Showing posts with label BANTUAN PRIHATIN ELEKTRIK. Show all posts
Showing posts with label BANTUAN PRIHATIN ELEKTRIK. Show all posts

Monday, June 22, 2020

6042) RINGANKAN BEBAN RAKYAT - SINAR AHAD - 21/06/2020


Artikel oleh: Sinar Ahad

RINGANKAN BEBAN RAKYAT

6041) BULETIN BERNAMA | PPIM SAMBUT BAIK BANTUAN PRIHATIN ELEKTRIK TAMBAHAN - BERNAMA TV - 20/06/2020


#BuletinBernama: Susulan aduan ramai tentang peningkatan isu bil elektrik sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersetuju untuk menghentikan aktiviti pemotongan elektrik sehingga 30 September 2020. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, menyambut baik pelaksanan itu yang disifatkan ibarat satu rahmat, apatah lagi setelah kerajaan meluluskan Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan berjumlah RM942 juta.


Artikel oleh: Bernama TV

BULETIN BERNAMA | PPIM SAMBUT BAIK BANTUAN PRIHATIN ELEKTRIK TAMBAHAN


6040) RAKYAT LEGA, BANTUAN PRIHATIN ELEKTRIK AMAT MEMBANTU - SINAR HARIAN - 21/06/2020


SHAH ALAM - Pengumuman kerajaan menerusi Bantuan Prihatin Elektrik tambahan berjumlah RM942 juta kepada pengguna elektrik dalam kategori domestik di Semenanjung semalam mendapat maklum balas positif daripada rakyat.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, pengumuman bantuan itu sebagai satu berita baik yang boleh meredakan kemarahan kebanyakan pengguna yang mengadu tertekan serta tidak berpuas hati selepas melihat jumlah bil elektrik mereka melambung sebelum ini.


Mohd Yusof
Mohd Yusof

“Pengecualian dan potongan bayaran bil elektrik untuk tempoh tiga bulan bagi bil April, Mei dan Jun amat membantu khususnya kepada pengguna yang terkesan sewaktu PKP seperti hilang kerja, gaji tidak dibayar, gaji dipotong dan sebagainya,” katanya.


Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Othman berkata, langkah diambil kerajaan ini disifatkan sebagai langkah proaktif yang amat diperlukan semua khususnya golongan B40 serta mereka yang terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga hilang pekerjaan.

“Rakyat perlu bersyukur dan menghargai keprihatinan kerajaan serta TNB (Tenaga Nasional Berhad) terutama dalam tempoh sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, pengumuman Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan turut disambut baik oleh beberapa pemimpin pembangkang yang menyifatkannya sebagai hak yang memang harus diterima oleh rakyat.

Nadzim
Nadzim

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Dr Tan Yee Kew mengakui, bantuan tambahan itu lebih baik dan amat bermakna buat rakyat yang terjejas akibat Covid-19.

“Walaupun bukan semua menerimanya tetapi saya faham kerana bukan senang kerajaan mengeluarkan dana yang besar untuk bantu golongan yang terjejas kerana PKP,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.

Bagi Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng pula, rakyat wajar mendapat bantuan itu kerana penggunaan elektrik domestik rumah mereka meningkat disebabkan kepatuhan terhadap PKP demi mengekang penularan Covid-19.

Bagaimanapun, katanya, TNB perlu melonggarkan tempoh bayaran tunggakan kerana jumlah bil yang diterima untuk kiraan tiga bulan sekali gus itu membebankan pengguna.


Artikel oleh: Sinar Harian

RAKYAT LEGA, BANTUAN PRIHATIN ELEKTRIK AMAT MEMBANTU

https://www.sinarharian.com.my/article/88760/BERITA/Nasional/Rakyat-lega-Bantuan-Prihatin-Elektrik-amat-membantu!

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL