Aktiviti berkebun di Kebun Bandar Villa Puteri (KBVP) pada minggu ini diteruskan dengan kerja-kerja pembersihan kawasan kebun bagi memastikan persekitaran sentiasa kemas, bersih dan kondusif untuk aktiviti pertanian bandar.
Selain itu, aktiviti penanaman serai turut dilaksanakan sebagai usaha menambah kepelbagaian tanaman herba di kebun. Serai merupakan tanaman yang mudah diusahakan serta mempunyai pelbagai manfaat dan kegunaan dalam kehidupan harian.
Semoga usaha yang dilaksanakan secara gotong-royong ini dapat terus menyemarakkan budaya berkebun serta menyumbang kepada kelestarian dan produktiviti Kebun Bandar Villa Puteri.



.jpeg)


.jpeg)
No comments:
Post a Comment