Tuesday, October 6, 2015

2873) #ForumPengguna2015: TIMBALAN MENTERI KEWANGAN DISAHKAN HADIR BERSOAL JAWAB ISU #GST - @MOFMalaysia


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mula menganjurkan Forum Pengguna sejak empat tahun lalu, dan ia juga turut dijadikan sebagai program tahunan dengan harapan dapat dijadikan titik pertemuan masalah-masalah yang dihadapi pengguna di seluruh Malaysia.

Sebarang keterangan lanjut, boleh hubungi Seketeriat Forum di talian; 03 - 404700414 atau 019 - 9130000.Untuk...
Posted by Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) on Tuesday, October 6, 2015

Antara isu yang dilihat berjaya membuka mata agensi berkaitan serta menimbulkan kesedaran di kalangan pengguna melalui Forum Pengguna yang dianjurkan sebelum ini antaranya adalah Ceti Haram (Ah Long), premis perjudian haram, sindiket Awang Hitam Black Money, dan penipuan Gores & Menang.


Selain itu, forum ini dijadikan platform yang digerakkan PPIM untuk pengguna bagi menyuarakan pandangan mereka sekaligus menjadi agen pendesak kepada pihak berwajib, di mana PPIM merupakan badan yang bertindak sebagai NGO pelaksana.

Hasil kejayaan tersebut, program ini diteruskan untuk edisi yang ke-5 pula, di mana buat julung kalinya PPIM bekerjasama dengan Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) serta Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) untuk penganjuran ‘Forum Pengguna V 2015'.

Forum yang akan diadakan pada:


TARIKH: 17 & 18 Oktober 2015
TEMPAT: Dewan Razakian, Aras 2, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Jalan Tangsi, Kuala Lumpur.

 

Sebanyak TIGA TOPIK UTAMA berkaitan pengguna (isu-isu semasa & terkini) akan diketengahkan sekaligus dibincankan pada forum kali ini, iaitu:
  • Impak penyalahgunaan media sosial
  • Cukai GST (Perlu penambahbaikan atau tidak?)
  • Isu sentimen perkauman dikalangan rakyat Malaysia.

Antara panel yang telah mengesahkan kehadiran adalah:
  • Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani
  • Ketua Kumpulan Karangkraf, Datuk Husamudin Yaacub

Yang menariknya adalah, hasil perbincangan melalui forum kali ini akan disiarkan secara langsung di kaca televisyen melalui Bernama TV (saluran 502). 

Kemeriahan luar biasa dirasai kerana setakat ini sudah hampir 200 pengguna telah mendaftarkan diri sebagai peserta untuk mengikuti forum selama dua hari berturut-turut ini,

Bagi majlis penutupan f"Forum Pengguna V 2015', ianya  akan disempurnakan oleh Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hamzah Zainuddin.


Sebarang keterangan lanjut, boleh hubungi Seketeriat Forum di talian;
03 - 404700414/019 - 9130000.

Untuk maklumat terkini di media sosial mengenai 'Forum Pengguna V 2015' pula, layari:

FACEBOOK: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
TWITTER: @PPIM4U
BLOG: http://ppim4u.blogspot.com
WEBSITE: www.ppim.org.my


2872) UTUSAN - 5/10/2015 - SCAM: AWAS PANGGILAN TELEFON!


2871) UTUSAN - 5/10/2015 - LOGO HALAL: MANA SATU ASLI?







2870) HARIAN METRO - 3/10/2015 - INI SALAH AYAH, MAAFKAN AYAH



Saturday, October 3, 2015

2869) KEMPEN PENURUNAN HARGA: KPDNKK TURUT 'GEMPUR' RESTORAN SELURUH NEGARA


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bercadang melaksanakan kempen penurunan harga kedua dengan kali ini melibatkan restoran di seluruh negara.

Menteri berkenaan Datuk Hamzah Zainuddin berkata, ini berikutan kejayaan kempen pertama yang menumpukan kepada pengusaha runcit termasuk pasar raya besar dan pasar raya mini di negara ini.

“Kementerian sedang berbincang dengan persatuan restoran untuk melaksanakan kempen kedua ini dalam masa terdekat," katanya dalam sidang media selepas melancarkan kempen penurunan harga barang di sini, hari ini.

Menurutnya sebaik mendapat persetujuan, restoran akan melaksanakan penurunan harga makanan mengikut jenis yang telah ditetapkan secara sukarela untuk pelanggan mereka.

"Contohnya minggu ini, roti canai di seluruh negara turun harga.. minggu satu lagi mungkin nasi beriani. Strategi begini akan kita umumkan dari semasa ke semasa," katanya.

Beliau berkata, dengan cara itu kementerian boleh menukar konsep budaya membeli rakyat negara ini.

Terdahulu, beliau melancarkan Kempen Penurunan Harga – Harga Rendah Setiap Hari Sepanjang Tahun di Point Convenience Shop, Bangunan JB Sentral di sini.

Menurutnya kedai itu akan menurunkan harga barangan berbeza setiap bulan sepanjang tahun ini.

Hamzah berkata, setakat ini sebanyak 55 syarikat dan 2453 cawangan pasar raya seluruh negara secara sukarela menyertai kempen penurunan harga barang yang melibatkan 934,873 jenis barang makan dan keperluan sejak Mac lalu. - Bernama

Friday, October 2, 2015

2868) LENGAHKAN BAYARAN: GLC MAHU ANIAYA KONTRAKTOR MELAYU?


PENDEDAHAN Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berhubung sikap sambil lewa syarikat milik kerajaan (GLC) apabila melengah-lengahkan bayaran kepada kontraktor Melayu sewajarnya membuka mata semua pihak khususnya kerajaan.
Artikel berkaitan: KELEWATAN BAYARAN OLEH AGENSI KERAJAAN PUNCA USAHAWAN BUMIPUTERA GULUNG TIKAR
Tindakan seperti ini boleh disifatkan sebagai satu penganiayaan kerana pihak GLC terbabit gagal melunaskan bayaran sedangkan projek yang diberikan kepada kontraktor Melayu berkenaan telah pun disiapkan.

Masakan tidak, mereka (kontraktor Melayu) terpaksa mengeluarkan modal untuk menyiapkan satu-satu projek yang telah diberikan dalam tempoh masa tertentu dan mengikut prosedur GLC terlibat perlu melunaskan bayaran selepas 45 hari projek itu siap.


Difahamkan yang sering menjadi mangsa adalah syarikat kecil dan dikendalikan oleh kontraktor muda yang baru menapak dalam bidang perniagaan.

Kebetulan pula kejayaan mereka mendapat projek tersebut adalah disebabkan sebut harga yang ditawarkan lebih rendah berbanding syarikat-syarikat lain ketika bidaan tender dibuat.

Tidak dinafikan peluang yang diberikan oleh GLC atau agensi kerajaan kepada kontraktor terbabit (kebanyakan kelas E dan G2) amat baik tetapi kegagalan melunaskan bayaran adalah sesuatu yang tidak patut dan dianggap menganiaya.

Sebagai contoh mudah, sebuah syarikat kontraktor Melayu kecil berjaya memperoleh projek bernilai RM100,000 daripada sebuah GLC dan dengan nilai projek sebegini, keperluan modalnya mungkin sekitar RM30,000 hingga RM45,000. Justeru, kegagalan GLC berkenaan menyelesaikan bayaran selepas projek selesai akan memberi kesan kepada pusingan modal kontraktor kecil berkenaan.

http://ppim4u.blogspot.my/2015/10/2866-utusan-malaysia-1102015-pegawai.html
Pihak GLC terbabit perlu sedar, sebagai sebuah syarikat baharu, mereka mungkin terpaksa meminjam daripada keluarga khususnya ibu bapa, adik beradik yang berkemampuan dan mungkin juga melalui pinjaman kredit disediakan oleh kerajaan bagi membolehkan projek dijalankan.

Sebab itu ada di antara ibu bapa yang tidak mempunyai wang ringgit sanggup mencagar tanah milik mereka di kampung semata-mata mahu membantu anak masing-masing meneruskan projek yang telah diberikan itu.

Mereka yang cuba membuat pinjaman antaranya dengan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) pula terpaksa melalui tempoh tertentu sebelum diluluskan dan dibimbangi sekiranya gagal mendapat pembiayaan kontraktor berkenaan mengambil jalan singkat dengan membuat pinjaman ‘along'.

Jika itu berlaku dikhuatiri mereka bakal berhadapan pelbagai ugutan serta ancaman sekiranya hutang ‘along' gagal dilangsaikan memandangkan kadar faedah yang dikenakan adalah terlalu tinggi.

http://ppim4u.blogspot.my/2015/09/2862-keratan-akhbar-3092015-segerakan.html
Perbuatan GLC ini sebenarnya membantutkan kemajuan usahawan berkenaan sedangkan kontraktor-kontraktor muda ini cukup berpotensi dalam bidang tersebut berdasarkan kekemasan dan ketelitian kerja dalam setiap projek yang diberikan. Paling menghairankan GLC yang dimaksudkan adalah syarikat-syarikat besar dan mustahil mengalami masalah kekurangan dana.

Sebenarnya bayaran projek daripada GLC itu amat diperlukan demi kelangsungan kontraktor-kontraktor Melayu dalam bidang perniagaan. Apa salahnya, selepas siap sahaja projek bayaran terus diberikan dan bukan ‘diperam' sehingga peringkat menganiaya kontraktor terlibat.

Bukankah tindakan seperti ini jelas tidak menyokong hasrat kerajaan yang mahu melihat lebih ramai kontraktor-kontraktor Melayu dilahirkan sejajar dengan usaha kerajaan menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi?

Dalam satu perbualan antara penulis dengan seorang kontraktor muda sekitar usia 28 tahun, beliau begitu terkilan dengan situasi tersebut.

Bahkan katanya, terdapat sebuah institusi pengajian milik agensi kerajaan yang sehingga kini gagal melunaskan bayaran kepadanya walaupun projek itu telah siap pada Oktober tahun lalu.

“Sudah hampir setahun saya masih belum mendapat bayaran lagi. Meskipun nilai projek hanya RM26,000 sahaja tetapi wang ini amat diperlukan terutama untuk dijadikan pusingan modal untuk projek-projek akan datang selain bayaran tertunggak yang perlu di­selesaikan,” katanya yang telah memulakan perniagaan lebih setahun lalu.

Beliau merupakan satu contoh terbaik bagaimana seorang kontraktor muda (graduan universiti tempatan) terpaksa berhadapan dengan isu bayaran projek walaupun kerja-kerja telah lama disiapkan.

Berdasarkan pengalamannya juga, katanya, pihak GLC juga tidak terkecuali daripada terlibat dalam isu melengah-lengahkan pembayaran hingga menyebabkan ada kontraktor hanya mampu bertahan selama tiga bulan sahaja sebelum terpaksa gulung tikar.

Penulis juga pernah berbual dengan seorang rakan kontraktor berjaya yang kini terlibat dengan projek bernilai jutaan ringgit dan beliau ada menceritakan bagaimana sukarnya untuk mendapatkan bayaran projek (dibayar berdasarkan kemajuan projek).

Namun begitu isu yang dibangkitkannya itu tidak melibatkan GLC mahu pun agensi kerajaan tetapi membabitkan sebuah syarikat korporat yang hebat di negara ini.

Katanya, beliau terpaksa ‘turun naik’ ibu pejabat syarikat korporat tersebut untuk menuntut bayaran sehingga peringkat seumpama ‘peminta sedekah’ yang sepatutnya perkara itu tidak berlaku apatah lagi nilai projek itu mencecah jutaan ringgit. Sudah tentu modal yang digunakan oleh kontraktor berkenaan itu juga mencecah jutaan ringgit.

Sehubungan itu, kerajaan mahu tidak mahu perlu bertindak demi kelangsungan kontraktor-kontraktor Melayu.

Sekiranya tiada sebarang tindakan drastik diambil akhirnya satu persatu kontraktor Melayu terpaksa gulung tikar disebabkan perbuatan tidak bertanggugjawab oleh GLC terlibat seperti mana pendedahan yang dilakukan oleh Nadzim dalam sidang akhbarnya sebelum ini.

Sumber dari artikel Utusan Malaysia:Tolonglah, jangan aniaya kontraktor Melayu

Thursday, October 1, 2015

2867) MINGGUAN MALAYSIA - 13/09/2015 - JAMINAN PAMPASAN BANTU PERLAKSANAAN JaLB

MINGGUAN MALAYSIA - 13 SEPTEMBER 2015, AHAD
JAMINAN PAMPASAN BANTU PERLAKSANAAN JaLB


Nota: JaLB merujuk kepada Program Jalan Luar Bandar. Klik SINI untuk maklumat lanjut.

2866) UTUSAN MALAYSIA - 1/10/2015 - PEGAWAI KERAJAAN, GLC PERLU DIPANTAU



2865) #PPIM TERIMA 10 HINGGA 15 ADUAN 'SCAM' SETIAP BULAN

DIKEMASKINI PADA 1/10/2015 @ 10:45PM


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima antara 10 hingga 15 aduan setiap bulan daripada individu yang menjadi mangsa scam dan sindiket penipuan yang mengakibatkan kerugian masing-masing sehingga mencecah puluhan ribu ringgit.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, mangsa yang ditipu tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya memandangkan sindiket itu menggunakan taktik licik yang sukar dikesan ketika memperdaya mangsa.

“Antara aduan yang kami terima, mangsa mendapat panggilan kononnya daripada Bank Negara bahawa ada orang lain dikesan mengeluarkan wang daripada akaun dan mangsa perlu segera memindahkan baki wang tersebut ke satu lagi akaun lain untuk mengelakkan lebih banyak wang lesap.

“Mangsa yang sengaja ditakutkan oleh pihak yang menipu tiada pilihan selain terpaksa memasukkan sejumlah wang yang diminta memandangkan nombor yang tertera di skrin telefon ketika panggilan diterima adalah daripada Bank Negara dan tidak menimbulkan syak wasangka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Melalui maklumat yang diterima katanya, sindiket menggunakan sistem perisian yang boleh memanipulasi mangsa dengan menggunakan nombor telefon mana-mana agensi kerajaan mahupun bank-bank terkemuka untuk mengelirukan mangsa seolah-olah panggilan itu benar-benar diterima daripada pihak yang sah untuk berbuat demikian.

“Disebabkan itulah kadang-kadang panggilan yang diterima tertera nombor agensi-agensi kerajaan ataupun bank kerana mereka menggunakan sistem perisian yang dipercayai mampu berfungsi memaparkan nombor telefon yang didaftarkan dari lokasi berbeza.

“Oleh itu, orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati dan merujuk perkara tersebut kepada pihak tertentu sebelum sebarang transaksi kewangan dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini mengenai sikap orang ramai yang masih kurang kesedaran sehingga mudah diperdaya sindiket penipuan melalui panggilan telefon sejak kebelakangan ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, kegiatan yang dikesan mula aktif sejak empat tahun lalu menggunakan modus operandi dengan memperkenalkan diri sebagai ejen sebuah bank terkemuka sebelum meminta mangsa memberikan nama penuh dan nombor kad pengenalan untuk pengesahan.

Mangsa kemudiannya diminta membuat transaksi atau pemindahan wang ke akaun lain kononnya bertujuan menyelamatkan wang mangsa daripada dikeluarkan pihak tertentu. - UTUSAN

2864) SEJARAH TERCATAT, BENDERA PALESTIN DIKIBAR DI IBU PEJABAT PBB BUAT PERTAMA KALI!


Palestin bakal melakar sejarah apabila buat pertama kali bendera negara bergolak itu akan dinaikkan dan dikibarkan di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, hari ini.

Ia sekali gus memberikan sinar baru kepada negara itu dalam membawa mesej mereka untuk mencapai kemerdekaan dan negara berdaulat, sekali gus menghentikan sengketa dengan rejim Zionis.

Acara menaikkan bendera selama 15 minit itu dijadual turut dihadiri Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada jam 1 tengah hari (waktu tempatan New York - kira-kira 1 pagi Malaysia), selepas kedua-duanya menyampaikan ucapan sempena Perhimpunan Agung PBB.

Abbas membayangkan ini adalah harapan baru kepada rakyat Palestin untuk menjadi negara merdeka dan sokongan PBB sebagai simbolik bagi menyokong aspirasi penubuhan negara itu.

"Ia satu lagi langkah untuk mengukuhkan negara Palestin di arena antarabangsa," katanya. Pada Perhimpunan Agung PBB 10 September lalu, satu draf resolusi telah dibentangkan mengenai pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara yang mendapat sokongan 119 negara, lapan menentang termasuk Israel dan Amerika Syarikat, manakala 45 lagi berkecuali.

Resolusi itu membolehkan bendera Palestin yang memiliki status pemerhati, dikibarkan bersama-sama bendera negara anggota PBB yang lain - BERITA HARIAN

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL