Showing posts with label UNIVERSITI. Show all posts
Showing posts with label UNIVERSITI. Show all posts

Wednesday, September 18, 2024

PARENTS COMPLAIN THAT A PUBLIC UNIVERSITY IN RAUB HAS NO DORMITORIES AND PUBLIC BUSES ARE INCONVENIENT FOR STUDENTS - SIN CHEW - 15/09/2024

 

(Raub, 15th) The Malaysian Islamic Consumers Association received complaints from parents stating that about 500 students at a public university in Raub, Pahang, do not have university dormitories to live in, the number of rental houses nearby is limited, and there are no public buses running around, causing great trouble to the students.

The association urged the university management to pay attention to the problems faced by students and take steps to resolve them so that students will not be unable to attend classes at the university and their studies will be affected.

Nadzim Johan: No bus travel between university and city

The association's president Nadzim Johan, said in a statement: "Have the universities forgotten their responsibilities? Are they only admitting students without considering their welfare?"

"Students and parents also told our association that there are very few houses for rent near the university and there are no buses running between the university and Raub town, which is very inconvenient."

He said each university student has to pay RM300 to RM500 in rent, which does not include living expenses, daily necessities, internet access and transportation, which together cost up to RM1,000 per month.

He added that the government aid students receive is only RM300 to RM500 per month and that the students do not come from wealthy families.

Universities urged to consider online teaching

Nadzim Johan called on the university to consider adopting online teaching or transferring students to other institutions with more dormitories.

"So far, about 500 students have not been allocated university accommodation or rented accommodation outside the university."

Students warned by university management He said the students complained to the university management, but were warned by the management that disciplinary action would be taken against the students if the matter was exposed in the media.

"They have nowhere to complain and hope the Ministry of Higher Education will be informed of the incident."

Recently, there were reports on social media that parents of students were lamenting that a public university in Raub was unable to accommodate students in dormitories, a problem that has been repeating itself for decades.

Article by: Sin Chew

https://www.sinchew.com.my/?p=5921841

Saturday, September 14, 2024

RATUSAN PENUNTUT UNIVERSITI DI RAUB TIADA TEMPAT TINGGAL, KPT DIMINTA SELESAIKAN - PPIM - MALAYSIA GAZETTE - 14/09/2024

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa ratusan pelajar sebuah universiti di Raub, Pahang  tidak mendapat asrama sehingga menyukarkan mereka meneruskan pengajian di sana.

Menurutnya, perkara itu diadukan oleh ibu bapa penuntut institut pengajian tinggi terbabit selepas aduan dan rayuan kepada pihak universiti didakwa dibalas dengan memo ugutan.

Susulan itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berharap Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengambil maklum perkara ini dan pada masa sama menggesa pihak universiti terbabit lebih prihatin dengan kesusahan dihadapi pelajarnya.

“”Apakah pihak universiti lupa akan tanggung jawab mereka? Adakah mereka mengutamakan pengambilan semata tanpa memikirkan kebajikan pelajar?” soal Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan.

Nadzim berkata kumpulan pelajar dan ibu bapa yang membawa perkara itu ke PPIM mendakwa jumlah rumah sewa berdekatan kampus juga amat terhad, selain tiada  pengangkutan awam untuk ke kampus turut membelenggu mereka.

“Setiap pelajar perlu membayar sewa antara RM300 hingga RM500 seorang, tidak termasuk kos sara diri, pembelian barang keperluan lain seperti capaian internet dan pengangkutan yang boleh mencecah sehingga RM1,000 sebulan,” katanya.

Tambahnya, bantuan sara diri pelajar yang diterima pelajar hanya RM300-RM500 sebulan dan rata-rata mereka yang terkesan bukanlah dari keluarga yang berkemampuan.

Justeru, PPIM menyeru pihak universiti yang berkenaan untuk mempertimbangkan alternatif lain termasuk pengajian atas talian atau penukaran pelajar ke kampus yang mempunyai kapasiti asrama lebih besar.

Sehingga kini PPIM dimaklumkan hampir 500 orang pelajar universiti berkenaan masih belum mendapat tempat di asrama atau rumah sewa.

“Aduan dan rayuan kepada pihak universiti pula dibalas dengan memo ugutan tindakan tatatertib jika perkara ini sampai kepada pengetahuan media. Mereka tiada tempat untuk mengadu, bantulah mereka,” ujar beliau.

Baru-baru ini tular di media sosial keluhan ibu bapa pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Raub mengenai penempatan pelajar.

Kumpulan ibu bapa itu mendakwa universiti awam itu tidak prihatin tentang keperluan pelajar dan perkara itu bukan hanya berlaku di kampus di Pahang dan ia sudah berlarutan berpuluh-puluh tahun. – MalaysiaGazette

Artikel oleh: Malaysia Gazette

RATUSAN PENUNTUT UNIVERSITI DI RAUB TIADA TEMPAT TINGGAL, KPT DIMINTA SELESAIKAN - PPIM

https://malaysiagazette.com/2024/09/14/ratusan-penuntut-universiti-di-raub-tiada-tempat-tinggal-kpt-diminta-selesaikan-ppim/

PIHAK UNIVERSITI HARUS LEBIH PRIHATIN KEBAJIKAN PELAJAR - KENYATAAN MEDIA PPIM - 14/09/2024

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak pengurusan universiti supaya lebih prihatin dengan kesusahan dihadapi pelajarnya.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan @ Toqqi berkata pihaknya menerima aduan pelajar dan ibu bapa dari sebuah universiti awam di Raub, Pahang yang mendakwa ratusan pelajar tidak mendapat tempat di kolej atau asrama pelajar sehingga menyukarkan mereka meneruskan pengajian di sana.

"Apakah pihak universiti lupa akan tanggung jawab mereka? Adakah mereka mengutamakan pengambilan semata tanpa memikirkan kebajikan pelajar?" Katanya.

Nadzim berkata kumpulan pelajar dan ibu bapa yang membawa perkara itu ke PPIM mendakwa jumlah rumah sewa berdekatan kampus juga amat terhad dan ketiadaan pengangkutan awam untuk ke kampus turut membelenggu mereka.

"Setiap pelajar perlu membayar sewa antara RM300-RM500 seorang, tidak termasuk kos sara diri, pembelian barang keperluan lain seperti capaian internet dan pengangkutan yang boleh mencecah sehingga RM1000 sebulan," katanya.

Tambah Nadzim bantuan sara diri pelajar yang diterima pelajar hanya RM300-RM500 sebulan dan rata-rata mereka yang terkesan bukanlah dari keluarga yang berkemampuan.

PPIM menyeru pihak universiti yang berkenaan untuk mempertimbangkan alternatif lain termasuk pengajian atas talian atau penukaran pelajar ke kampus yang mempunyai kapasiti asrama lebih besar.

Sehingga kini PPIM dimaklumkan hampir 500 orang pelajar universiti berkenaan masih belum mendapat tempat di asrama atau rumah sewa.

"Aduan dan rayuan kepada pihak universiti pula dibalas dengan memo ugutan tindakan tatatertib jika perkara ini sampai kepada pengetahuan media.

"Mereka tiada tempat untuk mengadu, bantulah mereka. Harap pihak Kementerian Pengajian Tinggi mengambil maklum perkara ini," katanya.

Baru-baru ini tular di media sosial keluhan ibu bapa pelajar di sebuah universiti awam di Raub, Pahang mengenai penempatan pelajar.

Kumpulan ibu bapa itu mendakwa universiti awam itu tidak prihatin tentang keperluan pelajar dan perkara itu bukan hanya berlaku di kampus di Pahang malah sudah berlarutan berpuluh tahun.

Tuesday, May 6, 2014

1886) METRO AHAD - 12 ANAK MASUK UNIVERSITI


12 anak masuk universiti

Cetak

Oleh Nurul Husna Mahmud

Peribadi Rajaah Musa, 61, mesra membuatkan perbualan antara penulis dengannya bertambah rancak. Bermula ingin bertanyakan mengenai perkemba­ngan anak perempuan, Nursharafidah Mohd Jawi,28, meleret kepada cerita mengenai anak serta menantunya yang lain.

Menarik mengenai kisah hidupnya tanpa disedari penulis ­ialah, dia bukan saja menjaga enam orang anak tetapi mempunyai 12 belas anak semuanya apabila me-ngahwini duda enam anak iaitu suaminya, Mohd Jawi Bidin. 

Ketika itu dia serta suami, hanya menyara keluarga dengan kerja sebagai penoreh getah. Katanya meskipun hidup dalam serba kekura-ngan, itu tidak pernah menghalang dia serta suami memastikan anak mendapat pelajaran sempurna. 

“Kalau kenangkan hidup dulu dengan arwah suami menjaga seramai 12 orang menerusi hasil menoreh getah memang tidak cukup. Bayangkan pada usia 23 tahun saya mengahwini suami yang juga duda enam anak selepas kematian isterinya, Zaleha Itam Mat, 27 tahun ketika itu.


Foto

RAJAAH (duduk tiga dari kiri) bersama 12 anaknya.

“Dua anak tiri dijaga oleh abang serta adik suami sementara saya kemudian memperoleh enam anak terus menjaga empat anak tiri lain. Ketika itu harga getah hanya 70 sen sekilogram dan berapa sangatlah pendapatan dapat menampung kami semua.

“Mujurlah tinggal di kampung, kami usahakan bendang sendiri, ambil upah tambahan menoreh kebun orang serta menanam sayur kampung sebagai menampung perut sekeluarga. Tetapi satu sifat suami iaitu begitu pentingkan pelajaran membuatkan anak-anak tidak pernah tercicir,” katanya. 

Menurut Rajaah, hidup dia serta suami ibarat‚ ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’, namun untuk pelajaran anak-anak tiada kompromi. 

“Suami saya melihat hanya de­ngan pelajaran anak-anak tidak akan hidup susah seperti dia. Biarlah terpaksa ‘tebalkan muka‚ berhutang dengan saudara demi duit sekolah anak tetapi buku sekolah serta keperluan anak lengkap. 

“Malah anak-anak memahami, langsung tidak merungut apabila mereka hanya ada sepasang baju sekolah dan kasut sepanjang tahun. Buku mahupun alat tulis dikongsi asalkan boleh pergi sekolah. Selain itu, dia aktif dalam persatuan ibu bapa dan guru membuatkan dia boleh memantau perkembangan pelajaran anak secara langsung. 

“Biarpun miskin dan mungkin tidak memahami apa yang diajar guru di sekolah tetapi dia akan pastikan anak-anak cemerlang. Sifat arwah yang garang dan tegas cukup digeruni anak-anak namun itu adalah memastikan anak berusaha mendapat keputusan cemerlang. 

“Alhamdulillah rasanya usaha arwah berbaloi apabila lapan dari 12 anak berjaya masuk universiti. ­Boleh dikatakan rezeki apabila hampir kesemuanya menerima tajaan biasiswa. Tiga mendapat tajaan belajar di luar negara iaitu Melbourne dan Adelaide, Australia serta Ohio, Amerika Syarikat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. 

“Rasanya apabila semuanya mempunyai kerjaya baik dan memegang jawatan tinggi dalam bidang masing-masing. Arwah berpuas hati sebab anaknya tidak mengikut jejak langkah hidup­nya. Semua adalah kesedaran arwah mengenai pentingnya ilmu selain sifat memahami serta toleransi anak terhadap kami selaku orang tua serba kekurangan,” katanya. 

Sementara itu, anak kelapan, Zamzairi Mohd Jawi, kini bertugas sebagai Ketua Pegawai Akuakultur, Atlantys Aqualife Sdn Bhd sempat ditemubual menerusi panggilan telefon mengakui kehidupan susah ketika kecil mematangkan dia serta saudara lain mengenai kepentingan pelajaran. 

Katanya, meskipun ibu bapanya hanya penoreh getah namun kesedaran kedua orang tua mengenai kepentingan pelajaran membuat-kan dia dan adiknya mampu keluar dari kepompong kemiskinan. 

“Sebenarnya apa yang mendorong kami adik beradik adalah ‘suasana susah‚. Sumber kewangan sa­ngat terhad maklumlah pendapatan purata orang tua sekadar RM300 sebulan. 

“Jadi, adalah menjadi kebiasaan bagi kami, baju dan buku rujukan akan dikongsi dan diwarisi daripada yang sulung hingga ke bongsu. Saya juga masih ingat, bapa saya hanya mampu berbasikal sehingga usia beliau 56 tahun. 

“Namun dia tidak malu untuk menonjol baik di majlis sekolah, hari ibu bapa mahupun sebarang program membabitkan pencapaian akademik anak dia akan hadir. 

“Dia aktif dalam PIBG sekolah dan pembabitan adalah di semua peringkat iaitu sekolah rendah hingga ke menengah. Dengan cara ini dia mengenali guru kami 

serta memantau prestasi pelajaran kami. 

“Bagi saya dilahirkan dalam keadaan senang atau susah, di kampung atau bandar, yang penting kita tahu ke mana arah tuju kita dalam hidup. Sentiasa berusaha ke arah itu dalam apa juga keadaan menjadikan individu itu berjaya,” katanya yang pernah menjalani latihan praktikal di Jepun sebaik memperoleh keputusan cemerlang ketika menuntut di Universiti Malaysia Sabah dalam bidang Akuakultur.


PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL