuruhjaya Bangunan (COB) untuk memperincikan lantikan Ahli Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB/JMC) supaya tiada lagi isu sentimen keagamaan dimainkan.

Beliau juga mahu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperhalusi Seksyen 17 Akta Pengurusan Strata 2013 (SMA), yang mana JMB tidak mempunyai kuasa untuk memutuskan mana-mana perkara agama sebelum isu tersebut menjadi lebih serius.

Dalam pada itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan tidak menolak berkemungkinan ada pihak menyalahgunakan kuasanya dan mengenakan sekatan yang tidak boleh diterima ke atas surau di kondo tersebut.

MGF02012021_PROGRAM-KONGSI-REZEKI11
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

”Walaupun JMB ditubuhkan di bawah Seksyen 17 Akta Pengurusan Strata 2013, tidak mempunyai kuasa untuk memutuskan mana-mana perkara agama.

“Kes ini jelas berlaku salah guna kuasa untuk kepentingan peribadi seseorang. Kekurangan garis panduan dan undang-undang yang jelas dalam undang-undang perumahan tempatan dan akta berkaitan adalah salah satu sebab mengapa ini berlaku sejak awal lagi.

”Memang JMB bertanggungjawab ke atas kemudahan taman perumahan itu tetapi ia tidak boleh menghalang atau menyekat umat Islam daripada menunaikan solat di surau kondominium tersebut.

“JMB juga tidak mempunyai hak untuk menghentikan azan atau menutup surau untuk digunakan penduduk,” katanya sambil menyifatkan  tindakan JMB itu boleh menyebabkan ketegangan kaum.

Menurut Nadzim,  tidak masuk akal apabila ada laporan mengenai laungan azan yang kuat kerana ini bukan sesuatu yang baharu.

”Solat azan di masjid dan pembesar suara surau telah menjadi amalan lama, saya tidak nampak mengapa hanya individu tertentu yang tidak mahu menerimanya,” katanya.


Artikel oleh: Malaysia Gazette

PENDUDUK KESAL JMB DAKWA AZAN TERLALU KUAT DARI SURAU AVENHAM GARDEN

https://malaysiagazette.com/2022/04/07/penduduk-kesal-jmb-dakwa-azan-terlalu-kuat-dari-surau-avenham-garden/

JMB JANGAN GILA KUASA [METRO TV] - HARIAN METRO - 07/04/2022

 

Kuala Lumpur: Badan Pengurusan Bersama (JMB) diingatkan agar tidak 'gila kuasa' sehingga menyekat pelbagai aktiviti penduduk.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima beberapa aduan orang ramai yang mendakwa JMB di lokaliti mereka membuat sesuatu keputusan yang tidak harmoni bagi penduduk.

Menurutnya, aduan yang diterima khususnya membabitkan penggunaan 'common area' dan beberapa halangan lain membabitkan aktiviti keagamaan.

"JMB jangan 'gila kuasa' kerana mereka hanya perlu bertindak mengikut lunas undang-undang khususnya membabitkan Akta Strata.

"Mereka yang dilantik ini perlu sedar 'kuasa' diberikan hanya untuk memastikan keadaan persekitaran kediaman teratur dan penduduk hidup dalam suasana harmoni.

"Tapi ada yang kita lihat apabila kuasa diberikan mereka melakukan pelbagai halangan khususnya membabitkan perkara sensitif seperti aktiviti keagamaan.

"Keadaan ini tidak seharusnya perlu kerana sebagai pihak yang diberi tanggungjawab, JMB tidak seharusnya melangkaui kuasa itu sehingga mengundang rasa kurang senang penduduk," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Nadzim berkata, Pesuruhjaya Bangunan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) perlu menilai semula kelompongan pada Akta Strata agar ia dapat diperkemas dan teratur.

Katanya, justifikasi kawasan umum khususnya rumah ibadah juga perlu diteliti semula agar hak menggunakan kawasan ini tidak sewenang-wenangnya dinafikan JMB.

"Apabila perkara membabitkan isu agama, pasti ia sensitif dan boleh berlaku ketegangan jika tidak dipandang serius.

"Ini bukan sesuatu yang kita mahukan dalam hidup berjiran kerana Malaysia negara majmuk pelbagai kaum yang sentiasa mahu rakyatnya menjalani kehidupan yang harmoni," katanya.

NADZIM (tengah) ketika sidang media berhubung kejadian stor surau Avenham Garden, Puncak Alam yang didakwa dikunci oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB). FOTO Asyraf Hamzah

Artikel oleh: Harian Metro

JMB JANGAN GILA KUASA [METRO TV]

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/04/829523/jmb-jangan-gila-kuasa-metrotv

'JMB JANGAN GILA KUASA' - BERITA HARIAN - 09/04/2022

 

KUALA LUMPUR: Badan Pengurusan Bersama (JMB) diingatkan agar tidak 'gila kuasa' sehingga menyekat pelbagai aktiviti penduduk.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata pihaknya menerima beberapa aduan orang ramai yang mendakwa JMB di lokaliti mereka membuat sesuatu keputusan yang tidak harmoni bagi penduduk.

Aduan yang diterima khususnya membabitkan penggunaan 'common area' dan beberapa halangan lain membabitkan aktiviti keagamaan.

"JMB jangan 'gila kuasa' kerana mereka hanya perlu bertindak mengikut lunas undang-undang khususnya membabitkan Akta Strata. Mereka yang dilantik ini perlu sedar 'kuasa' diberikan hanya untuk memastikan keadaan persekitaran kediaman teratur dan penduduk hidup dalam suasana harmoni.

"Tapi ada yang kita lihat apabila kuasa diberikan mereka melakukan pelbagai halangan khususnya membabitkan perkara sensitif seperti aktiviti keagamaan.

"JMB tidak seharusnya melangkaui kuasa itu sehingga mengundang rasa kurang senang penduduk," katanya dalam sidang media, hari ini.

Nadzim berkata, Pesuruhjaya Bangunan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) perlu menilai semula kelompongan pada Akta Strata agar ia dapat diperkemas dan teratur.

Justifikasi kawasan umum khususnya rumah ibadah juga perlu diteliti semula agar hak menggunakan kawasan ini tidak sewenang-wenangnya dinafikan JMB.

"Apabila perkara membabitkan isu agama, pasti ia sensitif dan boleh berlaku ketegangan jika tidak dipandang serius. Ini bukan sesuatu yang kita mahukan dalam hidup berjiran kerana Malaysia negara majmuk pelbagai kaum yang sentiasa mahu rakyatnya menjalani kehidupan yang harmoni," katanya.


Artikel oleh: Berita Harian

'JMB JANGAN GILA KUASA'

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/04/943416/jmb-jangan-gila-kuasa


PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL