Monday, May 4, 2020

5922) PPIM DAN GBKL AGIH 10,000 BEKALAN MAKANAN - MALAKAT TRIBUNE - 04/05/2020


KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Gardenia Bakeries Sdn Bhd. (GBKL) akan mengagihkan 10,000 pek bekalan makanan ke seluruh negara.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, proses agihan sumbangan berkenaan akan dijayakan melalui program Zero Hunger antara PPIM bersama Yayasan Brainy Bunch.

Nadzim berkata, agihan pertama membabitkan 2,000 beg yang diedarkan kepada golongan asnaf di kawasan Masjid Abu Ubaidah, Sri Rampai selain kawasan terpilih lain di Lembah Klang.

"Terima kasih kepada GBKL yang berganding bahu bersama PPIM dalam menjayakan program Zero Hunger. Melalui program ini kita menerima 90,000 permohonan daripada golongan memerlukan.

"Daripada jumlah itu, kita setakat ini dapat membantu 8,000 pemohon. Insya Allah selepas ini kita akan membantu mereka yang memerlukan ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.



Menurut Nadzim, syarikat korporat dan mana-mana individu juga diseru supaya bersama-sama dengan PPIM dalam menjayakan program Zero Hunger bagi membela nasib golongan memerlukan.

"Hari ini GBKL yang tolong bantu, saya berharap selepas ini akan ada lagi syarikat lain. Dana yang kita terima masih tidak cukup untuk bantu semua permohonan melalui program Zero Hunger.

"Selepas ini kita akan ke Pahang, Pulau Pinang, Perak dan Kedah. Selain barangan GBKL, kita juga akan bawa barangan lain seperti beras dan sebagainya untuk diagihkan," katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Besar (Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Awam) GBKL, Hazlinah Harun berharap sumbangan pihaknya itu dapat meringankan beban golongan yang memerlukan.


Artikel oleh: Malakat Tribune

PPIM DAN GBKL AGIH 10,000 BEKALAN MAKANAN

http://www.malakattribunenews.com/berita/berita-semasa/12558/

5921) INFO@SWATV- GARDENIA BERSAMA PPIM DALAM PROGRAM CSR UNTUK GOLONGAN B40 - SWA TV - 04/05/2020

5920) PPIM BERSAMA GARDENIA BAKERIES SDN. BHD. MENGAGIHKAN 10,000 PEK BEKALAN MAKANAN KE SELURUH NEGARA - MALAKAT TRIBUNE - 04/05/2020


KUALA LUMPUR- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Gardenia Bakeries Sdn. Bhd. (GBKL) akan mengagihkan 10,000 pek bekalan makanan ke seluruh negara.


Artikel oleh: Malakat Tribune

PPIM BERSAMA GARDENIA BAKERIES SDN. BHD. MENGAGIHKAN 10,000 PEK BEKALAN MAKANAN KE SELURUH NEGARA


5919) PENYERAHAN BANTUAN MAKANAN UNTUK DIEDARKAN KEPADA GOLONGAN YANG MEMERLUKAN ANJURAN PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA - SIDANG MEDIA PPIM - 04/05/2020


Bagi terus membantu usaha meringankan beban rakyat yang amat terkesan dengan serangan COVID19 kerana tidak dapat mencari rezeki, satu usaha murni telah termetri di antara Gardenia Bakeries(KL) Sdn Bhd dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagi membantu mengedar makanan kepada keluarga- keluarga yang memerlukan. Bagi tujuan ini Gardenia akan membantu dengan 10,000 beg hadiah yang mengandungi Fluffy Buns, NuMee, Quick Bites Muffin dan Kurma yang akan diedarkan oleh PPIM kepada masyarakat yang memerlukan.

Sehubungan dengan itu, bantuan pertama sebanyak 2000 beg akan diedarkan bagi golongan asnaf di kawasan Masjid Abu Ubaidah, Sri Rampai, Kuala Lumpur. Edaran juga akan dibuat melalui Program ZERO HUNGER bersama Yayasan Brainy Bunch di beberapa kawasan terpilih di Selangor, Perak dan PPRT Wilayah Persekutuan.

Bagi tujuan itu, satu liputan media telah diadakan di Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Sri Rampai.

5918) OPERASI PEMBERSIHAN DAN SANITASI MENGGUNAKAN VIRUSBUSTER C-CURE DISINFECTANT LIQUID DI RESTORAN ALI MAJU - PPIM - 03/05/2020




5917) AKTIVITI | PENGAGIHAN JUADAH BUBUR LAMBUK DI PPR DESA REJANG - 02/0

2 MEI 2020 -- Pertubuhan Kebajikan Mohd Chan dengan kerjasama Yayasan Hasanah mengagihkan juadah bubur lambuk kepada penduduk PPR Desa Rejang, Setapak yang turut disertai oleh sukarelawan PPIM dan AJK surau.

 

5916) SAMPAI MASA INSTITUSI KEWANGAN BANTU PENGGUNA - METRO AHAD - 03/05/2020


SUDAH sampai masanya institusi kewangan juga perlu menyumbang dalam bentuk Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk membantu pengguna terutama ketika berdepan situasi sukar.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, mengambil kira konteks perniagaan sejak puluhan tahun lalu, ini adalah kali pertama negara berdepan situasi sukar begini sehingga rakyat tidak dapat menjalankan rutin harian.
Katanya, sepanjang tempoh itu juga, pengguna sebagai pendeposit menjadi tulang belakang kepada perniagaan institusi kewangan dan 'jasa' itu juga perlu dikenang dan berkongsi kesusahan dialami.
"Bukan lama pun, jumlah yang kita minta untuk moratarium juga tidaklah besar berbanding keuntungan sudah puluhan tahun.
"Beza kali ini bukanlah seperti pusingan kegawatan ekonomi seperti sebelum ini, tetapi keseluruhan kehidupan terjejas, jadi mereka patut lebih faham," katanya kepada Harian Metro.
Beliau mengulas saranan Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz yang mahu semua institusi kewangan terbabit melupuskan terus kadar faedah atau keuntungan bagi meringankan beban pengguna.
Katanya, PPIM juga sedang meneliti untuk memberikan penarafan kepada institusi kewangan seperti yang diadakan setiap tahun dan CSR ini salah satu daripada kriterianya.
"Bank juga harus ingat, pengguna gerakan kuasa pengguna begitu besar di negara ini. Jika tidak bantu, kita sebagai NGO pengguna akan memberi penarafan supaya pendeposit mengambil tindakan sewajarnya.
"Itu duit pendeposit, jadi sampai masanya mereka boleh membantu, bukan lama, enam bulan saja berbanding orang yang sudah meminjam untuk tempoh yang lama.
"Sekarang juga masih ada pinjaman berjumlah jutaan ringgit, jadi apa masalahnya kalau nak mansuhkan faedah hanya untuk tempoh tertentu," katanya.


Artikel oleh: Metro Ahad

SAMPAI MASA INSTITUSI KEWANGAN BANTU PENGGUNA

Friday, May 1, 2020

5915) RAMADAN | AL-KISAH BELI JUADAH BERBUKA 'ONLINE' - BULETIN TV3 - 30/04/2020


 

RAMADAN | Al-Kisah Beli Juadah Berbuka 'Online'

Berniaga nak pergi haji balik hari ke?" - Netizen Karipap kosong inti 'oksigen' ? Siapa pernah dapat juadah 'indah khabar dari rupa' ni?    Ikuti laporan wartawan, Juliana Sharin yang mendedahkan terdapat segelintir peniaga mengambil kesempatan dengan keterlaluan ketika Ramadan dalam PKP. Dapatkan berita-berita terkini yang tepat lagi sahih dengan SUBSCRIBE Youtube kami di Buletin TV3. Juga di laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram dengan carian Buletin TV3.
#BuletinUtama #BU #BuletinTV3 #KitaJagaKita #StopCOVID19


Artikel oleh: Buletin TV3

RAMADAN | AL-KISAH BELI JUADAH BERBUKA 'ONLINE'


https://www.youtube.com/watch?v=80suaYFoxdk&feature=youtu.be

5914) BERDUA LEBIH BAIK KE? - BERITA ALHIJRAH - 30/04/2020


5913) SUMBANGAN PKP - COVID19, PPR BERINGIN, JINJANG UTARA, KL - MOHAMAD SENUAN - 20/04/2020

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL