Showing posts with label PENYAMPAIAN WAKALAH. Show all posts
Showing posts with label PENYAMPAIAN WAKALAH. Show all posts

Friday, July 17, 2020

6130) WAKALAH BUAT BEKAS PEMAIN SUKAN TEMPATAN - PERKESO PETALING JAYA - 16/07/2020

Selangor - Satu majlis ringkas telah diadakan di
PERKESO Selangor
bersama-sama dengan
Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan [Yakeb]
bagi menyampaikan pemberian bantuan buat bekas pemain sukan tempatan iaitu Muhammad Kamal Ishak (Sepak Takraw) dan Jusof Udin (Pelumba Basikal).
Majlis ini diadakan bagi membantu bekas atlet serta menggalakkan persatuan-persatuan yang menggajikan para atlet untuk mencarum PERKESO. Selain itu, buat atlet persendirian juga turut digalakkan bersama-sama mencarum dibawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
Turut hadir bersama adalah Ahli Lembaga PERKESO, Dato' Nazim Johan dan juga Pengerusi YAKEB, Dato' Noorul Arrifin Abdul Majeed bersama Dato' K. Rajagopal.
Wakalah ini merupakan pemberian semula bayaran zakat kepada pengeluar zakat sebagai wakil kepada pusatzakat untuk diagihkan semula kepada asnaf yang layak menerimanya.
Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.
Mulai 1 Januari 2020, perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri telah diperluaskan kepada 19 sektor pekerjaan sendiri yang lain.


Artikel oleh: Perkeso Petaling Jaya

WAKALAH BUAT BEKAS PEMAIN SUKAN TEMPATAN

6129) JUSOH TERHARU BANTUAN YAKEB - BERITA HARIAN - 17/07/2020


Artikel oleh: Berita Harian

JUSOH TERHARU BANTUAN YAKEB

6128) BULETIN UTAMA | PERKESO BANTU AHLI YAKEB - BULETIN TV3 - 16/07/2020

6127) 17 JULAI 2020 BERITA TGH MLM – YAKEB TERIMA SUNTIKAN DANA DARI KBS - BERITA RTM - 17/07/2020

6126) BULETIN BERNAMA | YAKEB JALIN KERJASAMA DENGAN PERKESO BANTU BEKAS ATLET - BERNAMA - 16/07/2020


#BuletinBernama : Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) akan menjalinkan kerjasama rapat dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk membantu ahlinya mendapat manfaat faedah Perkeso. 

Pengerusi YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed berkata beliau akan berjumpa dengan pihak Perkeso di setiap negeri bagi membantu bekas atlet yang layak mendapatkan faedah Perkeso.


Artikel oleh: Bernama

BULETIN BERNAMA | YAKEB JALIN KERJASAMA DENGAN PERKESO BANTU BEKAS ATLET 


6125) 'TERIMA KASIH YAKEB BANTU SAYA' - BERITA HARIAN - 16/07/2020


PETALING JAYA: Bekas pelumba basikal kebangsaan, Jusoh Udin terharu dengan keprihatinan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) yang banyak menyalurkan bantuan bagi kelangsungan hidupnya.
Pemenang pingat perak Sukan SEA 1977 di Kuala Lumpur itu, berkata YAKEB sentiasa ada pada waktu dia ditimpa kesusahan termasuk membantu mempercepatkan pembedahan jantungnya pada Jun tahun lalu.
"Kalau ikutkan, giliran saya menjalani pembedahan sepatutnya pada Oktober (tahun lalu di Hospital Serdang) tetapi apabila YAKEB dapat tahu, mereka bantu saya untuk mempercepatkan dan mencari penaja bagi menanggung kos pembedahan di Hospital Pantai pada Jun.
"Keadaan kesihatan saya memang agak teruk yang mana saya perlu menjalani dialisis sebanyak tiga kali seminggu. Itu semua memerlukan kos dan YAKEB yang banyak bantu jika ada kekurangan.
"Mereka bagai 'menatang saya dengan minyak yang penuh'," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan program Wakalah daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Wisma PERKESO di sini, hari ini.
Turut menerima sumbangan sama ialah bekas pemain sepak takraw kebangsaan, Muhammad Kamal Ishak, dengan wakilnya yang hadir.
Mengulas mengenai sumbangan Wakalah yang diterimanya, Jusoh berkata: "Saya bersyukur kerana saya masih dihargai walaupun sudah lama bersara.
"Terima kasih kepada MAIWP dan PERKESO yang membantu saya menerusi sumbangan ini," katanya yang menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM300 dan hamper.
Hadir pada majlis itu ialah Pengerusi YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed; Pengarah PERKESO Selangor, Mustafa Draman dan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.
Sementara itu, Noorul ketika ditemui sempat berkongsi berita gembira apabila memaklumkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sudah bersetuju memberikan suntikan dana kepada YAKEB pada pertemuan mereka, semalam.
"Ini akan menjadi kali pertama KBS (Kementerian Belia dan Sukan) memberi suntikan kepada YAKEB. Kami sangat terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Reezal.
"Jumlahnya masih belum tahu lagi tapi saya percaya ia lebih daripada RM100,000 yang diberikan sebelum ini untuk pakej COVID-19," katanya.

Artikel oleh: Berita Harian
'TERIMA KASIH YAKEB BANTU SAYA'

Thursday, July 16, 2020

6124) AKTIVITI | MAJLIS PENYAMPAIAN WAKALAH YAYASAN KEBAJIKAN ATLET KEBANGSAAN (YAKEB) BERSAMA PERKESO - PPIM - 16/07/2020

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri Majlis Penyampaian Wakalah Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) Bersama Perkeso di Wisma Perkeso Petaling Jaya, hari ini.

Seramai dua orang atlet telah layak untuk menerima wakalah ini iaitu Pelumba Basikal Negara, En. Jusof Udin dan Pemain Sepak Takraw Negara, En. Muhammad Kamal Bin Ishak.





PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL