KEDAI RUNCIT ISTIMEWA IKS
KOTA DAMANSARA 25 Dis – Telah berlangsungnya lawatan Ketua Aktivis PPIM, Toqqi dan beberapa wakil Aktivis PPIM ke SMA Groceries yang terletak di Seksyen 4, Kota Damansara.
Kedai runcit istimewa milik Tuan Sheikh Dawood ini akan menjadi pasaraya pertama bagi pusat pengumpulan produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di bawah pemantauan PPIM.
Dalam lawatan itu juga, Tuan Sheikh Dawood telah mendaftar sebagai ahli Gerakan Tunai Zakat yang dikendalikan oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ).
Sila ambil perhatian bahawa PPIM tidak mengiktiraf mana-mana pihak berdasarkan gambar atau video yang dimuat naik. Ianya adalah sekadar perkongsian aktiviti / program PPIM sahaja.
Para pengguna boleh memberi cadangan atau maklumbalas berdasarkan maklumat yang diketahui agar pihak PPIM mendapat pencerahan lanjut. Harap maklum.
No comments:
Post a Comment