Saturday, July 4, 2026
BUDI DIESEL EXPECTED TO REDUCE LEAKAGES, ENSURE TARGETED DITRIBUTION TO ELIGIBLE GROUPS - THE SUN - 03/07/2026
BUDI DIESEL EXPECTED TO REDUCE LEAKAGES, ENSURE TARGETED DISTRIBUTION TO ELEGIBLE GROUPS - BERNAMA - 03/07/2026
KUALA LUMPUR, July 3 (Bernama) -- The implementation of the BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) initiative, which provides diesel at RM2.10 per litre through the MyKad verification mechanism from July 1, is expected to reduce subsidy leakages while ensuring government assistance reaches those who genuinely need it.
Putra Business School (PBS) economic analyst Associate Professor Dr Ahmed Razman Abdul Latiff said a targeted subsidy mechanism is more sustainable than blanket subsidies as it enables the government to channel assistance more accurately to eligible groups.
"Through the targeted price subsidy approach, those who depend on diesel for work or business, including operators of diesel-powered machinery and equipment, can directly benefit from lower operating costs," he told Bernama.
He explained that targeted fuel subsidies serve a different purpose from direct cash assistance. While cash aid provides households with greater flexibility in managing daily expenses, fuel subsidies help contain production, logistics and transportation costs.
However, Ahmed Razman said the success of the BUDI Diesel initiative depends on the accuracy of recipient data and the technological capacity to support the distribution system, particularly in rural areas with limited internet connectivity.
"The key challenge is ensuring that the database of eligible recipients is continuously updated to avoid complaints from those who may be left out. A transparent and efficient feedback and appeal mechanism is also essential because the effectiveness of the BUDI Diesel programme depends on accurate data," he said.
He added that targeted subsidies could also ease the government's fiscal burden by limiting benefits to eligible recipients and preventing higher-income groups and foreign nationals from enjoying subsidised fuel.
"The savings generated can be redirected to high-impact sectors such as education, healthcare, public transport and infrastructure. The success of this approach can be measured through controlled inflation and a more manageable cost of living," he said.
Meanwhile, Bank Muamalat Malaysia Bhd chief economist Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid described the use of MyKad as the primary verification mechanism for subsidy distribution as a systematic and proven approach.
We have already seen this mechanism successfully implemented for RON95 fuel. Applying the same approach to diesel is expected to generate savings of about RM2 billion while ensuring the subsidy is distributed in a more targeted and efficient manner," he said.
He said efforts to curb fuel smuggling and subsidy abuse would enable the government to manage subsidy expenditure more effectively and sustainably.
"If fuel prices remain stable and the economy continues to grow, the government could eventually consider distributing subsidies based on income levels, further reducing future fuel subsidy expenditure," he said.
Mohd Afzanizam also stressed that fuel subsidies should be viewed as a temporary measure and called for the transition to electric vehicles (EVs) to be accelerated as part of Malaysia's green mobility agenda.
"The shift to EVs must continue. To support this transition, charging infrastructure needs to be expanded and fast-charging technology further developed to address range anxiety," he said. Meanwhile, the Muslim Consumers Association of Malaysia (PPIM) urged the Ministry of Domestic Trade and Cost of Living (KPDN) to strengthen enforcement to prevent traders from exploiting the implementation of the BUDI Diesel initiative by imposing unjustified price increases.
Its chief activist, Datuk Nadzim Johan, said changes in fuel prices often trigger a chain reaction that drives up the prices of goods and services, ultimately burdening consumers.
"When diesel prices increase, the prices of many other goods tend to rise as well. Once prices go up, they rarely come down. Therefore, strict enforcement is essential to prevent irresponsible parties from taking advantage of the situation," he said.
He also encouraged consumers to act as the government's eyes and ears by reporting unreasonable price increases, accompanied by supporting evidence such as purchase receipts and location.
Besides monitoring prices, Nadzim urged the government to tighten controls on imported products to protect local producers and introduce policies to reduce food waste, including promoting the use of retort packaging technology to strengthen the country's food security.
BERNAMA
Article by: Bernama
BUDI DIESEL EXPECTED TO REDUCE LEAKAGES, ENSURE TARGETED DISTRIBUTION TO ELEGIBLE GROUPS
BUDI DIESEL BERHARGA RM2.10 SELITER KURANGKAN KETIRISAN SUBSIDI KERAJAAN - BERITA HARIAN - 03/02/2026
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) pada harga RM2.10 seliter menerusi mekanisme MyKad bermula 1 Julai, dilihat mampu mengurangkan ketirisan subsidi kerajaan, sekali gus memastikan bantuan disalurkan terus kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
Penganalisis ekonomi Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata pendekatan subsidi bersasar lebih mampan berbanding subsidi pukal, kerana ia membolehkan kerajaan menyalurkan bantuan secara lebih tepat kepada kumpulan sasar.
"Melalui pendekatan subsidi harga bersasar, golongan yang bergantung kepada bahan api tersebut untuk bekerja atau menjalankan perniagaan termasuk pengusaha yang menggunakan jentera dan mesin berasaskan diesel, dapat menikmati kos operasi yang lebih rendah secara langsung," katanya ketika dihubungi Bernama.
Ahmed Razman berkata, subsidi bersasar mempunyai peranan berbeza daripada bantuan tunai. Bantuan tunai memberi fleksibiliti kepada isi rumah untuk menguruskan perbelanjaan harian, manakala subsidi harga berfungsi mengawal kos pengeluaran, logistik dan pengangkutan.
Bagaimanapun, beliau berkata kejayaan pelaksanaan BUDI Diesel bergantung kepada ketepatan data penerima serta keupayaan sistem teknologi menyokong proses pengagihan, khususnya di kawasan luar bandar yang berdepan kekangan capaian Internet.
"Cabaran untuk pastikan BUDI Diesel ini adalah dari segi data penerima yang layak dan sentiasa dikemas kini, supaya tidak ada yang mengadu terlepas pandang. Mekanisme maklum balas atau rayuan mesti dilaksanakan dengan cepat dan telus, kerana keberkesanan BUDI diesel ini bergantung kepada data yang tepat," katanya.
Ahmed Razman berkata, pelaksanaan subsidi bersasar juga berpotensi mengurangkan beban fiskal kerajaan, kerana ia mengehadkan manfaat subsidi kepada kumpulan yang layak, sekali gus mengelakkan golongan berpendapatan tinggi dan warga asing daripada turut menikmati bantuan tersebut.
"Penjimatan ini memberi ruang kepada kerajaan memfokuskan dana kepada sektor berimpak tinggi seperti pendidikan, kesihatan, pengangkutan awam dan infrastruktur. Pertumbuhan ini boleh diukur melalui kadar inflasi yang terkawal dan kos sara hidup yang kompetitif," katanya.
Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata penggunaan MyKad sebagai sistem pengesahan utama bagi pengagihan subsidi, merupakan langkah sistematik yang telah terbukti berjaya.
"Kita telah saksikan mekanisme ini berjaya dilaksanakan bagi bahan api RON95. Justeru, mekanisme yang sama diguna untuk diesel dan kecekapan sistem ini dijangka akan menjimatkan sekitar RM2 billion, ia bersasar dan cekap," katanya.
Beliau berkata, pengurangan aktiviti penyeludupan dan penyalahgunaan subsidi, akan membantu kerajaan mengurus perbelanjaan subsidi dengan lebih berkesan dan konsisten.
"Sekiranya bahan api mula stabil dan pertumbuhan ekonomi semakin mengukuh, maka kerajaan boleh menimbangkan untuk agihkan subsidi mengikut tahap pendapatan, sekali gus kurangkan perbelanjaan subsidi bahan api pada masa akan datang," katanya.
Pada masa sama, beliau membangkitkan pemberian subsidi bahan api pada dasarnya bersifat sementara dan keperluan mempercepat peralihan kepada kenderaan elektrik (EV), sebagai sebahagian daripada agenda mobiliti hijau negara.
"Peralihan kepada EV perlu berlaku dan untuk menjayakan agenda ini, infrastruktur mengecas perlu ditingkatkan. Selain itu, teknologi mengecas yang cepat perlu dibangunkan, supaya masalah range anxiety atau kebimbangan terhadap jarak dapat diatasi," katanya.
Sementara itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), memperhebat penguatkuasaan bagi mengelakkan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barangan susulan pelaksanaan BUDI Diesel.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan, berkata perubahan harga bahan api, sering memberi kesan berantai kepada harga barangan dan perkhidmatan, yang akhirnya memberi tekanan kepada pengguna.
"Apabila harga diesel naik, banyak barangan lain akan turut terkesan dan berlumba-lumba naik. Trend harga barangan ini ibarat 'kucing panjat pokok kelapa', apabila sudah naik, sukar untuk turun, justeru penguatkuasaan tegas amat kritikal bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan," katanya.
Beliau turut menggesa pengguna memainkan peranan sebagai mata dan telinga kerajaan, dengan melaporkan sebarang kenaikan harga yang tidak munasabah berserta bukti lengkap seperti resit pembelian dan maklumat lokasi.
Selain pemantauan harga, beliau menyarankan kerajaan memperketat kawalan produk import bagi melindungi pengeluar tempatan serta merangka polisi mengurangkan pembaziran makanan, antaranya menerusi teknologi pembungkusan retort demi menjamin keselamatan bekalan makanan negara.
-BERNAMA
Artikel oleh: Berita Harian
BUDI DIESEL BERHARGA RM2.10 SELITER KURANGKAN KETIRISAN SUBSIDI KERAJAAN
BUDI DIESEL MINIMUMKAN KETIRISAN, PASTIKAN AGIHAN BERSASAR KEPADA GOLONGAN LAYAK - BERNAMA - 03/07/2026
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) Pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) pada harga RM2.10 seliter menerusi mekanisme MyKad bermula 1 Julai, dilihat mampu mengurangkan ketirisan subsidi kerajaan, sekali gus memastikan bantuan disalurkan terus kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Penganalisis ekonomi Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata pendekatan subsidi bersasar lebih mampan berbanding subsidi pukal, kerana ia membolehkan kerajaan menyalurkan bantuan secara lebih tepat kepada kumpulan sasar.
"Melalui pendekatan subsidi harga bersasar, golongan yang bergantung kepada bahan api tersebut untuk bekerja atau menjalankan perniagaan termasuk pengusaha yang menggunakan jentera dan mesin berasaskan diesel, dapat menikmati kos operasi yang lebih rendah secara langsung," katanya ketika dihubungi Bernama.
Ahmed Razman berkata subsidi bersasar mempunyai peranan berbeza daripada bantuan tunai. Bantuan tunai memberi fleksibiliti kepada isi rumah untuk menguruskan perbelanjaan harian, manakala subsidi harga berfungsi mengawal kos pengeluaran, logistik dan pengangkutan.
Bagaimanapun, beliau berkata kejayaan pelaksanaan BUDI Diesel bergantung kepada ketepatan data penerima serta keupayaan sistem teknologi menyokong proses pengagihan, khususnya di kawasan luar bandar yang berdepan kekangan capaian Internet.
"Cabaran untuk pastikan BUDI diesel ini adalah dari segi data penerima yang layak dan sentiasa dikemas kini, supaya tidak ada yang mengadu terlepas pandang. Mekanisme maklum balas atau rayuan mesti dilaksanakan dengan cepat dan telus, kerana keberkesanan BUDI diesel ini bergantung kepada data yang tepat," katanya.
Ahmed Razman berkata pelaksanaan subsidi bersasar juga berpotensi mengurangkan beban fiskal kerajaan, kerana ia mengehadkan manfaat subsidi kepada kumpulan yang layak, sekali gus mengelakkan golongan berpendapatan tinggi dan warga asing daripada turut menikmati bantuan tersebut.
"Penjimatan ini memberi ruang kepada kerajaan memfokuskan dana kepada sektor berimpak tinggi seperti pendidikan, kesihatan, pengangkutan awam dan infrastruktur. Pertumbuhan ini boleh diukur melalui kadar inflasi yang terkawal dan kos sara hidup yang kompetitif," katanya.
Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata penggunaan MyKad sebagai sistem pengesahan utanna bagi pengagihan subsidi, merupakan langkah sistematik yang telah terbukti berjaya.
"Kita telah saksikan mekanisme ini berjaya dilaksanakan bagi bahan api RON95. Justeru, mekanisme yang sama diguna untuk diesel dan kecekapan sistem ini dijangka akan menjimatkan sekitar RM2 billion, ia bersasar dan cekap," katanya.
Beliau berkata pengurangan aktiviti penyeludupan dan penyalahgunaan subsidi, akan membantu kerajaan mengurus perbelanjaan subsidi dengan lebih berkesan dan konsisten.
"Sekiranya bahan api mula stabil dan pertumbuhan ekonomi semakin mengukuh, maka kerajaan boleh menimbangkan untuk agihkan subsidi mengikut tahap pendapatan, sekali gus kurangkan perbelanjaan subsidi bahan api pada masa akan datang," katanya.
Pada masa sama, beliau membangkitkan pemberian subsidi bahan api pada dasarnya bersifat sementara dan keperluan mempercepat peralihan kepada kenderaan elektrik (EV), sebagai sebahagian daripada agenda mobiliti hijau negara.
"Peralihan kepada EV perlu berlaku dan untuk menjayakan agenda ini, infrastruktur mengecas perlu ditingkatkan. Selain itu, teknologi mengecas yang cepat perlu dibangunkan, supaya masalah range anxiety atau kebimbangan terhadap jarak dapat diatasi," katanya. Sementara itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), memperhebat penguatkuasaan bagi mengelakkan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barangan susulan pelaksanaan BUDI Diesel.
Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata perubahan harga bahan api, sering memberi kesan berantai kepada harga barangan dan perkhidmatan, yang akhirnya memberi tekanan kepada pengguna.
"Apabila harga diesel naik, banyak barangan lain akan turut terkesan dan berlumba-lumba naik. Trend harga barangan ini ibarat 'kucing panjat pokok kelapa', apabila sudah naik, sukar untuk turun, justeru penguatkuasaan tegas amat kritikal bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan," katanya.
Beliau turut menggesa pengguna memainkan peranan sebagai mata dan telinga kerajaan, dengan melaporkan sebarang kenaikan harga yang tidak munasabah berserta bukti lengkap seperti resit pembelian dan maklumat lokasi.
Selain pemantauan harga, beliau menyarankan kerajaan memperketat kawalan produk import bagi melindungi pengeluar tempatan serta merangka polisi mengurangkan pembaziran makanan, antaranya menerusi teknologi pembungkusan "retort" demi menjamin keselamatan bekalan makanan negara.
Artikel oleh: Bernama
BUDI DIESEL MINIMUMKAN KETIRISAN, PASTIKAN AGIHAN BERSASAR KEPADA GOLONGAN LAYAK
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(382)
-
▼
September
(54)
- SUE SOCIAL MEDIA PLATFORMS OVER SALE OF DRUG-LACED...
- SAMAN PLATFORM MEDIA SOSIAL JUAL VAPE DADAH, KATA ...
- PENGEDAR GUNA 'LINGO' RAHSIA JUAL DADAH ONLINE - C...
- NEGARA PERLU ISYTIHAR DADAH DALAM TALIAN SEBAGAI M...
- AKTIVITI | WAWANCARA KHAS BERSAMA TOQQI & CAPRICE ...
- AKTIVITI | SAMBUTAN HARI MALAYSIA & PELANCARAN PRO...
- AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-69: SAMBUTAN HARI MALAY...
- PPIM TUBUH UNIT ANTI-SCAM PERKSA PERLINDUNGAN MANG...
- PPIM SOKONG KETEGASAN PDRM: PERKETATKAN UNDANG-UND...
- UNIT ANTI-SCAM PPIM BANTU MANGSA KUMPUL BUKTI, SAL...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA AIBIM - PPIM - ...
- UNIT ANTI -SCAM PPIM BANTU MANGSA KUMPUL BUKTI, SA...
- PPIM TUBUHKAN UNIT ANTI-SCAM DI BAWAH GERAKAN RAKY...
- PODCAST PPIM | SUARA PRIHATIN RAKYAT - PPIM - 10/0...
- PPIM CALLS FOR ASSET SEIZURES, HARSHER PENALTIES F...
- PPIM SOKONG HUKUMAN SEBAT, PENJARA LEBIH LAMA TERH...
- PPIM MAHU ASET SCAMMER DIBEKU, DIRAMPAS - UTUSAN M...
- SCAMMER: PPIM SOKONG HUKUMAN SEBAT, PENJARA MAKSIM...
- AKTIVITI | MESYUARAT MINGGUAN STAFF PPIM - PPIM - ...
- KEMBALIKAN HAK DAN MARUAH DENGAN BIJAKSANA - PPIM ...
- PPIM SOKONG KETEGASAN PDRM: PERKETAT UNDANG-UNDANG...
- AKTIVITI | PPIM & NFCC CARI SOLUSI BERSEPADU TANGA...
- AKTIVITI | PROGRAM INDUSTRI "LET'S TALK CX: CONNEC...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA O...
- AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-67: SAMBUTAN HARI MERDEK...
- GUBAL SEGERA AKTA KHUSUS TAPIS PENSTIMAN DIGITAL -...
- AKTIVITI | MESYUARAT KHAS KE ARAH MENDESAK PENUBUH...
- AKTIVITI | SARAPAN MERDEKA PERCUMA SEMPENA SAMBUTA...
- CHOW KIT BERSELAWAT MALAM AMBANG MERDEKA - HARIAN ...
- MyGiG SOKONG PENGECUALIAN ALGORITMA BERASASKAN AGA...
- ALUNAN SELAWAT BERGEMA DI CHOW KIT - HARIAN METRO ...
- AKTIVITI | SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN HARI KEMERD...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA TEAM MCMC - PPI...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA YAS TPj. (PA) G...
- PLATFORM P-HAILING PERLU BERI PILIHAN DALAM SISTEM...
- TOLAK PESANAN TIDAK HALAL, JANGAN HUKUM PENGHANTAR...
- JANGAN HUKUM PENGHANTAR MUSLIM KERANA MENOLAK PESA...
- AKTIVITI | PROGRAM MERDEKAPENTER 2026 - PPIM - 22/...
- BERITA PERDANA - DAKWAAN TALIAN DISALAH GUNA UNTUK...
- BULETIN BERNAMA | KEMPEN KESEDARAN ANTIPENIPUAN DA...
- SYARIKAT TELCO PERLU PERJELAS SEGERA DAKWAAN PENDA...
- SATU NAMA MEMILIKI 400 TALIAN TELEFON DIJUAL SEMUL...
- FAHMI: LEBIH 300,000 TERLIBAT JUDI DALAM TALIAN, 4...
- BOOST FRAUD AWARENESS IN RURAL AREAS: MINISTER - T...
- PINDA AKTA PERKHIDMATAN POS, PERKETAT SEKTOR KURIE...
- 'TERKEJUT NAMA DIGUNA ATAS 18 TALIAN' - KOSMO - 21...
- CEO TELCO DIPANGGIL BERI PENJELASAN - BERITA HARIA...
- 47.6 JUTA KANDUNGAN YANG MELANGGAR PERATURAN TELAH...
- TELCO PERLU SEGERA PERJELAS DAKWAAN PENDAFTARAN TA...
- SCAM MAKIN GANAS: FAHMI ARAH TELCO BERI PENJELASAN...
- KERAJAAN CADANG PINDA AKTA PERKHIDMATAN POS, PERKE...
- PENIPUAN DALAM TALIAN, SYARIKAT TELCO DIMINTA BERI...
- FAHMI TO SUMMON TELCO CEO'S OVER SIM CARDS ALLEGED...
- EXPAND SCAM AWARENESS CAMPAIGNS TO RURAL AREAS: FA...
-
▼
September
(54)



