Showing posts with label JENAYAH SEKSUAL. Show all posts
Showing posts with label JENAYAH SEKSUAL. Show all posts

Friday, September 13, 2024

ORANG RAMAI PERLU LINDUNGI KANAK-KANAK, JANGAN KONGSI VIDEO, GAMBAR - BERITA HARIAN - 12/09/2024

 

KUALA LUMPUR: Orang ramai perlu melindungi kanak-kanak terutamanya mangsa jenayah seksual dengan tidak memuatnaik video dan gambar di laman sosial.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya melihat ramai pengguna di media sosial yang memuatnaik dan berkongsi semula gambar dan video kanak-kanak yang dikatakan mangsa eksploitasi beberapa pihak.

Katanya, tindakan itu akan memberi ruang dan peluang kepada pelaku untuk melarikan diri daripada pendakwaan undang-undang.

"Kita faham rakyat amat terkesan dengan pendedahan terkini namun kita harus percaya pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengembeleng tenaga untuk menyelamatkan mangsa dan menyiasat perkara ini.

"Orang ramai perlu melindungi mangsa kanak-kanak dengan mengaburkan wajah kanak-kanak yang terbabit," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, PPIM memuji tindakan pantas pihak berkuasa dalam menangani isu yang tular dan berharap siasatan terperinci dapat dilaksanakan.

"Semoga undang-undang dapat ditegakkan dan mangsa mendapat pembelaan sewajarnya.

"Ini kerana tuduhan yang dilemparkan sangat serius terutama dakwaan ada jenayah seksual terhadap kanak-kanak," katanya.

Dalam Op Global yang dijalankan antara jam 6 hingga 11 pagi semalam, seramai 402 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun diselamatkan dari 20 rumah amal dikendalikan kumpulan perniagaan itu yang dikatakan bermotif agama di sekitar Selangor dan di Negeri Sembilan.

Mangsa terdiri 201 kanak-kanak serta remaja lelaki dan 201 perempuan yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, dilaporkan berkata, berdasarkan maklumat serta siasatan yang dilaksanakan, polis mengesyaki kumpulan itu melakukan kesalahan dalam kegiatan pemerdagangan orang dan kesalahan lain.

Beliau berkata, selain diliwat dan meliwat, mangsa yang tidak sihat juga tidak dibenarkan untuk mendapatkan rawatan di klinik sehingga keadaan mereka menjadi kritikal.

Artikel oleh: Berita Harian

ORANG RAMAI PERLU LINDUNGI KANAK-KANAK, JANGAN KONGSI VIDEO, GAMBAR

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1297521/orang-ramai-perlu-lindungi-kanak-kanak-jangan-kongsi-video-gambar

PPIM GESA ORANG RAMAI LINDUNGI MANGSA KANAK-KANAK DARI JENAYAH SEKSUAL - AATVNEWS - 13/09/2024


KUALA LUMPUR, 12 September 2024 – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru semua pihak agar lebih berhati-hati dalam melindungi mangsa kanak-kanak yang terlibat dalam jenayah seksual. Gesaan ini dibuat setelah pihak PPIM mendapati semakin ramai pengguna media sosial menyebarkan gambar dan video kanak-kanak yang dikatakan mangsa eksploitasi.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan @ Toqqi menyuarakan kebimbangan bahawa penyebaran gambar-gambar ini tanpa kawalan boleh mengganggu siasatan dan memberi peluang kepada pelaku jenayah untuk melarikan diri daripada pendakwaan undang-undang. “Kita memahami rakyat terkesan dengan pendedahan terkini, tetapi kita perlu percaya pada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang sedang giat berusaha menyelamatkan mangsa dan menjalankan siasatan,” katanya.

Beliau turut menasihati pengguna media sosial agar mengaburkan wajah mangsa kanak-kanak bagi melindungi identiti mereka. Menurutnya, semangat rakyat untuk mengetengahkan isu-isu ini sangat baik, namun mereka perlu lebih berhati-hati agar tidak terjerumus dalam penyebaran maklumat yang tidak tepat atau fitnah.

Pujian kepada Tindakan Pantas Pihak Berkuasa

Nadzim turut memuji tindakan pantas pihak berkuasa dalam menangani kes-kes jenayah yang melibatkan kanak-kanak. Beliau menyatakan keyakinannya bahawa siasatan terperinci akan dijalankan dan berharap keadilan dapat ditegakkan. “Semoga undang-undang dapat ditegakkan dan mangsa mendapat pembelaan sewajarnya, khususnya dalam kes-kes serius seperti dakwaan jenayah seksual terhadap kanak-kanak,” tambahnya.

Dalam operasi terkini yang dinamakan ‘Op Global’, PDRM telah berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja yang berusia antara setahun hingga 17 tahun dari 18 rumah amal di Selangor dan dua di Negeri Sembilan. Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, kanak-kanak tersebut dipercayai menjadi mangsa eksploitasi, dengan kesalahan pengabaian dan penganiayaan turut dikesan. Operasi ini juga membawa kepada penangkapan 171 individu, termasuk 105 wanita yang dipercayai terlibat.

PPIM berharap dengan tindakan pantas ini, lebih ramai kanak-kanak akan dilindungi dan pelaku jenayah dapat dihadapkan ke muka pengadilan. Persatuan tersebut terus komited dalam melindungi hak-hak kanak-kanak dan menyeru orang ramai untuk sama-sama memainkan peranan dalam memastikan keselamatan mereka.

Artikel oleh: AATVNews

PPIM GESA ORANG RAMAI LINDUNGI MANGSA KANAK-KANAK DARI JENAYAH SEKSUAL

https://aatvnews.com/?p=11850

PPIM GESA ORANG RAMAI LINDUNGI KANAK-KANAK JADI MANGSA JENAYAH SEKSUAL - MALAYSIA TRIBUNE - 12/09/2024

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa semua pihak untuk melindungi mangsa kanak-kanak khususnya yang dikaitkan dengan jenayah seksual.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya melihat ramai pengguna di media sosial yang memuat naik dan berkongsi semula gambar dan video kanak-kanak yang dikatakan mangsa eksploitasi beberapa pihak.

Katanya, pihaknya bimbang tindakan itu akan memberi ruang dan peluang pihak yang melakukan jenayah untuk melarikan diri dari pendakwaan undang-undang.

“Kita faham rakyat amat terkesan dengan pendedahan terkini namun kita harus percaya pihak berkuasa termasuk Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengembeleng tenaga untuk menyelamatkan mangsa dan menyiasat perkara ini,” katanya.

Nadzim berkata, orang ramai perlu melindungi mangsa kanak-kanak dengan mengaburkan wajah kanak-kanak yang terlibat.

Beliau berkata, pengguna media sosial sudah sedia maklum mengenai kuasa pengguna yang ada pada mereka kerana setelah mereka menularkan isu-isu yang penting, pihak berkuasa akan bertindak serta merta.

“Semangat ini kita puji namun kena juga ada batasan dan tidak sehingga memfitnah, bagus untuk mengetengahkan masalah dan mendapat perhatian pihak berkuasa namun berhati- hati juga dengan gejala fitnah.

“Sebaiknya semua pihak diajak menyiasat dan membuat penilaian terdahulu sebelum menyebarkan maklumat agar tidak terpalit dengan tindakan saman dan sebaliknya,” katanya.

Nadzim berkata, PPIM turut memuji tindakan pantas pihak berkuasa dalam menangani isu yang tular kini dan berharap siasatan yang terperinci dapat dilaksanakan.

“Semoga undang-undang dapat ditegakkan dan mangsa mendapat pembelaan sewajarnya, tuduhan yang dilemparkan amat serius terutama dakwaan ada jenayah seksual terhadap kanak-kanak,” katanya.

Semalam Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata, PDRM berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja berusia antara setahun hingga 17 tahun yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi di 18 rumah amal di Selangor dan dua di Negeri Sembilan menerusi gerakan ‘Op Global’.

Mangsa terdiri daripada 201 kanak-kanak dan remaja lelaki dan 201 perempuan.

Beliau berkata, hasil serbuan itu mendedahkan berlaku kesalahan pengabaian serta penganiayaan terhadap kanak-kanak dan remaja yang juga penghuni di rumah amal itu.

“Susulan kes itu, seramai 171 individu ditahan, termasuk 105 wanita berusia 17 hingga 64 tahun,” katanya pada sidang media semalam.

Artikel oleh: Malaysia Tribune

PPIM GESA ORANG RAMAI LINDUNGI KANAK-KANAKJADI MANGSA JENAYAH SEKSUAL

https://malaysiatribune.news/2024/09/12/ppim-gesa-orang-ramai-lindungi-kanak-kanak-jadi-mangsa-jenayah-seksual/

KABURKAN WAJAH KANAK-KANAK MANGSA EKSPLOITASI DI MEDIA SOSIAL - PPIM - MALAYSIA GAZATTE - 12/09/2024

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bimbang tindakan pengguna media sosial berkongsi semula gambar dan video kanak-kanak yang dikatakan menjadi mangsa eksploitasi beberapa pihak.

Sehubungan itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menggesa supaya semua pihak melindungi mangsa  khususnya yang dikaitkan dengan jenayah seksual.

“Kita faham rakyat amat terkesan dengan pendedahan terkini namun kita harus percaya pihak berkuasa termasuk Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengembeleng tenaga untuk menyelamatkan mangsa dan menyiasat perkara ini,” katanya menerusi kenyataan.

Dalam masa yang sama, beliau menyeru orang ramai bersama-sama pihak berkuasa melindungi kanak-kanak dengan mengaburkan wajah kanak-kanak yang terlibat.

“Semangat ini kita puji namun kena juga ada batasan dan tidak sehingga memfitnah, bagus untuk mengetengahkan masalah dan mendapat perhatian pihak berkuasa namun berhati-hati juga dengan gejala fitnah.

“Sebaiknya semua pihak diajak menyiasat dan membuat penilaian terdahulu sebelum menyebarkan maklumat agar tidak terpalit dengan tindakan saman dan sebaliknya,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau memuji tindakan pantas pihak berkuasa yang tangkas menangani isu tersebut.

Nadzim berharap supaya pihak berkuasa melaksanakan siasatan secara terperinci.

“Semoga undang-undang dapat ditegakkan dan mangsa mendapat pembelaan sewajarnya, tuduhan yang dilemparkan amat serius terutama dakwaan ada jenayah seksual terhadap kanak-kanak,” katanya.

Baru-baru ini dilaporkan polis menyelamatkan seramai 402 kanak-kanak dan remaja berusia antara setahun hingga 17 tahun yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi di 18 rumah amal di Selangor dan dua di Negeri Sembilan menerusi gerakan ‘Op Global’.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata mangsa terdiri daripada 201 kanak-kanak dan remaja lelaki dan 201 perempuan. – MalaysiaGazette

Artikel oleh: Malaysia Gazette

KABURKAN WAJAH KANAK-KANAK MANGSA EKSPLOITASI DI MEDIA SOSIAL - PPIM

https://malaysiagazette.com/2024/09/12/kaburkan-wajah-kanak-kanak-mangsa-eksploitasi-di-media-sosial-ppim/

JANGAN KONGSI GAMBAR, LINDUNGI MANGSA JENAYAH SEKSUAL - KOSMO - 12/09/2024

 

PETALING JAYA – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa semua pihak untuk melindungi mangsa kanak-kanak khususnya yang dikaitkan dengan jenayah seksual.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya melihat ramai pengguna di media sosial yang memuatnaik dan berkongsi semula gambar dan video kanak-kanak yang dikatakan mangsa eksploitasi beberapa pihak.

“Pihak kami bimbang tindakan itu akan memberi ruang dan peluang pihak yang melakukan jenayah untuk melarikan diri dari pendakwaan undang-undang.

“Kita faham rakyat amat terkesan dengan pendedahan terkini namun kita harus percaya pihak berkuasa termasuk Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengembeleng tenaga untuk menyelamatkan mangsa dan menyiasat perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nadzim berkata, pihak berkuasa mengajak orang ramai melindungi mangsa kanak-kanak dengan mengaburkan wajah kanak-kanak yang terlibat dan pengguna media sosial sudah sedia maklum mengenai kuasa pengguna yang ada pada mereka kerana setelah mereka menularkan isu-isu yang penting, pihak berkuasa akan bertindak serta merta.

“Semangat ini kita puji namun kena juga ada batasan dan tidak sehingga memfitnah, bagus untuk mengetengahkan masalah dan mendapat perhatian pihak berkuasa namun berhati-hati juga dengan gejala fitnah.

“Sebaiknya semua pihak diajak menyiasat dan membuat penilaian terdahulu sebelum menyebarkan maklumat agar tidak terpalit dengan tindakan saman dan sebaliknya,” katanya.

Pihaknya turut memuji tindakan pantas pihak berkuasa dalam menangani isu yang tular kini dan berharap siasatan yang terperinci dapat dilaksanakan.

“Semoga undang-undang dapat ditegakkan dan mangsa mendapat pembelaan sewajarnya, tuduhan yang dilemparkan amat serius terutama dakwaan ada jenayah seksual terhadap kanak-kanak,” katanya.

Semalam Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mendedahkan PDRM berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja berusia antara setahun hingga 17 tahun yang
disyaki menjadi mangsa eksploitasi di 18 rumah amal di Selangor dan dua di Negeri Sembilan menerusi gerakan ‘Op Global’.

Mangsa terdiri daripada 201 kanak-kanak dan remaja lelaki dan 201 perempuan. – KOSMO! ONLINE.

Artikel oleh: Kosmo

JANGAN KONGSI GAMBAR, LINDUNGI MANGSA JENAYAH SEKSUAL

https://www.kosmo.com.my/2024/09/12/jangan-kongsi-gambar-lindungi-mangsa-jenayah-seksual/

Thursday, September 12, 2024

PPIM GESA LINDUNGI KANAK-KANAK MANGSA JENAYAH SEKSUAL - SINAR HARIAN - 12/09/2024


KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa semua pihak untuk melindungi mangsa kanak-kanak khususnya yang dikaitkan dengan jenayah seksual.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, ia kerana pihaknya melihat ramai pengguna di media sosial yang memuat naik dan berkongsi semula gambar dan video kanak-kanak yang dikatakan mangsa eksploitasi beberapa pihak.

"PPIM bimbang tindakan ini akan memberi ruang dan peluang kepada pihak yang melakukan jenayah untuk melarikan diri dari pendakwaan undang-undang.

"Kita faham rakyat amat terkesan dengan pendedahan terkini namun kita harus percaya pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengembeleng tenaga untuk menyelamatkan mangsa serta menyiasat perkara ini," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain pada Rabu mendedahkan PDRM berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja berusia antara setahun hingga 17 tahun yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi di 18 rumah amal di Selangor dan dua di Negeri Sembilan menerusi gerakan 'Op Global'.

Siasatan polis mendapati modus operandi yang dilakukan rumah amal dipercayai milik sebuah kumpulan perniagaan bermotif agama adalah kanak-kanak diajar dan dididik cara meliwat, seterusnya mangsa diliwat oleh penjaga serta dipaksa untuk meliwat penghuni kanak-kanak yang lain.

Nadzim menegaskan, pihak berkuasa mengajak orang ramai melindungi kanak-kanak dengan mengaburkan wajah mangsa yang terlibat.

Katanya, pengguna media sosial sudah sedia maklum mengenai kuasa pengguna yang ada pada mereka kerana setelah mereka menularkan isu-isu yang penting, pihak berkuasa akan bertindak serta-merta.

"Semangat ini kita puji namun kena juga ada batasan dan tidak sehingga memfitnah, bagus untuk mengetengahkan masalah dan mendapat perhatian pihak berkuasa namun berhati-hati juga dengan gejala fitnah.

"Sebaiknya semua pihak diajak menyiasat dan membuat penilaian terdahulu sebelum menyebarkan maklumat agar tidak terpalit dengan tindakan saman dan sebaliknya," katanya.

Dalam pada itu, Nadzim memaklumkan, PPIM memuji tindakan pantas pihak berkuasa dalam menangani isu tular berkenaan dan berharap siasatan yang terperinci dapat dilaksanakan.

"Semoga undang-undang dapat ditegakkan dan mangsa mendapat pembelaan sewajarnya, tuduhan yang dilemparkan amat serius terutama dakwaan ada jenayah seksual terhadap kanak-kanak," katanya.

Artikel oleh: Sinar Harian

PPIM GESA LINDUNGI KANAK-KANAK MANGSA JENAYAH SEKSUAL

https://www.sinarharian.com.my/article/685294/berita/nasional/ppim-gesa-lindungi-kanak-kanak-mangsa-jenayah-seksual

PPIM GESA ORANG RAMAI LINDUNGI MANGSA KANAK-KANAK - PPIM - KENYATAAN MEDIA PPIM - 12/09/2024

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa semua pihak untuk melindungi mangsa kanak-kanak khususnya yang dikaitkan dengan jenayah seksual.

Akhir ini PPIM berkata pihaknya melihat ramai pengguna di media sosial yang memuatnaik dan berkongsi semula gambar dan video kanak-kanak yang dikatakan mangsa eksploitasi beberapa pihak.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan @ Toqqi berkata pihaknya bimbang tindakan itu akan memberi ruang dan peluang pihak yang melakukan jenayah untuk melarikan diri dari pendakwaan undang-undang.

"Kita faham rakyat amat terkesan dengan pendedahan terkini namun kita harus percaya pihak berkuasa termasuk Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengembeleng tenaga untuk menyelamatkan mangsa dan menyiasat perkara ini," katanya.

Nadzim berkata pihak PPIM mengajak orang ramai melindungi mangsa kanak-kanak dengan mengaburkan wajah kanak-kanak yang terlibat.

Beliau berkata pengguna media sosial sudah sedia maklum mengenai kuasa pengguna yang ada pada mereka kerana setelah mereka menularkan isu-isu yang penting, pihak berkuasa akan bertindak serta merta.

"Semangat ini kita puji namun kena juga ada batasan dan tidak sehingga memfitnah, bagus untuk mengetengahkan masalah dan mendapat perhatian pihak berkuasa namun berhati-hati juga dengan gejala fitnah.

"Sebaiknya semua pihak diajak menyiasat dan membuat penilaian terdahulu sebelum menyebarkan maklumat agar tidak terpalit dengan tindakan saman dan sebaliknya," katanya.

Nadzim berkata PPIM memuji tindakan pantas pihak berkuasa dalam menangani isu yang tular kini dan berharap siasatan yang terperinci dapat dilaksanakan.

"Semoga undang-undang dapat ditegakkan dan mangsa mendapat pembelaan sewajarnya, tuduhan yang dilemparkan amat serius terutama dakwaan ada jenayah seksual terhadap kanak-kanak," katanya.

Semalam Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata PDRM berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja berusia antara setahun hingga 17 tahun yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi di 18 rumah amal di Selangor dan dua di Negeri Sembilan menerusi gerakan 'Op Global'.

Mangsa terdiri daripada 201 kanak-kanak dan remaja lelaki dan 201 perempuan.

Beliau berkata, hasil serbuan itu mendedahkan berlaku kesalahan pengabaian serta penganiayaan terhadap kanak-kanak dan remaja yang juga penghuni di rumah amal itu.

"Susulan kes itu, seramai 171 individu ditahan, termasuk 105 wanita berusia 17 hingga 64 tahun," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL