Showing posts with label ELAK PEMBAZIRAN MAKANAN. Show all posts
Showing posts with label ELAK PEMBAZIRAN MAKANAN. Show all posts

Monday, April 11, 2022

PLAN WISELY BEFORE DISTRIBUTING FOOD, URGES PPIM - NEW STRAITS TIMES - 11/04/2022

 

KUALA LUMPUR: The Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM) has urged the public to plan wisely before distributing food to the needy to avoid wastages during Ramadan.

PPIM lead activist Datuk Nadzim Johan expressed concern over the wastage from people's enthusiasm to hand out alms, especially to the homeless around the city centre.

"It is heart-breaking to see mounds of food abandoned by the roadside.

"Imagine if the funds used to purchase and prepare the meals were given to those in need, and the aid reached the right beneficiaries," he said.

Therefore, PPIM urges the public to contact any non-governmental organisations (NGO) or charities before contributing to get accurate information on the situations in their area.

"It is best if they entrust it to others who are more proficient in aid distribution instead of leaving it damaged, stale and abandoned like that," he said in a statement yesterday.

Meanwhile, Nadzim added that PPIM also provides food aid for families in need through the PPIM Welfare Unit.

"We obtain information directly from applicants and deliver assistance according to their needs.

"We also cooperate with several other NGOs to avoid wastage and ensure that all those in need are helped," he said.

Nadzim advised the public not to be selfish when it comes to charitable activities, emphasising that collaboration between all parties is very important.

Article by: New Straits Times

PLAN WISELY BEFORE DISTRIBUTING FOOD, URGES PPIM

https://www.nst.com.my/news/nation/2022/04/787762/plan-wisely-distributing-food-urges-ppim

JANGAN MEMBAZIR DI BULAN RAMADAN - KENYATAAN MEDIA PPIM - 10/04/2022

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengajak orang ramai beribadah dan meningkatkan amal sepanjang bulan Ramadan.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata semoga segala kebaikan dan kerja amal yang dijalankan akan berterusan selepas Ramadan berlalu.

Bagaimanapun, tular di media sosial pembaziran berlaku dalam keghairahan orang ramai menghulurkan sedekah khususnya kepada warga gelandangan di Ibu Kota.

"Amat menyedihkan melihat longgokkan makanan di bahu jalan terbiar begitu sahaja dan bayangkan jika dana yang digunakan untuk membeli, memasak makanan itu diberikan kepada pihak sepatutnya dan bantuan sampai kepada penerima selayaknya," katanya.

PPIM menyeru orang awam untuk menghubungi mana-mana badan kebajikan sebelum menghulurkan bantuan bagi mendapatkan maklumat sebenar situasi di kawasan mereka.

"Lebih baik jika mereka mengamanahkan kepada yang lebih arif dalam agihan bantuan daripada ia dibiarkan rosak, basi dan terbiar sebegitu, situasi ini amat menyedihkan," katanya.

PPIM melalui Unit Kebajikan PPIM turut menjalankan aktiviti bantuan makanan kepada keluarga yang memerlukan.

"Kami mendapatkan maklumat dari pemohon secara terus dan menyampaikan bantuan mengikut keperluan mereka, kami juga bekerjasama dengan beberapa badan NGO lain bagi mengelakkan pembaziran dan memastikan semua rakyat yang memerlukan boleh dibantu," katanya.

Sehubungan itu, Nadzim mengingatkan orang ramai jangan terlalu mementingkan diri dalam menjalankan kerja amal, sebaliknya kerjasama semua pihak amat penting.

Bagi mereka yang ingin bersama PPIM menyampaikan sumbangan boleh layari laman web ppim.org.my dan sumbangan.com atau hubungi Unit Kebajikan PPIM di +0123578663 (Pn Siti Khadijah).

Thursday, May 9, 2019

4926) NGO PERLU BEKERJASAMA ELAK PEMBAZIRAN MAKANAN KETIKA RAMADAN - ASTRO AWANI - 8/5/19



KUALA LUMPUR: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan amal tidak seharusnya menumpukan kegiatan pemurah mereka di lokasi yang sama pada bulan suci Ramadan bagi mengelakkan pertindahan usaha dan pembaziran sumber, kata ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Nadzim bersetuju dengan saranan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail agar NGO tidak menumpukan kepada satu tempat sahaja ketika melakukan aktiviti kebajikan ketika Ramadan bagi mengelakkan pembaziran makanan.

BACA: Pertimbang denda pelanggan hotel, restoran bazir makanan  

Beliau mencadangkan agar NGO menyelaraskan aktiviti dalam bulan Ramadan agar bantuan mereka dapat sampai kepada golongan sasar masing-masing secara lebih berkesan tanpa sebarang pembaziran.

"Saya pernah melihat kadangkala makanan yang dihantar kepada golongan gelandangan terlalu banyak sehingga banyak yang tersisa, ini bermakna mereka (NGO) perlu terlebih dahulu membuat perancangan.
"Itulah sebabnya kenapa NGO perlu bekerjasama antara satu sama lain bagi menentukan tiada makanan yang dibazirkan.

"Lebih-lebih lagi golongan gelandangan atau orang yang memerlukan juga akan mendapat manfaat sekiranya ada rangkaian pengedaran yang lebih luas. Sekiranya tidak ia akan berulang dan perkara yang sama tidak dapat ditangani," katanya kepada Bernama.

BACA: Jangan bazir makanan pada musim perayaan 

Nadzim juga menasihati NGO supaya menjalankan kajian terlebih dahulu bagi mengenal pasti permintaan terhadap makanan serta keperluan lain di kawasan tertentu.

"Sejak akhir-akhir ini saya melihat terlalu banyak makanan diagihkan di Jalan Tuanku Abdul Rahman kerana NGO berkenaan hanya tertumpu ke kawasan berhampiran atau yang lebih dikenali dan berlaku lebihan makanan di sana yang akhirnya akan dibuang begitu sahaja," katanya.

TONTON: Pembaziran makanan di bulan Ramadan

Sementara itu timbalan presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman yang turut bersetuju dengan Dr Wan Azizah berkata NGO berkenaan seharusnya mempunyai badan penyelaras tersendiri.

"Dengan adanya badan penyelaras, NGO akan hanya pergi ke tempat yang belum menerima pertolongan. Dengan cara itu, makanan akan dapat diagihkan ke tempat lain bagi mengelakkan pembaziran," katanya.

Artikel oleh : Astro Awani

NGO PERLU BEKERJASAMA ELAK PEMBAZIRAN MAKANAN KETIKA RAMADAN


PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL