Program TV Ruang Bicara membincangkan tajuk 'Ah Long, Pemberi Pinjam Wang Berlesen Berkuasa? Sejak kebelakangan ini Syarikat Pinjaman Wang Berlesen dan juga ceti haram dilihat bertindak agresif menyerang dan menganiaya mangsa yang meminjam wang daripada syarikat mereka. Selain mengenakan kadar faedah yang terlalu tinggi dan tidak masuk akal, mereka juga mengancam keselamatan nyawa keluarga mangsa tanpa menghiraukan undang-undang di Negara ini. Mereka seolah-olah kebal dan tidak takut dengan pihak berkuasa dan berani membuat gangguan di tempat umum.Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang mengeluarkan lesen Perniagaan Wang Berlesan juga dilihat tidak bertindak dengan tegas dalam menangani permasalahan ini.KPKT yang seharusnya memantau kegiatan Syarikat Pemberi pinjam Wang ini tidak menjalankan tugas dengan baik yang menyebabkan Syarikat Pemberi Pinjam Wang ini berleluasa mengancam keselamatan masyarakat di Negara ini.
Topik: Hello Ah Long, Boleh Tolong.
Hos: Dahlan Maamor.
Panel: Datuk Nadzim Johan/Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Yusuf Azmi/Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM.
Hos: Dahlan Maamor.
Panel: Datuk Nadzim Johan/Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Yusuf Azmi/Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM.
No comments:
Post a Comment