Saturday, January 29, 2022

SUBSIDI TENAGA: PENGGUNA PERLU TERUS BERJIMAT - KENYATAAN MEDIA PPIM - 29/01/2022

KUALA LUMPUR, 29 Januari 2022 – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ingin membuat gesaan kepada para pengguna agar mengambil langkah-langkah bijak bagi menjimatkan penggunaan tenaga elektrik walaupun kerajaan telah mengumumkan subsidi sebanyak lebih RM700 juta untuk bahan itu.

"Walaupun demikian, saya menjangkakan harga barangan tetap juga akan naik kerana bermula 1 Februari 2022, kadar surcaj sebanyak 3.7 sen per KWj akan dikenakan kepada pihak industri dan komersil," kata Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi.

Tambah beliau lagi, penambahan surcaj ini, mahu tidak mahu akan diterjemahkan melalui kenaikan harga barang akhirnya.

Toqqi walau bagaimanapun mengucapkan terima kasih di atas keputusan Perdana Menteri dan Suruhanjaya Tenaga kerana telah memperuntukkan subsidi tenaga sebanyak RM715 juta melalui Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) kepada pengguna domestik.

Kita pengguna harus sedar bahawa akan ada penambahan pengguna domestik daripada sejumlah 9 juta di kala ini, dan adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menggunakan subsidi ini secara bijaksana agar ianya dapat dimanfaatkan pada jangka waktu semaksima dan kepada seramai mungkin pengguna.

PPIM bersedia untuk bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Tenaga dan mana-mana pihak berkaitan untuk memulakan kempen penjimatan tenaga ini agar kesedaran akan tanggungjawab ini dapat diluaskan, kata beliau lagi.

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL