Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), berkata, PBB perlu bertindak segera susulan kemaraan terbaru tentera Zionis yang membantai rakyat Palestin tanpa belas kasihan.
Katanya, rakyat Palestin sudah lama menderita malah setiap tahun dunia disajikan dengan kisah serangan rejim Zionis yang tidak berperikemanusiaan itu.
“Baitulmuqaddis Timur terletaknya Masjid Al-Aqsa iaitu masjid ketiga paling suci bagi umat Islam dan ia diduduki secara haram oleh Israel sejak Perang Enam Hari 1967.
“Masyarakat antarabangsa menerima bahawa Baitulmaqdis Timur, yang merupakan sebahagian dari Wilayah Palestin dijajahi secara haram sedangkan ia adalah milik rakyat Palestin," kata persatuan itu.
Rejim Zionis jelas PPIM, tidak mempunyai hak untuk merampas tanah milik Palestin yang sedia ditindas.
"Ini adalah pencerobohan paling ketara terhadap rakyat Palestin. Ia mesti dihentikan,” kata PPIM lagi.
PPIM berkata, Pemerhati Hak Asasi Manusia pada April lalu menerbitkan laporan terperinci yang menuduh Israel melaksanakan pembasmian kaum.
“Serangan terbaru terhadap penduduk Palestin yang sedang bersolat di Masjid Al-Aqsa dipacu oleh peneroka Zionis berhampiran masjid ini.
“Warga Palestin di kawasan kejiranan berhak memberontak terhadap rampasan tanah haram atau rompakan siang hari ini dan mereka wajar untuk melawan penindasan serta pencerobohan ini sebagai pertahanan diri terhadap perampas tanah Zionis yang disokong oleh tentera Israel,” katanya. - Getaran, 11 Mei 2021
Artikel oleh: Getaran
KRISIS PALESTIN-ISRAEL, PBB PERLU HANTAR PASUKAN PENJAGA AMBIL ALIH WILAYAH
No comments:
Post a Comment