Wednesday, May 12, 2021

5649) TVPPIM | PPIM CADANG BOIKOT 2 PRODUK KELUARAN ISRAEL TANDA PROTES - TVPPIM - 12/05/2021

 

Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM merancang untuk memboikot satu atau dua jenis produk berkaitan Israel.... Sebagai tanda tanda protes rakyat Malaysia terhadap serangan regim Zionis ke atas Palestin hingga mengakibatkan ratusan rakyatnya terkorban.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata langkah untuk memboikot barangan keluaran rejim zionis itu perlu berterusan...

Bukan hanya semasa berlaku peperangan semata-mata.

Ekoran keupayaan masyarakat untuk menyekat pembelian produk Yahudi juga dilihat sukar, pihaknya hanya memfokuskan pada 2 atau 3 jenis produk.

Ini bagi memastikan tindakan itu lebih efektif.

Tambah nya, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga harus bersatu dan memastikan langkah boikot dilakukan selepas mengkaji latar belakang produk berkenaan.

Jumaat lalu, tentera penjajah Israel menyerang rakyat Palestin dan jemaah yang beribadah di Masjid Al-Aqsa.

Tindakan tidak berkeperikemanusiaan itu mengguris perasaan umat Islam seluruh dunia.

PPIM juga menyeru seluruh umat Islam memanjatkan doa serta bermunajat kepada Allah SWT untuk keselamatan dan kesejahteraan umat Islam di sana dan bersama-sama meneruskan bantahan sebagai solidariti bersama saudara kita di bumi Palestin.


Artikel oleh: TVPPIM

TVPPIM | PPIM CADANG BOIKOT 2 PRODUK KELUARAN ISRAEL TANDA PROTES

https://www.youtube.com/watch?v=dzPjgWROuzY

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...