Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi, telah hadir sebagai panel jemputan dalam Persidangan Cukai Kebangsaan 2025 & Seminar Belanjawan 2026 anjuran Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (M.A.T.A) yang berlangsung di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur.
Showing posts with label CUKAI. Show all posts
Showing posts with label CUKAI. Show all posts
Tuesday, November 11, 2025
Thursday, June 22, 2017
3836) KAJI SEMULA SYOR CUKAI PELANCONGAN - UTUSAN ONLINE - 21/6/2017

Saudara Pengarang, ISU cukai pelancongan yang hangat diperkatakan baru-baru ini telah mengundang pelbagai persepsi dalam kalangan rakyat. Kebanyakan mereka berpandangan isu yang membabitkan cukai tersebut akan menambahkan lagi senarai beban yang terpaksa ditanggung oleh sebilangan masyarakat di Malaysia lebih-lebih dalam suasana ekonomi tidak menentu.
Apabila dikategorikan sebagai beban, sudah tentu sesuatu perkara itu sentiasa terpahat di minda kita meskipun pelaksanaan segala cukai dibuat oleh kerajaan sebenarnya bertujuan baik iaitu bagi mengekalkan kemakmuran ekonomi negara.
Sehubungan itu diharapkan kerajaan mengkaji semula cadangan pelaksanaan cukai tersebut demi kesejahteraan rakyat secara keseluruhan apatah lagi kuasa membeli rakyat ketika ini tidak semewah dahulu.
Sehubungan itu diharapkan kerajaan mengkaji semula cadangan pelaksanaan cukai tersebut demi kesejahteraan rakyat secara keseluruhan apatah lagi kuasa membeli rakyat ketika ini tidak semewah dahulu.
Kita sendiri pun cukup maklum sektor pelancongan di negara ini amat memerlukan kehadiran pelancong tempatan dan pelancong asing. Justeru, langkah memperkenalkan cukai tersebut sudah tentu memberi kesan tidak langsung kepada jumlah kehadiran pelancong terutama pelancong tempatan.
Bayangkan sekiranya kehadiran pelancong tempatan turun mendadak sudah tentu akan menjejaskan sektor pelancongan negara yang mempunyai rantaian perniagaan begitu besar. Antaranya yang terlibat ialah industri perhotelan.

Walaupun hotel bertaraf empat atau lima bintang lebih menumpukan sasaran mereka terhadap pelancong asing namun kehadiran pelancong tempatan juga perlu diambil kira. Ini kerana pelancong tempatan juga adalah segmen terpenting dalam sektor pelancongan negara.
Percayalah, jika kehadiran pelancong tempatan turun mendadak disebabkan pelaksanaan cukai tersebut, sedikit sebanyak industri perhotelan turut terjejas. Jika itu berlaku siapa akhirnya yang akan rugi.
Sudah tentu sektor pelancongan negara kita sendiri yang menanggung akibatnya. Begitu juga dengan industri pengangkutan. Industri ini pasti akan terjejas sekiranya bilangan pelancong tempatan berkurangan.
Saya masih ingat lagi antara objektif kerajaan memperkenalkan kerja lima hari seminggu untuk penjawat awam pada tahun 2005 dan kemudian diikuti oleh kebanyakan syarikat swasta antara lain adalah untuk memperhebatkan industri pelancongan negara.
Mereka boleh menggunakan cuti dua hari (Sabtu dan Ahad) untuk melancong atau berjalan ke beberapa destinasi menarik di negara ini. Saya boleh katakan objektif ini berjaya kerana sejak itu boleh dikatakan setiap minggu lebuh raya utama dipenuhi dengan kenderaan yang keluar dari Kuala Lumpur untuk ke destinasi masing-masing.
Dalam pada itu saya tertarik dengan cadangan beberapa pihak seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Persatuan Agensi-agensi Pelancongan dan Pengembaraan Bumiputera (Bumitra) dalam akhbar baru-baru ini agar cukai berkenaan dikenakan terhadap pelancong asing dan bukannya pelancong tempatan.
Bagi saya alasan yang mereka berikan amat munasabah.
Tujuannya untuk memastikan rakyat kita tidak terbeban dengan pengenalan cukai baharu. Seperti yang mereka katakan pelancong asing tidak mudah terbeban kerana kadar mata wang mereka besar berbanding ringgit Malaysia.
Sekadar membayar RM20 semalam saya percaya tidak memberi sebarang kesan kepada pelancong asing. Oleh itu, saya sarankan kerajaan mempertimbangkan syor tersebut kerana langkah itu dilihat lebih praktikal.
Berkait dengan cadangan memperkenalkan cukai tersebut, memang kita tidak boleh nafikan rakyat ketika ini sentiasa berhadapan dengan isu kenaikan harga yang kadang-kala berlaku tanpa disedari terutama jika melibatkan barangan keperluan harian.
Sudah pasti, situasi yang berlaku itu menambahkan lagi beban rakyat khususnya dalam kalangan mereka yang berpendapatan rendah. Apa pun saya yakin kerajaan mempunyai mekanisme tertentu untuk menanganinya antaranya memperkenalkan harga barang kawalan sempena musim perayaan.
Saya juga amat berharap agar pihak penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memperhebatkan operasi dalam usaha mengesan peniaga yang menaikkan harga barangan sesuka hati.
http://www.utusan.com.my/rencana/forum/kaji-semula-syor-8232-cukai-pelancongan-1.495529
Monday, October 17, 2016
Saturday, November 7, 2015
2936) UTUSAN MALAYSIA - 7/11/15 - CUKAI HINDAR VAPE JADI BUDAYA
KUALA LUMPUR 6 Nov. – Langkah mengenakan cukai eksais ke atas rokok elektronik termasuk vape dilihat sebagai usaha Kementerian Kesihatan untuk mengekang penggunaan alat tersebut daripada menjadi budaya di semua peringkat masyarakat.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, seperti rokok, kenaikan harga disebabkan cukai akan mengurangkan tabiat menghisap vape dalam kalangan orang ramai.
“Kita lihat sekarang rokok elektronik atau vape ‘digilai’ ramai orang termasuk pelajar yang merasakan vape ini mampu dimiliki sedangkan ia juga mengandungi nikotin yang boleh mengancam kesihatan sama seperti rokok.
“Jadi saya fikir langkah ini sama seperti langkah kementerian ‘berperang’ dengan rokok iaitu dengan mengenakan cukai eksais supaya boleh mengawal penggunaan vape untuk individu tertentu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, kementeriannya sedang mengkaji keperluan mengenakan cukai ke atas rokok elektronik atau vape disebabkan perisa yang terkandung dalam cecair rokok elektronik mempunyai nikotin yang merupakan bahan terkawal.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Joham berkata, kementerian sepatutnya menyediakan garis panduan undang-undang yang jelas kepada pengusaha rokok elektronik.
“Kita faham semua barang harus dikenakan cukai tetapi kementerian perlu ambil ini sebagai perkara positif kerana memang ternyata vape mengandungi nikotin yang jauh lebih rendah berbanding rokok.
“Yang menjadi pengusaha vape pula kebanyakannya anak Melayu yang baru mula berkecimpung dalam dunia perniagaan, jadi tiada keperluan untuk menekan golongan ini,” katanya.
Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, tiada masalah untuk kerajaan mengenakan cukai ke atas rokok elektronik tetapi tindakan merampas cecair vape adalah tidak masuk akal.
“Rakyat berhak untuk memilih produk yang mereka inginkan, selain rokok jadi saya tidak lihat ini sebagai satu kesalahan sehingga perlu dirampas cecair vape di kedai-kedai peniaga ini,” katanya.
Sumber : http://www.utusan.com.my/berita/nasional/cukai-hindar-vape-jadi-budaya-1.155564
Friday, March 27, 2015
2527) BERNAMA - 19/03/2015 - Masyarakat Terima Kadar Baharu Komuter KTMB
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Kadar tambang baharu perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) adalah wajar dan boleh dipertimbangkan.
Menurut Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM) Abdul Razak Md Hassan, kadar tambang KTM pada masa kini adalah di bawah harga pasaran, maka kenaikkan yang diumumkan adalah bersesuaian.
"Saya lihat kadar kenaikkan itu tidak akan membebankan rakyat malah pengumuman kadar baharu itu juga turut mengekalkan kadar konsesi kepada warga emas, orang kurang upaya dan kanak-kanak dengan diskaun sebanyak 50 peratus," katanya.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM) Datuk Nadzim Johan berpendapat kenaikkan kadar tambang perkhidmatan komuter yang akan berkuatkuasa 1 Mei ini, akan disusuli dengan peningkatan dalam perkhidmatan komuter turut lebih baik.
Katanya, masyarakat tidak menghalang jika kadar baharu itu dinaikkan, tetapi pada masa yang sama perkhidmatan dan keselesaan perlu dipertingkatkan.
"Bukan bermakna kami nak tolak apa sahaja harga naik, kami faham kos operasi kini semakin naik maka kadar baharu perlu dilaksanakan.
"Namun apa yang penting, pengguna sangat mengharapkan dengan harga yang naik ini, kualiti perkhidmatan juga perlu dinaikkan sekali," katanya.
Pengguna seperti Nur Arifah Razif, 24, yang menggunakan perkhidmatan komuter setiap hari untuk ke tempat kerja turut menerima baik kadar baharu perkhidmatan KTMB.
Katanya, selagi kadar baharu itu masih berpatutan, ia tidak menjadi masalah kepada pengguna hanya diharapkan KTMB dapat mempertingkatkan perkhidmatan mereka.
"Saya setiap hari pergi kerja naik KTM dari Stesen Kepong ke Stesen Putra dengan harga RM1.10, tapi kalau harga dia naik dalam 30 sen saya masih boleh bertolak ansur.
"Tapi saya harap perkhidmatan KTM lebih baik, contohnya komuter tiba di stesen masing-masing pada masanya," katanya.
Hari ini KTM Berhad mengumumkan kadar baharu kadar tambang baharu bagi perkhidmatan KTM Komuter dengan peningkatan sehingga RM7.10 berkuat kuasa 1 Mei.
Kadar baharu itu turut dikecualikan dari Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP).
Kali terakhir KTM Berhad melaksanakan pelarasan tambang itu ialah pada Februari 2003.
-- BERNAMA

Thursday, March 5, 2015
Friday, November 21, 2014
2232) SINAR HARIAN 19/11/2014 - Caj Arak: Henti Tipu Penumpang Islam
PPIM menganggap tindakan MAS memasukkan caj arak dalam tiket dianggap menipu penumpang khususnya yang beragama Islam dan perlu dihentikan segera.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, caj itu memperlihatkan MAS menipu penumpang terutama pengguna Islam yang tidak menyedari tiket yang dibeli turut disertakan dengan caj arak.
"Isu ini bukan perkara main-main kerana melibatkan penumpang Islam. Kerana itu, saya kata penumpang boleh ambil tindakan saman terhadap MAS jika merasakan mereka tertipu dengan tindakan syarikat itu yang (sengaja) memasukan caj arak dalam setiap tiket yang dibeli.
“Sebelum ini, PPIM ada menasihati MAS supaya menghentikan hidangan arak dalam pesawat. Kita harap perkara ini akan dapat dipertimbangkan oleh mereka,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian mengulas pendedahan di Dewan Rakyat minggu lalu oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkaitan harga tiket dibeli penumpang MAS adalah termasuk kos hidangan serta caj arak.
Kelmarin, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, memaksa orang Islam beli tiket termasuk kos hidangan arak suatu penipuan berat implikasinya kepada orang Islam.
Dalam pada itu, Nadzim berkata, tindakan MAS ini menyebabkan penumpang Islam turut bersubahat dalam hidangan arak dalam pesawat.
“Dalam Islam, duduk satu meja yang ada hidangan arak pun sudah dikira berdosa, apatah lagi apabila seseorang itu membayar tiket untuk hidangan arak. Betapa besarnya implikasi kepada umat Islam,” katanya.
Katanya lagi, kerajaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia perlu mengambil tindakan serius dalam menangani isu ini bagi mengelakkan timbul kemarahan orang Islam kepada syarikat MAS.
“Sekarang ini pun MAS telah mengalami pelbagai masalah dan krisis ekonomi. Jangan kerana isu ini, syarikat tersebut akan menghadapi banyak lagi masalah," katanya.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my/nasional/caj-arak-henti-tipu-penumpang-islam-1.334593
Wednesday, November 5, 2014
2215) ARKIB BERITA PPIM 28/10/2014 - BERNAMA - Kerajaan Disaran Naikkan Cukai Jalan Kenderaan Mewah
KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kerajaan disaran menaikkan kadar cukai jalan bagi kenderaan mewah berbanding menjual harga petrol RON95 kepada golongan berpendapatan tinggi mengikut harga pasaran, dalam usahanya menampung keperluan subsidi rakyat, demikian menurut seorang ahli akademik.
Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Prof Dr Shazali Abu Mansor berkata pengguna seharusnya diberi kebebasan untuk memilih sama ada ingin menggunakan petrol RON95 atau RON97.
"Mungkin ada pengguna berpendapatan rendah ingin menggunakan RON97 kita tidak boleh halang dan mungkin juga pengguna berpendapatan tinggi mahu menggunakan RON95 kerana mengikut kesesuaian kenderaan berkenaan," katanya mengulas ura-ura kerajaan itu.
Khamis lepas, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dilapor sebagai berkata harga jualan petrol RON95 bagi golongan berpendapatan tinggi adalah berdasarkan harga pasaran mulai Jun tahun hadapan.
Harga RON95 yang disubsidi ketika ini ialah RM2.30 seliter dan harga RON97 adalah RM2.80.
PERTIMBANG LANGKAH
Shazali menggesa kerajaan mempertimbangkan semula keputusan yang menetapkan golongan berpendapatan tinggi membayar harga pasaran untuk RON95, merujuk kepada ketiadaan mekanisme yang betul untuk membuat pengiraan pendapatan sebenar pemilik kereta.
"Kos sara hidup telah meningkat dan mereka (dalam semua kumpulan pendapatan) telah mengikat perut mereka...rakyat mengambil pelbagai pendekatan untuk mengurangkan perbelanjaan mereka. Adalah tidak adil untuk membebankan mereka," katanya kepada Bernama.
Justeru untuk bertindak adil dan saksama, beliau mencadangkan supaya kerajaan menaikkan cukai jalan bagi kenderaan mewah untuk mengimbangi subsidi yang diperuntukkan kepada petrol RON95.
"Apa yang saya katakan ialah meningkatkan cukai jalan (untuk kereta mewah) tetapi membiarkan mereka (pemilik) terus menggunakan subsidi petrol RON95," katanya.
PENDAPATAN ISI RUMAH
Naib Presiden Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca) Siti Rahayu Zakaria berkata mengkaji semula penyelarasan mekanisme pemberian subsidi harus dibuat berdasarkan semua peringkat termasuk pendapatan isi rumah.
"Kita tidak mempunyai sebarang mekanisme yang boleh mengukur dan mensyaratkan supaya pengguna menggunakan RON95 bergantung kepada pendapatan mereka.
"Saya rasa ini bergantung kepada tanggungjawab sosial mereka (golongan berpendapatan tinggi) sekiranya mereka ingin membantu golongan pendapatan sederhana mungkin mereka boleh membeli petrol yang tiada subsidi kerajaan," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata golongan berpendapatan tinggi dan sederhana mempunyai persamaan daripada corak perbelanjaan memandangkan mereka menghadapi tekanan dengan kos sara hidup yang tinggi.
"Kita boleh mengukur daripada segi pendapatan tetapi kita tidak boleh mengukur daripada segi tanggungan contohnya jika individu itu mempunyai pendapatan sekitar RM5,000 dan mempunyai lima orang anak maka corak perbelanjaan mereka berbeza.
"Bagi mereka berpendapatan RM10,000 ke atas dan memakai kereta mewah mungkin anak mereka hanya seorang dua jadi corak perbelanjaan mereka dan gaya hidup mereka berbeza," katanya.
Yang sedemikian, Siti Rahayu berkata jika kerajaan ingin memperkenalkan sistem kad bagi penggunaan membeli petrol bersubdidi, sistem itu hendaklah bukan sahaja mengambil kira pendapatan isi rumah tetapi juga jumlah keseluruhan perbelanjaan.
UBAH MENTALITI
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata beliau menyokong langkah kerajaan untuk hanya membenarkan golongan berpendapatan rendah membeli bahan bakar bersubsidi.
"Adalah adil bagi golongan berpendapatan tinggi membayar RON95 mengikut harga pasaran. Subsidi kerajaan seharusnya disasarkan kepada kumpulan yang benar-benar memerlukan," katanya.
Menyarankan para pengguna mengambil langkah penjimatan berkesan dengan merancang perbelanjaan serta mengawal aliran keluar masuk kewangan, beliau berkata mereka juga seharusnya memikirkan usaha untuk menambah sumber pendapatan keluarga dan merancang perjalanan dalam situasi bahan bakar yang meningkat.

Monday, October 20, 2014
Saturday, April 12, 2014
1849) 11/4/2014 RTM - LANDSKAP - PERLAKSAAN GST
11/04/2014 - RTM Malaysia telah menjemput Dato' Nadzim Johan (Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Malaysia (PPIM)) dan 2 lagi jemputan khas YBhg. Dato' Sri Khazali bin Haji Ahmad (Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia) dan Dato' Subromaniam Tholasy (Pengarah GST Bahagian Percukaian Dalam Jabatan Kastam Diraja Malaysia) didalam rancangan Landskap yang disiarkan secara langsung di TV1 11/04/2014 jam 9 malam.
Perkara yang dibincangkan adalah berkenaan GST atau lebih dikenalai sebagai Value Added Tax (VAT) didalam bahasa melayu adalah Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP). Pada dahulunya GST adalah 10 - 16%, dengan adanya GST ini, telah dikurangkan sehingga 6% yang dikenakan kepada pengguna.
Tetamu jemputan:
1) YBhg. Dato' Sri Khazali bin Haji Ahmad,
Ketua Pengarah, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia
2) Dato' Subromaniam Tholasy,
Pengarah GST (Bahagian Percukaian Dalaman Jabatan Kastam
Diraja Malaysia)
3) Dato' Nadzim Johan
Ketua Aktivis, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
|
|
|
|
Dato' Nadzim Johan
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Malaysia (PPIM)
|
YBhg. Dato' Sri Khazali bin Haji Ahmad
Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Makaysia
|
|
Dato' Subromaniam Tholasy
Pengarah GST Bahagian Percukaian Dalam Jabatan Kastam Diraja Malaysia
| |
|---|---|
Wednesday, November 27, 2013
1002) BERITA HARIAN 23/11/13-Wajar tangguh kenaikan elak beban rakyat
Kuala Lumpur: Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) wajar menangguhkan kenaikan cukai pintu supaya
rakyat terutama golongan muda tidak menanggung beban yang semakin tinggi.
Setiausaha Agung
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz, berkata
cadangan itu wajar diteliti kerana pelaksanaannya akan membebankan orang ramai
terutama ketika keadaan ekonomi tidak menggalakkan.
Ambil kira
kepentingan semua pihak
Katanya, ABIM tidak
menafikan keperluan penstrukturan semula cukai pintu untuk menjana pendapatan
DBKL tetapi pelaksanaannya harus mengambil kira kepentingan semua pihak dan
mengikut masa yang sesuai.
"Rakyat belum
lagi reda dengan isu kenaikan harga minyak dan pelaksanaan cukai barangan dan
perkhidmatan (GST). Kini, mereka terpaksa menanggung kenaikan cukai pintu pula.
"Ia
membebankan, terutama dalam keadaan kemelesetan ekonomi sekarang," katanya
ketika dihubungi BH, semalam.
Sementara itu,
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyifatkan tindakan menaikkan kadar
cukai pintu tidak wajar kerana pendapatan isi rumah masih berada dalam keadaan
statik ketika ini.
Pegawai Kerja PPIM,
Mohd Mustaffa Hamzah, berkata cadangan kenaikan itu tidak sesuai ketika
penduduk ibu kota terpaksa berdepan dengan kos kenaikan barang dan sara hidup
yang tinggi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(357)
-
▼
September
(29)
- GUBAL SEGERA AKTA KHUSUS TAPIS PENSTIMAN DIGITAL -...
- AKTIVITI | MESYUARAT KHAS KE ARAH MENDESAK PENUBUH...
- AKTIVITI | SARAPAN MERDEKA PERCUMA SEMPENA SAMBUTA...
- CHOW KIT BERSELAWAT MALAM AMBANG MERDEKA - HARIAN ...
- MyGiG SOKONG PENGECUALIAN ALGORITMA BERASASKAN AGA...
- ALUNAN SELAWAT BERGEMA DI CHOW KIT - HARIAN METRO ...
- AKTIVITI | SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN HARI KEMERD...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA TEAM MCMC - PPI...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA YAS TPj. (PA) G...
- PLATFORM P-HAILING PERLU BERI PILIHAN DALAM SISTEM...
- TOLAK PESANAN TIDAK HALAL, JANGAN HUKUM PENGHANTAR...
- JANGAN HUKUM PENGHANTAR MUSLIM KERANA MENOLAK PESA...
- AKTIVITI | PROGRAM MERDEKAPENTER 2026 - PPIM - 22/...
- BERITA PERDANA - DAKWAAN TALIAN DISALAH GUNA UNTUK...
- BULETIN BERNAMA | KEMPEN KESEDARAN ANTIPENIPUAN DA...
- SYARIKAT TELCO PERLU PERJELAS SEGERA DAKWAAN PENDA...
- SATU NAMA MEMILIKI 400 TALIAN TELEFON DIJUAL SEMUL...
- FAHMI: LEBIH 300,000 TERLIBAT JUDI DALAM TALIAN, 4...
- BOOST FRAUD AWARENESS IN RURAL AREAS: MINISTER - T...
- PINDA AKTA PERKHIDMATAN POS, PERKETAT SEKTOR KURIE...
- 'TERKEJUT NAMA DIGUNA ATAS 18 TALIAN' - KOSMO - 21...
- CEO TELCO DIPANGGIL BERI PENJELASAN - BERITA HARIA...
- 47.6 JUTA KANDUNGAN YANG MELANGGAR PERATURAN TELAH...
- TELCO PERLU SEGERA PERJELAS DAKWAAN PENDAFTARAN TA...
- SCAM MAKIN GANAS: FAHMI ARAH TELCO BERI PENJELASAN...
- KERAJAAN CADANG PINDA AKTA PERKHIDMATAN POS, PERKE...
- PENIPUAN DALAM TALIAN, SYARIKAT TELCO DIMINTA BERI...
- FAHMI TO SUMMON TELCO CEO'S OVER SIM CARDS ALLEGED...
- EXPAND SCAM AWARENESS CAMPAIGNS TO RURAL AREAS: FA...
-
▼
September
(29)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)