Showing posts with label RAMADAN. Show all posts
Showing posts with label RAMADAN. Show all posts

Thursday, April 28, 2022

PROGRAM INFAQ REZEKI RAMADAN BERSAMA MYDIN - KENYATAAN MEDIA PPIM - 27/04/2022

Kuala Lumpur – Setelah dua tahun tidak dapat menyambut bersama keluarga dan sanak saudara, sambutan Aidilfitri tahun ini nyata lebih meriah.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tidak ketinggalan memeriahkan persiapan Aidilfitri tahun ini bersama anak yatim dan pelajar tahfiz.

Memilih gudang membeli belah yang menawarkan harga paling baik dan barangan berkualiti, PPIM telah membawa 50 orang anak yatim dan pelajar tahfiz ke Pusat Membeli Belah Mydin Mall di Subang Jaya. Dana sumbangaan ini dikumpulkan melalui platform atas talian iaitu sumbangan.com.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan @ Toqqi berkata program ini berjaya diadakan hasil kerjasama di antara PPIM dan rakan sinergi iaitu MYDIN, Zain’s International, ICON Production, sumbangan.com, Yayasan Malindo Worldwide, Royal Burger, Uniti Asia Group, Halgel dan para penginfaq yang sangat dermawan.

"InsyaAllah kerjasama ini membawa impak yang sangat positif dan tentunya akan dapat membantu juga meyantuni lebih ramai golongan sasar yang memerlukan," katanya.

Nadzim turut menasihati pengguna agar berhati-hati ketika berbelanja dan memilih peniaga yang bertanggungjawab serta jujur.

"Banyak scam penjualan berleluasa masa kini, pengguna harus lebih bijak dan jangan terpedaya dengan penipuan mereka," katanya.

Nadzim dan seluruh warga PPIM turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MYDIN Holdings Berhad kerana sudi bersama-sama dan memberikan harga yang sangat berpatutan dan murah disamping penyediaan ruang program secara percuma. Turut hadir ke program hari ini ialah Pengarah Operasi Mydin Holdings, Vishnu Varthana.

Saturday, April 23, 2022

PPIM DAN COURTS MALAYSIA PILIH MAKANAN “READY TO EAT (RTE)” UNTUK SUMBANGAN INFAQ REZEKI BULAN RAMADAN - KENYATAAN MEDIA PPIM - 22/04/2022

Kuala Lumpur – Sempena Ramadan yang mulia, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan jenama rangkaian peralatan rumah terkenal, COURTS Malaysia bekerjasama mengadakan Program Infaq Rezeki Ramadhan.

Program ini bagi menyantuni beberapa penerima manfaat antaranya anak yatim, pelajar tahfiz, petugas barisan hadapan (frontliners), dan pelanggan COURTS Malaysia. PPIM dan COURTS Malaysia memilih untuk membuat sedikit kelainan pada tahun ini dengan memberi sumbangan berbentuk makanan sedia dimakan kepada penerima.

Makanan “Ready to eat (RTE)” adalah makanan yang sedia dimakan, mudah dan menjimatkan masa, juga mempunyai beberapa kelebihan antaranya dapat bertahan dalam jangka masa yang lama iaitu sehingga dua (2) tahun.

Ia dapat digunakan sebagai persediaan jika berlaku bencana/musibah seperti banjir, kebakaran, juga sesuai untuk perjalanan jauh. Ianya juga bagi memberi kesedaran keperluan makanan (RTE) bagi mengelakkan pembaziran makanan jika berlaku lebihan.

PPIM dan Courts Malaysia telah menjayakan Program Infaq Rezeki Ramadhan pada 22 April 2022 bertempat di COURTS Malaysia cawangan Setapak. Sebanyak 850 bungkus pek makanan (RTE) telah diagihkan kepada golongan sasar yang memerlukan pada program kali ini.

PPIM dan COURTS Malaysia telah memilih makanan (RTE) daripada jenama Ezeefood kerana terdapat banyak pilihan untuk juadah nasi, lauk pauk dan juga pencuci mulut. Antara menu yang diagihkan semasa Program Infaq Rezeki Ramadhan ini adalah ; Nasi Goreng Tomyam, Rendang Daging, Bubur Pulut Hitam dan Bubur Durian Kacang Hijau. Manakala Purata harga bermula daripada RM 7.00 hingga RM 19.00.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan @ Toqqi berkata kerjasama antara PPIM dan COURTS Malaysia dalam memberikan makanan (RTE) kepada para penerima manfaat merupakan satu inisiatif baru dalam mengurangkan pembaziran selain boleh dijadikan sebagai persediaan awal bekalan makanan (Food Security) jika berlaku bencana/musibah.

"Pengguna yang bijak hendaklah sentiasa berjimat cermat dalam berbelanja bagi mengelakkan pembaziran terutama dalam bulan Ramadhan ini," katanya.

Nadzim turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak COURTS Malaysia kerana berjaya mengadakan program yang sangat baik bagi memberi kesedaran kepada para pengguna.

Desiree Tan selaku Ketua Jabatan Pemasana berkata “Kami sangat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan PPIM dalam melaksanakan Program Infaq Rezeki Ramadhan pada tahun ini yang memberi sedikit kelainan dari segi makanan sumbangan. Kami melihat pemberian makanan (RTE) ini sebagai satu idea yang baru dalam mendidik pengguna lebih bijak dan memupuk kesedaran pengguna tentang pembaziran.

Pihak Courts mengutamakan kepuasan pelanggan dan ingin memastikan sambutan Hari Raya mereka kali ini lebih bermakna disamping keluarga yang tersayang. Oleh itu, Courts mengutamakan kepuasan pelanggan dan ingin memastikan sambutan Hari Raya mereka kali ini lebih bermakna disamping keluarga yang tersayang. Oleh itu, Courts ada menawarkan caj terma serendah iaitu 0.77% sebulan agar semua pelanggan dapat memiliki barangan idaman dengan ansuran yang rendah.

Untuk memberi lebih nilai pembelian, tiada caj dokumen dan bayaran pendahuluan akan dikenakan. Sekaligus, pelanggan boleh membeli tanpa memikirkan bayaran tambahan yang perlu dibuat. Seterusnya, untuk memberi ketenangan fikiran, Courts ada menyediakan pelbagai perkhidmatan tambahan.

Antaranya seperti, jaminan Lanjutan Barang dan Pakej Perlindungan akibat kecurian, kemalangan, banjir, kehilangan pekerjaan dan juga kemasukan hospital yang tertakluk kepada terma dan syarat. Khusus bagi Program Infaq Rezeki, sempena Ramadhan ini, COURTS Malaysia telah menyediakan promosi eksklusif yang bertujuan untuk menghargai semua barisan hadapan dan rakan – rakan media dengan menawarkan harga RM1 bagi pembelian tambahan di cawangan Setapak dari 22 – 24 April 2022.

Wednesday, May 27, 2020

5988) TERPENJARA KERANA MISKIN, KES PPIM DI BULAN RAMADHAN - IZHAM NAYAN - 21/05/2020


Suaminya dipenjara kerana fitnah ibu. Anak-anak pula rindukan ayah. Setiap hari bertanya ayah di mana. Ini adalah permohonan bantuan untuk dapatkan bantuan bagi menyediakan wang jaminan kpd Asraf Abdullah seorang mualaf yang merasakan dirinya dianiaya dan mohon dibicara tapi tiada wang jaminan menyebabkan dia ditahan di penjara Sg Buloh. Kalau ada sesiapa nak sedekah kami di PPIM sedang cuba membantu beliau. No akaun PPIM. CIMB, 8001230731. Sila maklumkan jika ada buat sebarang pindahan wang. 019-6655544 Terima kasih Daripada PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA


Artikel oleh: Izham Nayan

TERPENJARA KERANA MISKIN, KES PPIM DI BULAN RAMADHAN


Tuesday, May 12, 2020

5951) RANCANG PELBAGAI AKTIVITI BERSAMA SEMARAKKAN BULAN RAMADAN - SINAR HARIAN - 11/05/2020


SHAH ALAM - Kedatangan Ramadan pada tahun ini tetap disambut dengan meriah oleh Datuk Dr Ma’amor Osman sekeluarga walaupun terpaksa menjalaninya dalam keadaan terbatas susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan jangkitan koronavirus (Covid-19).
Beliau yang juga Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkata, memandangkan anak-anaknya iaitu Mardhiah, 34, dan Mohd Razeen, 19, serta anak saudara dan cucunya turut berada di rumah sejak sebelum Ramadan, mereka telah merancang pelbagai aktiviti serta ibadah untuk dilakukan bersama sepanjang bulan puasa kali ini.
“Alhamdulillah, kami dapat susun beberapa program secara teratur bagi menyemarakkan Ramadan dan alhamdulillah ia diikuti semua termasuk cucu-cucu.
“Biasanya kami sekeluarga mulakan dengan qiamullail, kemudian masak untuk sahur diikuti solat Subuh berjemaah dan tadarus al-Quran.
“Selain itu, kami juga utamakan untuk melihat tafsir-tafsir termasuk merujuk kepada ceramah tafsir dari ustaz yang muktabar,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, hikmah paling besar pada kali ini juga mereka sekeluarga diberi kesempatan untuk solat berjemaah lima waktu setiap hari.
Malah katanya, cucu sulungnya yang berusia lapan tahun juga menunjukkan kebolehan menjadi bilal untuk solat tarawih.
“Semua ibadah dan aktiviti itu kami lakukan bersama dan saya juga melihat ia sebagai satu peluang yang sangat baik untuk dimanfaatkan oleh semua umat Islam khususnya bagi menampung kekurangan sebelum ini dari segi kualiti masa bersama keluarga, anak serta cucu.
“Pada masa sama, kami sekeluarga juga dapat berkongsi pengalaman serta pengetahuan masing-masing termasuk mengajak ahli keluarga untuk sama-sama bersedekah menerusi program bantuan atau sumbangan kepada golongan memerlukan,” katanya.
Selain itu, beliau dan isterinya, Datin Rohayah Ab Rahman, 55, juga banyak menghabiskan masa menjaga sayur-sayuran serta ulam-ulaman yang ditanam sendiri di laman rumah antaranya seperti bendi, bayam brazil, bayam, kangkung, terung, serai serta ulam raja.
“Kami hasilkan baja kompos sendiri sebagai medium untuk galakkan dan suburkan hasil tanaman,” katanya berkongsi rahsia bagaimana untuk mengekalkan kecergasan diri.
Dalam pada itu, Ma’amor turut berkongsi amalan pemakanan sihat beliau sekeluarga yang wajib diambil setiap hari iaitu buah dan sayur-sayuran.
“Kami sekeluarga mengamalkan makan buah kurma, zaitun dan juga buah tin, di samping makan sekurang-kurangnya satu atau dua jenis sayur,” katanya.

Artikel oleh: Sinar Harian
RANCANG PELBAGAI AKTIVITI BERSAMA SEMARAKKAN BULAN RAMADAN

Tuesday, May 5, 2020

5932) GARDENIA HULUR BANTUAN RAMADAN - SINAR HARIAN - 05/05/2020


GARDENIA Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia) bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) terus menghulurkan bantuan kepada isi rumah di bawah kategori B40 sepanjang bulan Ramadan.
Bagi meneruskan kelangsungan Program RM1 Juta Bantuan Covid-19 Gardenia, bantuan Ramadan bernilai RM167,000 akan diberikan kepada petugas barisan hadapan seperti penghantar makanan Grab dan pemandu teksi yang berusaha menawarkan perkhidmatan kritikal kepada komuniti.
Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Awam Gardenia, Hazlinah Harun berkata, menerusi rangkaian kerjasama PPIM, PPZ-MAIWP dan Jawi, pihaknya mampu memperluas jangkauan Program Bantuan Covid-19 Gardenia kepada lebih banyak isi rumah yang memerlukan dan membantu meringankan beban petugas barisan hadapan.
“Kami berharap pek sumbangan Ramadan Gardenia ini akan membolehkan golongan kurang berkemampuan di bandar dan petugas perkhidmatan kritikal menikmati juadah secara mudah dan pantas ketika bersahur untuk permulaan hari atau semasa berbuka puasa di penghujung hari,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Menurutnya, Gardenia bersama PPIM menerusi Projek Zero Hunger akan mengedarkan sebanyak 10,000 pek sumbangan Ramadan Gardenia kepada isi rumah golongan B40 yang dikenal pasti di lima lokasi termasuk Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, Kuala Lumpur dan Rawang, Selangor.
“Bagi membantu Gardenia meluaskan jangkauan bantuan, PPZ-MAIWP akan mengedarkan sebanyak 300 pek sumbangan Ramadan Gardenia sebagai tanda penghargaan kepada barisan hadapan termasuk penghantar makanan Grab dan pemandu teksi.
“Setiap pek sumbangan Ramadan Gardenia mengandungi Ban Berinti Gardenia (Gardenia Fluffy Buns), Muffin Quick Bites, mi kuning Numee Gardenia dan sekotak kurma,” katanya.
Katanya, Gardenia juga menyediakan tambahan sumbangan sebanyak 5,000 Roti Krim Delicia dan Ban Sambal Bilis yang diedarkan bersama pihak Jawi di bawah inisiatif Jawi Food Bank kepada penduduk yang tinggal di Selangor Mansion, Malayan Mansion dan May Tower di sekitar kawasan Masjid India, Kuala Lumpur.
“Gardenia memperuntukkan lebih RM1 juta dalam bentuk bantuan khas buat masyarakat di seluruh Semenanjung Malaysia semasa dan selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Sepanjang tempoh PKP bermula 18 Mac hingga 3 Mei, sebanyak 77,500 produk keluaran Gardenia yang bernilai kira-kira RM148,000 disumbangkan bagi tujuan membantu keluarga di bawah kategori B40, petugas barisan hadapan dan pelajar yang bergantung kepada Program Food Bank,” katanya.

Artikel oleh: Sinar Harian
GARDENIA HULUR BANTUAN RAMADAN


5931) 5 MEI 2020 BERITA PAGI-KURANGKAN BEBAN-SUMBANGAN DIPERLUAS KE SELURUH NEGARA - BERITA RTM - 05/05/2020

Friday, May 1, 2020

5915) RAMADAN | AL-KISAH BELI JUADAH BERBUKA 'ONLINE' - BULETIN TV3 - 30/04/2020


 

RAMADAN | Al-Kisah Beli Juadah Berbuka 'Online'

Berniaga nak pergi haji balik hari ke?" - Netizen Karipap kosong inti 'oksigen' ? Siapa pernah dapat juadah 'indah khabar dari rupa' ni?    Ikuti laporan wartawan, Juliana Sharin yang mendedahkan terdapat segelintir peniaga mengambil kesempatan dengan keterlaluan ketika Ramadan dalam PKP. Dapatkan berita-berita terkini yang tepat lagi sahih dengan SUBSCRIBE Youtube kami di Buletin TV3. Juga di laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram dengan carian Buletin TV3.
#BuletinUtama #BU #BuletinTV3 #KitaJagaKita #StopCOVID19


Artikel oleh: Buletin TV3

RAMADAN | AL-KISAH BELI JUADAH BERBUKA 'ONLINE'


https://www.youtube.com/watch?v=80suaYFoxdk&feature=youtu.be

Monday, May 22, 2017

3735) Ramadan bakal tiba dalam tempoh kurang seminggu. Mengenang Ramadan tahun lalu, penulis melaluinya ketika sarat mengandungkan zuriat sulung. Alhamdulilah, tempoh itu Berjaya ditempuhi dengan baik biarpun pada hari pertama Ramadan penulis terpaksa berulang-alik ke klinik sebanyak tiga kali untuk memeriksa kadar gula dalam darah. Keputusan ujian darah pada sebelah pagi dan petang adalah normal tetapi pemeriksaan kira-kira sejam selepas berbuka puasa mendapati kandungan gula dalam penulis agak tinggi. Semuanya gara-gara tiga gelas air tebu dan makanan lain yang dijamah ketika berbuka puasa tanpa rasa bersalah. Keputusan ujian itu juga turut memakan diri sendiri kerana penulis bukan sahaja merisikokan diri dan kandungan tetapi terpaksa berulang-alik ke klinik setiap minggu untuk melakukan ujian yang sama tiga kali iaitu pada pukul 8 pagi, 2 petang dan 8.30 malam. Insiden itu menjadi pengajaran supaya penulis lebih berhati-hati ketika memilih juadah berbuka puasa dengan mengurangkan pengambilan makanan dan minuman bagi memastikan kadar gula dalam darah terkawal. Bagaimanapun, sukar untuk menepis godaan pelbagai jenis makanan yang biasanya hanya ditemui pada Ramadan sama ada di bazar Ramadan ataupun di restoran dan hotel. Godaan kepelbagaianmenu tidak hanya kerana tarikan hidangan tersebut sebaliknya ia lebih kepada “balas dendam” kerana tidak dapat menikmati makanan seharian menyebabkan orang ramai membeli hidangan melampui had yang boleh dimakan. “ Bulan puasa memberi peluang untuk kurangkan makan, kurang membazir dan membuat amalan yang baik-baik serta berjimat cermat. Jangan pula kita satukan makanan yang kita tidak dapat makan selama seharian berpuasa secara berlebihan pada waktu berbuka puasa,” ujar Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan. Jelasnya, kebanyakkan orang yang berpuasa akan tertarik untuk merasa semua jenis makanan ketika lapar tetapi apabila tiba waktu berbuka, mereka hanya boleh makan pada kadar yang diperlukan sahaja. Selebihnya dibazirkan begitu sahaja. Menurutnya, bulan Ramadan perlu dimanfaatkan untuk mendidik diri menjaga kesihatan dengan menjaga kesihatan dengan mengurangkan pengambilan makanan berlebihan.

                  KOSMO 22.5.2017
 Ramadan bakal tiba dalam tempoh kurang seminggu. Mengenang Ramadan tahun lalu, penulis melaluinya ketika sarat mengandungkan zuriat sulung. Alhamdulilah, tempoh itu Berjaya ditempuhi dengan baik biarpun pada hari pertama Ramadan penulis terpaksa berulang-alik ke klinik sebanyak tiga kali untuk memeriksa kadar gula dalam darah. Keputusan ujian darah pada sebelah pagi dan petang adalah normal tetapi pemeriksaan kira-kira sejam selepas berbuka puasa mendapati kandungan gula dalam penulis agak tinggi. Semuanya gara-gara tiga gelas air tebu dan makanan lain yang dijamah ketika berbuka puasa tanpa rasa bersalah. Keputusan ujian itu juga turut memakan diri sendiri kerana penulis bukan sahaja merisikokan diri dan kandungan tetapi terpaksa berulang-alik ke klinik setiap minggu untuk melakukan ujian yang sama tiga kali iaitu pada pukul 8 pagi, 2 petang dan 8.30 malam. Insiden itu menjadi pengajaran supaya penulis lebih berhati-hati ketika memilih juadah berbuka puasa dengan mengurangkan pengambilan makanan dan minuman bagi memastikan kadar gula dalam darah terkawal. Bagaimanapun, sukar untuk menepis godaan pelbagai jenis makanan yang biasanya hanya ditemui pada Ramadan sama ada di bazar Ramadan ataupun di restoran dan hotel. Godaan kepelbagaianmenu tidak hanya kerana tarikan hidangan tersebut sebaliknya ia lebih kepada “balas dendam” kerana tidak dapat menikmati makanan seharian menyebabkan orang ramai membeli hidangan melampui had yang boleh dimakan. “ Bulan puasa memberi peluang untuk kurangkan makan, kurang membazir dan membuat amalan yang baik-baik serta berjimat cermat. Jangan pula kita satukan makanan yang kita tidak dapat makan selama seharian berpuasa secara berlebihan pada waktu berbuka puasa,” ujar Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan. Jelasnya, kebanyakkan orang yang berpuasa akan tertarik untuk merasa semua jenis makanan ketika lapar tetapi apabila tiba waktu berbuka, mereka hanya boleh makan pada kadar yang diperlukan sahaja. Selebihnya dibazirkan begitu sahaja. Menurutnya, bulan Ramadan perlu dimanfaatkan untuk mendidik diri menjaga kesihatan dengan menjaga kesihatan dengan mengurangkan pengambilan makanan berlebihan.

Monday, July 13, 2015

2756) THE MALAYSIAN INSIDER - 11/7/2015 - RESTAURANTS DO THEIR PART TO CUT RAMADAN FOOD WASTAGE

A family breaks their fast outside a shopping mall during Ramadan in Kuala Lumpur on July 2, 2015. Restaurants are taking steps to reduce food wastage following a recent reminder that 270,000 tonnes of edible leftovers are thrown away every year during the fasting month. – AFP pic, July 11, 2015. 

A few restaurants have taken steps to reduce food waste during Ramadan, following a sombre reminder recently issued that some 270,000 tonnes of edible leftovers are thrown away every year during the fasting month.

At least three eateries in the Klang Valley have taken measures such as making customers pay for unfinished meals, or by issuing reminders to patrons over the public address system to finish their food.

These simple measures have so far been effective in raising awareness and ensuring customers do not waste food, they said.

The Alamo Restaurant in Kampung Baru near the heart of Kuala Lumpur city has a policy of charging customers for leftovers. “This is the effective way to reduce food wastage. As far as we are concerned, there has been no wastage at our restaurant,”

Alamo's sales and marketing manger Nadia Razman said in a recent interview. “We even put a note about food wastage at our food stations, and before we show them their table, we will remind them that they will be charged for any leftovers,” she said.

The restaurant allows customers to take as much as they want at its buffet, but the policy is effective in making them exercise more caution in the amount they take, Nadia said.

Some patrons even reminded their dining partners not to take more food than they could consume, she added. “Some customers are willing to sit back and finish their food when we tell them that leftovers will be charged, because they don't want to be charged." 

Another of the Alamo's practices is to cook dishes according to the number of reservations received, Nadia said.

National news agency Bernama last month reported that about 270,000 tonnes of leftovers that could still be consumed were thrown away annually during Ramadan.

This was according to Solid Waste and Public Cleansing Management Corporation (SWCorp) chief executive officer Datuk Ab Rahim Md Noor, who also said the food could have fed 180 million people, or six times the country’s population of 27 million. If the food were arranged in piles, the height of it would stand as tall as 30 Kuala Lumpur City Centre (KLCC) buildings, he had also said.

D’best Cafe and Catering in Shah Alam meanwhile uses announcements to remind customers not to take food excessively. Hisham Hashim who runs the outlet said the announcement also informed patrons that wasting food was a "bad attitude". "Some of them will understand it,” he said of his patrons.






Communication with the kitchen is also important to reduce wastage, Hisham said. “At about 7.30 or 7.45pm, after the customers have taken most of the food, we will go around and see which dishes need to be topped up. I always communicate with the cooks in the kitchen to reduce wastage and essentially reduce cost.”

Hisham also has a "plan B" in the event of leftovers: he donates the sweets and kuih to the nearest surau.

Subak restaurant manager Fariz Mohd Salleh said they had minimal wastage as food was prepared based on the number of reservations a night. Leftovers were packed for employees to take home. “Wastage in restaurant is minimal, not as much as in the hotels. “Most of our customers know their limits on how much food they can consume, and we don't place any reminder because we don’t want control our customers,” he said.

Subak also does not impose extra charges on unfinished food, he added.

Hotels still appear to be the biggest culprits, and Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) president Datuk Nadzim Johan was also reported saying that they were particularly guilty of excessive food preparation. “The buffet spread prepared particularly by hotels are enormous. In this regard, hotel owners should set up a mechanism to penalise customers who waste food. If the hotels have a mechanism in place, I’m sure customers will think twice or thrice about wasting food,” Bernama reported him saying.

But Ramadan or not, Malaysians would do well to remember that some 8,000 tonnes of food goes to waste per day, enough to feed six million people.

SWCorp's Ab Rahim, who gave this figure, also says that food leftovers comprise 45% of solid waste generated and is costly to manage, to the tune of billions of ringgit each year. – July 11, 2015.

Thursday, July 2, 2015

2732) THE STAR - 1/7/2015 - FOOD GETTING PRICIER AT RAMADAN BAZAARS


KUALA LUMPUR: As Muslims and non-Muslims alike flock to Ramadan bazaars in search of buka puasa delicacies, stall operators can look forward to reaping a handsome profit.
Unfortunately, many traders are beginning to regard these bazaars as a veritable goldmine, often marking up the prices of their foodstuffs by ridiculously high amounts in an effort to rake in excessive profits.
Bazaar-goers have also been griping about the shrinking sizes of the various kuih-muih and other popular foodstuffs, despite the higher prices.
There have also been complaints of spoilt food being sold at some stalls.
As expected, the traders are blaming the stiffer prices on the Goods and Services Tax (GST) and higher petrol and diesel prices.
But RM1 for a tiny piece of kuih? Now, isn't that considered a little too expensive?
SIZE SHRINKING BUT PRICE SOARING
A survey of Ramadan bazaars at Wangsa Melawati, Wangsa Maju, Keramat AU2, Bandar Seri Permaisuri and Taman Len Seng, all in Kuala Lumpur, showed that the public's complaints were not entirely baseless as the writer herself was shocked at the prices of some the foodstuffs.
Social media users have also taken to venting their frustration through Twitter and Facebook, claiming that some traders were taking advantage of consumers by raising prices indiscriminately, just to make a quick profit.
Twitter user, @amirul_idhamAB, pointed out to a trader at the Ramadan bazaar in Batu Pahat, Johore, whose murtabak was priced at RM4 per small piece.
"There has been a slight increase in the prices of (some) food but not all... murtabak at RM4 in Batu Pahat is, indeed, considered expensive," he said.
Another Twitter user, @thezulfo, highlighted a trader at the Ramadan bazaar in Wangsa Melawati, who charged steep prices. For instance, his popiah basah was priced at RM1 apiece, roti john at RM5, murtabak RM4 and tau fu fah RM2.
"Prices have gone up at other bazaars too. The (price of) nasi ambeng at Tasik Bandar Permaisuri Cheras has increased by 50 sen... previously we could get four pieces of fried cempedak for RM2, now we can only get three pieces...and some of them have reduced the sizes of their food portions.  
"Price hikes are normal because of yearly inflation. If it's a 20-sen hike, it's okay but a 50-sen or RM1-increase due to GST is too much," he said in a series of tweets.
Puteri Nurul Nabila, who uses the tweet handle @pnnhellokitty, said: "It's alright if price is high but (food is) tasty. Here, they sell expensive foodstuff which is not at all delicious."
@TheDidiey posted a trader's response when asked why his prices had gone up: "What else can we do, we traders too have to pay GST."
@NamaSayaLoqman said he has elected to prepare his own buka puasa spread as it was more economical compared with buying food at the local Ramadan bazaar.
ERRANT TRADERS CAN BE PENALISED
Meanwhile, the Ministry of Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism's Deputy Director of Enforcement Datuk Iskandar Halim Sulaiman said stern action would be taken against traders who hiked up their prices solely for financial gain.   
Although buka puasa delicacies were not considered controlled items, errant traders could still be taken to task under the Price Control and Anti-Profiteering Act 2011 if their business practices smacked of profiteering elements.         
"If our checks reveal that the price hikes are unavoidable as a result of higher raw material costs or transport costs, and that their profit margins are within reasonable limits, then we will have to take these things into consideration.
"But if we find the quantum of price hike unreasonable and the traders' profit margin higher than usual, then it's regarded as profiteering and action can be taken," he said, when contacted by Bernama.
He said legal action could also be taken against traders who failed to display the prices of their products.
SURPRISE CHECKS
Iskandar said since June 23, enforcement officers have been conducting surprise checks on various Ramadan bazaars all over the country and monitoring the prices of the foodstuffs on sale, to ensure that the traders were abiding by the relevant laws.
He said over a period of six days since then, a total of 32,000 food premises at Ramadan bazaars were inspected and 512 warnings have been issued to traders for various offences.
"Four stall operators were issued immediate compounds as they failed to display the prices of the foodstuffs they sold," he said.
He added that to date, only nine complaints regarding grossly overpriced food items have been received from the public.
"If consumers come across premises charging unreasonably high prices, they should lodge a report and indicate the quantum of the price hike so that we can investigate and carry out a surprise check (on the premises concerned)," he  said.
WIELDING CONSUMER POWER         
Muslim Consumers Association of Malaysia Chief Activist Datuk Nadzim Johan said his association has also been receiving numerous complaints from the public over the excessive prices of food and drinks sold at Ramadan bazaars. There were even reports that fresh sugarcane juice was being sold at RM5 a packet, from RM2.50 in previous years.
He urged consumers to exert their power by voicing out their disapproval whenever they came across ridiculously-priced foodstuffs or drinks. If the traders concerned insisted on maintaining their prices, then the onus was on the consumers to boycott them or report them to the relevant authorities.
"Operators of small stalls cannot impose GST on their customers, but some of them are forced to raise the prices of their food items because they have to pay GST on some of the raw materials used.
 "If the price increase is reasonable, we can accept it, but then there are some traders who are trying to throttle consumers by charging absurd prices.
It's important for consumers to remember that if they don't purchase, there will be no sales," he said.
Nadzim also reminded consumers to buy moderate amounts of buka puasa fare and curtail impulse buying, as it would help to reduce wastage of food and even money.
"Sometimes we have the tendency to buy a lot... whatever we see we buy, but in the end we're not able to consume all the food. Just limit the amount of food and drinks that you want to buy to a few varieties," he said. - Bernama

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL