Thursday, May 6, 2021

5642) SEGARKAN RAMADHAN ANDA DENGAN SAWANAH KOKO - SAMUDERA.MY - 01/05/2021

 


KUALA LUMPUR, 1 Mei 2021 – “Segarkan Ramadhan anda dengan Sawanah Koko”. “Minuman coklat pilihan Toqqi”. “Koko Kaw Betul-Betul Wow”.

Ini antara tagline yang boleh dilihat dalam laman web syarikat Sawanah.

Syarikat Sawanah merupakan sebuah syarikat bumiputera Muslim yang mengeluarkan produk minuman antaranya seperti Sawanah Koko, Labana Susu Kambing, Kopi 2 Tongkat dan Teh Madu Kelulut.

Digerakkan oleh 35 orang anak muda berbakat besar, Sawanah Wow Sdn Bhd adalah kesinambungan daripada Savanah Marketing Sdn Bhd.

Produk Sawanah Wow Sdn Bhd dikeluarkan pada November 2014. Syarikat ini di bawah naungan Pengarahnya iaitu Hasliza Bt Hussin sebagai Lembaga Pengarah.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan, yang lebih dikenal dengan panggilan Toqqi merupakan duta bagi produk ini.

Semalam, pihak Sawanah telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Sawanah 2021 di Al-Rawsha Arabic Restaurant, Kuala Lumpur bersama-sama dengan pihak media dan Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah (rumah anak yatim & miskin)

“Saya harap kerjasama PPIM dengan syarikat Sawanah dapat membuahkan kepada sesuatu yang baik,” ujar Toqqi.

“Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim, kita sama-sama merasmikan majlis ini,” tambah Toqqi lagi.

Marilah kita bersama-sama menyokong produk bumiputera Muslim.


Artikel oleh: Samudera.my

SEGARKAN RAMADHAN ANDA DENGAN SAWANAH KOKO

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...