Produk Tiruan
Perkataan tiruan bermaksud hasil daripada meniru sesuatu yang tidak asli atau yang tidak jati. Produk tiruan pula terhasil apabila sesuatu produk asli mendapat permintaan yang tinggi daripada pengguna.
Kita mungkin sukar untuk membezakan diantara produk asli dan produk tiruan kerana rupanya yang tidak jauh beza dan lambakan jualan di pasaran terus memperdaya pengguna.
Langkah membanteras perlu diambil untuk melindungi pengguna dan hakcipta pengeluar kerana penghasilan dan perdagangan produk tiruan meninggalkan kesan buruk kepada negara.
Temubual eksklusif bersama Ketua Aktivis PPIM, Toqqi membincangkan tajuk “Produk Tiruan” di Rancangan Selamat Pagi Malaysia @ TV1 dalam segmen Kopi Panas.
No comments:
Post a Comment