Monday, May 6, 2019

4921) SELAMAT PAGI MALAYSIA "WASPADA PENIPUAN JUALAN DALAM TALIAN" - TV1 - 5/5/19





Tips Elak Penipuan Jualan Dalam Talian : 

▪Pengesahan identiti penjual
- Pengesahan identiti penjual sebelum menjalankan urusan pembelian dengan memastikan identiti penjual adalah betul. 
- Perlu mengetahui maklumat penting penjual seperti alamat, nombor telefon dan sebagainya. 
- Mengambil sedikit masa melakukan semakan supaya tidak menjadi mangsa penipuan.
▪ Semakan akaun bank
- Buat semakan nombor akaun penjual dengan memastikan nama pemegang akaun bank sama dengan nama penjual atau syarikat yang menjual. 
- Pastikan nombor akaun tersebut adalah milik penjual sebenar. 
- Jabatan Siasatan Jenayah Komersil ada menyediakan portal untuk membuat semakan di http://ccid.rmp.gov/my/semakmule/
- Portal itu dapat menunjukkan sama ada nombor akaun / nombor telefon suspek terlibat dengan kes jenayah atau tidak.
▪ Testimoni pembeli lain
- Lihat testimoni pembeli lain yang pernah berurusan dengan suspek sama ada melalui komen di laman sosial milik penjual atau komen di blog milik suspek.
▪ Hati-hati dengan harga yang terlalu murah
- Elakkan membeli barang yang dijual oleh individu dengan harga yang terlalu murah berbanding harga pasaran.
▪ Simpan transaksi atau bukti
- Simpan bukti seperti e-mel, perbualan di laman sosial dan resit pembayaran.

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL