Friday, December 29, 2017

4267) PENGGUNA PERLU ‘BANGKIT’ – UTUSAN ONLINE – 29/12/17





KUALA LUMPUR 28 Dis. - Menjengah masuk tahun baharu 2018, rakyat dinasihatkan ‘bang­kit’ memaksimumkan pe­­ranan sebagai pengguna dalam men­depani cabaran kenaikan kos sara hidup.
Perkara itu disuarakan oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang sedar apa diperkatakan beliau mungkin tidak disukai oleh segelintir rakyat, namun menegaskan perkara itu merupakan antara langkah terbaik menangani isu berkenaan.
Katanya, harga minyak naik atau turun, ekonomi baik atau tidak, harga barangan serta kos sara hidup tetap meningkat dan beliau berpegang kepada prinsip bahawa hanya kuasa pengguna mampu ‘melindungi’ rakyat da­ri­pada perkara itu.
“Setiap tahun akan lebih mencabar, tidak terkecuali tahun 2018 tetapi soalnya sama ada kita sebagai pengguna bersedia atau tidak? Kita tidak boleh lagi harap pihak lain atau kerajaan untuk menjadi pelindung.
“Kerajaan sendiri mengakui bahawa era kerajaan tahu semua benda telah berakhir. Jadi kuasa pengguna perlu diperkasakan, pengguna perlu bangkit daripada tidur, main peranan dan sua­rakan isu-isu kepenggunaan untuk menangani kenaikan harga barang yang menyebabkan kos sara hidup meningkat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman menjangkakan tahun 2018 berkemungkinan ‘menawarkan’ sedikit kelegaan berbanding tahun 2017 kepada pengguna dengan pelbagai insentif membantu rakyat diper­kenalkan kerajaan menerusi Bajet 2018.
Beliau bagaimanapun memberi fokus kepada satu isu iaitu mencadangkan kerajaan mengkaji mekanisme untuk menetapkan kadar harga minyak.
“Ketika ini, harga berada di bawah paras RM2.30, saya fikir, tekanan tidak begitu tinggi kepada rakyat, tetapi apa jadi sekiranya pada tahun depan kadarnya melepasi harga itu?” ujar beliau.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Malaysia (Maconas), Datuk Amarjit Singh Gill pula percaya kerajaan akan cuba sedaya upaya membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat menerusi pelbagai pengumuman pada pembentangan bajet Oktober lalu.
Tetapi, Amarjit tidak menafikan dalam landskap ekonomi dunia yang mencabar ketika ini, berkemungkinan situasi tahun 2018 tidak akan banyak bezanya dengan tahun ini.

Artikel Oleh : Utusan Malaysia
PENGGUNA PERLU ‘BANGKIT’

4266) 374 KES KENA TIPU MACAU SCAM DI JOHOR – BERITA HARIAN ONLINE – 28/12/17




JOHOR BAHRU: Sebanyak 374 kes penipuan panggilan telefon atau ‘Macau Scam’ direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kontinjen Johor sepanjang tahun ini.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata daripada 374 kertas siasatan yang dibuka membabitkan penipuan pinjaman tidak wujud itu, seramai 71 individu sudah ditahan.
Katanya, JSJK Johor juga merekodkan sebanyak 589 kes penipuan pembelian atas talian di seluruh Johor sepanjang tempoh sama.
“Jenayah penipuan menerusi panggilan telefon agak rancak berlaku sekarang ini, jadi saya mengingatkan masyarakat supaya lebih berhati-hati, terutama wanita untuk tidak mudah terpedaya dengan taktik digunakan penjenayah ini.
“Pelbagai taktik mereka lakukan antaranya menggunakan talian komunikasi polis dengan menyamar sebagai polis selain mengugut mempunyai waran tangkap bagi menakutkan mangsa.
“Mekanisme polis sebenar tidak ada seperti ini. Jika ada waran tangkap kita akan terus pergi ke premis suspek dan menahan, bukan dengan membuat panggilan terlebih dahulu memaklumkan kita ada waran tangkap,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis meraikan seramai 102 pesara dan bakal pesara Kontinjen Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.
Mohd Khalil berkata, beliau turut memuji usaha pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) yang merujuk kepada pihak polis bagi sama-sama mengesan dan membasmi kegiatan jenayah itu.
“Banyak NGO datang dan rujuk kepada Polis Johor dan terbaharu Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berhubung kegiatan jenayah penipuan panggilan telefon,” katanya.

Artikel Oleh : Berita Harian
374 KES KENA TIPU MACAU SCAM DI JOHOR



Thursday, December 28, 2017

4265) SELAMAT PAGI MALAYSIA “PRODUK TIRUAN” – SEGMEN KOPI PANAS – 28/12/17





Produk Tiruan
Perkataan tiruan bermaksud hasil daripada meniru sesuatu yang tidak asli atau yang tidak jati. Produk tiruan pula terhasil apabila sesuatu produk asli mendapat permintaan yang tinggi daripada pengguna.


Kita mungkin sukar untuk membezakan diantara produk asli dan produk tiruan kerana rupanya yang tidak jauh beza dan lambakan jualan di pasaran terus memperdaya pengguna.
Langkah membanteras perlu diambil untuk melindungi pengguna dan hakcipta pengeluar kerana penghasilan dan perdagangan produk tiruan meninggalkan kesan buruk kepada negara.
Temubual eksklusif bersama Ketua Aktivis PPIM, Toqqi membincangkan tajuk “Produk Tiruan” di Rancangan Selamat Pagi Malaysia @ TV1 dalam segmen Kopi Panas.

4264) BADAN KHAS PANTAU PENGANJUR ACARA LARIAN – KOSMO ONLINE – 28/12/17



MAHAL dan tidak berbaloi. Itulah luahan seorang pelari jarak jauh tegar yang hanya mahu dikenali sebagai Shukri ketika ditanya mengenai penganjuran satu acara larian di ibu kota yang disertainya baru-baru ini.
Dia menyertai acara larian sejauh 10 kilometer (km) bersama rakan-rakannya dan berjaya menamatkan larian berkenaan dalam tempoh kurang 50 minit.
“Sampai di garisan penamat, saya terus melihat jam di tangan yang merekodkan jarak larian kerana hairan dengan tempoh masa yang agak singkat berbanding larian- larian lain yang saya sertai sebelum ini.
“Sangkaan saya betul kerana jarak yang dicatatkan hanya 8km berbanding 10km yang perlu ditempuhi. Ia menyebabkan saya berasa tidak berpuas hati dengan pihak penganjur acara larian itu,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Selain membayar sebanyak RM80 untuk menyertai acara itu, dia hanya mendapat medal setelah berjaya menamatkan larian tersebut manakala jarak larian pula dipendekkan.
“Tiada baju-T, catatan masa mahupun beg cenderamata yang diberikan kepada para peserta setelah tamat acara larian itu. Saya menjadi pelik kerana pihak penganjur seperti lepas tangan dan hanya mahu mengaut keuntungan.
Gaya hidup sihat
“Sudahlah tidak dapat apa-apa, yuran penyertaan pula agak tinggi dan tidak berbaloi dengan apa yang peserta peroleh. Malah, ia juga tidak setanding dengan acara-acara larian besar yang lain,” ujarnya.
Kini, hampir setiap hujung minggu, pelbagai aktiviti larian seperti fun run, trail run, ultra-marathon mahupun towerton diadakan untuk menarik penyertaan rakyat Malaysia yang mahu mengamalkan gaya hidup sihat.
Namun, ada pihak tidak bertanggungjawab menganjurkan acara larian tetapi membatalkannya pada saat-saat akhir sebelum menghilangkan diri, tidak mengembalikan yuran kepada peserta dan ada juga yang mengabaikan aspek keselamatan pelari.
Menurut Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim, beliau tidak mahu berkompromi dengan mana-mana penganjur acara larian atau maraton yang hanya mementingkan wang ringgit semata-mata.
Ia gara-gara insiden kemalangan tiga peserta Klang City International Marathon (KCIM) yang menyebabkan seorang parah dan dua cedera ringan selepas dilanggar sebuah kereta Proton Iswara dari arah belakang di Batu 2, Jalan Kapar, Klang pada 11 Disember lalu.
Penganjur acara maraton itu didakwa tidak mendapat kelulusan daripada pihak KOM dan Pesuruhjaya Sukan (PJS) untuk menganjurkan la­rian antarabangsa tersebut.
“Bagi mengelak kejadian serupa berulang, kami akan mewujudkan garis panduan baharu dan penganjur wajib mendapatkan permit daripada PJS sebelum menganjurkan acara maraton di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
“Kami tidak mahu ada lagi penganjur yang menyalahgunakan kuasa demi wang ringgit tanpa mempedulikan soal keselamatan peserta,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mahu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menubuhkan sebuah badan khas untuk memantau penganjuran acara larian dalam negara bagi melindungi peserta daripada mengalami kerugian berikutan tindakan penganjur yang tidak bertanggungjawab.
Badan khas
“Kes penganjur acara larian membatalkan acara pada saat-saat akhir tanpa alasan munasabah semakin menjadi-jadi. Yuran yang dibayar pula lesap.
“Saya mencadangkan agar KBS menubuhkan sebuah badan khas untuk memantau penganjuran acara larian secara sistematik di negara ini.
“Sekiranya mereka gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan, permit atau lesen penganjuran mereka harus ditarik balik dan disenaraihitamkan. Ini bagi melindungi peserta acara larian daripada mengalami kerugian,” katanya.
Yuran pendaftaran untuk acara larian kini pula dilihat semakin mahal. Ia berbeza mengikut kategori, misalnya acara maraton antara RM50 dan RM110 mengikut jarak 5km, 10km, 21km (separuh maraton) dan 42km (maraton penuh) bagi seorang peserta.
Selain itu, beliau mahu pihak berkaitan seperti pihak berkuasa tempatan (PBT) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas terhadap pihak penganjur yang menggunakan logo mereka dalam bahan-bahan promosi bagi acara larian.
“Jangan benarkan pihak tidak bertanggungjawab ini sesuka hati menggunakan nama atau logo bagi menarik penyertaan orang ramai. Tindakan undang-undang patut diambil terhadap penganjur seperti ini,” ujarnya.

Artikel Oleh : KOSMO ONLINE
“BADAN KHAS PANTAU PENGANJUR ACARA LARIAN”

4263) AS MALAYSIANS GET HEAVIER, CONSUMER GROUPS CALL FOR SUGAR TAX AND MORE – MALAY MAIL ONLINE – 28/12/17



KUALA LUMPUR, Dec 28 — Malaysia needs new health policies to address the unhealthy eating habits and risk of non-communicable diseases among Malaysians, consumer groups said today.
Their remarks come amid the Health Ministry’s plans to introduce steps such as sugar tax and closing eateries beyond midnight.
 While the implementation of the policies need to be refined further, the groups believe that new measures need to be taken as Malaysia is currently ranked as Asia’s most obese country.
Consumer Association of Penang (CAP) president SM Mohamed Idris said that the ministry’s new proposals are timely, and also urged Putrajaya not to bow to pressure from restaurant groups which will be affected by policy changes.
“This is a case of undernourishment, everything about eating at odd hours is about having the wrong kind of nutrition,” he told Malay Mail, referring to mamak eateries which are open 24 hours.

SM Mohamed Idris said that CAP had called for sugar tax implementation for years and said that these new policies can come into effect immediately without having to wait till later next year. — Reuters pic
SM Mohamed Idris said that CAP had called for sugar tax implementation for years and said that these new policies can come into effect immediately without having to wait till later next year. — Reuters picMohamed Idris said that many developed countries do not have 24-hour eateries and people who work during odd hours can rely on more natural food or pack food earlier.
“They should carry out these policies and not fall under pressure from these associations,” he added.
He said that growth in the country should also be measured by the amount of healthy people.
“Was this practice around 20 years ago? The whole culture of eating has gone wrong. In fact, the more you eat such food, you will only feel sleepy [sic],” he said about the ubiquitous tendency to eat after midnight.
Mohamed said that CAP had called for sugar tax implementation for years and said that these new policies can come into effect immediately without having to wait till later next year.
Meanwhile, Federation of Malaysian Consumers Association deputy president Mohd Yusof Abdul Rahman said that the policies are “very good” and are aimed at increasing productivity of Malaysians as well.
“According to research, Malaysians suffer because of the food they eat late at night,” Yusof said, although he admitted justifying the closure of eateries in certain areas where there is a working population will be difficult.
“Maybe in certain areas, like a housing area, the eatery can be closed, and it can remain open in some city areas — this has to go on a case by case basis,” he added.
Yusof also backed the proposed sugar tax, while also suggesting that drink manufacturers be encouraged to reduce the amount of sugar in their drinks to a certain level, and can then be exempted from such taxes.
“But of course we need a mechanism to verify the sugar content in these drinks,” he said.
Muslim Consumers Association of Malaysia chief activist Datuk Nadzim Johan said Putrajaya should prioritise educating Malaysians about their eating habits instead of imposing more rules and regulations.
“There needs to be research done to determine, clearly, what are the objectives of these policies. You need to justify these actions,” he said.
“At the moment, the whole measure is uncertain. Do some surveys, speak to stakeholders, limit the numbers [of mamaks] if need be. But mamak eateries are part of our society as well. You need to do them justice,” he added.
Nadzim however questioned the need to impose a sugar tax.
“I don’t know if there is a need to have such a tax. You need a while machinery to handle that. It is better to educate people,” he said.

Artikel Oleh : Malaymail Online 
AS MALAYSIANS GET HEAVIER, CONSUMER GROUPS CALL FOR SUGAR TAX AND MORE

Wednesday, December 27, 2017

4262) MAINTAIN CURRENT ELECTRICITY TARIFF RATES BEYOND 2020, CONSUMER GROUP SAYS – MALAY MAIL ONLINE – 26/12/17


Consumer groups welcome Tenaga Nasional Berhad’s announcement that it would not increase electricity tariff until 2020. — File picture by Saw Siow Feng

KUALA LUMPUR, Dec 26 — Tenaga Nasional Berhad’s (TNB) decision not to increase electricity tariffs in Peninsular Malaysia until 2020 will help Malaysians adjust to rising living costs, Malaysian Consumers Movement president Darshan Singh said today.
Darshan said that such a move would help Malaysians adjust to current market trends, and that the current tariff rates set on January 1, 2014 should be maintained even after 2020.
 “The move is very welcomed, we will not want any form of increase to happen in the future too,” he said.
“With rising fuel prices, this is a good way to ensure everybody has a chance at adapting to the country’s economy.”
Darshan further hoped the Energy Commission would continue to closely monitor the trend of tariff prices well after 2020.
Federation of Malaysian Consumers Associations president Datuk Marimuthu Nadason said TNB’s move would be good for industrialisation.
“Everybody needs electricity, more so industry players,” he said.
“Many industries will benefit from this as there will be a sense of security for them, I am confident TNB will continue their good work in maintaining tariffs.”
Malaysian Consumers Association of Malaysia president Datuk Nadzim Johan said the announcement was surprising but welcomed the move.
“It’s not easy to make such an announcement, I don’t know who decides the tariff but if there is an announcement that means it is concrete,” he said.
“I hope that the pleasant surprise is real, we can easily welcome this if the announcement is legitimate.”

Artikel Oleh : Malaymail

Tuesday, December 26, 2017

4261) LAWATAN KETUA AKTIVIS PPIM KE SMA GROCERIES – KOTA DAMANSARA – 25/12/17


KEDAI RUNCIT ISTIMEWA IKS


KOTA DAMANSARA 25 Dis – Telah berlangsungnya lawatan Ketua Aktivis PPIM, Toqqi dan beberapa wakil Aktivis PPIM ke SMA Groceries yang terletak di Seksyen 4, Kota Damansara.
Kedai runcit istimewa milik Tuan Sheikh Dawood ini akan menjadi pasaraya pertama bagi pusat pengumpulan produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di bawah pemantauan PPIM.


Dalam lawatan itu juga, Tuan Sheikh Dawood telah mendaftar sebagai ahli Gerakan Tunai Zakat yang dikendalikan oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ).



Sila ambil perhatian bahawa PPIM tidak mengiktiraf mana-mana pihak berdasarkan gambar atau video yang dimuat naik. Ianya adalah sekadar perkongsian aktiviti / program PPIM sahaja.
Para pengguna boleh memberi cadangan atau maklumbalas berdasarkan maklumat yang diketahui agar pihak PPIM mendapat pencerahan lanjut. Harap maklum.

Saturday, December 23, 2017

4260) SOLIDARITI SELAMATKAN BAITULMAQDIS - PUTRAJAYA - 22/12/17


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) merupakan antara NGO yang hadir bersama-sama ribuan umat Islam dalam SOLIDARITI SELAMATKAN BAITULMAQDIS berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya.








Baitulmaqdis adalah Bandar Suci dan Tanah Waqaf bagi umat Islam. Selamanya akan menjadi kiblat pertama umat Islam dan masjid ketiga suci bagi umat Islam sepertimana yang disebut di dalam Al-Quran serta ia akan kekal menjadi milik Palestin, Arab dan Umat Islam.








Perisytiharannya Trump untuk menetapkan Kedutaan US di Jerusalem merupakan tindakan permusuhan yang nyata terhadap Umat Islam. Penentangan sekeras-kerasnya tindakan Trump akan diteruskan sehingga Jerusalem dikembalikan kepada Umat Islam.
Doa dan sokongan dari semua amat kami hargai

Thursday, December 21, 2017

4259) KOPI PANAS: "UMRAH KENA TIPU - TV1 - 21/12/17


Ketua Aktivis PPIM, Toqqi, di Program Selamat Pagi Malaysia @ TV1 dalam Segmen Kopi Panas pada 21 Disember 2017 (Khamis) jam 9.30 pagi bagi membincangkan topik hangat Penipuan Umrah.




Wednesday, December 20, 2017

4258) PERSIDANGAN MEJA BULAT BELIA “ PERKAHWINAN : KEHENDAK VS KELUARGA” - DEWAN PERDANA NUR, PUTRAJAYA - 20/12/17


Pertubuhan Belia Wawasan Baharu (PBWB) bersama Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia(IYRES) telah menjemput Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Toqqi untuk memberi perkongsian di dalam program Persidangan Meja Bulat Belia “ Perkahwinan : Kehendak vs Keluarga”






Perkongsian ini dijalankan di dewan Perdana Nur, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Putrajaya. Agensi yang turut terlibat Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).






Program ini bertujuan untuk mengambil langkah awal dalam usaha menubuhkan satu tabung perkahwinan bagi kebaikan rakyat terutamanya belia & generasi akan datang.

Tuesday, December 19, 2017

4257) TABIAT BERHUTANG UNDANG MUDARAT - KOSMO - 19/12/17



Tiada seorang pun manusia di muka bumi ini meminta untuk hidup dalam keadaan serba kekurangan.
Bagaimanapun, keadaan sekeliling yang seakan-akan menekan pengurusan kewangan individu itu mendorong mereka untuk mencari solusi bagi mengatasi masalah tersebut.
Jalan paling mudah ialah dengan berhutang. Walaupun hutang itu tidak salah dari sudut agama, tabiat tersebut lama-kelamaan mampu menjadi barah dalam masyarakat.
Bahkan, tabiat berhutang itu semakin berleluasa hingga lahir masyarakat yang tidak segan silu meminjam wang daripada orang sekeliling pada setiap hari.
Lebih malang lagi, terdapat segelintir individu yang nekad meminjam wang daripada ceti haram atau ah long sebagai jalan pintas menyelesaikan masalah tersebut.
Menurut Penganalisis Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Meor Roslan Meor Mohd. Jaafar, penyebab utama kepada tabiat meminjam wang daripada ah long ialah desakan hidup khususnya masalah kewangan yang dialami oleh individu itu.
“Individu yang terdesak itu sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan wang untuk kegunaan mereka. Oleh sebab itu, mereka sanggup mengabaikan implikasi yang bakal dihadapi kelak.
“Bahkan, sikap tamak dalam diri manusia juga sedikit sebanyak menjadi punca utama individu itu meminjam daripada ceti haram,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.
Tambah Meor Roslan, tindakan meminjam duit daripada ceti haram itu hanya akan membawa mudarat terhadap diri sendiri.
Hal ini kerana pinjaman tersebut akan dikenakan bunga lebih 100 peratus sehingga menyebabkan pemiutang terbeban dengan peningkatan hutang mereka.

Hutang pokok

“Disebabkan itu, pemiutang hanya melangsaikan ‘bunga’ hutang pada setiap minggu tetapi hutang pokok tidak pun disentuh.
“Jika gagal membayar hutang berkenaan, kegiatan jenayah seperti culik, ugutan serta bunuh mudah berlaku,” jelasnya.
Katanya, impak daripada tabiat berhutang itu sangat besar kerana ia boleh menggugat keharmonian sosial akibat ketakutan yang dibangkitkan menerusi siri jenayah yang dilaporkan media.
Akhbar Kosmo! melaporkan baru-baru ini, sepasang suami isteri termasuk dua orang cucu lelaki yang mati dalam kebakaran sebuah rumah mereka di Jalan Tepi Laut, Tanjung Sepat, Kuala Langat, Selangor dipercayai dibunuh sebelum kediaman itu dibakar.
Siasatan awal mendapati, perbuatan khianat dengan membakar rumah mangsa itu berlaku akibat masalah kewangan seperti hutang.
Polis kemudian berjaya menahan seorang lelaki bisu dan pekak berusia 38 tahun yang mengaku terlibat dalam kes pembunuhan tersebut.
Suspek ditahan setelah mendapat perintah tahanan reman daripada Mahkamah Majistret Telok Datuk, Banting, Selangor.
Sementara itu, Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhamad Yusuf Azmi berkata, jenayah yang berlaku akibat masalah hutang bukan suatu perkara baharu.
Malah, pinjaman ah long itu semakin berleluasa disebabkan wujud permintaan dalam masyarakat.
Justeru, semua pihak khususnya pucuk pimpinan perlu memainkan peranan masing-masing menerusi pendekatan yang lebih jelas bersandarkan al-Quran dan as-Sunnah.
“Apabila berbicara mengenai hutang, secara umumnya kita tahu ia berkait rapat dengan masalah kewangan.
“Bagi mengatasi masalah itu, institusi seperti masjid atau surau di seluruh negara disarankan untuk mewujudkan tempat pengumpulan sumbangan barangan keperluan asas bagi orang yang memerlukan.
“Bagaimanapun, masyarakat tidak seharusnya dididik untuk meminta-minta sedangkan mereka mempunyai saluran yang betul sekiranya seluruh organisasi itu amanah dalam menjalankan tanggungjawab,” jelasnya.
Muhamad Yusuf menambah, bantuan itu bukanlah untuk kaum-kaum tertentu tetapi bagi dinikmati oleh seluruh masyarakat di negara ini.
Hal ini kerana sikap saling tolong-menolong dalam masyarakat berbilang kaum itu akhirnya akan melahirkan sosial yang harmoni.

“TABIAT BERHUTANG UNDANG MUDARAT”

4256) PERHIMPUNAN BUKTI SOLIDARITI UMAT ISLAM – UTUSAN MALAYSIA – 18/12/17



KUALA LUMPUR 17 Dis – Semua golongan rakyat perlu menyokong dan menyatakan Solidariti terhadap Palestin yang telah sekian lama berdepan ancaman dan tindakan kejam Israel tanpa sebarang halangan. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pengiktirafan oleh Donald Trump bukan Sekadar bukti Amerika Syarikat merestui penaklukan Israel ke atas Baitulmaqdis, malah menunjukkan kuasa besar dunia itu hanyalah boneka bagi rejim Zionis.
Beliau berkata, tindakan terang-terangan dan berterusan Israel mencabuli hak rakyat Palestin itu perlu ditentang sambil dibuktikan dengan tindakan seCara kOnkrit dan berterusan. Menurutnya, perhimpuan besar-besaran bagi mempertahankan Palestin bukan sahaja amat bagus malah perlu menjadi titik permulaan bagi semua umat Islam untuk bersatu menentang Segala kezaliman yang selama ini Israel lakukan termasuk pendudukan di tanah Palestin Selepas tahun 1967.
“Walaupun pelbagai resolusi dan bantahan dibuat namun isunya masih tiada kesudahan malah makin meluas. Jadi perhimpuan di Masjid Putra, Jumaat depan menjadi permulaan sokongan moral disusuli tindakan lebih serius oleh rakyat Malaysia termasuk memboikot produk dan perkhidmatan Amerika,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Perhimpunan yang dijadualkan pada 22 Disember selepas Solat Jumaat itu akan dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Sementara itu, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Dr. Yusri Mohamad berkata, isu kedaulatan, kemanusiaan dan keadilan dicabuli oleh Israel sambil disokong pula Amerika Syarikat perlu dihentikan segera, termasuk bermunajat meminta pertolongan Allah SWT. Katanya, konflik kemanusiaan dan penindasan yang berpanjangan terhadap hak manusia lain perlu diletak sebagai keutamaan bersama yang mengatasi segala perbezaan ideologi politik.
“Soal Baitulmaqdis dan pencabulan Israel terhadap Palestin selama ini seharusnya ditentang oleh semua pihak termasuk rakyat bukan Islam kerana isunya adalah penindasan dan pelanggaran undang-undang yang melangkaui kepentingan agama. “Semua rakyat termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik mahupun persatuan perlu bersatu hati dan berhimpun menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin dan mendesak Amerika Syarikat hentikan segala pengiktirafan yang diberikan selama ini.” katanya.
Pendakwah Bebas, Prof. Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah pula menegaskan, perhimpunan besar-besaran itu perlu menjadi penanda penting permulaan muafakat dan penyatuan usaha ke arah membantu Palestin.
“Rakyat Malaysia dan umat Islam keseluruhannya berperanan dalam membantu dan mempertahankan kesucian Baitulmaqdis.
“Pengiktirafan dibuat Amerika Syarikat bukan pengakhiran, sebaliknya permulaan bagi umat Islam bersatu dan berpadu mempertahankan Palestin, mengatasi segala kepentingan lain,” ujarnya.

4255) SEBANYAK 20 ADUAN TIPU PAKEJ UMRAH SETIAP TAHUN – KOSMO – 18/12/17



KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima lebih kurang 20 aduan setiap tahun berhubung penipuan pakej umrah yang melibatkan kerugian lebih RM1 juta sejak 10 tahun lalu. Menurut Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan, setiap kes penipuan tersebut melibatkan lebih kurang 60 hingga 100 orang mangsa dan harus dibanteras sepenuhnya agar tidak menganiaya mereka yang ingin menunaikan ibadah di tanah Suci Mekah, Arab Saudi.
“Setiap tahun PPIM menerima hampir 20 kes penipuan umrah yang melibatkan puluhan hingga ratusan mangsa bagi Setiap kes. Bukan sahaja umrah, penipuan haji juga ada.
“Setiap tahun juga kita dapati ramai yang menangis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana tidak dapat menunaikan ibadah umrah atau haji” katanya ketika dihubungi Kosmo di sini semalam.
Tambahnya, satu majlis khas harus ditubuhkan bagi menguruskan pengusaha-pengusaha umrah yang boleh memantau dan mengawal selia seperti Tabung Haji.
“Perlu diwujudkan Tabung Umrah yang fungsinya sama seperti Tabung Haji. Apa yang penting ia adalah bertujuan menambah baik dan bukannya untuk mengutip keuntungan daripada jemaah umrah,” katanya.
Sementara itu di Alor Setar, Pemuda UMNO Kedah menyanjung tinggi keputusan untuk membatalkan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (Imams).
Ketua Pemudanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, pembatalan sistem itu wajar kerana ia dilihat membebankan rakyat.
Beliau mengulas keputusan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan kelmarin yang membatalkan serta-merta penguatkuasaan sistem itu.
Artikel Oleh : KOSMO 

Monday, December 18, 2017

4254)ENFORCEMENT NEEDED TO CURB COUNTERFEIT – THE MALAYSIAN RESERVE – 14/12/17



The government must strengthen its enforcement in curbing the issue of counterfeit products, especially in the food sector, in the wake of the alleged imitation infant milk formula case recently.
“Previously, we might have imitation in clothes that have no health impact.
“But with the current development, authorities must do whatever it takes to hunt the culprit,” Malaysian Muslim Consumers Association lead activist Datuk Nadzim Johan told The Malaysian Reserve.
“This issue cannot be ignored, we don’t want more victims because of it,” he added.
Federation of Malaysian Consumer Associations treasurer Muhammad Sha’ani Abdullah offered a similar view, saying there should be no compromise on the consumers’ safety in food products.
He also questioned whether the budget constraint is a factor behind the government’s lack of enforcement efficiency in this issue.
As such, Muhammad Sha’ani said the government should consider allowing non-governmental organisations to establish their independent laboratories to conduct product safety and quality tests.
Last Sunday, Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry (KPDNKK) enforcement officers seized 210 boxes of infant formula, believed to be fake, in five raids in Johor Baru.
Bernama reported KPDNKK Minister Datuk Seri Hamzah Zainuddin as saying that it will order the withdrawal of alleged fake instant formula from the shelves based on the chemist report.
He added that KPDNKK will name and shame those involved in the production of imitation milk.

Artikel Oleh : https://themalaysianreserve.com/2017/12/14/enforcement-needed-curb-counterfeit/
The Malaysian Reserve 

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL